Kami bertiga balik ke Kangar pagi Ahad, bertolak dalam kul 7am ++...everytime balik dari Johor-Perlis, mesti nak kena singgah kat R&R Ayer Keroh, Melaka, suka makan2 kat situ :D


Kali nie makan kat "Tuuu...Dia Pak Tam"...makan mee rebus ngan nasi kandar daging. Sebelum2 nie, kalu singgah sini, makan kat stall sebelah, makan nasi lemak ngan jus buah.


abg tgh bayar...


Sepanjang perjalanan, abang drive sorang...dulu2, masa duk menyewa kt Pulai Utama (Taman U), ada la jugak gilir2 drive time balik kg...skang dah jadi MEM besar, duk bersenang lenang je dalam keta, hehehe


Seorang jejaka yg baik hati tengah drive keta dengan sabar dan tenang, kejap2 duk bergilir tangan pegang stereng, penat wooo...12 jam dalam keta nie, masakkkk...

Dua orang buah hatinya pulak sedang bersenang lenang kat seat belakang...yg si kecik tu memang betul tengah relaks...tidoooo jer....tapi yg ibunya nie, nampak je tengah lepak, tp kt dlm kepala tu sarat, tengah duk pk macam2, antaranya, "nanti sampai kangar nak unpack barang2, nak lipat baju yg jemur dlm umah, sapu umah, buang sawang, lap habuk, nak mandikan si kecik nie, bla-bla..."...pening2...

Nie sampai ari nie, tak abis lagi mendobi baju2...sebeban baju kotor wat balik dari s'pore ari tu...masa balik umah MIL, mmg sengaja tak kuarkan sebab tau mmg tak sempat kejar jugak. Mana nak membasuh baju yg pakai sepanjang kat umah MIL lagi, MIL pun nak membasuh jugak, cuaca pun tak baper nak menentu...kt kangar nir pun, cuaca tak baper nak cerah....patutnya ari nie dah buleh setel dah semer baju2 tu...tp tgk pd gaya, cam x buleh basuh baju je ari nie....


Yahoo!!! ari nie dah nak balik :)
Tunggu abg balik dari Suntec City dlm kul 10am, pastu terus check out. Nie dah siap2 kemas dah, Naurah pun dah siap mandi.


Nak balik dah...esok nak raya :)


Masa otw balik, jam teruk jugak kt causeway...makan gak sejam jugak kt situ, perghhh!!!

Balik je, terus tuju ke Jusco Taman U dulu, makan, solat, pastu ibu Naurah kena report kehadiran kat Jusco sekali, hahaha

***Stay kt Johor ari Khamis, Jumaat & Sabtu. Tiap2 hari tu jugak la pi Jusco, tgh Y.E.S, rambang mata nak shopping, hehe...tp shopping kali nie mmg puas ati :D

The end...

Hmmm...ari nie x tau la jln ke tak sbb baba full day kat suntec city. kami ke sini pun, atas nama baba ada conference, so jln2 tu sampingan je...sambil menyelam
minum air, kutip batu karang, jentik kepala ikan, tusss!!!

Paginya, sebelum baba kuar (baba present ari nie, :D), amik angin pagi, jln2 gi 7 eleven, nak beli jus ngan roti.


jalan2 amik angin pagi...



Baba dah siap nak kuar...ptg nie baba present :)


Esok dah nak balik dah. Ingatkan nak jg gi Sentosa, tp kali nie nampak gayanya tak berpeluang, kalau nak ke sana, dapat allocate satu hari, baru puas hati...
skang nie, kami takder satu hari tu...kami jln2 kt sini pun time baba free + siang hari je...mlm dah takleh jln, Naurah tak kasi, haha...sian dia, mlm nak
tido awal...tu yg jln pun dekat2 je...masa tak banyak...tp apapun, kali pertama bercuti bertiga nie mmg amat menyeronokkan...berbeza ngan masa berdua dulu
...time jalan2 rasa meriah sbb berbual bertiga :D, masa jln2 pun ramai yg suka tegur naurah :D naurah nie baby yg amat mudah senyum & ketawa, kalau org tak tegur dia, dia yg terlonjak2 tegur org...pe'nyenyum' orgnya...tak mcm ibu ngan baba dia, kah kah kah. tu x masuk lg bab amik gambar, nak gilir2 dukung dia :), time shopping pun, duk lebihkan anak je :D...mmg seronok...

ptg, pas baba balik, nak kuar gi makan, pk2 jugak, nak ke mana la ari nie...esok dah nak check out...mula2 ingat nak ke singapore flyer...sambil2 tu carik mkn mlm sekali, kalau kt area2 situ ada tempat best, leh jugak jln2 tp menurut sorang staff kt hotel tu, kt s'pore flyer tu, just ada flyer tu je la...nak cari halal food pun x banyak kt situ. Last2, kensel. Kitorang pun tak plan nak naik flyer tu, just nak jln2 jer...pk punya pk, gi dekat je la. baba pun penat baru balik dari convenction centre...so, kitorang gi lg sekali kt bugis junction, buleh carik makan2 sekali kat sana. Kebetulan ptg tu ada org nak launch apa ntah, jewellery rasanya...jadi makin meriah la kat situ.


singapore flyer...gambar amik kt sini





nak balik hotel dah...baba dah penat...


***ibu punya part ada kat Jusco, haha..".baba cakap, "mujur kt s'pore nie x der jusco naurah, kalau tak abis kiter patah kaki kt situ"...keh keh keh...dah siap buat plan yg cukup rapi & teliti bab ibu nak shopping sakan kt jj...siap ada plan b, kalau tak puas shopping kt jj ari khamis tu, nak kena pegi lagi sekali ke jj petang jumaat...kalau tak cukup jugak, nak sambung kat jusco queensbay mall, penang, hehehe...)
***nie first time kami cuti2 bertiga :) kebetulan plak masa tu, umur naurah dah genap 4 bulan, kiranya cuti2 nie hadiah utk kami sekeluarga jugaklah :)

...to be continued...(nak abis dah...)

Pagi, baba ke convention centre, terletak kt dlm bangunan Suntec City (tempat conference tu). Pagi nie ada keynote speaker session. Ibu ngan Naurah lepak je dalam bilik.

Petang, pas baba balik dari convetion centre kat suntec city, kitorang pun siap2, nak kuar makan. Kali nie, nak ke Marina Square plak. Tak jauh pun, berdepan ngan Suntec City je...jadi just jalan kaki. Hari nie tak redup macam semalam. Cuaca terang ari nie.


Nak lintas jalan...



Kat luar Suntec City, sebelum masuk kat underpass



underpass, from Suntec City to Marina Square...escalatornya tak mesra stroller, jadi kena dukung budak kecik nie ;)



Kat depan Marina Square





Marina Square


Kat Marina Square nie, ingatkan dah nak shopping sket untuk diri sendiri ngan abang, tapi last2 shopping barang Naurah gak, hehehe...masuk John Little, beli baju Naurah lagi best, ngeeee

On the way balik, ingatkan nak gi Esplanade...tapi rasa cam dah penat...plus abang nak kena singgah kat Convention centre kat Suntec City jap sebelum balik tu.

Last2, dah separuh jalan dah nak ke espalanade, pastu kitorang patah balik, aderkhhh...masa nak ke esplanade nie, banyak nak kena turun naik escalator yg tak mesra
stroller tu, jadi nak kena dukung je Naurah, mak aiii...kus semangat!!!


a>
Nak balik hotel dah...



Dalam lift hotel...Naurah dah tido...


...to be continued...

Pagi, lepas Naurah bangun tido untuk kali kedua, kami bertiga plan nak ke Mustafa Centre plak (sama nama ngan arwah Tok Ki Naurah, hehehe). Tempat nie, jauh sket, jadi kami pegi ngan keta. Perjalanan dalam 15 minit. Agaknya, kalau hari tak ujan, 10 minit je kot.


At hotel lobby, waiting for baba...baba gi kedai seven eleven, beli top up untuk autopass card


On the way nak ke Mustafa Centre, lalu dekat 5 Towers. Kalau korang follow Amazing Race Asia season yg ada Mark & Rovilson, Chong's sister (adik beradik Vince AF1 tu), kat sini antara tempat yg diorang kena selesaikan task...
Mmg tinggi...(x dpt amik gambar sbb masa tu ujan + dlm keta, jd gambar x jelas...)


Mustafa Centre nie terletak kat Little India. Dibuka 24 jam. Macam2 ada jual kat sini, branded ke tak branded ke, semua ada...barang elektronik, baju, purfumes, kasut, jam etc...Kat sini, banyak jual barang2 dengan harga yg boleh dikatakan berpatutan.Macam branded watches and shoes tu memang banyak kat sini. Oleh kerana saya dah target nak enjoy shopping sakan sempena Y.E.S (Year End Sale) kat Jb, jadi kat sini kami shopping gitu2 je...ada la beli sket untuk ibu, baba ngan Naurah. Tapi bila dah tengok baju2 baby tu, grrr...mana buleh tahan, hehehe. Dah ada anak nie, time shopping tu, memang ada aje la yang nak dibelikan untuk Naurah nie :D

Lepas jalan2 dan shopping kat Mustafa Centre, kami terus balik ke hotel. Bukan balik nak berehat, tapi balik just untuk parking keta and amik stroller Naurah.
Kat Mustafa Centre tadi tak praktikal kalau bawak stroller.


Kat depan hotel...nak sambung jalan2 lagi...


Kali nie nak jalan ke Suntec City plak...jalan kaki jugak sebab dekat. Lalu depan Raffles City tempat semalam tu...cuaca macam semalam jugak...mendung jer walaupun waktu tengahari. Kat sini, sama macam kat Raffles City la, banyak kedai barang2 berjenama, purfumes, baju, kasut, jam etc...


Depan Raffles City, on the way nak ke Suntec City



Suntec City




Fountain Of Wealth-The largest fountain in the world

Kat sini la Cyrill Simply Magic (Channel 701 AXN) buat magic, yg dia kuarkan banyak duit dari fountain nie. Kebetulan masa kitorang amik
gambar nie, fountain nie dia tak bukak semua lagi. Dah nak balik semula ke hotel, baru dia bukak semua, cantik, nampak grand je. Masa tu dah malas
nak patah balik. Penat. Naurah pun dah tak senyum2 dah masa nie...masam je muka...
***Kalu la masa Cyrill buat magic tu kitorang ada kat Fountain Of Wealth nie kan best, buleh tau samada duit tu kekal sebagai duit atau dia tukar jadi daun ke kertas
ke pas abis magic tu, hehehe



Nie gambar Fountain Of Wealth kalu dia bukak semer...gambar amik kat sini

On the way balik tu, ada jugak singgah masuk kedai2 jual hand bag, baju...cuci mata je. Skang kan dah nak akhir tahun, dah nak krismas plak tu,
jadi banyak kedai buat less.

Masa nak balik, hujan dah rintik2 dah, mujur hotel dekat je.

Petangnya, abang gi semula ke Suntec City, ada registration session. Abg gi jalan kaki je... Naurah pun tengah sedap tido...

Kul 5pm, abang balik. Pas abang solat Asar, kami bertiga keluar lagi, jalan kaki jugak. Oleh kerana kat luar hujan gerimis, kami keluar tak bawak stroller Naurah, gilir2 je dukung budak comel nie sebab senang nak berpayung.


Bugis Junction


Kali nie, kami jalan2 kat Bugis Junction. Kat sini mmg seronok, happening...ada mcm2 barang, branded ada, tak branded pun ada. Harga pun ada yg murah, kalau tak pun, still affordable...kalu nak yg mahal2 sampai juling bijik mata pun ada...clearence sale pun banyak. Kat sini ada banyak stall yg jual barang2 yg comel2 + cute....ada h/bag, anak patung, purfumes, mainan, accesories...comel2...gerammmm!!! Diorang dah start nak sambut Krismas, tu yg less sana sini..


Hadiah sempena besday Naurah yg ke 4 bulan, beli kat Bugis Junction, hehehe...



Singgah beli makan malam...jgn terpedaya ngan gambar nie...nampak cam cuaca terang je kan? Sebenarnya, waktu nie dah gelap, dah nak dekat Maghrib + hari hujan gerimis...tapi ntah camana dlm gambar nie nampak cam tengahari plak...



Penat dah nie...on the way balik, depan National Library (seberang jalan)


... to be continued...

Abang ada conference kat Singapore (IEEE TENCON 2009).



Kebetulan tahun nie raya haji turn raya kat JB. So, plan mmg dah elok sgt lah tu. Sekali jalan je.

Bertolak dari Kangar-JB hari Sabtu, 21 Nov. Kali nie balik sekali ngan adik ipar, Lili, yg dah abis study kat UUM. Just tinggal untuk practical je. Dia practical, Insya Allah kat JB. Sepanjang perjalanan, cuaca redup, selang seli ngan hujan...memang dah musim dia pun...




On the way dari Kangar ke JB. Naurah skang suka menggigit...tu tengah gigit "ikan" dia :)


Tido semalam kat umah MIL. Esoknya, hari Ahad, 22 Nov, terus masuk S'pore. Sebelum tu, sempat singgah umah Putra, kawan abang. Dia ngan isteri siap jamu kami makan
tengahari kat umah dia. Mekasih :) Lepas tu, terus bertolak. Singgah sekejap kat Masjid Sultan Abu Bakar JB, untuk solat Zuhur.


Tunggu baba tengah solat...beranginnya kat sini...rasa cam nak tido je...



Naurah dah mula bosan...kat imigresen - Checkpoint Woodlands. Masa nie cuaca panas sket...muka masam jerkkk ;)


Kat Singapore, kami menginap di Carlton Hotel. Dari tingkap hotel, betul2 seberang jalan ialah Singapore Management University (SMU)


Alhamdulillah, dah sampai...



View from our room


Sampai je kat hotel, rehat sekejap. Bagi can kat Naurah nak tido dulu. Lepas solat Asar, kami bertiga terus keluar, jalan2 dan cari makan. Kuar jalan kaki je. Mujur Naurah dah ada stroller, kalu tak mau lenguh jugak nak bergilir2 dukung dia. Kebetulan petang tu, the weather is cloudy and windy, jadi seronok la jalan. Laluan pejalan kakinya pun best...ada banyak pokok2 besar, jadi kalau hari panas pun still teduh...jalannya pun tak berlekuk2, rata jer...nak sorong stroller baby pun seronok. Tu tak masuk lagi bab kebersihan...mmg bersih betul. Org2 kat sini pun mmg ramai yg berjalan kaki, boleh elakkan jam...plus dengan keadaan negara diorang yg mcm nie, mmg lg selesa jalan kaki...bersih je, sedap mata memandang...


Gi jalan2 kat Raffles City. Masuk cuci mata je kat Raffles City Shopping Centre. Kat sini, macam one stop shopping center, memang banyak kedai barang2 berjenama, terletak dekat ngan City Hall MRT Station.


Lepas makan, terus balik sebab dah nak masuk waktu Maghrib. Sejak ada Naurah, kami dah tak jalan2 waktu malam sebab si comel nie tido awal :)



ZZzzZzZzz...dah tido dah...penat jalan dari Kangar-JB tak hilang lagi, dah round2 kat Kota Singa plak...


...to be continued...

When ibu got fever...

Posted by Zuri@ni | 2:53 PM | | 8 comments »

Baru baik demam...demamnya sehari je, tapi seksanya, aduhaiii...kali nie, bukan demam macam biasa, tapi demam sebab bengkak susu. Kes bengkak susu nie pun bukan sebab Naurah tak hisap, tapi sebab ibunya nie dilanda perasaan "rindu"...mengong punya rindu.

Sehari sebelum demam, petangya gi The Store, nak beli diapers Naurah je. Time nak kuar tu, masa tukar baju, rasa dah lama tak pakaian dalam nan satu tu...rasa "rindu" la pulak...pakaian dalam "lama"...maka sizenya pun "lama"... (ketat aaaa)

Bila dah balik umah tu, masa nak mandi petang, dah terasa lain macam kat belah kiri nie, tapi ingatkan takder apa2...

Sekali malamnya, mulalah badan nie menggigil...huhuhu...demam dah rupanya. Time nak menyusukan Naurah malamnya tu, rasa nak menitik air mata nie. Tak kiralah samada Naurah menyusu kat sebelah kiri yang dah bengkak tu ataupun menyusu kat sebelah yang sihat walafiat, sakitnya tetap terasa, nak2 time susu nak kuar tu (kalu menyusu kan, yang lagi sebelah tu bah sama, time nak bah tu la yang , aderkhhhh....)

Bangun pagi, abang ajak gi klinik panel. Dapat giliran no3, tapi menunggu lama jugak sebab dr nie mmg detail sket cek orang. Bila dah jumpa dr, dr cakap ada urat tersimpul, jadi susu kat bahagian urat tersimpul tu takleh keluar, tu yang bengkak. Silap cara tidur pun boleh jadik punca gak...dr bagi ubat demam + antibiotik bengkak susu.

Gara-gara "rindu" pada yang "lama", tak pasal2 demam...boleh panggil "demam rindu" tak kalu macam nie
Demam kali nie, memang betul2 melemahkan badan...nak jalan pun menggigil2, rasa cam nak suh abang dukung je, leh berebut ngan Naurah nak dukung Naurah, tak sampai 5 minit buleh la, pastu rasa nak pitam...mana taknya, bahagian yang bengkak tu rasa macam kena hiris ngan pisau, sakit wooooo

Gara-gara seorang domestic engineer demam:

Dua botol susu Naurah yang digunakan waktu pagi, pas zuhur baru ibu basuh + steril. (Pas zuhur tu badan cam dah kebah2 sket)

Katil ibu & baba dan baby cot Naurah pun ibu hanya kemas pas zuhur.

Dari pagi sampai petang, Naurah mandi, tukar diapers ngan baba. Dah nak malam baru ibu tukar diaper Naurah...

Mujur Naurah baik, sepanjang ibu terbaring je kat atas sofa tu, dia pandai pulak main2 sendiri...walaupun baba ada kat umah, baba banyak keje nak kena buat, jadi kami berdua takleh kacau baba. Tapi, bila ibu dah start bangun pas zuhur tu, terus dia merengek2 suh bangunkan dia. Tau pulak dia ibunya dah kebah, baik sungguh anak ibu nie

Bila dah demam tu, makan pun tak lalu walhal sebelum nie, makan apa2 pun laju jer...abang belikan nasi ayam, suku je masuk dalam perut nie...pas makan ubat, terus baring balik...

Sakitnya mata nie tengok keadaan umah, tak tau nak cakapla...sebelum nie kalu demam, masih buleh gagah2kan diri wat keje umah, tapi demam bengkak susu nie betul2 mencabar...dengan kepalanya sakit, sendi2 badannya cam nak patah...sabo2...sakit tu kifarah dosa....

Hari nie, demam dah baik tapi sakit tang tu masih terasa...masih bengkak tapi dah tak seteruk semalam...Dr suh urut2 sket...malam tadi pun abang tolong tuamkan...ari nie pun abang dah masuk keje balik...Naurah pun dah boleh main2 ngan ibu...

So, skang tengah mencari hari yg sesuai untuk basuh cadar (tradisi pas baik demam tapi cuaca cam tak menentu...)