Pokok Buluh Cina

9:58 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Rasa dah lama tak tulis entry pasal gardening nie :) Semalam, hubby & I pergi kat nursery yang biasa kitorang pegi tu…this time, memang cari pokok yang berdaun jer (bukan pokok bunga)…belek punya belek, berkenan pulak kat pokok buluh cina nie. Mula-mula saya nak beli 2 pokok. Tapi abang cakap, satu jer dah cukup sebab dalam satu pasu tu dah ada 4 batang, so boleh le split dua, satu pasu 2 batang.

Pasunya, kitorang tak beli sebab nak pakai pasu pokok bunga kekwa ari tu…ada berita sedih sebenarnya, pokok bunga kekwa tu dah mati, uwaaaa :( ari tu kan balik raya lama, almost 2 weeks, apalagi, pokok tu terus mematikan diri. Spesis manja rupanya cik kekwa nie. Pokok lain ok jer, sihat walafiat…iskkk…so, nak buang, rasa cam nak cuba selamatkan jugak si cik kekwa nie, jadi, abang transfer pokok kekwa tu kat tanah, tanam sebelah pokok bunga raya. Pasunya tu, kitorang tanam pokok buluh cina nie. Tiap kali ada pokok baru, feel nak gi siram pokok tu memang lain macam. Semangat tul :D

DVD/VCD Jepun

9:49 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bebaru nie, makin laju plak saya ngan hubby mengumpul DVD/VCD Jepun nie. Suami saya duk mengumpul citer bersiri Jepun nie sejak dia zaman bujang lagi, pastu, dah kawin nie, kitorang kumpul sama-sama la pulak. Bisanya, beli citer bersiri yang hero dia, Takuya Kimura.

So, last week, DVD yang kitorang beli ialah Hero dan Long Vacation. (Beli kat Alor Star)

Hero: Saya tak pernah tengok lagi. Citernya menarik tapi pasal investigation. So, kena amik feel dulu

Long Vacation : Citer nie tengok masa saya kat UTMP dulu. Masa tu dah duk umah sewa. Ingat lagi masa tu, saya ngan housemate memang tak miss tengok citer nie. Kalau kebetulan ari tu gi pasar malam kat bandar Kuantan, masa balik tu, sanggup berlari-lari sebab nak tengok citer nie. Biasanya, kalu pasar malam kat bandar tu, kitorang akan hantar ’perwakilan’ untuk ke sana, dalam 2 orang ke, pastu yang lain kirim jer, hehehe...rindunya kat korang semer :)
*** Kepada semer housemate umah No. 10, Indera Mahkota (Zana, Nana, Imah, Yus, Rosi & Za), ingat lagi tak citer nie :D ? Dalam citer nie, hero nama Sena (Takuya Kimura) heroin dia nama Minami (Tak ingat nama betul minah nie)

Yang VCD plak, beli masa gi Penang last week. Satu tu citer The Ice World (yang nie tengok masa bile ekk….masa zaman sekolah menengah rasanya…lupa…dah lama sangat), lagi satu plak, saya memang tak pernah tengok, tapi citernya memang menarik, pasal 7 sekawan.

So, skang nie, mengisi masa lapang dengan melayan citer-citer nie je la...

*** Tiap kali tengok citer Jepun, mesti rasa nak makan maggi atau maggi goreng ngan frankfurter....nampak diorang makan ngan penyepit tu cam sedap jer, hehehe)

Hadiah Lagi :)

10:23 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nie, Kak Kin bagi award lagi... memang rajin la K.Kin nie :) tapi ada problem sket tang rules dia tu sebab saya tak list kan banyak bloggers kat blog saya nie. Ada ramai jugak kengkawan bloggers yang gila-gila nie tapi takder alamat, ehehehe...

So, saya listkan yang mana saya ada jer la yer, soriiii :D


Peraturannya :

-1. Bagi just kat orang yang ase GILA-GILA / BEST.

2. Bagi kat 4 orang je.

3. Link orang yang terima award ni

4. Sesapa dapat award ni DiWAJIBkan buat POSTING pasal dia dapat award ni kat blog dia
5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok !!




Tak cukup sorang, leh ke...ehehehe

Merempit, hehehe

9:49 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Gambar nie, amik masa atas motor, waktu malam. Masa nie, lagi berapa hari nak raya. Pas tarawih, abang ajak temankan dia gi tengok bola kat restoran mamak 24 hours, kat kawasan flat tu jugak. Motor yang kitorang naik nie, motor lama suami masa zaman dia study kat UTM dulu, JEN xxxx . Masa tu, tak dapat tengok tuan motor, dapat tengok motor pun jadi la, hehehe...dah rasa cam nak gugur jantung gitu, heehee!

Buah Tangan Dari Tipah

8:02 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tipah nie, kalu dia balik biasanya ada je barang dia nak bagi kat adik beradik dia. So, kali nie, saya dapat 2 lai tudung Ariani, tote bag Yveas Saint Lauren (YSL) (Dia dapat free masa beli barang make up YSL), Lip Gloss YSL (Dia beli untuk dia sebenarnya, pastu dia tak berkenan, dia bagi kat saya, macam biasa, ehehehehe) ngan brooch.
Tima kasih Tipah Debok :D

Tips-Tudung Ariani

4:16 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Cara saya gantung Tudung Ariani, sama cam gantung Tudung Sri Munawwarah, saya gantung pastu sepit pada kain tudung, tak sepit pada awning sebab takut awning rosak.


Ini pulak, label yang ada pada tudung Sri Munawwarah dan tudung Ariani.

Berhari-Hari Di Hari Raya

3:33 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Raya Pertama

Raya pertama hingga raya ke-2, saya ngan abang beraya di Gelang Patah, Johor, umah mertua saya. Oleh kerana my mum in law kurang sihat (sakit kaki), maka saya la yang kena in charge bab masak-memasak menu berbuka dan menu pagi raya.
Sehari sebelum raya, pagi-pagi saya dah bangun, siapkan bahan-bahan untuk memasak juadah pagi raya. (Kupas bawang, blender cili, tumbuk kacang etc)
Lepas zohor, saya start buat rendang daging (2kg), sambil-sambil tu, buat kuah kacang sekali. Pas buat kuah kacang, goreng ayam (2 ekor) sebab malam karang saya nak buat ayam masak merah.
Malamnya, lepas wat ayam masak merah, siapkan rencah untuk buat nasi minyak pagi esok, so tak la kelam kabut sangat pagi esok sebab dah siapkan awal-awal.
Pagi esok, pas subuh, terus wat nasi minyak. Alhamdulillah, semuanya menjadi. Takut jugak mula-mula tu sebab saya mana biasa masak banyak. Dan buat pertama kalinya, seluruh keluarga di Johor ni merasa makan nasi minyak di pagi raya. Memula tu, sedara mara terkejut gak apsal ada nasi minyak pagi raya. Pastu mak mertua pun bagitau la, saya yang buat (buat nasi minyak nie pun, abang ngan mak mertua yang request). Ye la, kat Terengganu kan biasa la makan nasi minyak pagi raya. Yang bestnya, nasi minyak saya mendapat sambutan hangat, menjelang petang jer, dah habis dah.Mak mertua pun puji tau masakan saya, hehehehe





Raya Ke-3

Raya ke-3, sebelum subuh, saya dan hubby bertolak balik ke Marang. Kami berdua solat Subuh di Masjid Kampung Pasir (Depan Angsana-Ni kampung hubby saya dulu sebelum duk Gelang Patah).
Jam 8.30am, singgah umah kakak saya, Zuraidah (saya panggil dia Zedah) di Rompin. Dah lama dah tak jumpa Zedah sejak saya duk Perlis ni. Kalu dulu, masa duk Johor, memang selalu ke umah dia sebab nak balik Marang, memang lalu kat simpang umah dia tu. Singgah umah Zedah nie, memang acara makan-makan la :D Pagi tu dia hidang nasi himpit, kuah kacang, rendang ngan nasi goreng (Tu pun dia ingat nak wat mee goreng lagi, banyaknya nak makan :) )
Oleh kerana dah raya ke-3, terus je ceduk nasi goreng sebab dah dua hari asyik makan menu raya. Tekak nie dah rindu nak makan nasi goreng :D. Dah dekat kul 11am, baru la saya dan hubby gerak semula, terus je sampai ke Marang.



Sampai je di Marang kul 4.30pm, ingatkan nak singgah umah kakak saya, Zailan (saya panggil dia Zelan) tapi baru je sampai sana, tengok-tengok, La dah nak gerak balik ke rumah arwah ayah. Dalam Kembara dia tu, Tipah pun ada sama. So, esok je la saya ke rumah Zelan nie. Tipah bagitau saya, Abang Lan sekeluarga pun dah sampai lama dah dari Kerteh. Tengahari tadi kot. La pulak sampai dari Kelantan, kul 2.30pm tadi. Saya la yang last sampai. Kitorang memang pakat-pakat bertolak dari umah mertua hari nie, sebab nak berkumpul. Sampai je kat rumah arwah ayah (La yang duk umah tu skang nie), baru turun keta, Abang Lan pun sampai, tadi dia kuar berjalan raya jap. Asalnya nak kumpul kat umah Zelan, tapi sebab saya lambat sket, so dia kuar jalan raya dulu, sebab tu decide nak kumpul kat umah La nie. Abang Lan (abang sulung) nie pun dah lama saya tak jumpa. Abang Lan sekeluarga dah duk Sarawak skang nie.

Raya Ke-4

Raya ke-4, sebelum bertolak ke umah Kakak saya, Zailan, sempat bergambar dulu. Macam biasa, acara amik gambar ngan hubby. Ada jugak plan nak amik gambar ngan abang kat studio, tapi ntah bila agaknya nak pegi. Takpelah, amik gambar kat umah pun jadilah, wat kenangan hari raya :) Sejak kecik sampai skang, acara saya, La dan Tipah bergambar bertiga, tu memang acara wajib :D Dulu-dulu sebelum kawin, siap pakai baju sama lagi :D
Skang nie, acara wajib terbaru, amik gambar banyak-banyak ngan Muiz :D Deboknya dia nie...cam acik Pah :D
Kat umah Zelan, dia buat laksa Terengganu ari nie, jemput semer adik beradik ngan sedara-mara sekali. Abang saya, Mazri (panggil Awang) pun sampai dari umah dia kat Dungun. Awang datang kejap je sebab petang karang dia kena masuk keje kat Kerteh. Tapi esok dia balik semula la ke Marang. Laksa Terengganu nie, ada dua kuah, satu kuah merah dan satu kuah putih. Pastu ada belacan, cili boh ngan ulam-ulaman sekali. Ramai yang suka makan laksa nie ngan kuah merah, tapi saya suka kuah putih. Zelan pun sama. Saya suh abang cuba kuah putih, dia tak suka la pulak. So, dia makan laksa ngan kuah merah. So, kat umah Zelan nie, selain berkumpul adik beradik, dapat ler jumpa sekali ngan saudara-mara. Nampak gayanya, kitorang ada tempat berkumpul yang baru nie selain dari umah La sebab Zelan nie baru pindah ke Marang nie. Sebelum nia dia duk Rompin, dekat-dekat ngan umah Zedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates