Malas...

9:06 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Malasnya nak update blog nie... takder citer menarik lagipun...baru lagi Awal Muharam, dah takder mood...apa daaaa...

My Little One Week-11 :)

3:26 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tadi baru balik dari antenatal check-up. Macam biasalah, cek urine, blood pressure ngan weight. Orang pun tak ramai ari nie, kejap je tunggu.


Keadaan kesihatan setakat nie, alhamdulillah. Sickness masih ada lagi tapi dah kurang sket dah, tapi sejak akhir-akhir nie takleh makan nasi la pulok...asal makan je, tekak rasa cam sempit, nasi takleh turun ke perut, nak sendawa pun payah, kena berjalan-jalan, berjoget-joget sket :D baru leh sendawa. Selalu jugak mintak abang picit-picit sket kat belakang badan sebab nak bagi sendawa. So, sebagai alternative, saya makan kuew tiaw sup ke, mee hoon goreng ke...tapi sesekali terasa nak makan nasi, saya makan jugak, tapi lepas tu siapla, memang kuar balik punya.

Tapi tak kisahlah, makan nasi ke, makan mee ke, janji perut nie kenyang, alhamdulillah :)

Abang beli motor :D

10:04 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Yeaaa!!! Semalam abang dah beli motor :D
Dulu, masa duk kat Pulai Utama, Johor, dah ada dah motor sebenarnya, motor RXZ, tapi sebelum pindah ke Perlis 2 tahun lepas, kitorang dah jual...
Oleh kerana dah tak baper ari lagi saya nak start study balik, so abang beli la motor untuk kegunaan abang bila hari saya kena pakai keta. Lagipun, abang memang dah lama jugak nak beli motor nie, senang nak wat gi solat Jumaat, nak gi surau masjid, nak gi kedai bla-bla...takder la nak kena gerak ngan keta jer kan ....
Saya tak naik lagi motor nie, helmet pun baru ada satu....nak jalan area taman nie je, malas la pulok, paham-paham la jalan dalam taman nie, banyak bonggol, karang rasa cam naik kuda plak :D nak bawak sendiri, jangan harap, takut maaaa, he he he...dulu-dulu pernah bawak motor arwah ayah, bawak kat laman umah je sebab laman umah kat kampung besar. Nak bawak kat jalan raya, tak berani, ngeh ngeh ngeh...lesen pun tak der ;)

Jemputan Dari Buku Prima

3:36 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tadi, masa tengah sibuk tengok abang tukar paip kat bilik air (tengok je, nak tolong tak reti :D ), saya dapat call dari editor Buku Prima, Ms. Norsuraya Desa. Beliau jemput saya ke satu majlis perjumpaan para penulis pada 26 hb nie...tapi sayangnya saya tak dapat pegi sebab 21 hb nie dah start register kat UUM untuk master course...plus dengan kesihatan yang kurang stabil lagi, tak tau la camana nak travel jauh. Raya haji bebaru nie pun saya ngan suami raya kat Kangar nie jer walaupun teringin sangat nak balik kampung sebenarnya...
Dalam perbualan yang singkat dengan beliau, sempat jugak beliau bertanyakan khabar saya serta memaklumkan sedikit sebanyak mengenai novel saya. Rasa bersyukur sangat bila beliau memaklumkan perkembangan positif mengenai novel pertama saya. Menurut beliau, novel saya mendapat perhatian dan komen dari ramai pembaca. Alhamdulillah :)
Beliau ada juga bertanyakan mengenai perkembangan terbaru saya dalam dunia penulisan. Sejujurnya, hari tu dah start tulis dah, tapi lepas dapat kegembiraan berganda (pregnant dan dapat sambung belajar), terus ter'stop'...tak tau la samada sebab excited sangat ataupun sebab nervous sebenarnya :D
Tak tau la bila nak sambung balik...dulu masa tulis novel "Aku Bukan Untukmu" pun macam tu, bila dah ralit menulis, sampai sakit belakang badan nie, tak reti nak berenti...tapi bila dah takder idea, mati kutu+penyakit malas, payahnya nak sambung balik ;)... ye la, saya hanya manusia biasa, mengharapkan ilham dari Yang Maha Kuasa :) Dia pemilik segalanya di dunia ini...
Insya Allah, sambung tetap sambung, tengah tunggu idea dan mood... :)
Apapun, terima kasih sekali lagi atas jemputan dan sorry sebab tak dapat memenuhi undangan...
*** Ms. Norsuraya Desa: Thanks for your personal compliment ....terharunya, iskkk... :)

Petang Raya Di Kuala Perlis

8:11 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nie citer dah beberapa hari lepas la nie, al-kisah masa hari raya haji...oleh kerana tahun nie saya dan suami beraya jauh di utara nie, petang raya tu mula la bosan...kot kat kampung, petang-petang macam nie, mesti tengah berborak tak ingat dunia punya :D ye la, sesekali jer dapat jumpa ngan adik beradik kan, plus tahun nie turn raya haji kat kampung saya, Marang.


So, petang tu, saya ngan abang gi la amik angin kat Kuala Perlis tu. Kalu tak hari raya, buleh jugak makan abc kat tepi pantai nie. Tapi dah cuti raya, kitorang berdua betul-betul makan angin la jawabnya :D


Tapi petang tu, suasana memang cantik, boleh buat poskad :D
Masa tengah jalan-jalan tu, selipar kitorang berdua boleh pulak putus :D betul-betul sehati sejiwa kan :) Ntah camana, masa kat rumah tadi tak perasan pulak...macam budak kecik jer, dah tua-tua pun selipar putus :D
Lepas jalan-jalan kat tepi pantai tu, kitorang jalan pulak kat kawasan restoran yang jual ikan bakar, tapi hari nie semua kedai tu tutup la...kat sini ada cam dataran, memang berangin :)

Kalu nak ikutkan, suami saya hari-hari ke Kuala Perlis nie sebab ofis abang kat sini, tapi nak berjalan-jalan kat tepi pantai nie, kadang-kadang tu malas sket, bukannya apa, kadang kalu dah baikkkk punya lepak kat rumah tu, memang berat sungguh nak keluar umah :)

Kawan Baru :)

2:14 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sebelum raya haji hari tu, saya & suami ke kedai komputer Libra di Kangar nie, nak trade in lap top saya...bukannya apa, walaupun lap top nie banyak berjasa dalam usaha nak menghasilkan novel sulung saya, tapi atas sebab-sebab tertentu, setelah berfikir panjang, tanya pendapat suami, so saya pun decide untuk trade in. Suami dah cakap dah, harga yang tokey kedai tu letak, so lepas berkira-kira jumlah duit yang nak kena saya tambah, kira okay lah. Plus, memang untuk kegunaan jangka masa panjang pun. Yang Toshiba tu masa saya beli, memang segala spesifikasi adalah minimum sebab masa tu pikir just nak wat tulis novel ngan surf internet jer.
Plastik pun tak bukak lagi :)
Masa kat kedai tu, mula-mula ingat nak amik yang Acer (yang nak kena trade in nie, Toshiba), pastu tetiba tokey kedai cakap, skang nie tengah PC Fair kat Penang, so dia suggest saya order jenama Asus yang kat PC Fair tu melalui dia la. Specification sama jer ngan Acer yang saya tengok tu, price pun sama, tapi, jeng jeng jeng :D kalu beli kat kedai dia, dapat 6 free gifts jer, tapi kalu order yang jenama Asus kat PC Fair tu, dapat 10 free gifts, hehehe...
Antara Free Gifts


So, baru semalam tokey kedai tu call, bagitau lap top baru saya dah sampai, tapi baru ari nie saya ngan suami gi amik. Masa kat kedai tu, saya terlebih excited tengok free gifts yang berlambak-lambak tu berbanding lap top tu sendiri, hehehe....i'm typical woman, cepat rambang mata tengok benda yang ntah hapa-hapa :D
Antara free gifts yang cukup berkenan di hati ini ialah backpack yang berharga RM139 di pasaran, complete dengan casing untuk letak mouse, beg charger, sarung lap top, ngan tempat letak CD
So, ini adalah entry pertama yang ditaip menggunakan khidmat lap top baru, Asus. Harap- harap, lap top nie pun akan banyak berjasa kepada saya seperti lap top yang dah selamat saya trade in tu, iskkk...sedih tapi gembira sebab dapat lap top baru, hahahaha

Salam Aidiladha

3:10 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam Aildiladha untuk ahli keluarga tercinta dan keluarga mertua, juga untuk kawan-kawan dan semua yang mengenali :)
Tahun nie, raya haji saya dan suami tak balik kampung, tapi raya kat Kangar nie ajer :) sesekali merasa raya di perantauan, ecececeh :D cam duk oversea plak, hehehehe
So, sehari sebelum raya tu, saya dan suami pagi-pagi pegi pasar tani, beli la apa yang patut untuk menu pagi raya. Oleh kerana duk berdua ajer, beli pun sket-sket jer :D orang lain beli daging berkilo-kilo, tapi saya ngan suami beli setengah kilo jer, nak wat rendang :) mujur tukang jual daging tu layan jugak, hehehe
Kat Perlis nie, ketupat dia sama ngan ketupat kat Terengganu, ketupat daun palas, so, dapat ler saya merasa jugak makan ketupat raya haji nie, beli tak banyak, 10 ketul jer walaupun orang lain beli berkilo-kilo jugak :D bila pikir-pikir, macam lawak pulak. Cam nak main pondok-pondok jer kitorang beli, ciput jer :) ye la, kang beli banyak-banyak, sapa pulak nak ngabih kan.
So, dengan kerjasama dari abang, dapat la saya menyiapkan semua juadah untuk pagi raya. Buat nasi himpit, kuah kacang ngan rendang untuk makan ngan ketupat. Abang la yang tukang hiris daging, blender bawang, tumbuk kacang :) mekasih banyak-banyak, sayang sangat kat abang. Tu pun abang nak tolong jugak saya goreng kacang, tapi saya buat sendiri jugak, akibatnya, kacang tu ala-ala hangus sket sebab masa tu tengah mabuk-mabuk....iskkk...siap buleh termenung depan kuali, kepala rasa cam 'hanyut' jer masa tu, hehehe
Hari raya haji kat sini, lebih kurang sama gak ngan tempat lain, biasa-biasa jer. Plus, hari pun mendung jer, dekat waktu zuhur, hujan pulak. Dah musim kan.
So, hari nie, walaupun tak beraya di kampung halaman, sama la jugak cam raya puasa, sesi makan-makan juadah pagi raya tu akan berlarutan sampai ke malam...nak-nak tengah hujan, asyik lapar ajer... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates