Air Terjun Sedim

3:54 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

[ UiTM Seberang Perai - Kulim ]

Sebelum balik ke Kangar, kitorang plan nak singgah di Air Terjun Sedim kat Kulim, Kedah. Ramai orang cakap, waterfall nie cantik dan airnya sangat deras sebab air terjun Sedim nie memang famous sebagai tempat untuk orang yang sukakan aktiviti kayak yang main kat jeram tu.



Sebelum check out-masa nie lepas breakfast, lepak sekejap kat lobi hotel, abang nak baca paper.

Perjalanan dari Hotel UiTM ke Air Terjun Sedim nie tak jauh mana pun. Dalam setengah jam boleh sampai, kami je yang sampai lambat sikit sebab first time pegi, jadinya, tercari-cari sket la.

Sampai-sampai je, kami tak naik ke aras yang lebih tinggi pun, lepak kat waterfall yang bawah je. Tengok je air terjun, eiiii....tak sabar-sabar rasanya nak cecah kaki ke air tu. Tapi setakat main air cenggitu je la sebab saya tak berani nak berendam + mandi...ye la, skang dah lebih 7 bulan, risau jugak. Dah la batu-batu tu licin. Abang pun dah macam komander dah, "sayang, jangan gi situ", "sayang, jangan pijak batu nie, licin", "sayang, jangan pijak sini, dalam", "sayang, duk diam-diam", "sayang, baik-baik, licin batu tu", "sayang, jangan duk situ, duk sini", "sayang, jangan!"... hehehe...mana ada komander dalam dunia nie panggil anak buah dia "sayang", komander saya je tau, hehehe





Abang pun memula tak nak mandi, tak best katanya sebab saya tak join sama...huishhh...tadi dia jugak yang bimbang nak kasi kiter mandi :) last-last abang mandi jugak, tak tahan dengan godaan air terjun tu. Tapi masa abang mandi, gerun jugak saya sebab air tu memang laju betul, suamiku yang 'tough' :D tu pun macam dilambung-lambung je dek air tu, kalau saya, tak tau la camana...tapi, memang beberapa kali jugak saya bagitau abang, "rasa cam nak terjun je kat dalam air nie tau, bestnyaaaaa!!!!" Airnya memang sejuk sesangat, nyamannyaaa...kalau sentuh ngan tangan lagi la. Abang mandi pun tak lama sangat, tak tahan, sejuk sangat kata abang.

Oleh kerana kami datang nie during weekdays, jadinya, takder orang pun, best sesangat...privacy la...

[ Kulim - Alor Star ]

Lepas habis bermandi-manda (abang la), dan main tepuk-tepuk air (saya la tu, hehehe), kami bertolak ke Alor Star pulak...nak singgah kat Giant, barang rumah banyak sangat dah yang habis...shopping secara besar-besaran sebab sejak sibuk ngan minggu exam tu, barang rumah habis pun kami tangguhkan dulu sebab saya takder mood nak shopping. Jadi, sekali shopping, abang nak tolak troli pun berat.

[ Alor Star - Kangar ]



Pas shopping, singgah di restoranh kegemaran kami, RFC...makan sampai kenyang, then baru balik ke Kangar.

My In-House Football Player

3:53 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kuatnya sayang tendang ibu... :) tak taulah samada dia suh ibunya duk berehat ataupun dia sedang memberi signal supaya "ibu, jalanlah lagi, jalanlah lagi..." :D

Lately (sejak exam fever week lagi sebenarnya), sekejap-sekejap saya suka tengok perut saya yang bergelombang dan bergerak-gerak, cam perut watak kartun yang akan 'toinggg sana-toinggg sini' kalau kartun tu salah makan :D tertonjol-tonjol, lepas tu mula la saya ketawa sorang-sorang, hahaha

Mujur masa exam ari tu baby duk diam-diam, kalu tak haru juga kalau orang perasan ibu dia nie tersengih sorang-sorang :D dah la ramai yang tak tahu saya sedang peknen 7 bulan, hehe

Rasanya, semester pengajian saya yang tamat sebaik saya mencecah 7 bulan 2 hari itu adalah satu waktu yang amat tepat sebab saya memang dah tak larat nak mengadap lap top nie nak menyiapkan assignments yang tak pernah tak ada tu(blogging lain, hehehe)

Ada juga kawan yang ajak saya buat intersession (sem pendek), amik satu subjek saje...start awal May dan berakhir dalam hujung bulan Jun kot...alahai, saya nak rehat la :) jangankan nak amik satu subjek, nak amik setengah subjek pun saya tak nak, cuti nie, saya nak jalan-jalan, nak balik kampung, nak lepak-lepak ngan my invisible baby nie :D, nak follow balik citer The Good Old Days kat channel 7 tu, nak masak-masak (banyak-banyak) untuk my hubby...hehe

Skang tengah pk, banyaknya benda yang saya nak buat...tengok dapur, pk nak buat itu ini, tengok bilik, pun pk nak alih itu ini...tengok TV, nak tengok itu ini, :D

Update...

2:22 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Skang saya berada di Penang, menginap di Hotel UiTM :) Perancangan nak ke sini, abang dah plan masa saya tengah demam exam ari tu.

Bertolak dari rumah pagi tadi, gi beli sarapan, then pegi singgah opis abang, abang nak print beberapa dokumen yang diperlukan dan kitorang sarapan kat bilik abang. Kul 9am, bertolak dari opis abang.

Sampai di UiTM, awal lagi, dalam kul 11.30am...tapi ok la sebab boleh check in awal.
Abang ada short course kat sini, tu, kat bangunan sebelah tu je :D sambil-sambil tu cuti-cuti sekali, bawak bini dia yang baru abis exam nie, nak lepas gian la katakan, hehehe

Tadi, lunch, kami tuju ke Jusco Seberang Prai (sket2 Jusco, hehehe), sajer cari tempat ber air-cond untuk makan sebab skang cuaca panas...

Habis lunch, abang terus tuju ke bangunan Perdana, tempat di mana short course tu diadakan dan saya terus naik ke bilik hotel.

Bila dah start cuti nie, ada beberapa kawan-kawan yang saya tak akan jumpa lagi bila saya kembali semula ke kampus kelak (Insya-Allah) kerana ada antara mereka yang dah habis. Ada local student dan ada juga international student.

Sejujurnya, kelas master saya, majoritinya ialah pelajar luar negara, mostly from Jordan dan Iraq. Antara kawan saya yang berasal dari Jordan, bro Q akan pulang semula ke home country nya lepas dapat semua markah. Dia antara international student yang saya senangi kerana orangnya sangat beradab, very helpful, sangat menghormati rakan-rakan dan lecturer dan yang paling penting, dia sentiasa tersenyum.

Sungguh-sungguh dia mengajak saya ke Jordan apabila saya bergurau kepadanya dengan mengatakan yang saya ingin mengajak suami ke sana untuk berbulan madu, hehehe...buleh ke bang :D (dia pernah nampak saya ngan abang lunch kat cafe UUM)...alahai bro Q (umur dia sama ngan saya sebenarnya, tapi saya panggil dia bro Q, rasa diri nie muda sket, hahaha), tiket nak gi sana mahal la :D bila saya mengatakan yang saya nak bermain dengan salji, terus dia memberitahu saya agar datang ke Jordan pada bulan Disember (Jordan negara 4 musim)...iyelah tu bro Q...saya layankan ajelah...apapun, terima kasih banyak-banyak atas segala kerjasama yang diberikan.

Sebenarnya, saya dan bro Q adalah leader untuk satu kelas tu, tapi saya hanya leader pada nama saja sebab bro Q nie yang akan update apa-apa kepada class mate kalau ada apa-apa latest info. Kalau ada apa-apa pun, biasanya dia akan offer diri supaya dia yang buat semua tu. Kalau ada student nak negotiate apa-apa ngan lecturer, biasanya dia akan suh nego ngan dia, nanti dia akan tolong nego 'kan' ngan lecturer dan biasanya hasil nego tu tak pernah mengecewakan, hehehe...mungkin kerana keikhlasan dia menolong kawan-kawan...

Ada dua orang pelajar Jordan yang bernama Q, dua-dua lelaki dan dua2 saya senangi, selain dari Q yang saya sebutkan itu, seorang lagi Q agak pendiam tapi tak kedekut ilmu...pantang kiter tanya, sungguh-sungguh dia jawab...terima kasih :)

Bila ingat2 balik masa mula-mula register dulu, alahai...rasa kerdilnya diri ini sebab kami pelajar Malaysia nie macam jadi orang asing pulak kat UUM tu sebab kelas master dibanjiri oleh pelajar Jordan, Iraq, Libya dan juga Nigeria...bak kata seorang kawan saya, "tak rasa cam kat Sintok pun, rasa cam kat negara Arab pulak", hehehe....

Mana tidaknya, yang satu kelas tu, hanya saya ngan Nizah pelajar Melayu, yang lain student arab2 nie la dan ada beberapa pelajar cina yang jarang saya sedari kehadiran mereka di kelas sebab mereka suka duk belakang sekali, betul-betul kat dinding. Masa Nizah tak hadir ke kelas kerana berkursus selama 3 minggu, tinggal la saya seorang pelajar Melayu di kelas itu.Kelas yang lagi satu pulak, ada la dalam 6 orang kot budak Melayu, tapi tu pun bila dalam kelas tetap rasa saya berdua ngan Nizah je pelajar Melayu sebab saya ngan Nizah akan duk depan, di celah-celah warga foreigner yang besar-besar tu dan pelajar Melayu lain ramai yang suka duk belakang (kalu duk belakang, alamatnya payah la nak nampak apa yang lecturer ngajar sebab kena lindung dek mereka2 yang besar tu, hehehe). Kelas-kelas lain pun, lebih kurang sama je, budak local ada ciput, student luar yang ramai.

Dari segi pergaulan, berbual dengan pelajar Jordan lebih mudah (pada saya) kerana slang mereka yang tidak pekat berbanding pelajar Iraq (slang mereka agak pekat dan suara mereka agak ke'dalam' sket - tak tahulah samada kebetulan saya jumpa pelajar Iraq kat sini nie macam tu ataupun memang mereka macam tu)...

Tapi apapun, alhamdulillah, semua mereka baik-baik belaka...ada la seketul dua yang tak berapa ok (kaki meniru dalam kelas, tensen gue...ada sorang tu, pernah jugak saya tegur dia dengan suara yang kuat sebab dia nak tiru saya time kuiz, hahaha...terkejut ko, kih kih kih)

Pelajar perempuan yang international student pula, hanya da 3 orang (course saya la), 2 dari Irag dan seorang dari Jordan. Mereka adalah A, N dan M. M ini, wanita dari Jordan, berpurdah, sangat ramah dan mudah ketawa. Dia cakap laju :D saya suka berbual dengan dia sebab saya rasa 'telinga' saya dengan dia sama, hahaha...maksud saya, biasanya, apabila dia bertanyakan atau berbincang sesuatu dengan saya, pendapat kami kebiasaannya sama...pernah sekali dia meluahkan perasaannya pada saya, memberitahu betapa kalutnya dia kerana mengambil bilangan subjek yang lebih banyak dari saya (dia amik lebih satu subjek dari saya - maksimum), dengan dua anak kecil dan suaminya pula yang sedang membuat phd...'Yes M, I understand...your house is not 'a home' anymore'...dia ketawa apabila saya bergurau begitu saat dia kelu untuk membayangkan kepada saya bagaimana keadaan rumahnya apabila dia pulang dari kelas pada setiap petang :D

Si M ini, amat terkejut apabila saya memberitahu yang saya sedang pregnant 6 bulan (pada ketika itu)...beberapa kali dia mengucapkan "Masya Allah"...hehehe...ye la, orang Malaysia kan kecik-kecik je saiznya :D nak-nak saya yang yang halus melidi nie, ngeh ngeh ngeh

Rakannya, si A (pelajar Iraq) pula, siap nak tengok gambar kawin saya, sebagai bukti la kononnya :D bila dia dapat tau kawan baik saya, Nizah, dah ada anak dua, lagila dia tak percaya sebab Nizah tu saiz lebih kurang saya je, hehehe

Untuk kawan-kawan yang saya dah tak jumpa lagi pas nie, tak kira samada kawan senegara atau rakan tak senegara :D, saya doakan semoga mereka berjaya. Semoga Allah memberkati mereka semua :) Untuk kawan-kawan yang akan saya jumpa lagi pas nie (Insya Allah), terutamanya Nizah, kawan yang baru satu sem saya kenal tapi rasa macam dah lama berkawan...cukup serasi :), dia juga rakan 'dating' saya, hahaha (selalu berdua ajer dengan Nizah, gi mana-mana pun tak berenggang :D )

Teringat hari mula-mula saya nampak dan tegur Nizah dulu :) Sebelum memulakan pengajian dulu, saban hari saya berdoa dan minta abang doakan saya agar ditemukan dengan kawan baru yang akan membawa kebaikan dunia dan akhirat kepada saya...alhamdulillah :)

Selain daripada kawan-kawan sedia ada yang semuanya baik-baik belaka, syukur kerana Allah menemukan saya dengan seorang lagi kawan baru yang rasanya sudah seperti saudara sendiri...macam member-member kat U dulu :)

...Insya Allah, ada umur, ada rezeki, kiter jumpa lagi pas nie...

Hehehe :D

2:34 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

...exam dah habis tadi,:D Alhamdulillah...adab exam, biasalah, ada susah senangnya tu...adab sebagai orang Islam, selepas berusaha bersungguh-sungguh, mestilah berdoa mohon agar segala usaha diberkatiNya dan seterusnya bertawakal padaNya...

Dulu waktu masih sekolah, setiap kali balik dari exam, arwah ayah seperti biasa akan tanya "buleh jawab ke dok?"...dan saya juga akan menjawab dengan jawapan seperti biasa "buleh, tapi betul ke saloh tu dok tahu la..." dan arwah ayah akan jawab lagi seperti biasa "dakpelah, yang penting buleh jawab, betul saloh tu tawakal pada Allah..."

Skang, soalan itu, abang yang tanya dengan loghat yang berbeza (hehehe)...sampai kat rumah, dengar je bunyik keta, abang dah jenguk muka kat sliding door, saya tutup keta je, terus abang tanya "Macam mana? Ok exam/test/kuiz?"...jawapan saya berbeza sket dari dulu, samada "ntahla...rasa cam tak ok je..." (dengan muka sememeh, berkerut-kerut ;p) atau "Alhamdulillah...hehehe" (dengan muka yang ceria :D)...kalau jawapan saya negatif, abang akan jawab "ok lah tu, takde apa-apa lah, dah jangan pikir lagi...tawakal je...", kalau jawapan saya positif, "Alhamdulillah, kan abang dah cakap, sayang boleh buat..."

Ok, lupakan pasal exam...balik dari rumah tadi, lepas makan, solat, berehat jap, terus je saya buat aktiviti yang saya dah tak sabar-sabar nak buat iaitu BASUH WATER PURIFIER :D dari minggu lepas lagi nak basuh, tapi dek serabut ngan exam, tangguhkan dulu...skang juga dah pakai dua water filter, satu pasang kat singki, yang satu lagi water purifier yang letak kat atas kabinet dapur tu la...pakai dua sebab kualiti air dekat tempat saya duduk nie, kurang memuaskan terutamanya waktu pagi....

So, sejak pakai dua water filter, nie la kali pertama basuh water purifier, boleh la tengok ada perbezaan ke tak...kalau sebelum nie, kena selalu jugak basuh water purifier tu...

Sebagai meraikan habis exam jugak, tadi cuci muka pakai produk lain pulak, pakai Bio Essence pulak, hahaha...penyakit lama tak habis-habis...nak pakai masa tengah sibuk nak exam, tak best, nanti tak dapat menghayati nikmat cuci muka ngan facial foam baru...dan seperti biasa, bila tukar produk, mesti suh abang pakai sama....abang layan ajer bini dia nie, hehehe...

Ayam masak kurma

1:13 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Rasa macam dan lamaaaaaa sangat tak masak kurma nie...2-3 ari nie pulak, asal bukak drawer dapur, asyik nampak rempah kurma je...macam memanggil-manggil je rempah tu.

So, pagi tadi, masa gi beli lauk, terus decide nak masak kurma ari nie...pegi pasar pun kejap je tadi...penat nak jalan lama-lama...lagipun ada banyak keje kat umah...

Kat dalam kuah tu, selain ayam, just tambah letak kentang je...pastu kebetulan ada beli cili hijau tadi, taruk sekali. Kadang-kadang letak, kadang tak letak pun. Ikut suka je...

Masak pun awal ari nie, kul 10.30 dah masuk dapur. Oleh kerana setiap kali balik dari pasar, saya akan bersihkan terus semua lauk yang dibeli (tak kira la ayam, ikan, udang, sotong, ketam), so acara memsak jadi sangat cepat. Ada orang tak suka bersihkan dulu semua lauk tu terutamanya cam ayam, udang, sotong ngan ketam sebab nak kekalkan rasa manisnya. Pada saya pulak, tak beza mana pun rasa manis dia tu sebab beli lauk setiap 2-3 hari, so kejap je dah habis, bukannya stok untuk long term, plus, bila dah bersihkan siap-siap, time masak memang jadi cepat betul. Kepala pun tak rungsing sebab semua lauk dalam ice box dah dalam keadaan ready to cook.

Sambal udang + sayur brokoli

12:52 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Hujan lebat pagi nie, kebetulan membasuh agak banyak juga (ntah kenapa, setiap ari Jumaat, mesti banyak giler membasuh, padahal dah membasuh selang sehari dah tu...ada aje yang nak dikutip...). Hari nie jugak, membasuh sampai 2 trip sebab nak asingkan pakaian bewarna hitam...karang turun kaler seluar hitam saya tu, naya je kalu kena baju keje abang...

Tengah study, tengok gelap je kat luar, terus tarik ampaian ke garaj keta.
Kul 11am, start masak. Dah hujan nie, perut cepat je lapar :D pagi tadi sarapan pun tak banyak sangat, buat jemput-jemput ikan bilis + udang kering...boring dah asyik makan nasi lemak je...

Lepas masak, sambung balik study, mata pulak kejap-kejap tengok jam...lambat pulak rasa abang balik, padahal baru kul 12, hehehe...ari nie abang akan balik awal sket dari biasa sebab hari Jumaat.

Sup ayam gaban

9:25 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Pagi tu, sebelum gi keje, abang cakap abang nak makan tengahari lewat sket atau tak nak makan, nak makan petang terus, sebab paginya tu, abang dah makan murtabak (murtabak yang dijual pagi kat sini, sarat ngan daging, bukan penuh ngan bawang dan kentang cam kat sesetangah tempat-RM2 je, lebih dari puas ati...), pastu saya makan roti telur tak abis, abang tolong perabiskan and then, masa nak bayar, orang jual roti canai tu takder duit balik, jadi abang pun beli la lagi satu roti kosong, sebab nak genapkan duit. Jadinya, roti kosong tu pun abang makan gak.

Dek kerana terlebih kenyang, itu yang abang cakap x nak makan lunch tu. So, bila abang dah cakap gitu, saya malas la nak masak untuk lunch, ingat nak masak pas Zuhur. Tapi ayam tu dah kuarkan dari ice box awal-awal...

Sekali tengok abang balik waktu lunch, saya cakap saya tak masak, abang boleh pulak cakap "laa...tak masak..." aderkhhhh...apa abang nie, pagi tadi cakap lain, balik tengahari cakap lain pulak...abang memang tak kisah pun saya tak masak, sebab dia cakap dia tak lapar pun...pulakkkk...tadi cara cakap cam lapar...poning-poning...abang nak belikan saya makanan kat luar, malas aaa...tak lalu...

Last-last, sepantas kilat, saya pun masuk dapur. Tinggalkan keje-keje yang saya tengah buat. Sian pulak tengok kat abang walaupun tengah separuh hot nie (sebab pening, hehehe) Dah kul 1.10pm dah pun...potong sana, potong sini, kecebum masuk periuk, wat sup ayam je, senang keje, cepat pun cepat...ingat nak letak kentang, tengok banyak pulak ayam yang saya masukkan, tak payah la...nak cepat punya pasal, daun sup pun potong lebih kurang je, cam tak cukup halus je, hahaha...

Nasi pun masak kejap, pastu wat sambal telur (scramble egg berlada)...setel!
Pas solat Zuhur, dalam kul 2.10pm gitu, terus leh makan, hehehe

***Kesibukan membuatkan ku bergerak sepantas gaban :D abang kalu nak tengok bini abang jadi gaban lagi, buat la lagi cenggitu ye, hehehe

Hujan...

8:38 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, malam tadi hujan jua akhirnya :) sejuk sket...nie sampai pagi nie pun, redup je...kebetulan pulak hari nie tak basuh baju, jadi tak kesahlah la ngan cuaca yang macam gelap nak hujan nie.

Malam tadi, masa tengah teman abang tengok Prison Break, tetiba Astro tu no service...pelik jugak, hujan tidak, angin kuat pun tidak, tak berapa saat, hujan yang lebat pun turun...amboi, sensitif bebenor Astro nie tau. Hujan baru nak turun, dia dah no service...abang mula la menggelabah, terus je capai arial TV, mujur ada backup walaupun takder colour, hehehe...pastu, bila Astro OK balik, baru pakai Astro...saya pun temankan abang sampai kul 11pm je, pastu ngantuk, tido....

Citer Prison Break nie saya suka, tapi citer dia sokmo buat saya rasa lemah semangat, asyik rasa saspen je...tu yang kekadang tak tahan, tido aahhh...kang bleh suh abang citerkan , hehehe


***Pagi-pagi dah pk, apa nak masak untuk lunch...abang suh bakar je ikan cencaru tu, makan ngan kicap + cili api...tinggal goreng sayur ngan telur dadar je la kot kalu gitu....

Sayur kobis + kari daging

12:26 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Teringat sayur kobis kat UTMP...sedapnya :)
Dulu, cukup tak suka kalau kelas habis kul 1pm...alamatnya, habislah sayur tu dek chinese student :D diorang nie kuat makan sayur, kalau untuk seorang je dah penuh satu plastik, sampai susah nak ikat...bayangkan kalau diorang beli untuk semua housemate...sedihnya muka masa tu bila tengok sayur kobis dah tinggal ciput...

Kalau kelas abis kul 12noon, memang sempat sesangat la berkejar ke cafe tu (semer housemate jenis sprinter yang tak pernah dapat medal :D ) untuk amik sayur kobis tu, kadang-kadang baru siap masak...rindunya makanan kat kafe sana. Walaupun hari-hari boleh dikatakan makan lauk yang sama, tak reti nak rasa bosan. Sesekali ada jugak, tukar selera, semua housemate makan lunch berlaukkan sosej + telur + berkuahkan kicap, pastu kadang-kadang ada la yang sponsor beli sayur tu...sosej pulak, ada macam-macam rasa, ada yang rasa ayam, ketam, udang...

Bab sayur kobis tu, takyah la citer pasal khasiat dia sebab memang dah digoreng terlebih masak, jadi mana ada khasiat lagi, hehehe...nie nak citer pasal sedap di telan :D

Skang, dah kawin nie, bila masak sayur kobis tu, memang teringat masa kat UTMP...sapa-sapa yang nak makan sayur kobis UTMP, meh le ke Kangar nie, saya masak sebijik sama tau rasa dia, hahahaha

Panas...

9:04 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Cuaca kat Perlis skang nie, sangat panas, phew! Tak tahan sungguh rasanya. Akibatnya, saya dan abang banyak duk dalam bilik sebab dalam bilik ada air cond (pasang tahun lepas, gara-gara tak leh tido malam dek kepanasan).
Bila dah duk dalam bilik, banyak jugak schedule saya lari. Saya nie bukan buleh duk relax2 atas katil tu, cepat je mata nie nak tido, hehehe. Mudah sangat mata nie nak lelap skang nie. Habis, nak buat camana, kalau duk kat ruang tamu, badan berpeluh-peluh, bahang sesangat rasanya. Bahang tu rasanya macam kiter parking keta kat tempat panas, pastu kiter masuk dalam keta tu. Ha, macam tu la lebih kurang rasanya. Bezanya, kat dalam keta, panasnya tak lama sebab pastu sejuk lepas bukak air cond. Kat umah nie, panasnya gitu la jugak...bukak kipas laju mana pun tak rasa apa-apa.

Air kat bilik air pulak, dari Subuh sampai ke malam, suam je rasanya. Tengahari semalam, panas sangat badan, jadi serba salah, tak nak mandi, badan berpeluh, melekit-lekit. Nak mandi, air panas...aderkhhh...kalau nak cuci muka, rasa cam pedih sangat muka.

Malam tadi, buat jemput-jemput kobis. Masa goreng tu, kejap-kejap je duk dapur, lepas masukkan jemput-jemput dalam kuali, masuk semula dalam umah, abang dah kuarkan lagi satu lagi kipas, tak cukup ngan kipas siling. Sejuk la sket...
Rambut saya pulak tengah panjang tak panjang, pendek tak pendek, nak ikat pun takleh ikat habis lagi...makin la rasa rimas tu.

Ni, hari nie, nampak cam redup sket, harap-harap tak panas sangat la hari nie...kot tak, abang dah ajak saya gi opis dia petang karang, nak tumpang study...nak study kat umah, panas, nak duk dalam bilik + pasang air cond, alamatnya, study tak sampai setengah jam la :D

Ayam Paprik + Setok Karung :D

2:29 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hari Rabu, masa gi pasar malam, hari dah gelap dah, nak hujan. So, sebab nak cepat (lupa amik payung kat dalam keta), saya suh abang gi beli ayam (ingatkan nak buat ayam masak merah), saya pulak gi cari sayur. Masa nak beli sayur, terpandang daun limau, terus terpikir nak buat paprik. Kalau dari awal dah pikir nak masak paprik, baik suh abang beli udang tadi, lagi sedap. Takpelah, ayam pun ayam la.

So, bila dah nak masak paprik, beli banyak jenis sayur la sket, tapi semuanya amik serba sikit je. Lobak, kacang panjang, bunga kobis, tomato...baby corn tak amik sebab abang tak berapa suka.

Bila dah masak paprik nie, senang la keje, sebab semer dah ada kat dalam tu. Takyah pikir nak buat lauk ngan sayur. Tinggal goreng telur dadar je.



Abis citer bab masak-masak, bukak citer lain pulak.
Lately, sokmo rasa perut kembung, tak bestnya, nape ehhh...pastu bebaru nie, pagi, masa nak bangun Subuh, kaki cramp lagi ,abang cakap, orang Johor panggil tu simpul biawak, hehehe...Nana pun panggil gitu gak...tu tak dengar lagi orang Terengganu panggil apa kalu kaki cramp, karang tulis mesti korang sebut salah punya, 'setok karung' kitorang panggil (pastu saya sesuka hati, standard kan those words menjadi 'tersentak kerana terlihat mengkarung', keh keh keh)...nie kalu ada ujian pronunciation, mesti takder sorang pun yang lulus nie, hahaha

Nape eh, bab2 cramp ke, terkejut ke, orang selalu babitkan dengan anak-beranak cicak tu... :D

Nie, sampai skang, rasa lagi sakit nie, rasa keras je kaki. Masa presentation semalam, adoiiii...keras rasa betis nie...sabo je la...jalan pun tak selesa. Dah la kena drive sendiri...jauh plak tu...

Tima kasih budak Jerman aka iu :)

8:29 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Mama Haziq, Faris ngan Izzah yang bagi nie :) Baru balik jalan-jalan, terus bagi award :) TQ :) Lepas nie memang nak kena sewa lori, asyik angkut award je :D





rules :
1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra (tak cukup la 10 orang :) )
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui 'backlink' blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Orang-orang yang bertuah itu adalah...jeng jeng jeng...
- (Suhana) Nana, (Aisyah) i-syah, (Farahazreen) Farah...sila amik ye :)
*** Nak bagi gak kat iu, Sarah ngan K.Kin, tapi Sarah, iu dah bagi, K.Kin pulak, award nie pun K.Kin yang bagi kat iu, iu pulak, dia yang bagi award nie kat saya, hehehe

Surprise dari abang :)

4:01 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah beberapa hari dah tak update blog nie...tengah final exam + takder citer sangat...
Tadi pagi pun ada paper lagi. Lepas exam, ada final presentation pulak. Gedebak gedebuk, kul 1.45pm baru sampai umah.
Balik, solat, pastu makan sorang-sorang, abang tak balik untuk lunch hari nie sebab bz, terlibat dengan student yang nak present - final year project presentation.
Layan TV jap, kat kul 3pm, baru bukak lap top, nak baca newspaper, cek email ngan blog.
Buka-bukak je lap top, waduh-waduh, tersentuhnya hati ku ini :D abang bagi e-card, dah siap dijadikan wallpaper pun :) tak tau nak macam mana nak explain betapa berbunga-bunganya hatiku ini, hehehe



Nie e-card yang abang bagi :)

Teringat masa zaman study kat UTM dulu, every time nak kuiz ke, test ke, final ke, abang akan bagi kad kecik tu...buat sendiri, wish me good luck...so sweet...dah lama dah tak terima kad macam tu, maklumlah, dah lama tak amik exam. Camana nak amik exam kalu tak belajor kan :D nie, sejak dah bergelar student balik, tak sangka pulak still dapat kad tu dari abang even a bit late (final exam dah start last week), but it's okay, better late than never, hehehe

Apapun, thank you so much my sweet heart...Sayang sangat kat abang :)

Antenatal check up + printer rosak lagi...

7:18 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Petang semalam, pas Zohor, gi INS Kangar, ada appointment ngan DR Ngee. Berat badan naik jadi 50 kg :D tapi kalau orang tengok saya, ramai jugak yang tak perasan saya pregnant...agaknya badan saya memang jenis macam nie, berat naik tapi tak nampak, kelassss, hehehe

Semalam jugak printer Canon yang baru sebulan saya beli, dah rosak....aderkhhhh...tensen bangat gue nie...ari tu printer abang rosak...dugaan...printer Canon tu, oleh kerana still under warranty, dia akan antar ke kilang Canon, alamatnya, berbulan la baru dapat balik...boring...

Kronologinya, mula-mula gi INS, saya letak kad dulu, pas tu ikut abang ke kedai komputer, nak beli refill ink. Pastu balik umah dulu sebab malas nak menunggu kat INS. Ramai giler orang.

Kul 3pm, kuar balik, kali nie abang tak temankan saya sebab abang nak ke kedai komputer tu lagi sekali sebab printer tetiba buat hal. So, sampai-sampai je kat INS, nurse cakap nama saya baru je panggil tadi, so terus masuk dalam bilik, cek urine, amik body weight, pastu jumpa DR. Pas jumpa DR, amik blood pressure...tadi nurse tu tak sempat amik BP, terus kena panggil ngan nurse sorang lagi untuk jumpa DR.

Dah selesai bayar, jalan sket ke Watson, janji nak tunggu abang kat situ. Tengok Ayamas, rasa lapar pulak, beli ayam dua ketul. Tunggu abang pun kejap je, pastu abang sampai. Tengok-tengok dalam keta, printer dah takder...dari saat itulah bermulanya rasa ketensenan dan keboringan ku terhadap printer...

Ayam masak kicap + hujan lebat

6:16 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Lauk nie, abang yang request. So, malam tadi, masa gi beli barang-barang dapur, beli sos tiram sekali...beli cap Adabi plak, sebelum nie pakai Maggi (dah tak pakai dah, boikot...)

Masa masak tu, mujur terpikir nak rasa (biasa masak, mana rasa, main hentam je :D )...rupanya bila pakai yang cap Adabi nie, memang dah takyah letak garam langsung...kalu yang Maggi dulu, kena letak gak sket, nak-nak kalu wat berkuah banyak...yang Adabi nie pun rasa lagi sedap, ada rasa masam manis...

Petang, pas lunch + solat Zuhur, ada kelas ganti kul 3pm (last class la nie)...oleh kerana waktu petang skang nie selalu hujan lebat, so, mula-mula antar abang ke opis di Kuala Perlis dulu (kalu musim tak ujan, buleh jugak abang gi ngan motor), pastu, saya terus bertolak ke UUM...

Seperti yang dijangka, hujan turun dengan lebatnya, sampai tak nampak jalanraya...saspennya masa tu, tak tau nak cakap. Tawakal je la...gelap je...cam dah nak Maghrib + hujan yang lebat. Sepatutnya kelas sampai kul 6pm, tapi sebab dah last class, kul 4.10pm, dah abis...jumpa lecturer jap, kul 4.20 terus chow cepat-cepat, takut hujan lebat lagi.

Masa keluar dari gate UUM, nampak keta yang datang dari arah berlawanan, seme bukak lampu, dalam hati dah pk...nie mesti hujan lebat nie...baru 5 minit kat jalanraya, tepatla seperti diduga, hujan lebat macam masa mula-mula datang tadi. Tengok sawah kiri kanan semer dah tenggelam, risau jugak kalu air naik sampai ke jalanraya. Bawak keta pun dah macam atuk siput...slow jer...merangkak-rangkak...alhamdulillah, kul 5.10, sampai opis abang. Leganya....

Nasi ayam

3:55 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Hari Sabtu pagi, kelas dah takder dah...dah habis. Tinggal kelas kul 12-3pm je yang ada lagi. So, pagi tu, ajak abang ke pasar tani. Kali terakhir saya ke pasar tani nie, kalu tak silap masa nak raya haji hari tu...lamanyaaa...ye la, pastu dah start study, hari Sabtu ngan Ahad dah tak free lagi.

Tengah nak beli lauk-pauk, lecturer bg sms, bagitau kelas kul 12 pun cancell...takpelah, lagipun memang nak kena ke UUM jugak, ada discussion pasal group project.

So, berbalik pada citer kat pasar tani, beli ayam sekor...terasa nak makan nasi ayam pulak minggu nie. Ayam pun tengah murah sesangat skang nie. Beli cili merah untuk buat sambal cili nasi ayam tu dalam 5-6 batang, daun sup bla-bla...

Nasi ayam yang saya buat nie, pakai resipi arwah mak...kalau sesetengah orang letak stok ayam, tapi resipi arwah mak nie, pakai air ayam je +bawang merah + bawang putih + halia semer tu la...rasanya, of course la sedap sangat di tekak saya nie...resipi mak la katakan :)
Mula-mula rebus ayam + bawang putih + bawang merah (optional) + halia + garam (untuk nasi dia, saya letak kunyit sket, bagi kaler kuning.
Pastu, amik air ayam, masuk dalam beras yang dah siap dibasuh - masak.
Kuah sup dia pulak, saya letak kicap sket...kicap cap kipas udang tu...bukan banyak, sket je...
Sambal cili pulak, potong2 cili tu, letak bawang putih, pastu campur air ayam sket + air masak, blender...pastu masak atas dapur sampai didih.
Ayamnya, toskan dulu, pastu goreng sekejap...nak bagi garing sket2...pas tu, cincang, curah kicap sket.
Kuah sup tu, masa nak hidang, tabur daun sup.

Oleh kerana sejak peknen nie dah terbiasa makan nasi lembik (sebab tak lalu makan nasi standard tu), jadi masa wat nasi ayam nie tadi pun, tersilap buat lembik jugak...tak la lembik sangat, tapi lembik sket la...

Abang balik lambat sket tengahari tadi...waduh-waduh...dah la lapar nie...

Award dari iu

8:04 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Dah lama iu suh angkut award nie kat blog dia, baru ari nie dapat tempah lori nak gi pikul semer award tu, banyaknyaaa... :D thanks eh :D

Nak pass award nie kat Nana ngan i-syah la...sila amik ye :)

Tag iu - Wishlist on my birthday...

7:59 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kali nie memang lambat sungguh jawab tag iu...jangan mare yerk...tag kali nie, bunyinya cam senang, tapi bila nak buat tu...hmmm...jenuh jugak nak pk...

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours

On my birthday, I wish that I can...
1) Sambut birthday di rumah sendiri with my beloved.(bukan rumah sewa, tapi rumah yang menjadi hak milik...bila la nak beli umah nie...)
2) Nak hp kaler pink...doesn't matter la, either I have to buy it with my own money or abang nak belikan :)
3) Can fly to Japan with my beloved, and...
4) ...masa kat Jepun tu, I have a lot of money, so buleh shopping sakan
5) Barang yang saya nak shopping masa tu, of course nak beli hand bag banyak-banyak (kiranya my birthday presents la nie... )...
6) ...and of course nak beli gak selai kimono yang ada kaler pink + purple lembut...(selai cukup la...banyak-banyak, nak pakai bila....)
7) Nak ada 4 wheels drive yang dibeli dengan duit sendiri (ini birthday yang ke berapa la buleh dapat nie...kalu abang nak belikan pun, amatlah dialu-alukan, hehehe)
8) Seronok jugak kalu pagi-pagi, on my birthday tu, tetiba abang tutup mata saya, pastu pimpin saya ke laman umah, bukak2 je mata, tengok abang hadiahkan saya dengan laman yang sangat cantik...bunga kecik-kecik yang warnanya lembut-lembut...ala-ala bunga sakura...rumput karpet...hmmm...ada kolam kecik dengan beberapa ekor ikan kap Jepun...
9) Abang berikan tiket untuk ke Mekah (of course nak ke sana dengan yang tersayang, abang la :) ...kalu bukan musim haji, gi wat umrah pun ok...)
10)Nie yang paling diingini la nie, sihat tubuh badan, bebas dari belenggu kewangan, hidup bahagia dengan yang tersayang...amin

Sesiapa yang berkenaan, sila buat tag nie yer...cam biasa... :D

Selamat sampai

7:54 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, hampir jam 5pm, saya dan suami selamat sampai di rumah kami, di Kangar. Kalau nak diikutkan, kami berdua boleh sampai lagi awal, tapi memandangkan hujan lebat sebaik memasuki Kedah, jadi perlahan lah sket perjalanan tu. (Alhamdulillah hujan, jadi tak panas sangat...)

Sepanjang perjalanan balik nie juga, abang bawa perlahan jer, sebabnya, abang tahu saya masih fobia dengan beberapa insiden di jalanraya yang berlaku semalam (perjalanan dari BP ke Melaka semalam). Sepanjang perjalanan ke Melaka tu, beberapa kali saya beritau abang, saya tak sedap hati...sampai menangis jugak la dalam keta tu sebab rasa` takut sangat. Insiden-insiden tu membuatkan saya terfikir, apa la masalah-masalah manusia2 nie? Macam mana la mentaliti diorang nie sebenarnya...kalau tak membahayakan orang lain, tak apa la jugak...takpelah, tutup buku pasal tu...saya pun malas nak tulis in detail mengenai semua tu...malas nak recall balik.

Rasanya, travel kali nie paling memenatkan saya. Bayangkan, bermula hari Isnin, kami bertolak ke Johor (dalam keadaan masih penat dengan konvo sepupu semalamnya), keesokannya (Selasa), pagi-pagi abang dah keluar, lawat student kat Pasir Gudang, banyak company jugak...sampai la ke Zohor. Saya pulak, pagi2 dah buat assignment, petangnya, abang sambung pulak ke Pontian (Tanjung Bin sebenarnya)...agak jauh, pegi-baik dekat 150km jugak...sian abang...penat travel...saya penat jugak, penat merayau dalam Jusco...iskkkkk....

Esoknya (Rabu), terus bertolak ke Melaka. tapi sebelum tu singgah di Senai dulu, and then ke Sharp di BP, pastu baru la ke Melaka...cukup kesian tengok abang, memang nampak sangat abang penat...langsung tak rehat sepanjang 2-3 ari nie.

Sampai Melaka, petangnya, rasa dah malas sgt nak kuar, tp gagahkan diri jugak sebab nak kuar makan...gi makan kat Jusco...kebetulan Jusco dekat je ngan hotel tu. tak merayau mana pun, pas makan, terus balik.

Then, pagi tadi, dari Melaka, abang drive lagi balik ke Kangar. Saya pulak, langsung abang tak bagi bawak keta...saya pun memang tak larat + takut sebab terbayang2 kejadian semalam.

Sian abang...itupun abang cakap, takpelah penat pun, dapat jugak sayang merasa nasi beriani yang dah lama sayang nak makan...(Nie jasa Nana jugak nie :D TQ Na)
Sampai petang tadi, saya terus unpack barang2, lipat kain baju yang saya jemur dalam rumah sebelum balik ari tu, masak air, masak nasi (petang nie nak goreng nasi je la...nak makan luar, tak lalu +tak larat)...rehat sekejap, mandi, relek jap, sambung lagi buat assignment...siannya baby kat dalam nie...ibu dia asyik keje je...penatnya...

Nie, abang baru balik surau, tetiba bagitau ada function yang wajib kena pegi pulak malam nie...alaa...saya cakap ngan abang, x payah pegi je la...sian abang, penat sangat tu...pening kepala lagi sebab kena hujan masa nak bukak gate tadi...
Nie, pas solat isyak, abang cakap abang nak tido terus sebab pening kepala...saya pun nak tido jugak la...esok je la pk pasal assignment tu lagi...dah penat sangat dah rasanya nie...

Nie citer masa kat Johor

10:01 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Citer nie masa saya kat Johor, skang nie, bz, jadi takder masa nak susun citer mengikut kronologi...asal sempat je :D

Kat Johor, hari pertama kat sana, pepagi abang dah kuar, lawat budak praktikal kat area Pasir Gudang...banyak kilang gak kena gi kat situ.

Saya pulak, pepagi dah bukak lap top, start wat assignment...mujur la my mother in law amat memahami...menantu dia bz :)

Dalam pada bz tu pun, lepas Zohor, sebelum abang kena ke Pontian pulak, saya suh abang tinggalkan saya kat Jusco, nak shopping. Merayau kat sini, biasala, sampai sakit pinggang nie. Banyak beli barang keperluan diri dan rumah.
Yang penting, dapat beli hand bag hitam besar idaman hati... :) ada 3 kaler masa tu, hitam, dark green and coklat gelap. Masa nak beli tu rambang mata jugak, tapi tetapkan iman je la, jangan hilang fokus :D hand bag nie dah lama saya berkenan, sejak balik raya puasa ari tu ...masa tu dah nak beli, tapi cuba kontrol...akibatnya, hari- hari teringat sampai la ke saat nak beli tu....mujur ada lagi...lama dah hand bag nie ada kat kedai tu, tp tak turun pun harga...hand bag lain, semer ada less...yang saya nak beli nie, takder plak less...tapi sebab dah nak sangat...amik je la...karang teringat2 lagi, makin tensen jadinya.

Lepas tu ada la jugak beli barang-barang lain cam towel mandi (kotak-kotak biru untuk abang, kotak-kotak pink untuk saya), towel nak letak kat dapur(kaler dia nampak sweet :)), selipar nak pakai kat dapur, bekas spray air (beli sebab dia comel, hehehe), kemeja abang (tengah less, dapat murah sket...macam2 la...malas nak amik gambar...penat....

Abang amik saya, dalam kul 5.40pm, ajak abang beli satu lagi barang. Barang nie saya tak larat nak angkat ke troli, berat (hadiah wedding seseorang :) )
So, pas tu, terus balik umah MIL. Penattttttttt!!!!!

Malam, lepas wat assignment jap, kul 9.30pm dah zzzzzz....

Sambil Menyelam Minum Air

9:19 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jam 7.00 am, bertolak dari rumah mertua (Gelang Patah)...singgah sarapan kat Taman U. Pastu, abang singgah UTM jap, jumpa supervisor dia kat FKE...rindunya ngan UTM :)
Jam 8.45am, bertolak ke Senai...abang lawat budak praktikal kat situ pulak..lupa apa nama kilang tu.

After that, terus ke Batu Pahat. Kat BP, abang kena lawat student kat kilang SHARP. Kul 12 noon, gi umah Nana. Dari minggu lepas lagi saya dah bagitau Nana, kalau ada kesempatan, memang nak singgah umah dia...lama dah tak jumpa dia, tambah plak skang nie Nana dah ada baby, lagi la terasa nak jumpa :) (rasa cam nak gigit2 je Adam, hehehe). Pelan nak gi umah Nana senang je, cuma saya ngan abang terlajak, ngeh ngeh ngeh :D


Kat umah Nana...akhirnya, sampai jugak aku kat umah ko Na :) (Last jumpa Nana, tahun 2005, masa saya kawin)

Singgah umah Nana pun tak lama, dalam setengah jam jer sebab abang kena lawat budak praktikal kat Melaka pulak. Kalau dah tau tempat, leh le lepak umah Nana lama sket, ini kitorang takder idea langsung tempat tu kat mana...tambah plak company tu tak besar sangat...ntah ada ntah tidak map nak ke sana kat internet. Takpelah, sekejap pun jadiklah, lepaskan rindu pada member lama...tak tau la pas nie bila lagi kiter leh jumpa ek na :) Nak singgah umah Nana nie pun, dari minggu lepas saya dah bagitau abang, abang pun cakap memang nak singgah umah Nana sebab dia tau, saya ada 2 orang kawan je kat BP nie (keh keh keh)...ye la, lain kali nak singgah, dah tak tau bila lagi...Macam abang, dia ramai kawan kat BP, tapi masing2 dah pakat merantau...

Alang-alang singgah umah Nana, saya terus tanya Nana kedai nasi beriani yang best kat sini...saya ingat nama kedai tu sebab Nana pernah sebut sebelum nie, Nasi Beriani Mohd Shah...nak carik kedai makan nie pun tak susah...kebetulan orang sedang-sedang je waktu tu, tak ramai sangat, jadi selesa la makan kat situ (tempat tu Nana kata orang panggil Benteng)



Memang betul la cakap Nana...sedappppppp sangat nasi beriani tu...memang masa kunyah tu terasa la 'ke' beriani 'annya' tu :D....lembut je nasi dan lauknya....banyak pulak tu...memang cukup puas ati.

Lepas singgah umah Nana + makan nasi beriani, terus ke Melaka. Masa sampai kat tempat student praktikal tu, saya memang betul2 dah flat...penat tak tahu nak cakap camana dah...dengan panasnya lagi...mujur abang tak lama. Setel keje abang, terus check in hotel (Hotel Seri Malaysia) kat Melaka nie la...penatnya badan...baring2 jap, pastu mandi, solat...sambung wat assignment (proses wat assignment nie terpaksa buat sket2, bermula dari rumah MIL, pastu wat dalam keta masa tunggu abang kat UTM, pastu wat kat kilang SHARP, masa tunggu abang jugak)...takpela, nak merungut pun tak guna, dah tanggungjawab.

Kul 6.15pm, abang ajak kuar makan...terus ke Jusco, jalan-jalan sket, pastu sebab penat sangat, terus ke food court, makan (sedapnya ABC kat sini :D )

Nie tengah pk, nak tido ke nak sambung wat keje lagi....aduiiii....penat sehhhhh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates