Kenapa Ceasarian section?

5:37 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Rasanya, ramai juga yang nak tahu kenapa saya melahirkan permata hati saya, Zahra An Naurah secara C-section.

- Hari Rabu (22/07), saya dan abang ke klinik INS cawangan Kangar untuk antenatal check up. Masa nie, dah lewat 5 hari.
- Bila Dr cek, nampaknya, jalan bukak sikit sangat (boleh dikatakan cam tak bukak pun), pastu baby cam tak engage sangat.
- Dr terus cadangkan operate sebab dah lewat banyak hari. Dr pun tak nak amik risiko, antaranya bimbang baby dah berak kat dalam perut, dan yang tak diingini, baby dah termakan najisnya sendiri.
- Bila Dr sebut kena operate, tak tau la camana nak bayangkan perasaan saya dan suami pada waktu tu. Takut, kecewa, risau, sedih dan bermacam2 perasaan yang negatif datang.
- Bila tengok reaksi kami suami isteri, Dr tu terus pujuk balik, kiranya dia bagi option, kalu tak nak operate terus, leh cuba induce dulu. tapi masa nie nampak la, Dr tu memang berat hati nak bagi induce sebab katanya, terlalu berisiko. Silap2, dah dua hari induce pun, jalan tak buka habis jugak.
- So, bila balik umah, pk2, nangis2, termenung2, serabut kepala nie, cukup tension bila tersepit dengan masa yang singkat dan terpaksa membuat keputusan yang cukup penting...
- Akhirnya, setelah berfikir secara rasional, saya buat keputusan, operate je lah...rasanya, keputusan yang saya buat di klinik tadi iaitu untuk cuba induce dulu adalah keputusan sebelah pihak sahaja, keputusan yang hanya mengambil kira diri saya sahaja tanpa memikirkan keadaan baby kat dalam perut nie...syukur, bila fikiran dah tenang, Allah melorongkan saya untuk membuat keputusan yang bijak, demi keselamatan anak dan juga diri saya.
- Lepas decide, saya bagitau abang dan mertua. Abang suh saya buat solat istikharah...Alhamdulillah, ketetapan Allah itu adalah yang terbaik
- Pagi esok, masa sarapan tu, rasa cam nak tukar keputusan lagi, rasa nak cancel operate, nak cuba induce gak...tapi saya cuba fokus, banyak-banyak bertenang.
- Dalam keta, dapat sms dari kawan abang, bagitau yang dia dah selamat dapat baby (maybe awal pagi tadi kot)...masa nie, saya memang dah fokus, operate pun operate la, yang ada dalam kepala nie, mintak2 semua selamat je.
- Sampai kat hospital INS, terus bagitau ketua nurse tu, cakap ngan dia, nak cancel induce, terus operate je la. Masa nie, perasaan ralat, kecewa, sedih dan semua perasaan negatif tu langsung tak ada. Saya betul-betul redha dan bertawakal pada Allah. Saya yakin, Allah telah menetapkan yang terbaik buat saya dan anak saya, semestinya juga buat suami. Saya tak ralat walaupun tak berpeluang melahirkan Naurah secara normal, seperi kebanyakan wanta lain. Dalam hati, "tak apalah, normal ke, operate ke, doa saya, asal selamat semuanya..."
- Allah memudahkan urusan kelahiran anak saya. Sebaik bagitau ketua nurse yang saya nak operate terus, dia terus call Dr. Saya pula terus masuk wad (amik single room, senang abang ngan mertua leh duk sekali, leh juga tengok2 kan saya). Masuk je wad, terus tukar baju, nurse siap2kan saya untuk operate, masukkan ubat untuk kosongkan perut. Nurse bagitau, Dr maybe akan operate saya masa tengahari sebab paginya saya dah sarapan. Kalau saya tak sarapan, leh buat pagi tu juga.
- Lepas nurse masukkan ubat untuk kosongkan perut, terus pi bilik air. Masa dalam bilik air, dengar suara nurse cari saya. Kuar2 je, tengok nurse wat masuk mesin CTG untuk cek jantung baby. Tapi tetiba nurse bagitau, tak sempat wat CTG, Dr nak operate pagi tu juga.
- Terus saya dibawa ke Operation Theater. Rasanya, siap potong Q lagi, hehe...patutnya ada akak tu sorang dulu yang operate, tapi ntah camana, dapat saya dulu.
- Gedebak gedebuk, kul 11.15am, alhamdulillah, lahirlah Zahra An Naurah.
- Bila dah siap jahit semua, Dr jumpa abang (nie abang yang citer)...Dr bagitau, bila dia dengar saya tukar fikiran untuk terus operate, dia lega sangat, itu yang dia terus datang dan operate pagi tu jugak. Masa baby kuar, tak lama pas tu, terus baby berak. Syukur sangat baby tak berak dalam perut.
- Syukur pada Allah yang telah menetapkan yang terbaik buat hambaNya ini.

*** Lain orang, lain kisahnya. Ada wanita yang dah overdue 7,8, 9, 10 ++ hari, tapi still pilih induce dan baby serta ibu selamat, takder masalah pun. Rezeki dan takdir masing-masing.
*** Kalau hospital kerajaan di Kangar nie, lewat 3 hari je, terus Dr induce, kalu tak bukak jugak jalan, terus operate.
*** Saya pernah membaca blog seseorang yang memberitahu, walaupun dia telah selamat melahirkan anaknya (secara normal), tapi masih diejek kerana dia mengambil suntikan epudural. Kata si tukang ejek tu, kononnya, tak HEBAT la si ibu sebab tak rasa sakit. (Apalah masalah si TUKANG EJEK tu sebenarnya...?). Saya berharap agar si ibu yang diejek tu, abaikan saya suara2 sumbang tu. Yang penting diri dan babynya selamat.
*** Urusan melahirkan anak bukanlah satu pertandingan untuk menunjukkan siapa lebih kuat menahan sakit, siapa lebih hebat dalam melahirkan anak, tapi ia adalah mengenai pertarungan nyawa si ibu dan juga anak.
*** Kenapa saya mengeluarkan statement di atas? Kerana ada juga sebilangan kecil yang datang menziarahi saya mengeluarkan kata-kata yang kononnya cuba membuatkan saya merasa ralat, antaranya, " ooo...jadi tak rasa la sakit nak beranak eh..."
Dalam hati nie, sabo je la, manusia2 begini ada di mana-mana...saya telah selamat melahirkan anak secomel Zahra An Naurah, dia selamat dan sihat, begitu juga dengan diri saya...apa lagi yang perlu dikesalkan? Saya tak pernah mendengar walau seorang pun wanita yang NORMAL yang merasa kecewa setelah selamat melahirkan anak. Saya kini dalam keadaan SUPER GEMBIRA, jadi, saya abaikan saja kata-kata sebegitu. Biarlah mereka dengan MASALAH mereka.
*** Hanya segelintir yang begitu, kebanyakannnya memberikan kata-kata semangat, dorongan dan tumpang gembira dengan kelahiran bayi saya. Ramai yang berkata " tak apalah keluar ikut mana pun, asal selamat :) "
*** Tulis entry nie sket2, Naurah kuat menyusu, baru taip sket, dia dah panggil ibu dia :)
*** Terima kasih buat semua yang telah mendoakan saya, yang mengambil berat mengenai diri saya.
--- Kakak2 saya sekejap2 tanya, saya dah bersalin ke belum...risau sebab saya dah lewat banyak hari.
--- i-syah pun ada call, masa belum bersalin dah lepas bersalin :)
--- nana bagi sms betul2 masa saya baru kuar dari OT...nak tanya kabo, tau2 saya dah selamat lahirkan anak (masa tu aku tengah panaskan badan la na :)
--- Masa tengah panaskan badan tu jugak, saya terus call La dan Tipah. cakap pun cam mamai2 sket (walaupun bius separuh badan, tapi rasa cam hanyutttt je, hehehe)
*** :)

Naurah Lagi :)

8:05 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Naurah Day 2


***Ibu zaman moden, pepagi dah ngadap lap top...kalu zaman dolu2, pagi2 nie si ibu sibuk bertungku ngan bertangas agaknya, hehe...
***Baru pas sarapan ni, dah takder mood nak duk atas katil, bosan, melilau duk berjalan dalam bilik nie, nak gi amik baby jap lagi :D
***Ari nie dah ari ke-3 kat spital, Insya Allah jap lagi leh balik :D

Zahra An Naurah :)

8:59 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Naurah baru kuar dari perut ibu :)



naurah dah mandi :)

Inilah anak ibu dan baba :)
Name: Zahra An Naurah
Weight: 3 kg (C-Sect)
P.O.B : INS Specialist Centre, Alor Star
D.O.B : 23 Julai 09
Time : 11.15am




Ibu Naurah...hepi :)
Alhamdulillah, syukur pada Allah )

Ketam masak lemak cili api

6:15 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Nie siaran ulangan nie, cam Astro gak, citer yang sama, diulang banyak kali

Walaupun cuaca tak menentu skang nie, kejap panas kejap hujan, tapi seafood kat pasar malam Kangar, boleh tahan juga murah harganya.
Macam ketam nie, saya ngan abang beli murah je, puas la makan, dah habis sepinggan nasi, buleh ratah2 lagi.
Buat masak lemak cili api kali nie, pekat sket, tapi takpe sebab pakai santan kurang lemak, hehe
Buh cili api dah banyak, tapi rasa kurang pedas plak, nak beli cili api kampung (orang Perlis panggil, cabai kampung), karang takut pedas sangat pulak, tak reti nak bajet letak banyak mana. Nampak cam 'menggoda' je cili api kampung tu, kecik2 je...

Ketam nie menu makan malam, masa lunch tu, abang belikan nasi beriani...boleh tahan la rasanya...nak lawan nasi beriani kat tempat nana memang takleh la

Masak Ringkas-Ringkas Je...

2:54 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Sesekali makan lauk ringkas cenggini, berselera sungguh tekak nie
Hari nie just masak:

- Sayur kobis masak lemak (letak keropok keping sket dalam sayur nie...sedapnya...)
- Ikan selar kuning goreng kunyit je (mintak tolong abang siang kan ikan nie petang semalam )
- tumbuk sambal belacan sket (letak 3 tangkai lada merah dan 3 tangkai cili api, rasa kurang pedas, petang nie bilangan cili api tu nak kena tambah nie...)
- goreng telur dadar (abang awal-awal dah pesan, dalam telur dadar tu, jangan letak apa-apa cam bawang ke, lada merah ke...biarkan kosong...abang tak suka ada benda lain dalam telur)

Nak masak hari-hari, tak larat, tapi sesekali kena la gagahkan jugak diri nie, kalu tak muak la makan lauk kedai tu.

iu kasi :)

10:07 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah lama tak dapat hadiah (iskk...cam sedih sangat bunyiknya )

So, nie iu yg bagi, mekasih ye
Nie rules dia:
1. Copy gambar Islam di atas: - bereh!
2. Kemudian pilih 10 org sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yg sama. - yg nie tak berapa nak bereh...



Cam biasalah, nak pas kat semer membe yang ada kat tepi belah kiri tu : nana, i-syah, sarah, k.kin, linda, farah, nizah...kompem tak cukup 10...

...apsal rasa camni nie...?

4:28 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Baru habis baca novel Ayat-Ayat Cinta...
ntah camana ntah nak explain perasaan pas baca citer nie...nie yang malas nak beli novel nie...
Nak kata tak best, rasa cam best...
Nak kata best, tetiba ada rasa kurang enak, hehehe...nape eh...rasa cam pelik pun ada...

*** baru teringat, dulu, masa sebelum wat master, memang rajin kumpul novel, tapi lepas beli novel apa ekk, lupa, pastu ada rasa feel cenggini la, tu yang terus berenti beli dan baca novel

*** rasanya sebab ada bab yang citer pasal dalam penjara tu la...iskkk...I tak suka la citer sadis2 nie...rasa cam citer Prison Break plak...

*** Hishhh...merepek ntah apa2 je la aku nie...

Mari Membaca

9:04 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Dah lama tak baca buku, last baca buku secara serius, masa nak final exam akhir bulan April hari tu...habis je exam, terus tutup semer buku, kemas elok2 dalam almari ...sem nie pulak, dah bermula 2 Julai ari tu, tapi oleh kerana saya defer sem nie, so tak register la. Insya Allah, panjang umur, sem depan (bulan December kalu tak silap), saya akan sambung balik.

So, oleh kerana lama tak membaca, otak pun mula la rasa cam slowwwwww jer, asyik beli majalah2 yang tak menghasilkan apa-apa input, maka otak nie pun relax jer sebab tak perlu proses apa-apa untuk produce the output.

Cam abang lain la, dia beli buku secara konsisten. Tetiap bulan beli, saya je yang malas nak belek. Lebih suka suh abang ceritakan, kurang2 ada jugak bedtime story kan , hehe... (kalu dah malas tu macam2 alasan...)

Tapi, hari Ahad ari tu, pas check up kat INS, gi Star Parade. Saya bagitau abang, nak kena beli jugak buku nie, tak leh ikut sangat rasa malas nie. Tak tau la kenapa malas sangat, walhal, sebelum saya mula sambung master ari tu, saya rajin beli dan baca novel...banyak la jugak...pas tu mood cam lari2 je...so kena kejar balik.

Hasilnya, kat kedai buku Popular, saya beli 2 buah buku nie...

1) Ayat-Ayat Cinta (AAC)

Novel nie, orang lain dah berkurun baca, dah lama jadi koleksi, tapi saya baru nak start baca...bukannya apa, bila sesebuah novel difilemkan, dan filemnya best, saya jadi ragu2 sket nak beli novelnya sebab biasanya (pada pendapat saya), kalu filem dia best, novel dia mesti jadi tak best. Macam tu jugak kalau filem dinovelkan, biasanya salah satunya best dan satunya tu lagi jadik kurang best.

Oleh kerana dah banyak kali juga dengar orang komen yang filem AAC nie best, jadi setiap kali nak beli novelnya tu, mesti niat jadi terbantut. Tambahan pulak, sebelum nie, tak pernah berpeluang nak belek2 isi novel nie, nak tau gaya bahasa dan jalan citernya sebab dia berbungkus plastik kemas. Tapi masa kat kedai buku Popular Ahad baru nie, novel nie ada dua version, satu hard cover, satu cover biasa. Yang hard cover tu, dia tak bungkus, so leh le belek2...sekali belek, dah rasa tertarik. Malas nak pikir panjang lagi, karang tak jadi beli pulak. Novel nie dah bertahun2 ada kat pasaran, saya pulak dah tahun 2009 nie baru nak beli...takpelah, benda bukan wajib pun, tapi rasa rugi la jugak beli lambat sebab novel nie sangat la best, hehehe

2) Growing Up in Terengganu (GUIT)

Buku nie tak start baca secara serius lagi (baru take a glance) sebab tengah menghayati novel AAC. Tapi setiap kali belek buku GUIT nie, mesti senyum sendiri, kadang2 ketawa...citernya simple, bahasanya pun ok, tak ler bombastik tahap gaban...kalu tak memang melemahkan semangat nak baca. Di celah-celah bahasa Inggeris, tetiba terselit loghat2 Terengganu
Buku nie dimulakan dengan argumen penulis mengenai sebutan Terengganu itu sendiri...betul kata penulis nie, mana ada orang Terengganu sebut 'Terengganu' dalam loghat tempatan...saya sendiri sebut 'Tghanung' bila cakap dalam loghat Tghanung.

*** Kenapa eh, ada segelintir manusia yang contohnya: bila individu A memperkenalkan dirinya berasal dari Terengganu misalannya, terus individu B (bukan orang senegeri) mengajuk cakap Terengganu, antara yang kerap saya dengar "makang ikang"...tetiba je dijawab salam perkenalan dengan ayat tu, tak ke pelik manusia macam tu...contohnya, individu A cakap, "Saya orang Terengganu" dalam bahasa standard, dan individu B tu pulak terus jawab, "ooo...makang ikang..."
saya kesian dengan orang2 seperti individu B, kerana saya tak tahu apa masalah mereka,...ada masalah dengan mentaliti ke?

Orang-orang seperti ini, kalau jumpa orang Kelantan, ajuk cakap Kelantan, jumpa orang Negeri Sembilan, ajuk cakap Negeri Sembilan, jumpa orang Sabah, habis hujung perkataan di tambah 'bah'....jumpa la orang dari mana-mana pun, kalau tak ajuk, tak sempurna hari dia gamaknya...

kalau dah lama kenal, itu citer lain la, nama pun dah membe lama, gurau pun macam2 la kan...saya ngan membe2 pun macam tu...dah lama sket duk Perlis nie, kadang2 usik2 jugak dengan loghat Perlis, dulu masa belajar selalu jugak gurau2 cakap negeri 9 sebab membe baik saya Zana, orang K.Pilah. Ini baru pertama kali jumpa, hati budi orang tak tau lagi macam mana, terus ajuk yang bukan-bukan...kalau nak belajar,belajar la, takder orang nak marah, tapi lebih ramai yang suka mempersenda berbanding nak belajar. Sebab tu kalau tengok rancangan kat TV, terutamanya jika ada babak pengacara interview penonton, contohnya penonton berasal dari negeri Perak, huhhhh....percayalah cakap saya, habislah berbuih2 mulut pengacara tu 'ber ate kome' dengan penonton tu walaupun berterabur tunggang langgang...kononnya nak bergurau dan beramah mesra, tapi tak bertempat, apatah lagi nak berpada-pada...

Baru hari tu saya tengok kat TV, seorang pengacara TV nie mengajuk loghat negeri X, terus membe pengacaranya tegur sebab membenya tu dah nampak jadi cam kurang cerdik kat depan TV...

*** Kot ye pun nak bergurau @ nak menunjukkan diri tu kaya dengan sense of humour, biarlah bertempat... kalau membe tu tak kisah, takpe la, nie kekadang leh perasan, berubah jugak air muka kawan tu...ye ler, sapa tak bengang, kenal tak sampai seminit, dah duk mengajuk cakap orang...ntah apa2 je...

*** Teringat ngan membe yang berasal dari pelbagai negeri selain rakan senegeri, N9, Johor, Kelantan, Sarawak, Sabah, Perlis, KL, Selangor...banyak lagi lah...

Durian Pertama...

8:25 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Saya tak suka makan durian...saya tak kata durian tu x sedap, tapi saya tak suka...
Bukannya saya tak pernah makan, dah banyak kali juga cuba makan, tapi memang tak kena ngan tekak nie...

Dulu, masa arwah ayah masih ada, arwah ayah pujuk saya makan durian - caranya, arwah ayah akan kopek siap2 buah durian, pastu simpan dalam tupperware, letak dalam peti sejuk (bila letak dalam peti sejuk, rasa durian tu akan 'kurang' sket)...pastu, bila dah sejuk camtu, saya akan makan sket2 sampai habis satu tupperware tu...banyak kali jugak arwah ayah buat macam tu, maka banyak biji jugalah yang masuk dalam perut nie.
Tapi, kalau dah tak suka tu, buat la camana pun, tak jalan jugak

Sejak kawin ngan abang, abang pun tak pernah beli durian, sebabnya, abang cakap, bila dia dah besar nie, dah tak laju sangat nak makan durian, tak macam masa dia kecik2 dulu...tapi semalam, abang bagitau saya, dia teringin pulak rasa nak makan sebab dah lama tak makan. Abang beli pun 2 bijik je...

Oleh kerana makan sorang, maka cepatla rasa kenyangnya...alih2 abang cakap, rasa muak pulak, makan pulak tak der kawan, lagi la kurang feelnya tu kan
Tengok abang makan, terasa macam nak rasa sket, memang betul2 sikit la saya rasa, ada besar hujung jari kelingking nie je...
Agaknya, betul la kata orang, hormon orang tengah peknen nie memang lain macam, tetiba saya rasa durian tu cam best pulak, hehe...tapi rasa best gitu je la, tetap tak membuka selera saya...

Malamnya, mulut rasa tak best walaupun rasa secubit je...tak selesanya...

Petang tadi, abang sambung lagi makan, nak habiskan yang sebiji lagi...tapi abang cakap yang kali nie lagi banyak isi dia, tak habis abang makan sorang. Last2, abang simpan yang tak habis dalam tupperware, masuk dalam peti sejuk...habislah peti sejuk tu bau durian

Bosan...

10:21 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah lama tak berkebun, so, pagi tadi, rajin2kan diri sket, cantas dahan pokok bunga kertas, gembur tanah ngan letak baja, pastu mintak tolong abang siramkan pokok2 tu semer...ingat nak tambah tanah bakar sket kat pasu2 pokok tu, tapi tak larat la nak duk lelama...
Masa balik kampung lama ari tu, abih kering pokok puding, ingatkan dah mati, alih2 tengok dah kuar daun baru :) mungkin sebab ari tu ada beberapa hari jugak la hujan lebat...so leh cover balik...

Hari nie abang ada short course la pulak, bosannya, ari Sabtu tapi duk sorang2...dah la citer kat TV pun tak menarik...tunggu kul 11am, ada citer Friends yang dah berapa kali ulang pun tak tau la, nasib tak boring2 lagi layan citer tu...

Ari nie x yah masak sebab lauk takder. Semalam wat nasi goreng kampung ngan bakar ikan cencaru je. Ari Khamis, abang yang masak...abang wat kari daging, :) saya tolong sket2 la, bagitau apa bahan2 dia...sedap abang masak, hehe

Bestnya kalau hari-hari makan, ada yang tolong masakkan, :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates