Rendang Daging & Ayam Padang

9:22 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah lama tak wat entry masak2...

Semalam, buka, saya masak rendang daging. Sian abang, teringin nak makan. Kalu beli, ciput je dapat...baik wat sendiri. Petang semalam jugak, memang saya pancit giler sebab paginya, gi shopping kat Giant, alor star, sampai umah, terus masak2, mujur abang tolong hiris daging.

Ari nie plak, wat ayam padang, kasi jiran sebelah umah sket. Pagi tadi jugak, abang call suh orang mesin rumput kat laman umah. Kalu bulan2 biasa, abang kemaskan sendiri je laman tu, bulan2 posa nie, penat la sket...tambah plak skang hari2 hujan...

*** Setakat tulis je masak apa, nak tepek gambar, malas + penat nak amik gambar...asyik pancit je bila dah dekat2 nak buka tu

*** Nie cubaan kali kedua untuk berpuasa nie, harap2 tak burn lagi la...

Petang 7 Ramadhan

7:09 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Gambar terbaru baba, ibu dan Naurah (petang 7 Ramadhan)


Plan asal, petang nie saya nak gi Watson, nak beli beberapa barang yang dah habis, so, awal2 dah mandikan Naurah, jap lagi abang balik, terus amik kitorang. Kang dah balik umah tak la kelam kabut, mana nak siapkan buka, nak mandikan Naurah lagi. Sekali lepas nyusukan Naurah, dia tido la pulak, terus tak jadi nak kuar. Tapi, baru beberapa minit Naurah tido, dia leh bangun plak, so alang2 Naurah dah bangun, abang ajak kami berdua ikut abang gi param (tapi ibu ngan anak nie duk dalam keta je la)...nak masuk Watson pun x jadi sebab Naurah tengah bf dalam keta...sian pulak kat dia kalu nak stop kejap. Baba Naurah pun sajer je ajak kami berdua jalan2...sian kitorang tau, asyik terperuk je dalam umah, cam puteri lilin plak

Biasanya, kalu abang gi param sorang, abang naik motor. Tapi hari nie ok jugak kitorang berdua ikut, so abang naik keta, kebetulan hujan lebat la jugak.

Kat Kangar skang nie, hari2 hujan, sejak 1 Ramadhan lagi rasanya...alhamdulillah...sejuk + nyaman je...cuma yang tak tahan bila hujan nie, nyamuk banyak bukan main lagi. Mujur Naurah tido dalam baby cot dia, ada kelambu. kalu tido sekali atas katil ngan ibu dan baba dia, bangun pagi esok, penuh la merah2 kat muka dia tu.

Balik dari param, sempat amik gambar

5 & 6 Ramadhan

10:52 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

5 Ramadhan

Semalam, 5 Ramadhan, time buka, bertiga lagi. Kali nie mencabar sket sebab ibunya posa (tapi sekali ari nie tak bleh plak...burn la posa semalam), Naurah plak tak nak tido, time ibu ngan babanya berbuka, dia menyusu...Naurah dah 3.8kg, ibu pulak nyusukan dia sambil makan, eheh, berat wooo...kuar gak urat ijau kat tangan kiri ibu dia nie...tengah2 makan tu, jatuh gak 4-5 bijik nasik kat atas lengan Naurah, keh keh keh...sambil nyusu tu dia tido rupanya. Tapi, lepas abang selesai buka, abang amik Naurah, nak letak dalam baby cot dia, so bleh le ibunya nie habiskan makanan buka ngan selesa sket, tapi letak x sampai baper minit, dia bangun balik...alahaiii...

So, pas solat Maghrib, kena le ibu melayan Naurah sampai ibu nya pun tertido2, tengok2 jam dah kul 9pm, Naurah pun da tido kat sebelah ibu, saspen plak nak angkat dia ke baby cot dia sebab Naurah tido cam tak baper lena, tunggu abang balik la...tapi nak biarkan kat atas katil nie, nyamuk tengah banyak giler skang nie....serba salah plak...last2, layan tido lagi lah, buleh jugak monitor nyamuk nie (walaupun sambil tido, hehe...)...kul 10pm, abang balik dari surau, kejutkan saya untuk solat isyak dan alih Naurah ke baby cot dia...


6 Ramadhan
nie, skang nie, Naurah tengah tido lagi, tadi saya dah susukan dia, sambil tido berdua, hehe...dalam sejam, dia bunyik siren, tak puas nyusu la tu tadi, sambung lagi bagi susu kat dia, then dia sambung balik tido...nampak cam ngantuk sangat sebab dia mamai2, tido sambil tersengih2...dah paham sangat dah paten Naurah nie :D

Hujan kat luar nie, sejuk je...
ok lah, sementara Naurah tido, nak layan citer Pertama Ramadhan kat tv (ulang tahun lepas punya nie)..

Award & tag dari iu - best buddies :)

6:45 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Sementara tunggu time buka posa, sempat jenguk blog kengkawan, sekali tengok dapat award & tag dari mama haziq, faris & izzah :D tq yerk :)

Maka dengan sepantas kilat, buat la sekejap tag nie...

1) Sile copy award ini di blog anda: Bereh!

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini (iu )

a) X-coursemate kat UTM tapi tak pernah jumpa pun, eheh! First nampak kat Jusco
rasanya, ngan cik abe dia tu le (masa tu diorang baru kawin daa, hihi), tapi nampak dari jauh, so x tegur, lagipun masa tu memang x kenal pun lagi...first time tegur (err...senyum jer :D), kat Jusco gak (cam takder tempat lain dah eh, hehe), sebelum iu fly ke Jerman dan saya pindah (naik keta je, iskkk) ke Perlis nie.
b) muda2 anak dah ramai, alhamdulillah :)
c) sweet jer orangnya :) (kalu ikhlas puji takleh cakap kan, eheh :D -tapi macam dah ter'cakap' je...abih pahala posa den ;) )
d) rajin + pandai masak (kalu buleh berjiran ngan iu, bestnya!!! leh tumpang makan hari2 :D)
f) dah melancong banak tempat, jelesnya ;)
g) anak dah 3 pun maintain slim, hihi

3) Nyatakan 9 fakta tentang diri anda sendiri:

a) suka shopping (time ada duit)
b) suka makan (yang sedap2)
c) suka layan 'tenet' (time line laju)
d) suka tido tapi payah tido siang (walaupun ngantuk)
e) suka ikut abang gi travel ... (sebab abang suka ajak :D)
f) suka tukar2 produk kecantikan muka (mudah terpengaruh ngan iklan, hehehe)
g) suka belajar masak lauk, tapi x suka belajar masak kuih (nape ntah...)
h) suka menjahit (tapi skang dah laaaaaama tak menjahit)
i) peminat air soya (tapi skang cam kena stop dulu, iskkkk)

4)Pilih 10 penerima award seterusnye .. TAG mereka:
- semua blogger yang ada kat bloglist :D

Entry pertama Ramadhan

10:02 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Bulan2 posa nie, malas pulak nak update blog, hehe

First Ramadhan, menu buka masak sendiri, wat nasi bukhari...cepat + sedap. Nak masak lauk yg meriah2, kena tengok mood Naurah jugak, dan semestinya hari minggu sebab abang ada, leh gilir2 main ngan Naurah.
Masa buka, leh berbuka berdua ngan abang (teman abang berbuka sebenornya, eheh :D), Naurah dah tido dah :)

Hari kedua, masak nasi je, lauk abang beli kat pasar Ramadhan. Hari nie, berbuka bertiga (sorang je berbuka, yang lagi dua orang, tukang teman :D)...pas selamat berbuka, baru Naurah tido. Takpe, masa ibu ngan baba dia makan, dia duk diam je atas riba ibu, pandai pulak dia 'bercakap2' ngan ibu dia...terliur tgk ibu ngan baba dia makan agaknya :D takpe, nanti Naurah makan jugak apa yang ibu makan, Naurah kan minum susu ibu :D

Hari nie, masak nasi jugak la rasanya...lauk abang beli...kalu tak pun, rasa cam nak tukar menu...beli la apa2 yang best...

Ok la, Naurah dah bangun...

Ramadhan datang lagi :)

3:28 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Naurah 1 month


Salam Ramadhan untuk semua :)

Kejap je rasanya, dah puasa lagi, Alhamdulillah...
Selamat menjalani ibadah puasa buat keluarga, teman2, dan seluruh umat Islam...
Semoga Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan memberi seribu rahmat buat kita semua...
Minta maaf kalau ada salah silap, 0-0 ye ;)

Dari kami >>
Mohd Herwan (baba Naurah), Zuriani (ibu Naurah) & Zahra An Naurah
Kangar
*** Gambar Naurah tu di upload sebab ibu dah janji ngan Acik Pah Naurah...Acik Pah call tadi, dia suh ibu cubit Naurah sebab dia nak dengar suara Naurah :D...hishhhh...tak kuasa aku Tipah, molek2 anak aku nak tido, karang nangis, satu taman nie dengor :D
*** Masa tulis entry nie, tetiba dengar suara Naurah nangis (dia tgh tido), ibu kena lari ke bilik jap...sekali dia berak daaaaa ;)

Untuk Naurah, Untuk Ibu

8:57 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Untuk Naurah >>

Car seat



Car seat untuk Naurah (tak pasang lagi). Kaler grey + pink. Dah lama teringin nak beli car seat nie, tapi dan masa tu tengah peknen, abang cakap takyah dulu. Mujur car seat nie ada lagi, kalu tak, mesti terkenang2, hehe

Ada hikmahnya tak beli awal2 dulu sebab masa beli semalam, dapat less, hehe


Manual AVENT ISIS





Sebelum nie, dah beli manual pam yang jenama pureen tu, murah je, baru berapa belas ringgit. Tapi problemnya, bila harga dah murah, kualiti pun so-so je la…sejam mengepam baru dapat 1 oz, sekali Naurah telan je la jawabnya. Lenguh tangan nie ngepam tu, takyah citer la.

Last2, discuss ngan abang, perlu ke tak beli pam nie, discuss punya discuss, beli la jenis AVENT nie. Itupun, b4 beli, saya banyak bust survey kat internet, baca pengalaman ibu2 yang pernah pakai brand AVENT nie (boleh dikatakan semua yang pernah menggunakan AVENT nie memberikan respon yang positif). Ye ler, harganya leh tahan jugak mahalnya, takkan nak main terkam je. Nak beli yang pakai bateri tu, rasanya, saya tak memerlukan lagi sebab skang nie selalu ada kat umah. Nanti bila dah start kelas balik pun, kelas hanya weekend je.

Saya jugak dah beli 15 bekas dadih untuk simpan Express Breast Milk (EBM) untuk Naurah. Untuk permulaan, ok lah tu. Nak beli banyak2 bekas tu, saya ada masalah ngan storage skang nie . Plus, EBM nie bukan saya nak pakai hari2, hanya untuk masa2 tertentu yang memerlukan.

So, pas nie, leh ler start mengepam :D tak sabo nie, heee
Masa pakai yang pureen tu, sempat ler dapat 4 bekas, pas tu saya fed up…penat…

Untuk Ibu >>

BIO OIL



Nak hilangkan stretch mark kat perut nie ler :) Pernah baca pengalaman seorang ibu yang pakai bio oil ngan minyak zaitun untuk hilangkan strecth mark, hasilnya amatlah memuaskan…itu yg nak try nie.

Award dari K.Kin

8:32 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lama dah tak dapat award :) kali nie, k.kin (ireland) yg kasi, TQ ye K.Kin :)





1. Accept the award, post it in your blog together with the name of the person who granted you the award.
2. Pass it on the other 15 blog that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know you have tagged them.

Nak cukup 15, memang tak dapat, so, nak bagi kat nana, farah, linda, nizah and sarah (iu dah dapat award nie dari k.kin, i-syah plak, iu dah bagi award nie kat dia)

Naurah 3 weeks

8:22 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Naurah takleh tido, mujur anak dara ibu nie tak mengamuk, tapi dia main-main ngan ibu :)



Nie kaki budak yang tak nak tido tu :D



1 - Bisingnya bunyi orang renovate umah...dah nak masuk bulan posa, tak lama lagi nak raya, sana sini nampak orang buat umah, renovate umah...bisingnya...kesudahannya...
2 - ...Naurah tak buleh tido pagi nie...biasanya, dalam kul 11am atau 12 noon, tu masa dia nak start tido siang...sian anak ibu...sian juga kat ibu, hehehe...Naurah cuma tido kejap2 je, sian pulak tengok dia tak puas tido...ibu nak masak nasi pun kena lari2 :D
3 - Kul 12noon, black out la pulokkkkk...tensen bangat gue nie...lagi la Naurah takleh tido, tapi mujur dia tak buat hal...sebabnya tangan ibu begitu laju sekali kipaskan Naurah :D karang kalu panas, maunya bergema taman nie dengar suara Naurah.
4 - Kul 1.15pm, baba balik, pas lunch, baba ajak ibu ngan Naurah gi opis baba...nak tunggu letrik ada balik ntah bila...
5 - Kat opis baba, sejukkkkk la sket, hehe
6 - Petangnya, masa dah nak balik umah pas baba habis waktu keje, Naurah tido dengan nyenyaknya :)
7 - Mekasih ye baba tumpangkan ibu ngan Naurah yang kepanasan kat umah nie, hehe...

Day 19

9:11 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

- Mertua dah balik JB hari Sabtu malam.
- Hari Ahad, start take over balik urusan masak memasak yang dah hampir 3 minggu diserahkan kepada mertua, eheh :D masak ringkas2 je, war sup daging ngan sawi masak lemak.
- Hari Sabtu pagi, saya gi ngurut, tak suh tukang urut datang umah, tp saya ke rumah dia...umah dia pun dekat je. Tinggalkan Naurah ngan nenek dia. Lepas je ngurut, abang bagitau, mertua call, bagitau yg Naurah dah nangis (tadi masa tinggalkan dia, dia tengah tido). Masa ngurut tu, saya dah dapat rasa mesti Naurah tengah nangis sebab susu saya tumpah banyak sangat masa tu.
- Semalam (Isnin), last day ngurut...leganya...malas sebenarnya nak ngurut nie, tp org kata kalu tak ngurut, kesannya skang nie tak nampak, nanti dah tua2 baru rasa.
- Walaupun masih dalam tempoh berpantang, tp saya cuma makan pantang seadanya (dr cakap, awak ikut kitab mana kena pantang makan masa dalam pantang...confuse saya, tak tau nak ikut yang mana, cakap org tua ataupun dr...akhirnya, saya amik jalan tengah, ikut setakat yang boleh...) selagi tak bawa mudarat pada diri dan anak, saya makan je.
- Keje2 umah, memang buat sendiri dengan bantuan abang. Part2 nak angkat benda berat tu mmg tak buat la...ala, lebih kurang masa peknen la. Wat keje cam biasa, cuma tak lasak sangat. (Wat keje umah, apa yang lasaknya, bukannya nak kena bukak-pasang atap rumah, eheh :D)

Update lagi...

11:54 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

1 - (Rabu, 6 Ogos 09)

Bawak Naurah gi INS (branch Kangar), sajer nak cek Naurah (cek la apa-apa yang patut) dan ibu sekali. Dr cakap, dah 10 hari pas operation, saya dah boleh mandi, tapi saja la saya 'lewatkan' sket, sebab nak confirm betul2 ngan Dr. So, tadi, Dr cakap memang dah leh mandi dah. Naurah pun sihat Alhamdulillah. Dr bagi krim sapu kat Naurah sebab muka Naurah kena gigit nyamuk (nyamuk banyak la akhir2 nie...)

Masa letak kad kat INS tu, orang ramai giler...dapat pulak no 14...so, kami bertiga gi shopping jap, singgah Anakku. Sempat beli nursing pad, topi (bonnet), gaun ngan cardigan untuk Naurah, hehehe...semer kaler pink :) ...beli selai stokin putih ngan bunga pink juga utk Naurah (saya sangat tak puas hati ngan mitten and booties tu...Naurah pakai tak sampai 2 minit, mesti dah tertanggal2...kalaulah saya tau, dari awal2 lagi baik beli stokin, lagi kemas. Mujur masa buat preparation barang Naurah masa peknen dulu, ada jugak beli 2 pasang stokin ala eskimo untuk Naurah :), mitten plak, memang jarang sangat pakai, so, saya kena selalu make sure kuku tangan Naurah pendek)

Pas gi Anakku, abang gi The Store, beli diapers Naurah, glukos ngan oren untuk ibu Naurah. Naurah ngan ibu tak turun, duk dalam keta je. Malas la nak bawak Naurah masuk The Store. Orang mesti ramai giler.

2 - Ari nie, last day makan nasi lauk ikan haruan, Yahoooo!!! (abang cakap, dia nampak saya makan lauk ikan haruan tu cam best je...hehe...bini dia nie hari2 makan dengan penuh perasaan sebab lapor :D )

3 - Esok, mak mertua dah nak balik Johor.

4 - Ari nie, akikah Naurah. Kami tak buat sendiri, tapi join satu majlis akikah secara beramai2. Kiranya, bayar dan serahkan saja pada pihak yang bertanggungjawab.

Zahra An Naurah day 12 & 13

1:57 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Naurah day 12 and 13 with ibu (gambar atas tu, ibu Naurah tak pakai tudung, jadi kena kerat gambar, )

*** Nie tadi Acik Pah dia yang suh upload gambar Naurah, nak send kat hp dia, hp saya ngan hp dia buat hal la pulok...
*** Kedua2 gambar diambil oleh ibu Naurah sendiri lepas nyusukan Naurah.
*** Semalam abang dah start keje rindunya...

Day 1 - Day 10 (Progress ibu and naurah)

3:40 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Day 1:

Saya lahirkan Naurah jam 11.15am. Naurah terus diletakkan dalam jagaan nurse kat nursery.
Petangnya, tak baper jam pas kebas kat kaki hilang, saya gi jenguk Naurah walaupun waktu tu masih berselirat ngan drip bottle dan urine bag (semangat giler nak tengok anak, hehe). Ketua nurse, Ms See yang bawakkan. Tapi saya jenguk Naurah kejap je sebab pas tu rasa pening2 lalat, eheh.

Ms See cakap, lupa nak suh saya exercise kaki dulu, baru la tak pening :)

Abang pulak, lepas solat Zuhur, terus balik ke Kangar untuk tanam uri. Petang dalam kul 6pm, abang sampai kat INS.


Malam, Dr Ngee, yg operate saya, tengok keadaan saya. Nurse bagitau dia, "Dr, tadi patient nie dah gi jenguk baby dia..." Hmmm...nape dia bagitau ekkk...?

Day 2:

Pakar kanak2 datang pagi2 lagi, bagitau keadaan baby saya. Dia cakap, pas drip bottle ngan urine bag ditanggalkan, saya leh gi jenguk baby. Ooo...patut la malam tadi nurse bagitau Dr pasal saya jenguk baby, patutnya pas tanggalkan drip bottle ngan urine bag baru leh gi jenguk baby, keh keh keh

Dalam kul 10am rasanya, semer2 tu pun ditanggalkan. Dengan bersemangatnya, suh abang mintak wheel chair ngan nurse, nak gi jenguk baby lagi :)

Bila diri dah tak terikat dengan botol dan urine bag tu, sonok la sket. Leh makan2 kat kerusi ngan abang dan mertua. Leh gi toilet (dengan bantuan abang)

Malamnya, rasa cam sakit perut la pulokkk...(gara2 makan moy sup-kat johor panggil bubur, kat terengganu ngan pahang, panggil nasi air) mujur leh gi toilet sendiri. Mulanya cuba kejutkan abang, tapi sian abang, penat sangat, dia tido sampai tak sedar walaupun saya campak surat khabar kat kepala dia, keh keh keh

Day 3:

Yey! ari nie leh balik :D sepanjang dalam keta, saya pegang Naurah. Mertua tanya, Zue penat tak pegang baby, saya jawab, "nanti kalau penat saya bagitau...", tapi kat dalam kepala masa tu dah set, nak pegang baby sampai la ke rumah saya :)

Masa keta lalu kat bonggol2 kat taman perumahan tu, rasa gerrrrrammmmm sangat. Paham2 le, perut nie ha. Mujur tak sakit sangat.

Sampai kat umah waktu Zuhur, lepas makan, terus cuba breast feed dia :D masa nie susu kuar sket sangat rasanya, tapi takpelah, rasa sonok tengok baby menyusu :)

Day 4:

Susu dah kuar :D!!!

Hari nie, saya dan abang bersihkan baby kat sinki sebab nanti kalau saya duduk atas bangku plastik yang saya beli untuk mandikan baby kat bilik air tu, payah pulok nak bangun.

Day 5:

Hari nie saya ngan abang dah start mandikan baby kat bilik air, dah leh duduk atas bangku plastik tu, time nak bangun pun ok2 je,hehe
Risau jugak ngan tali pusat baby tu tapi beranikan diri je lah :)

Day 6:

Bila tali pusat baby nak tanggal nie...

Day 7:

Tali pusat Naurah dah tanggal :D pepagi lagi saya perasan. Bestnya, hari nie leh pakaikan Naurah seluar, leh pakaikan barut yang berpelekat tu, lecehnya pakai barut yang bertali tu.

Pagi2 jugak, baba Naurah cukurkan rambut Naurah, pastu gi timbang at kedai emas. Akikah Naurah, Insya Allah, awal bulan lapan nie.

Day 8:

Abang gi pasar tani pagi nie, mertua lak tengah jemur baju. Naurah plak berak (dia baru pas mandi sebenarnya). So, mula2 takut2 gak nak basuh berak baby sorang2, tapi bila pk2 balik, esok lusa abang dah nak keje, bila lagi nak belajar uruskan baby sendiri. Jadinya, beranikan diri, gi bersihkan baby kat bilik air sorang2. hehe, berjaya juga akhirnya, Naurah pun memberikan kerjasama yang cukup baik, dia tak nangis :D

Day 9:

Start kuar ke laman umah, gi jemur baju. Pastu masuk cepat2, malas la nak tayang muka kat jiran2, maklumlah, tengah pantang la kononnya, keh keh keh

Day 10:

Hari nie, masa Naurah tido, saya suh abang kuarkan vacuum cleaner, rasa sakit benor mata nie tengok keadaan kat ruang tamu tu. Masa nie, Naurah saya dah tidokan, dah letak kat dalam baby cot dia kat dalam bilik. Suh abang jagakan.

*** tiap2 pagi, bermula hari ke-4 (saya discharge dari hospital pada hari ke-3), saya akan duk kat tepi tingkat dapur, jemur baby, biasanya dalam kul 8.30am, selama 20 minit.
*** tiap2 hari, makan nasi lauk ikan haruan, mak mertua yang masakkan.
*** Dari masa peknen lagi, saya dah plan ngan abang, kitorang nak uruskan baby sendiri tanpa perlu bergantung pasa ibu mertua saya. Lagipun, ibu mertua saya dah cukup penat saya tengok mengambil alih tugas saya (memasak dan membasuh).
*** Skang tengah count down, bila la nak berenti makan ikan haruan nie, hehe
*** Hari2 jugak, mertua suh saya makan buah oren untuk kecutkan rahim
*** bagusnya breastfeed nie, walaupun lauk ikan haruan tu kurang menyelerakan, tapi tetap sedap di tekak saya sebab lapor je memanjang :D hari2 saya menjadi orang terawal makan nasi :D
*** Progress nie ditulis sebab nak update perkembangan saya pada kakak2 saya terutamanya, supaya diorang tak risau/bimbang dengan keadaan adik diorang yang comel lote nie, hehe...maklumlah, duk jauh di perantauan la kononnya, :D nak tepon hari2, jenuh la pulak kan, eheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates