Dah balik :)

10:22 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kiter dah balik dah, hehe...sampai sini petang semalam. Umah pun dah abis kemas dah...basuh baju 2-3 trip pagi tadi...ingat nak tido jap pagi nie, tapi baru sekejap lelap, Naurah bangun plak, tapi dia bangun kejap je, pastu tido balik...mata ibu dia plak dah takleh nak tido dah...pagi tadi kul 5.30am dah bangun, pas BF Naurah terus sambung kemas umah...penatnya....

Kiter sambung citer lain kali yer...

Daging Masak Sos Tiram Masam Manis

5:23 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kes nak balas bekas jiran sebelah menyebelah, jenuh la kepala nie pk nak masak apa...nak masak grand2, tak reti masak dalam kuantiti yang banyak, last2, masak simple2 je la, aci? hehehe...

Mulanya, saya dah bagi lauk kat jiran sebelah kiri dan kanan umah. Sekali jiran sebelah kanan, balas dengan extra satu bekas, so, kena la balas balik. Jiran belah kiri plak, rajin bagi kuih2 kat saya sekeluarga, sampai dah ada 3 bekas, murah rezeki bulan posa nie

So, resipi nie, senang je la:

Daging (abang yang hiris, abang rajin hiris kecik2, jadi senang nak makan
Bawang merah, bawang putih, halia (saya hiris)
Serai (satu hiris, satu titik)
Lada merah ngan hijau
Sos tiram masam manis
Garam (sket je la...)
Air

Ok la, nak gi masak nasi kejap...

Salam Aidilfitri

7:59 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Alhamdulillah, hari nie dah 20 Ramadhan...tak lama lagi dah nak raya bila dah besar nie (ataupun dah tua, iskkk), time raya tu, sonoknya bila dapat kumpul ngan keluarga, makan2, borak2...kalau dulu masa kecik2, sonoknya lain. Dulu2, time raya baru merasa dapat pakai baju baru, kasut baru, seronoknya tak tahu nak cakap tapi budak zaman skang, takyah tunggu raya pun, selalu aje mak bapak belikan baju baru...alhamdulillah, nikmat kanak2 hari nie...tapi tetap tak sama dengan seronoknya menjadi kanak-kanak zaman dulu

Zaman saya dulu, bulan posa, selain dari main bunga api, mercun dan tanglung yang arwah ayah beli, kitorang bertiga (saya, La dan Tipah) sibuk buat sendiri tanglung, pakai tin milo ke, tin susu ke, lagi besar lagi best, pastu tebuk2 tin tu pakai paku ngan tukul, wat la bentuk macam2, ikan la, bunga la, wat sendiri tau, siap tukul tu terketuk tangan sendiri , pastu kat dalam tin tu, letak la lilin...
Pastu, malamnya, kami bertiga ngan jiran2 yang seangkatan akan jalan ramai2, masa nie nampak cantik je (di mata kami) tanglung hasil 'ketukan' sendiri tu ...masa tu, arwah mak ngan ayah tak risau pun sebab zaman tu takde orang jahat...aman je...

Zaman skang, mak bapak dah tak boleh biarkan anak2 berkeliaran...bahaya...itulah nikmat zaman dulu yang anak-anak zaman skang tak dapat (selain daripada tak dapat main bunga api dan mercun secara legal, )

Ingat lagi kasut raya yang kaler pink tu, tu la kasut raya yang paling cun sekali di mata ku ini, eheh kasut tu ada rambu ramba sket kat depan dia, saya punya sama ngan Tipah, La punya kaler coklat kalu tak silap (saya ngan Tipah nie, 'mengong' sket, sebab tu beli kasut kaler pink, hehe...masa tu mana reti pk nak matching kasut ngan baju, main bantai je...tak baper cukup akal lagi...masa tu baru darjah satu rasanya, kalau saya darjah satu, Tipah darjah 5, La darjah 6...err...maknanya Tipah la yang lagi 'mengong' sebab Tipah dah besor, saya kecik lagi, , gurau bulan posa ye Tipah, tapi kasut tu memang lawo...)

Zaman tu, baju raya saya (baju kurung), biasanya kakak saya Zedah yang jahit, hari2, dari pagi sampai petang ngadap zedah kat mesin jahit arwah mak, tunggu baju siap, selagi tak siap selagi tu tak bergerak...pernah la melalak sebab zedah jahit baju raya La ngan Tipah dulu masa tu plak, baju raya La ngan Tipah mesti sama, kang diorang berdua kena tanda sket kat baju tu sebab takut tertukar...(cama ntah buleh tertukar sebab Tipah tu debok, La slim sket, hehehe)
*** Ingat lagi, Zedah siap kena bagitau saya dia nak gi mandi kejap sedangkan masa tu baju raya saya tak siap jahit lagi...dia takut saya melalak lagi,

Baju skirt pulak, sokmo mintak ngan Zelan...kang Zelan bawak la gi shopping kat The Store ke, kat pasar lambak ke, seronok tahap gaban la masa tu...masa tu jugak zelan baru2 jugak la lagi jadi cikgu, tu yang adik2 dia duk ketuk dia, mintak macam2, hehe...zaman2 tu Zedah ngan Zelan tak kawin lagi

Sonoknya masa kecik2 dulu

Apapun, kad raya nie, saya, suami dan Naurah nak bagi kepada:

Semua adik beradik saya
@. Abang Lan, Kak Dah, Akak, Illi & Farid (Bintulu, Sarawak) .@
@. Zelan, Abang Lan, Fathin, Piqah & Fathihah (Marang, Terengganu) .@
@. Zedah, Pok Ya, Ajid, Ujir & Ayie (Rompin, Pahang) .@
@. Awang & Ima (Dungun, Terengganu) .@
@. La, Abang Lan & ketua darjah...ehhh...silap, Muiz, hehe (Marang, Terengganu) .@
@. Tipah yang comel (KL) .@

Keluarga Mertua
@. Mak & Ayah .@
@. Angah .@
@. Lily .@


dan juga kawan2, tak kira la kawan sejak kecik sampai la skang nie, buat kawan2 kat bloglist tu, sudi2kanlah amik kad raya nie ye

Selamat Hari Raya... maaf zahir dan batin

Ayam Madu Berempah

10:29 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Dah lama tak tepek gambor masak2, bukannya apa, skang nie pas masak, tak sempat nak amik gambar, asyik kena panggil je ngan budak comel tu

Lauk nie, menu berbuka hari Sabtu. Petang tadi, menu buka, ayam masak asam pedas. Sayur plak, duk makan sayur sawi lagi. Teringin nak makan kobis nie, tapi takut Naurah kembung, iskkk...rindunya nak makan kobis...

Lauk nie pun dah lama tak buat sebab selalu terlupa dengan kewujudan madu kat atas ice box tu

Bahan-bahan:

Ayam (goreng-ketepikan)
*Bawang merah (hiris)
*Bawang putih (hiris)
*Halia (hiris)
*Serai(letak 2 batang, satu hiris halus2, satu lagi titik)
*Kayu manis
Madu
Serbuk kari daging (letak dalam 2 sudu ke)
Garam, gula
Santan (tak banyak, sket je)

Tumis bahan bertanda *. Pastu masukkan madu, serbuk kari, santan, garam + gula. Siap!


*** Hari nie ibu Naurah berwajah baru, hehe...baru pas potong rambut daaa, eheh...baba Naurah cakap, ibu Naurah makin comel, hihihi
*** Teringin nak simpan rambut panjang, tapi rimasssss la...

Tudung Pertama Naurah :)

6:48 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم











Nie tudung pertama Naurah, hasil online shopping ibu Naurah yang pertama jugak, hehe...sebelum nie, bila dengar nana citer pasal dia selalu online shopping, memang kuatkan semangat, tak nak terpengaruh, bukannya apa, takut addict, ehehe...maklumlah, memang kaki shopping...bila semer dah di hujung jari, takut makin menjadi2 pulak hobi shopping tu, tapi dek kerana tak tahan tengok tudung baby yang comel2 nie, akhirnya kalah jugak ibu Naurah...beli la 2 lai, dua2 kaler pink...gerrraammmmm

Beli tudung nie, saja la suka2, comel sangat tengok Naurah pakai tudung nie, muka baby kan tembam, jadi nampak penuh je, hehe

Plan asal, ingat nak kuar jalan2 patang nie, leh le Naurah melaram ngan tudung dia nie, sekali dia kejap cerah bijik mata, kejap mamai, sempat tukar2 tudung tu, last2, dia titon bukan main lena lagi kat riba ibu dia...sian pulak tengok, tak jadi la kuar jalan, sampaikan baba dia bersin pun dia tak bergerak langsung (nak tau dia lena tido ke tak senang je, kalu baba dia bersin, dia bergerak2, tu maknanya dia tido tak lena )

Lastly, baba kuar gi param sorang2, pas baba kuar kejap, terus ibu letakkan Naurah dalam katil dia...nyamuk dah tak banyak sangat skang nie, so leh le bukak kelambu dia, lenanya Naurah tido...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates