Sabtu

7:27 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pagi

Pagi, plan nak bawak Naurah ke klinik di Jitra, nak khatankan dia. So, pagi2, selesaikan dulu semua house chores. Lepas sidai baju (lambat jemur baju ari nie, kat kul 8am, baru mesin basuh tu habis buat keje dia - air slow plak ari nie, tensen betul . Biasanya, paling lambat jemur baju kul 7.30am), susukan Naurah sambil pam untuk bekal Naurah. Kitorang breakfast dulu kat bandar Kangar.

Sampai kat Jitra, register dulu sbb tak pernah pegi klinik nie. Dapat tau klinik nie pun dari Nizah (rindunya nak jumpa Nizah...)

Tunggu tak lama sangat, Naurah pun seronok beramah mesra ngan orang2 kat klinik tu, tak kira budak2 ataupun org tua, semer dia tegur .

Masa khatan pun kejap jer, simple jer prosedurnya. Naurah pun x nangis, dia cuma bunyik "ekkk...ekkk"...lebih kurang la bunyinya .


Naurah dah khatan dah , balik jer, terus ibu try pakaikan baby tight tu pada Naurah. Masa gi klinik tadi, pakai baby tight belang2 merah-putih, kali nie ibu belikan yg polka dot plak yer sayang, hehe)

Setel jer, terus balik Kangar, malas nak melencong ke mana2. Sampai umah, tengok2, baby tight yang saya order semalam dah sampai. Pakai pos express jer kali nie. Ari tu pakai pos laju. Sementara nak tunggu waktu Zuhur, kitorang bertiga lepak2, tido2 je la aktivitinya...

Petang


Kul 2.30pm, baba Naurah ajak kuat makan. Saya terasa nak makan kat RFC ari nie. Naurah bangun je, terus kuar. Tak jauh mana pun ngan umah. Dalam 10-15 minit jer. Ibu makan fried chicken, baba order chicken chop. Minum air roselle ngan jambu. Order aiskrim coklat sekali (sedapnya...rasa pekat je coklat dia)



Pas, makan, ingatkan nak gi karnival ICT kat Dewan 2020, tapi tetiba terpaksa abort the mission, Naurah dah poo poo dulu. So, terus balik, change her diaper, layan tv je.

Petang Lagi

Pas asar, kuar lagi, kali nie, gi The Store, nak cari barang sket. Pas beli, merayau bahagian kids department jap, pastu terus kuar. Beli aiskrim singgit dulu, beli strawberi dan baba punya flavour coklat. Naurah tengok jerrrkkkkk....

Pas makan eskrim, pegi kat karnival ict yang kitorang nak gi tadi. Round kejap je....bunyi bising kat dalam tu buat saya rasa tak selesa bila memikirkan "telinga Naurah"....kecik2 dah terdedah ngan bunyi bising suara DJ ngan live band kat luar tu...sian anak ibu...

Sampai umah, terus mandikan Naurah (hari nie Naurah mandi lambat sket...)

Agaknya Naurah mesti terpikir, "ntah apa ke halnya ibu ngan baba nie, asyik2 kuar je...tak reti duk umah agaknya"

Puding Roti >> Ikut resipi i-syah

2:19 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sikit punya semangat nak wat puding roti ni. Mintak resipi nie ngan isyah. Masa gi Giant, beli la bahan2 yang sepatutnya tu. Oleh kerana saya nie amat jarang buat kuih, jadi geng2 tepung kastad, tepung jagung, esen vanila...memang takder kat umah.

So, nie ler hasilnya. Walaupun puding roti ku ini tidak se'cun' puding roti i-syah, namun rasanya amatlah sedap (bukan masuk bakul angkat sendiri tau , tapi puji tuan empunya yang bagi resipi nie .) Mekasih ye i-syah sebab kongsi resipi .

Puding roti aku plain je, takder tabur kismis pun sbb Giant besar sangat, aku x jumpa cari kismis (leh terima tak alasan tu )
Lagi satu, aku rasa aku patut tambah masa dalam 5 minit lagi kot, baru nampak cantik sket kaler dia, kan i-syah?

Kebetulan ari nie ganti posa lagi, so leh ler wat buka posa petang nie.

***Pas nie rasa cam nak buat puding jagung plak

Tadah & Perah

9:37 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Setiap kali susukan Naurah, saya akan tadah susu yang menitik kat sebelah lagi tu. Masa mula2 Naurah lahir dulu, biar je tumpah, bila pk2 balik, sayangnya...

Pastu, bila dah beli breastpump, rajin jugak sambil susukan Naurah, sambil pam. Tapi skang dah payah nak wat gitu sbb kadang2 Naurah nie bila nyusu tak reti duk diam. Tapi, time nak kuar shopping ke Alor Star, memang akan buat macam tu la. Sebelum bertolak, susukan Naurah dulu sambil pam. Dalam masa yang singkat leh dapat banyak. Pas dah abis pam, terus bertolak. Maknanya time mengepam dan menyusu tu, saya dah pakai siap2 dah. Kena pandai2 bajet masa la kan.

Berbalik kepada kisah tadah dan perah tadi, sebagai langkah alternatif, saya tadah pakai botol susu yg kecik ceto'it ni. Isipadu dia setakat 2oz je. Kalu isi lebih2, leh le dapat 2oz++. Kalu masa tadah tu dah dapat banyak, let say 2oz ke, memang dah tak perah lagi la (pakai tangan je). Tapi kalau time tadah tu dapat dalam 1oz ke, biasanya saya akan perah lagi, cukupkan sampai 2oz. Kalau time malas, tak perah le...perah pakai tangan dah la penat sket (takder skill yg betul sebenarnya, tu yg penat)

Oleh kerana botol susu tu hanya setakat 2oz je isipadunya(maximum), nak kenyangkan Naurah memang tak cukup, tapi ok la untuk sekadar pujuk2 dia, terutamanya masa tu kalau dia tengah duduk ngan baba dia, lepas le ibu dia nie nak wat keje sket lebih kurang. Naurah nie plak, kadang2, bila time dia nak tido, dia nak gak susu walaupun cuma seteguk dua.

Setakat nie, stok EBM Naurah memang x buat lagi. Susu yang ditadah dan diperah nie pun memang untuk terus diminum, terutamanya pas Naurah bangun dari tido waktu siang.

Tag - Husband

10:47 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

H.U.S.B.A.N.D

Tag pasal laki plak kali nie

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
football...! (copy paste iu punya sbb jawapan sama )

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
Jarang makan salad...

3. What's one food he doesn't like?
Rebung dan makanan yg bau busuk (tp budu dia makan plak )

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Nasi goreng pataya, air limau suam, air suam (sbb murah )

5. Where did he go to high school?
Sek Sains Johor

6. What size shoe does he wear?
8 kot (baru tanye tadi jugak... tp empunya diri pun tak berapa ingat )

7. If he was to collect anything, what would it be?
semua komik yg ada kat dunia nie...

8. What is his favorite type of sandwich?
Sandwich telur+mayonis

9. What would this person eat every day if he could?
X tentu, ikut selera...

10. What is his favorite cereal?
X suka sgt makan cereal sbb biasa cereal kan makan ngan susu (he doesn't like milk)

11. What would he never wear?
baju kaler pink..hehee (copy paste iu punya sbb jawapan sama lagi )

12. What is his favorite sports team?
Man U je

13. Who did he vote for?
Parti Islam

14. Who is his best friend?
dia x nak cakap, takut ada yg kecik ati, keh keh keh

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
dia cakap "takder..."...hi hi hi...i nie baik kot, ngeeeee

16. What is his heritage?
ntah...mcm complicated jerk soalan...

17. What is his favourite colour?
black or white

18. What is his habit?
baca komik sampai lupa diri, gerrraammmmmmm!!!

19. What is he proud of?
dia cakap "my wife"...hihi...sukanya I

20. Who he loves the most?
family

Sapa2 nak buat tag nie, silaKANG yer

Murtabak Mee Segera

7:56 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Nie menu sarapan hujung minggu, sangat sedap . Resipi asal dari K.Nor, mintak halal ye

So, bahan2 dia (ada adjust sket - mengikut kesesuaian perut untuk 2 orang dan selera tukang makan ):

Sebungkus mee segera (celur, pastu toskan)
2 biji telur
Sepaket perencah mee segara(saya pakai perencah kari)
Sebiji bawang besar (potong dadu)
Setangkai cili hijau (hiris halus2)
daun sup/daun ketumbar/daun bawang/kucai (Saya x letak sbb takder dlm peti sejuk)
Minyak masak secukupnya

Pecahkan telur dalam bekas
Masukkan semua bahan kecuali mee.
Kacau sebati, pastu baru masukkan mee
Gaul hingga sebati.
Panaskan kuali
Masukkan bahan mee tadi
Goreng sampai masak.


Oleh kerana menu nie berasaskan megi, kena makan panas2, baru sedap. Pagi tadi, abang makan ngan mayonis, saya makan ngan sos keropok yg beli masa balik Marang ari tu. Sangat sedap

***Buat pakai sebungkus megi je tadi...kalu tau cenggini punya sedap, wat 2 bungkus tadi...best aaa K.Nor

An Naurah - 3 Months

8:10 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, Naurah dah pun 3 bulan usianya


Taraaaa...ibu, Naurah dah bangun...alahai, tak tau ler camana nak gambarkan perasaan nie bila bangun je, tengok muka Naurah tengah senyum gini habis dah terbukak dah selimut ngan comforter dia, ganas tul tido





Skang nie, kalau bangun tido, Naurah dah pandai tak nangis, bangun je, terus excited nak explore sesuatu yg dia baru dapat. Masa baru balik dari cuti raya ari tu, dia seronok sangat angkat skirt dia tinggi2, pastu belek la skirt dia tu puas, sampai termuncung2 mulut



Skang nie plak, dah pandai nak angkat dan pegang kaki. Pagi tadi, masa bangun, tu la keje dia. Comelnyaaaaaaa ...tak nangis pun masa bangun cam dah besar anak ibu...

Semoga anak ibu, Zahra An Naurah di bawah lindunganNya selalu...amin



***Tetiba jer rasa cam nak nangis, iskkkk...(ibu Naurah nie memang ratu air mata, mudah sangat rasa syahdu ...ntah apa2 je...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates