Kasihnya ibu...

9:03 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Dah pernah baca kisah nie?


http://www.smileycodes.info

Award from iu

10:33 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Toche iu for this award. Baru ari nie pi amik, hehehe...sowi lambat (^__-). So, nak pas award nie kat semer kawan2 yg ada kt blog list tu yg tak ada lg award nie, sudi2 kan ye


http://www.smileycodes.info

Pack kain baju, kita nak balik kampung lagi

3:48 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Okay, hari nie ibu start packing kain baju (again)...yg last week tak kira ye sbb yg tu emergency case, tp yg kali nie, mmg dah planned. Cuti raya cina kan, so, time nie la leh balik kampung lama sket tanpa perlu baba amik cuti banyak sangat.

Setakat nie, 1 bag baju besar, 4 bag kecik almost siap kemas dah. Yg bag besar tu, kain baju kami bertiga, kali nie malas nak asingkan baju2 Naurah (sebelum2 nie, Naurah punya baju ibu asingkan, kemas dlm trolly bag dia sendiri)...maknanya, tak baper banyak wat balik pakaian la nie...

Yg bag kecik pulak, satu tu isi makanan nak ngunyah2 dlm keta (biasanya bila Naurah tgh tido, baru ibu ngan baba bukak sesi ngunyah2 jajanhttp://www.smileycodes.info). Lain2 bag kecik, isi telekung ibu (senang nak bwk bila time berenti solat), pakaian yg kecik2 (hehehe) ngan diaper bag Naurah (senang nak change dia).

Paling lama amik masa bila packing, masa nak pilih tudung mana nak wat balik kampung, hehehe selalu mcm tu la, duk termenung sambil pk baju mana yg dah sumbat dlm bag, so nak matching kan ngan tudung yg bakal di bawak balik....kang yg ada awning tu kena handle with care http://www.smileycodes.info shawl takpe, buleh buh selit2 je.

Ok, esok sambung lagi kemas bag. Hari sabtu nak balik kampung. Balik Marang dulu, pas 2-3 hari, baru balik Johor.



http://www.smileycodes.info

Old Pashmina - menggamit memori lalu

2:59 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



The uploaded picture is my old pashmina...usianya muda sket je dari usia perkahwinan ibu ngan baba. Ibu beli pashmina nie kat Angsana (Angsana nie femes aaa kat Johor, kalu time nak raya tu penuh ngan Singaporean). Ibu beli pashmina nie bulan puasa, beli sbb nak pakai masa time raya. Colour pashmina nie, very light purple, corak dia ala-ala songket gitu, harga dia dlm RM20-RM30 kalu tak silap ibu.

Ibu beli dua pashmina nie masa tu, satu lagi kaler soft pink. Corak lebih kurang sama. Pastu, tak lama pastu, ada beli selai dua lagi, satu kaler hitam (yg nie mama Muiz siap pinjam pakai masa bertunang), satu kaler putih (yg putih nie JAHANAM terus pas ibu gi basuh pakai washing machine, kahkahkah)

Dah lama tak pakai pashmina nie, tersimpan je dlm wardrobe tu. Tak pernah terfikir nak kasi org/let go sbb dah tau dah, fashions come and go (but style remain forever- ehehe, curik kata2 Coco Chanel ngan YSL jap, hihi), so ibu simpan je, kot2 satu hari nanti terbuka hati nak pakai pashmina balik.

So, this is the day. Tetiba hari nie rasa nak pakai balik this old pashmina. Kes terbukak hati nie sbb semalam ibu ada order plain cotton pashmina, ehehe...

Tak tau la kenapa 2-3 hari nie duk rajin survey pashmina...walhal selepas kes beli pashmina kat Angsana tu, tak berapa suka pun ...tp ibu still ingat, masa still belajar kt UTM (masa tgh wat praktikal), ibu ada beli 2 lai, satu kaler soft green, satu hitam...

Jadi, ptg karang nak gi shopping brg umah sket, rasa nak terai pakai balik aaa pashmina nie...


Nie ler gambar masa mula2 pakai pashmina nie, Aidilfitri tahun 2005, baru kawin baper bulan masa tu...masa nie ibu baru2 nak belajar edit gambar pakai photoshop daaa...masa zaman tu mana ada lg inner/awning nak pakai ngan pashmina, jd agak terer la membelit2 tanpa memerlukan bantuan inner, ehehehe



http://www.smileycodes.info

Turning 30 - Muhasabah diri

3:46 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah, dipanjangkan usia ibu ke usia 30 tahun. Kalau ikut calendar Islam, umur ibu dah lebih dari angka tu pun. Semoga pertambahan angka dalam hidup nie akan semakin membawa kebaikan dlm hidup ibu.


Ada banyak perkara yang ibu nak capai, namun samada berjaya atau tidak, tu semua ketentuan Allah. Ibu hanya merancang.

Antara perancangan ibu telah pun gagal ibu laksanakan di minggu awal tahun baru tempoh hari...takpe, ibu redha. Ada hikmah disebaliknya, dan nyata dalam tempoh ibu down, terus Allah tunjukkan hikmahnya, membuatkan ibu yakin dan sangat gembira sewaktu membuat keputusan. Tak ralat lagi. Sebab tu baba selalu pesan, pentingnya bergantung sepenuhnya pada Allah setelah berusaha. Mesti yakin dan jangan buruk sangka padaNya.


In term of diri sendiri, banyak sungguh yang ibu nak perbaiki. Banyak, sungguh banyak. Ibadat ibu banyak lagi yg nak kena perbetul, nak harap yg wajib saja mana boleh jadi. Yang sunat kena tambah lagi. Baba selalu pesan, kita masuk syurga dengan rahmat Allah, kalau nak harap ibadat kita semata untuk masuk ke syurga Allah, tak merasa la kita. Contoh senang, dalam satu hari, berapa banyak kita bersyukur dengan rahmat yang Allah bagi pada kita, setiap kali mata berkelip, setiap kali kita bernafas, setiap kali kita berupaya mendengar, berapa kali kita bersyukur...selalunya, kita hanya bersyukur dan menghargai nikmat tu bila Allah tarik sekejap, contohnya, Allah bagi ujian sakit mata 2-3 hari, selsema barang seminggu dua, bila dah baik, baru la rasa nikmatnya sihat.

Tu part ibadat, part aurat...ibu selalu bersemangat nak perbaiki diri in term of menjaga aurat, selalu bersemangat. Tp ibu masih tak pasti adakah sudah mencukupi. Nafsu nak pakai macam2 fashion memang membuatkan ibu selalu berfikir lebih panjang dan berhati2...baba izinkan ibu nak pakai apapun, asalkan part yg kena tutup tu ditutup. Ibu berusaha untuk pakai sesempurna yang mungkin sebab ibu pun tak ada jawapan untuk diberi pada Allah jika Allah tanya ibu kenapa tak pakai sebagaimana yang diwajibkan kepada wanita Islam. Tp, ibu akan berusaha ke arah yang lebih sempurna sekiranya masih punya kekurangan.

Ibu berdoa moga apa yg ibu pakai tidak akan membuatkan ibu bermegah2 dan bangga diri, ibu berdoa agar ibu tidak akan menjadi manusia yang PUNYA BANYAK JAWAPAN bg perkara yg tidak sepatutnya.

Setiap kali usia bertambah, setiap kali itu jugalah ibu ingat yang ibu sentiasa dalam mode countdown...semakin hari semakin dekat dengan kematian. Entah berapa saat, minit, jam, hari, bulan, atau tahun yang Allah izinkan ibu untuk terus bernafas di muka bumi ini. Jangan ingat muda lagi tak mati, akhir2 ini lagilah, sering saja dengar orang muda2 lagi dah dipanggil Allah, tengah sihat segar bugar pun, tahu2 saja sudah kembali kepadaNya....

Jika sudah sampai masa ibu nanti, moga ianya akan berakhir dengan husnul khatimah...

***Entry ini adalah untuk peringatan kepada diri sendiri, bercakap tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Tiada kena mengena dengan orang lain. Ibu Naurah masih punya BANYAK kelemahan, masih tak layak untuk menegur orang lain.

***Ibu pernah baca satu blog, tentang perempuan yg berpakaian tidak mengikut ajaran Islam dan memberi pelbagai alasan bg menghalalkan cara pemakaiannya, kata si penulis blog, "baguslah kalau dah ada banyak jawapan yg boleh diberi di depan Allah nanti..."


http://www.smileycodes.info

Kisah hari Jumaat

2:40 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pagi td, bwk An Naurah gi inject yg 18 months punya. Alhamdulillah, dah selesai dah. Since Naurah tak baik2 lagi selsema, Dr bg ubat sekali. Cik kak kiter skang nie sikit punya payah nak makan ubat, jenuh kena pegang kaki tangan dia la nak kasi ubat.


Saya la yg kena inject pg tadi, hihi


Kat klinik td pun, seme org dgr suara Naurah je, duk nangis je sbb takut ngan Dr tu. Hari tu, masa selsema, tak takut pulak dia ngan Dr yg cek dia sbb Dr tu Dr lelaki muda, baba cakap muka cam budak2 je, tu yg Naurah tak takut kot, heheh http://www.smileycodes.info

Ibu x masuk masa tu sbb ibu tgh batuk, tp malas nak cek, takut kang Dr suh ibu cek sekali, kekeke...ibu makan ubat batuk cap kelapa laut tu je, dah baik lama dah pun...

Skang ibu tgh GIGIH dan BERSEMANGAT nak siapkan photobook Naurah nie, harap2 dapat siap la kali nie, sebelum2 nie, sekerat jalan je...ye la, masa tu tgh bz ngan master study kan, tp laju aje bab2 curik masa nak buat benda2 huha2 nie, hehe http://www.smileycodes.info

Ok, baru pas makan jemput2 ngan Naurah, ibu buh sayur kobis, spesel utk Naurah, tp baba request buat lebih sbb baba pun nak makan (walhal ibu ngan baba baru pas makan nasi goreng pataya lunch td- beli daaaa), tp dgr ibu nak buat jemput2, laju aje baba nak join, alih2, balik Jumaat, baba ckp nak tido sat, so, ibu tinggalkan sket utk baba, kang kempunan pulak (-__^)

http://www.smileycodes.info

Terapi jiwa

8:59 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Beberapa minggu lepas, ibu down giler2...sedih je...stress lagi... http://www.smileycodes.info tp tak ready lg nak citer ke tak...kang ibu citer, org paham ke? Kang org tanya, nape gitu, nape gini, nape tak buat gitu, nape tak buat gini...payah weiii nak kasi org paham. Apapun, ibu bersyukur sbb dah berjaya melepasi saat2 yg tak best tu dgn jayanya
Bersyukur sbb telah membuat keputusan dgn tepat, Insya Allah...

By the way, bukan nak citer pasal stress tu, tp nak citer pasal terapi stress, hehehe...banyak benda yg ibu buat kalau tgh down nie, dan baba selalu pesan, banyak2 kan selawat, mengaji....tu terapi yg paling berkesan.

Ada lagi stau terapi yg berkesan jugak, tp ibu rasa ala2 melalut la sket, hehehe...

Nampak tak yg kaler putih tu...tu ibu baru beli tu, eheheh....



Weiii, bukan 4wd kat belakang tu la, tu kalu ibu beli nak bayor ngan apa (tp just utk information, 4wd kt belakang tu x mahal mana pun sbb pakai minyak diesel...so sapa2 berminat, sila beli, ehehehe...iklan kejap)


Cardigan putih yg ibu pakai tu, ibu baru beli kt booth2 jual baju yg nampak kt belakang tu, ala2 thai fair gitu (ke mmg thai fair eh...tak perasan pulak)...masa tu, memang takder mood...muka bengkak sbb banyak hari nangis, pakai tudung takder belit2 pun, huhuhu...duit dah la ala2 nak kering sbb baru perabis shopping kat jusco beberapa minggu sebelum tu...

So, saja2 jln2 kt booth tu, rasa berkenan pulak ngan cardigan putih nie, murah je, rm29, dia kasi rm27....huissshhhhh...apa kellassss kurang rm2 je, ibu mintak cukupkan rm25 (ingatkan nak mintak rm20, ehehehe)...dah terai depan cermin, terus pakai, kekeke....yg tukang jual tu pun ketawa, hehe

Ibu nie dah la kurus, cardigan tu free size, jd bahu dia jatuh sket, tp hati tetap gumbira, kekekeke

So, pas pakai cardigan baru yg murah tu, terus la rasa ceria, hihi, suh baba snap jugak walaupun muka bengkak, kahkahkahkah http://www.smileycodes.info

***Dulu2, masa kt utm dulu, ibu suka sgt ngan cardigan nie, tp masa tu x tau org panggil apa cardigan nie, ibu panggil baju gwyneth paltrow sbb masa tu gwyneth paltrow nie antara hollywood celebrity yg selalu ibu nampak pakai cardigan cantik, siap beli vcd citer dia ngan ben affleck, The Bounce sbb nak tgk ada tak dia pakai cardigan dlm citer tu (walhal citer tu x la best mana pun, ceh!)
***Nie plan nak beli cardigan labuh yg nampak cam layer2 sket tu, Acik Pah dah promote kaw2 punya, tp tgk la, kalu masa test rasa tak kena, tak beli la...

Sekian,


http://www.smileycodes.info

Ibu An Naurah

Cuba product baru lagi

2:47 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ada sapa2 suka pakai lotion ngan lip balm nie tak? Jenama Organica, ibu beli kat Watson. Ibu baru jg lg pakai, x sampai sebulan pun, but so far, sgt puas hati. Paling suka sbb bau dia, bau green apple. Rasa fresh je sepanjang hari Terai la sapu kat bahu, mesti rasa cam baru pas mandi je http://www.smileycodes.info

Lip balm dia pun tak greasy sgt, tp mcm ngam2 je. Nie, test kat diri sendiri la. Org lain pakai tak best tu masing2 la kan.

Untuk muka, ibu skang tgh pakai Safi Rania Gold, biasalah, kes terpengaruh ngan iklan. Tambah2 pulak dah nak masuk 3 series kan, ehehehe...tp x pakai complete set lagi, beli sket2, mula2 beli scrub sbb nivea scrub dah abis (sbb sblm try safi rania gold, tgh pakai nivea)...pastu beli pencuci muka pulak sbb pencuci muka nivea abis. Nie tgh tunggu masa nak beli serum ngan moisturiser la nie. Tp rasa cam bagus je Safi Rania nie sbb tgk hidung mcm makin comey jer skang nie, kikikihttp://www.smileycodes.info

BB Cream Maybelline baru jer terai pakai, sebelum beli tu, jenuh la jg buat research, nak tau ok ke tak. Bila dah puas hati, baru beli dah ibu sgt SUKA OK! hehehe

Antara wish list skang nie, nak beli NEW Chubby Stick Moisturizing Lip Colour Balm by Clinique. Nampak cam menarik je. Nie gara2 baca Cosmo yg gambar Lisa Surihani jd cover tu lah. Kt dlm Cosmo, if I'm not mistaken, harga dia RM50 rasanya. So, ok lagilah kan. Tp nak kena pk secara mendalam dan buat research dulu. Kang tak best, buang duit je.


Picture is taken from www.clinique.com

Kalau lipstick, ibu dah lama tak beli. Pakai pun sesekali je, tu pun Acik Pah kata, serupa tak pakai. Hehehe...takpela, ibu kan dah ada suami, kalau pakai sampai nampak tu utk suami je la. Kalau keluar tu, saja2 je pakai nak bagi rasa best kt diri sendiri, bukan nak tunjuk kat sapa2 pun, so, takpelah kalau pakai tak serupa pakai pun. Ibu ada lipstick dua batang je, satu MAC ngan Maybelline. Kalu bab2 kulit nie, ibu memang tak berani beli yg tipu punya. Kalau mahal, samada tak beli ataupun menabung la sket. MAC tu pun, ibu tak beli, Acik Pah yg kasi, ehehehehe...murah rezeki kan. Dua2 tu kaler dia sama je, cuma yg Maybelline tu moist sket.

Skang tgh pk, nak kasi Naurah pakai lotion apa la nie. Terai Rosken, cam tak baper menjadi je ngan Naurah. Nak kasi pakai apa la nie...nak kena meninjau2 kat pharmacy la nie...jgn la ada promoter yg menyibuk masa ibu tgh belek2 barang. Tak suka tau!

Sekian,

Yang kemaruk dan mudah terpedaya ngan skin care product, namun masih mengkategorikan diri sebagai pengguna yang bijak membeli,
http://www.smileycodes.info
Ibu An Naurah

Secara tiba-tiba, kami balik Johor...

9:52 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, kul 6.10pm td, kami ber3 baru smapai dari Johor. Tetiba aje balik Johor ari Jumaat ari tu, emergency case, nenek Naurah sakit.
Pagi Jumaat tu, dlm kul 9am++, baba call, suh pack kain baju, nak balik Johor sbb mak sedara baba call, bagitau nenek Naurah sakit, sesak nafas. So, ibu pun, pack laju gila, pick2 je mana2 baju yg terasa nak bwk balik. Baju yg nak pakai masa nak balik, langsung x iron. Mujur pakai abaya, so, hitam kan, tak nampak la berkedutnya. Ibu sempat iron tudung je. Tu pun sementara tunggu baba balik (baba sampai lambat sket kt umah sbb nak setelkan hal dulu). Kalu tak, pakai aje la, duk dlm keta je lagipun...

Bertolak dlm kul 10am++. Balik ngan keta, tak amik flight pun, sbb tak lama pastu, mak sedara baba inform, nenek dah ok sket, siap pesan jgn bawak keta laju2...Acik Pah Naurah pun banyak kali pesan jgn bawak keta laju2, sampai ke malam Acik Pah duk tanya, dah sampai mana dah. Kami nie mana biasa travel malam. Tak suka.

Kalau nak amik flight, kami nak kena ke Kepala Batas dulu, pastu ke KL, silap2 berjam jg tunggu next flight (tak sure la ada direct ke tak utk ke Senai), kang dah sampai Senai, nak amik cab la pulak. Plus, kat umah baba, takder keta, so, kalau nak bawak nenek ke hospital/klinik, payah la kalau x der keta. Nenek gi spital tu pun rasanya jiran yg bawakkan.

Bertolak hari Jumaat, so, berenti la kat Penang kejap, utk baba solat Jumaat. Lama juga nak tunggu, so baba hantar ibu ngan Naurah kat Jusco Seberang Prai, dekat ngan masjid yg baba gi solat Jumaat tu. Lunch pun kt sini. Dah baba setel, ibu pun solat kat sini sekali. Round2 ngan Naurah sementara tunggu baba, gi beli tumbler utk Naurah kt Jusco.


Tunggu baba order makan kt KFC...amik gambar, pastu send kat acik Pah, bgtau baru sampai Penang...masa nie dah lega sket sbb nenek dah bawak gi spital, nenek dah makin ok, dah taki sesak nafas lagi...kalau tak , risau...tambah2 plak baba bawak keta kan...


Dah setel semua, terus la perjalanan. Berenti makan malam kat R&R Jejantas Sg. Buloh, makan Burger King. Td tengahari, makan KFC...satu hari duk makan fast food, nak cepat kan. Senang pun senang, takyah pk lama2 apa nak makan. Kt sini, jam jugak, hujan + org baru balik keje...hmmm...

Travel waktu malam, hujan lagi...lebat la jugak, masa tu kat area S. Alam...baba pulak tgh bengang stesen minyak tu telan RM50 duit baba (baba nak bayar pakai kredit card, tp mesin tu rosak, pastu gi masuk dlm stesen tu, bayar cash, last2 masa nak isi minyak, mesin tu dah ok,...bila tanya kat counter, dia kata, mana ada, kira cash je, walhal RM50 yg credit card pun dah telan sama), terlepas laluan ke Johor, dah nak kena exit pulak...masa tu mmg tgh penat sangat...kitorang mmg bukan jenis travel malam, dah set kat kepala, malam utk rehat, so, bila kena travel, memang rasa penat giler.

Sampai kat umah nenek, kul 11.30pm....serius penat yg amat. Ibu rasa macam tak percaya je masa dah sampai tol Skudai....memang penat tak tau nak cakap. Ibu memang tak suka kalau travel melibatkan waktu malam nie, tp sbb dah emergency kan, so, balik la jugak. Risau kt nenek Naurah...dah la duk jauh...utara-selatan tu...

Malam tu, kami bertiga MEMANG TIDO PENGSAN. Ibu sempat tanya kabo ngan nenek kejap je (masa tu nenek dah tido, baba kejutkan kejap, nak inform dah sampai)...Alhamdulillah, masa tu nenek dah ok cuma dada rasa sakit lagi. Pas tanya kabo nenek, change Naurah, solat, bummmm....terus pengsan.

Sepanjang duk umah nenek, ibu tak basuh baju sbb ibu tak tau baba nak balik Kangar ari Ahad ke Isnin...skang pulak asal petang je ujan...takut x sempat kering...sudahnya, melambak la membasuh td...cam biasa la kan....


Sepit rambut yang pertama (^__^), sapa cakap Naurah takder rambut?! Sapa cakap?! Sapa cakap?!!!! hehehe...dah boleh sepit pun kat rambut anak ibu http://www.smileycodes.info
Time2 rajin, ibu lumur la air daun bunga raya kat kepala Naurah, time malas, tak buat la...dah Naurah ngikut belah ibu, time kecik2 dulu, ibu pun cam Naurah la, tak banyak rambut (^__^) Beli kat kedai Migo kat Angsana, jalan ber3 aje...nenek Dr tak kasi jalan2 lagi, kena banyak rehat. Kalau tak, selalu jugak kami jalan ngan nenek kat Angsana nie, ajak nenek makan2 (^__^) Kuar jalan nie pun sbb gi Mydin cari barang untuk nenek



On the way balik Johor-Perlis, singgah kat R&R Ayer Keroh, makan Nasi Kandar yg umphh ngan sirap bandung...Naurah makan banyak



...kaki tatal...keruk, keruk, keruk...


Masa balik td, alhamdulillah, keta tak banyak, so smooth je....kul 6.10pm dah sampai, walhal tolak td tak la awal sgt sbb kat Skudai jam gila2 punya (baba antar Ayah Ngah Naurah naik bas dulu - nak gi keje). Memang jam tak ingat punya. Nenek pun dah sihat sket, tp pagi td nenek tak antar kami sampai bawah (umah nenek umah flat), sbb nenek kena banyak rehat, kang turun naik tangga penat pulak. Nenek lambai dari atas je (^__^) Harap nenek cepat sihat.

Luv,
http://www.smileycodes.info
Ibu An Naurah

Another three words

10:17 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Gambar lama...

Semalam, ibu tanya An Naurah, "Naurah nak makan nasik?"
Then Naurah repeat balik word yg hujung (like kanak2 lain jugak la kan, repeat the last word)...she said,

"atik"...hehehe

Then pagi tadi, masa ibu tgh siapkan breakfast (sosej, fillet ikan, scramble egg, kentang goreng, air tongkat ali (baba) + hot choc cadbury (ibu) -sarapan yg disiapkan oleh ibu yg PEMALAS! hehe), ibu tanya Naurah, "Naurah nak sarapan?", then she said,

"papan"...so cute!!!! Walaupun masa tu muka Naurah tak baper stabil sbb kejap2 suh nangis suh ibu amik dia di sebalik baby gate tu, tp still response jugak bila ibu tanya. Kdg2, bila dia dah nak marah, kiter cakap apa pun, dia wat tak tau je...lagi elok, dia cakap "ahhhh"...abis garang la tu http://www.smileycodes.info

Bila ibu cakap "nak breakfast"...Naurah just boleh bunyikan "ssss", hehehe...dengan ini ibu isytiharkan BREAKFAST adalah perkataan yg sukar disebut!

Muaks!
http://www.smileycodes.info
Ibu An Naurah

I Love U

8:36 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

I love U
U love me
We are happy family
With a great big hug and a kiss from me to you
Won't U say U love me too http://www.smileycodes.info

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Masa duk snap2 gambar An Naurah pakai telekung nie kan, Naurah ala-ala perasan cun gitu, hehehe....dia senyum simpul je, mata dia pulak jap beralih tgk camera ibu, jap tgk camera baba, mmg perasan betul la masa tu, kihkihkih...

Naurah pandai la skang nie, bila semayang, kalau ibu tak bentang sejadah dia, kadang dia bentang sendiri(ibu ada beli sejadah kecik utk dia), kang dia berdiri la kat sejadah dia...kadang dia ngacau2 jugak, tp sket2 je, like sometimes dia nak kiss2 ibu ngan baba, kadang dia sibuk nak sujud kt depan kiter...gitu2 je la...


***Dulu ibu hafal lagu nie sampai baris ke-3 je, tp sbb sungguh2 nak ajar Naurah, ibu hafal sampai baris 5 (tambah 2 baris tuuuu!!! Sungguh2 kan, hehehe....kali terakhir ibu hafal lagu masa final sem kat UTM dulu, lagu Erra ngan Yusry...apa eh tajuk dia....lupa dah...lama giler kan. Masa tu siap wat wallpaper computer lagi lirik lagu tu. Korang jgn la tanya ibu apa2 lagu terkini, ibu TAK TAU, hehehe...lagu Nobody yg glamer tu pun, ntah baru bila ibu baru tau yg nyanyi tu Korea, eh ke Jepun? Ke Korea? Ehehehe...see...bab lagu2 nie, ibu memang takleh pakai...)
***Ada mood ke, takder mood ke...just go with the flow aje la...penat...


With love
Ibu An Naurah
http://www.smileycodes.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates