Kejap je panas, kang sejuk le tu

4:03 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ibu sgt lapar, jadi buat secawan nescafe susu ngan makan biskut jari yg keras gila tu, yg memang kena makan cicah air panas tu (korang tau tak biskut tu?)...

Mula2, makan ngan Naurah, tp lepas sesuap dua dia x moh...maka makan la ibu sorang2 dgn penuh nikmat sbb lapor

Tp, tiba2, tgh duk makan, Naurah terlanggar ibu, habis tumpah setengah mug air nescafe yg panas tu atas ibu (ibu makan duk atas lantai)...dlm hati mmg menyirap, tgk pulak muka Naurah wat tak reti (mmg dia tak reti pun sbb tak tau apa2 lg kan) sambil minum air dr tumbler dia...budak kecik nie bukan reti duk diam, kalu makan minum tu nak berjalan ke sana ke mari...

Ibu pun lap sambil marah2, pastu bwk air ngan biskut, gi makan sorang kt dapur. Merajuk la kononnya si tua nie...

Setengah jam kemudian, hilang la rasa marah kat budak kecik nie sbb tgk dia ajuk baba bercakap tepon, ye-ye dia ajuk, baba ketawa, dia pun ketawa, tinggi rendah suara baba, dia pun ikut sama, tepon ibu yg rosak ntah ke mana hala, dia pakai tgn dia je wat jd hp...


Muka tak bersalah mcm nie, mana sampai hati nak marah lama2...
Memory masa balik Marang, Nov. 2010. The picture was taken at Kiddy House

Tu la anak, time marah camana pun, ibu tak pukul...sabar kan diri nie...paling2 pun jentik sekuat hati kt telinga tu, kekeke (ibu yg kejam)...kang ada je masa dia wat hati kiter sejuk semula, dah tak ingat dah time marah td...

***Arwah Tok Ki Naurah dulu mmg tak suka pukul anak, marah camana pun, arwah Tok Ki tak suka pukul anak...kang anak jadi degil kata Tok Ki


http://www.smileycodes.info

Sharing is Caring- Friday Story

9:23 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Last time ibu ikut baba gi dengar kuliah maghrib masa ibu pregnant dulu. Biasanya, kami siap2 kuar sebelum maghrib (ibu biasanya pakai telekung siap2). Kuliah maghrib kat situ mmg best2...padat isinya.

Sejak ada anak, ibu dah tak pergi lagi. Rasa tak sesuai bwk anak kecik, krg mengganggu org lain pulak. Diri sendiri nak bg tumpuan pun payah (impossible rasanya). Tunggulah Naurah besar sket.

Bebaru nie, baba gi kuliah maghrib yg biasa baba pergi, tp kali nie, sempena maulidur rasul. Bila baba balik, jelesnya ibu dgr baba citer sbb kuliah tu sgt best, sgt menyentuh perasaan. Padat surau tu. Baba cakap, boleh dikatakan semua yg dengar kuliah tu menitiskan air mata...mmg ustaz yg bg kuliah tu dapat deliver kisah Rasulullah dengan berkesan. Maunya tak berkesan, baba cakap, ustaz tu sendiri menangis.

Jadi, bila baba balik, baba kongsi ilmu yg baba dapat dari kuliah tu ngan ibu.

Antara soalan yg ustaz tu tanya dan baba tanya pulak pada ibu ialah, lebih kurang mcm ni bunyinya.

"...agak2 kalau Rasulullah S.A.W ada lagi hari nie, Rasulullah akan rasa gembira atau sedih bila tengok keadaan kita hari ni..."

Hmmm...

Esok-esok nak masuk syurga dengan syafaat Rasulullah. Tapi berapa ramai yang mempersendakan sunnah Rasulullah.

Sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah.

***Suami suapkan isteri dan anak sebelum mula makan pun sunnah Baginda, jom kita makan bersuap (^__^)!

http://www.smileycodes.info

Dah beli, dah sampai, tp tak tau bila nak pakai

10:48 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Duk ber chit-chat ngan Tipah dan Nana beberapa hari lepas, pasal korean punya beauty product. Ibu ada order BB cream Diamond Collection by Skin79 ngan Tony Tint. Beli kat MissyBubu. Masa dah order, baru teringat nak tanya Nana, hehe...ingatkan nak compare harga. Rupanya Nana pakai jenama lain. So, berborak melencong ntah ke mana hala la jadinya, hehe

Sebelum beli, bersungguh-sungguh la baca review. Sampai nak juling mata ni. Rasa macam nak amik exam pun ada juga http://www.smileycodes.info


Malas nak rotate gambar...

Tp, nak jumpa blog yg buat beauty review yang convincing, payah juga rupanya. Ramai yang just copy paste je apa2 yg ada pada kotak produk kat blog masing2. Ye la, nak buat review bukan senang, lebih kurang sama macam nak buat review paper, sebelum tu, kena baca la berpuluh2 paper, baru boleh review dengan baik. Baru la comparison tu bunyinya convincing kan. Jadi, jalan punya jalan, jumpa beberapa blog yg buat review yg bagus. Antaranya blog nie. Very helpful.


Empunya blog nie mmg pengumpul beauty produk from Japan & Korea. Jd, bila dia buat comparison tu, rasa seronok la baca sbb dia dah terai mcm2. Review yang bagus. Sgt2 membantu.

So, lepas baca sana sini, baru rasa confident nak order. Kalau jenis2 skincare ngan beauty product nie, ibu mmg sungguh2 tau buat research. Memang takdernya nak main beli je. Dulu2 masa zaman ngok kat U dulu je buat keje gitu, pastu tak serasi, hambik ko, buang gitu je. Sayang.

Ibu order Mini 15g Diamond Prestige, RM38. BB cream maybelline 18ml baru RM19 ibu beli ari tu, huhu. Dah tu, order jugak Tony Tint Cherry Pink. Asalnya, nak beli yg mini packaging jg, tp dah tak dikeluarkan lagi size kecik2 nie.

Acik Pah sibuk tanya, ibu dah terai ke belum BB cream tu. Dah ibu Naurah nie surirumah berjaya, duk umah aje, banyak benda nak buat. Malas nak main nak terai2. Kang dah nak kuar gi mana2, main pakai terus je la. Takder terai2nya. Pakai jadi ajelah kan, hehehe

Tgh duk racun2 Acik Pah nie, nak ajak dia terai sama, tp dia payah sket nak tukar produk kalau2 bab skincare/beauty product nie. Loyal la kononnya, kekeke


My SIL dah agak lama jg pakai BB Cream Skin79 ni, tp dia pakai yg Hot Pink. Ikut kulit masing2 la kan. Tp ibu paling suka yg diamond prestige nie sbb kaler dia pink lembut, kekeke (besides sesuai dgh skin type and banyak review yg cakap nie yg paling best, ehehe). Jd, sbb tak terai lagi, jd takder komen. Hanya terpesona ngan packaging nya saja (penyakit lama yg tak baik2 lagi, hehe).

Dapat free stuff juga, v-lifting cream by thefaceshop. Entah bila nak pakai...



http://www.smileycodes.info

No handbag, just backpack

8:48 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Baba nak gi jumpa supervisor baba kat B-Suite, Penang. Jd, hari nie, seperti biasa, ibu ngan Naurah akan buat2 sibuk sama, hehehe. Naurah!!! Cepat, ari nie kiter nak shopping!!! http://www.smileycodes.info Oleh kerana akan jalan berdua ngan Naurah nanti, jd ibu x bawa hand bag hari nie. Kebetulan beberapa hari lepas baru make over diaper bag Naurah kan, so, mmg semangat nie nak shopping bwk diaper bag tu http://www.smileycodes.info.

Since kt Penang skang nie hari2 tanpa bag plastic, dari dlm keta lg ibu dah ingatkan baba supaya kuarkan Jusco reusable shopping bag yg simpan kt dlm bonet keta. Tp, last2 lupa jugak. Terbang la 20 sen bayar kat Jusco sbb nak bag plastic. Mujur dapat bag plastic yg paling besar kan. Tp nampak mmg berkesan la kempen nie sbb sepanjang ibu jln2 ngan Naurah, nampak baper org je bwk bag plastic. Yg lain semer pakai reusable bag.



Baru bangun tido. Baba dropkan ibu ngan Naurah kat Jusco. Berdua la kami hari nie...
hoh, kembangnya muka Naurah baru bangun. Amik gambar skema cam ibu dia, hehehe...ibu Naurah mana reti posing2, kekeke


See, label pink tu, bersinar-sinar bagai menyambut kehadiran kiter kan Naurah, kekeke


Sampai2, terus sambar kasut dulu. Dah lama nak beli kasut baru, asyik tangguh aje.
Naurah cam instructor aerobic je, hehe...cam org tgh lari setempat pun ye juga http://www.smileycodes.info
Ibu suka gambar Naurah masa nie, banyak kali ibu pan zoom sbb nak tgk muka dia masa nie. Cam kartun je, ngee


Rehat kejap, kat level yg jual brg2 letrik. Dah jalan2 kt level nie, ibu beli multi hanger yg smart living tu ngan sepit baju. Dua2 tu kaler white pearl. Nampak sepasang la, baru nampak cantik masa sidai baju (^__^). Selama nie tak pandang pun, tetiba berkenan pulak kali nie tgk.
Jadi hari nie, sidai pakaian kecik2 tu dengan penuh semangat http://www.smileycodes.info


Ada org lapar, jd kena pujuk bawak gi makan dulu...ingatkan nak tunggu baba sbb nak suh baba belanja, last2 ibu jugak kena kuar duit sendiri bwk si kecik nie makan...baba for sure dah gi makan ngan supervisor dia...


Masa nie baba dah sampai...kat sebelah stage nie, FOS buat clearence...1 price for 3 items. Ibu dapat beli 3 lai baju dgn harga RM11...dua lai tu Naurah punya, satu je ibu punya...


Masa nie, Naurah langsung tam moh jalan. Nak dukung je. Otw nak gi tempat parking, gi change Naurah dulu. Pas change Naurah, ibu gi masuk ladies, Naurah melalak cam org kena pukul sbb tak moh ngan baba. Ibu duk dlm toilet tu dgr jelas giler suara mek tomey nie. Tu la baba cakap, "mcm kena pukul..."


Suamiku yg tercinta mengambil alih galas diaper bag Naurah dan bwk hasil shopping ibu, hehehe

Sekian, nak balik dah....

Eh, tp sebelum balik, sempat singgah Jitra, saja2 jalan2 tgk rumah. Masuk satu showroom tu...alahai, berbunga2 nya hati sbb rumah tu tersangat cantik...semi-D 2 tingkat. Tp bila tgk harga, layulah bunga2 yang baru berkembang seketika tadi, huhuhu

***Kedai DAISO (kedai yg jual brg2 Jepun tu lah) dah ada bukak kt Queensbay, punya la mencari ngan Naurah, tak jumpa, huwaaa...teringin nak beli alat potong carrot yg bentuk bunga2 tu...ibu kalu bab2 mencari bangunan, kedai, jalan, MEMANG FAIL...tapi kalu cari barang, SUPERB ya, hehehe



http://www.smileycodes.info

Tengahari nie kami makan nasi minyak

2:21 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

UPDATE: Nana mintak resipi nasi minyak, so ibu tepek kat sini ye. Acik Pah ada mintak juga tapi ibu malas layan sebab ibu tau Acik Pah bukannya masak pun http://www.smileycodes.info ibu Naurah memang kejam, hehe

Bahan2:
1- Minyak masak (ibu Naurah tak pakai minyak sapi sbb tak suka bau dia)
2- Bawang besar (hiris) - Aku pakai satu labu yg besar tu
3- Bawang putih (hiris) - 3-4 ulas je
4- Halia (hiris) - Sket je
5- Rempah ratus (kulit kayu manis and the gang) - tapi ari tu ibu buh kayu manis je sbb yg lain xder
6- Sos tomato (aku x sukat, main agak2 je, buh la dalam 2-3 sudu besar takpe)
7- Susu cair (yg nie pun agak2 jugak, lebih kurang 2-3 subu besar gak kot sbb aku main tuang je dari tin tu)
8- Sunquick (sket je, dlm sesudu besar je ke - tak wajib tp aku suka buh jugak)
9- Garam
10-Air
11- Kaler

Cara2:
- Tumis 1-5.
- Pastu masukkan 6-9.
- Tambah air. Agak2 la nak masak nasi banyak mana kan. Aku biasanya extra sket je dari masak nasi biasa sbb beras yang aku pakai tu mmg tak pakai banyak air.
- Dah tu, curah le dlm beras yg dah siap basuh tu. Tambah kaler sket. Masak le cam biasa (^__^)

Menu lunch (and also dinner) utk hari nie. Untuk lauk, just buat ayam masak merah. Last week masa beli barang dapur ibu ada beli tomato puree, so buleh la campak sekali dlm lauk tu. Susu cair pun buh sket


.
Betul2 baru masak...duk dlm rice cooker lagi...


Bila dah buat nasi minyak, senang sbb takyah pk lauk Naurah sbb kalau nasi2 yg jenis ada nama nie (like nasi ayam, nasi minyak, nasi kandar etc), Naurah suka makan gitu je. Acar2 pun ibu x buat. Takder nenas...ibu tak suka acar timun.


Bila dah masak, macam sikit je...mulalah tamak nie

Everytime masak nasi minyak, mesti buat kaler pink atau kuning. Resipi turun temurun dari arwah mak ibu, cuma ibu improvise sket, ibu tambah sunquick sbb ibu suka rasa masam2 sket, Jd, stp kali nak buat nasi minyak, ibu akan beli sunquick. Kat situ je lah bezanya nasi minyak ibu ngan arwah mak ibu. Nak compare kesedapan tu mmg tak boleh la kan sbb air tgn arwah mak mana buleh lawan, hehehe...takpelah, air tangan ibu sedap kat tekak baba ngan Naurah je pun dah cukup dah (^__^)





http://www.smileycodes.info

Mengomel dan Menyanyi

6:57 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kami bertiga di kejauhan...

Sejak 2-3 hari nie, An Naurah dah mula bercakap...eh, silap, bukan bercakap, tapi MENGOMEL...ntah apa la yg di'omel'kan itu (abis aku, mesti Mak Ngah Naurah marah sbb ibu telah menghancurkan bahasa melayu http://www.smileycodes.info)...bunyinya memang satu hapa pun takleh paham.

Dulu2, ibu selalu cakap ngan baba, kalau Naurah dah start bercakap, mesti bunyi bising sbb suara Naurah kuat. Tp, nampaknya ibu silap sbb bila Naurah dah start nak berpot-pet2 nie, bunyinya lunak2 ranum, cam makanan la pulak, http://www.smileycodes.info

Bunyinya macam bunyi suara kucing yg tengah manja2 tu (bukan masa kucing lapar, yg tu rasa cam nak tempeleng je kucing tu kan), pastu cuba bayangkan kucing yg tgh manja2 tu korang paksa bercakap, hehehe...ha, camtu lah bunyi Naurah mengomel.

Lagi satu, sejak akhir2 nie jg, An Naurah addict tengok nursery rhymes, kat youtube...tengok lagu2 mothergooseclub, alif ba ta, barney, old macdonald etc...dah la tu, dia nak tgk lagu2 tu, kat dlm lap top free yg kitorang dapat masa pasang streamyx je, lap top 1 Malaysia lagi, hahaha...kalau ibu nak bukak pakai notebook ibu, mesti dia tak nak. Agaknya dia ingat lagu2 tu memang ada dlm lap top free tu je kot. Dia kan kecik lagi, mana tau internet2 semer nie kan...

Jadi skang nie, jd keje ibu ngan baba la, tukang jaga button play video2 tu, kang dah abis, tekan balik. Cuba juga ajar Naurah tekan sendiri (dasar ibu pemalas nak temankan anaknya belajar http://www.smileycodes.info), tp Naurah tak reti lg la, tp selalu jugak, dia bantai tekan banyak kali kuat2 kt lap top nie, jalan juga video dia tu. Tp kesian la tgk dia sbb sungguh2 dia tekan kuat2 banyak kali, pastu bila berjaya, mesti dia tgk muka ibu/baba, nak suh ibu ngan baba rasa bersalah la tu sbb tak tolong dia, hehehe

http://www.smileycodes.info

Make over Diaper Bag Naurah

2:10 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ini diaper bag Naurah yang kami duk pakai skang nie. Ke hulu ke hilir, sejak ada Naurah, baba la yg tukang carry bag nie. Oleh kerana baba yg selalu duk galas diaper bag Naurah, ibu prefer diaper bag yg jenis back pack mcm diaper bag ni. Senang sket untuk baba bawak kan. Pernah sekejap kami pakai diaper bag yg galas tepi. Tp x lama, berapa bulan je pakai yg jenis mcm tu.



Yg kepala character cartoon 3 ekor tu, ibu saja tambah...ibu Naurah nie kalu time takder keje, rajin aje make over...ibu make over masa kat Johor ari tu, hehe

Diaper bag pink nie la paling lama pakai. Sejak umur Naurah baper bulan ntah. Ibu beli kat Jusco (kat mana lagi tempat ibu shopping kan), masa tu ada less 50%. Jenama bag nie, Simple Dimple.

Beberapa bulan lepas, ibu ada order diaper bag baru kat Naurah, jenama Simple Dimple jg. Ibu suka sgt sbb bentuk dia cam kotak, ala2 bag lap top pun ye jg. Tp, tu la, adat dunia, asal ibu berkenan aje, order mesti tak ada punya. Yg tak berkenan, memanjang ada dlm stok. Ari tu balik Terengganu, ada pulak diaper bag tu kat Kiddy House (one stop centre utk brg2 baby), tp ndesign dia tak girlish pulak....so, x beli.

Td, tgh duk kemas2, ibu teringat kt satu bag lap top yg baba dapat masa gi conference. Kat umah nie, bag lap top mmg bersepah2, everytime baba gi conference, mesti dapat satu. Ada yg galas tepi, ada yg jenis back pack. Usually, kalu design yg back pack yg cun2 tu, ibu rembat siap2, hahaha...wat gi kelas master. Takdernya ibu nak gi beli bag baru semata2 nak gi kelas, ingat ibu budak darjah satu ke hapa.

Back to the story, ada satu bag lap top yg baba dapat tu, jenis back pack, design dia sebijik mcm diaper bag, dengan shape nya, comparment nya...so, td tetiba ibu terpikir utk make over, so biar nampak baby girl punya diaper bag, biar hilang ke'lap top' pannya, hehehe


Before make over



After make over. Teddy bear Mr Bean tu, beli masa kt international airport Kuching ari tu. Beli coklat sebenarnya, tp dpt sekali ngan bear tu, riben pink tu pulak ikat coklat, tp ibu amik, ikatpd bear tu, biar nampak girlish sket. Sebelum nie, fungsi teddy bear tu sebagai key chain kt diaper bag pink tu.


In term of compartment, memang best, mcm diaper bag, tp ibu rasa lagi luas, so, lg banyak buleh letak, hehe


Ini keadaan diaper bag Naurah. Usually, sentiasa berada dlm keadaan 90% ready to go. Cuma kali nie dah tukar bag. Yg bag lama, gini le jugak lebih kurang arrangementnya, cuma diaper bag lama, ada 2 compartments je. Yg nie ada 3. Biasanya, bila dah nak gi jalan, ibu just tambah letak tumbler susu, tumbler air, baju spare, cookies sket.

So, satu ruang boleh isi diapers, towel, bedak, tissue, wet tissue, hand sanitizer.

Ruang tgh dia tegap je, so, sesuai nak letak tumbler air, botol susu, sbb botol tak terbalik punya duk kt situ.

Ada satu ruang yg tak berapa luas kt bhgn belakang, boleh letak changing mat (ibu amik dr diaper bag pink, masa beli mmg dpt sekali).




Tetiba rasa x sabo2 nak pakai bag nie, hehe

http://www.smileycodes.info

Jalan-jalan Sg. Petani

10:08 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Public holiday sempena Maulidur Rasul, kami bertiga gi jalan-jalan ke Sg. Petani. Ada keje sket sebenarnya. Tp selesai je urusan, jalan-jalan sekejap. Tak selalu sgt kami ke SP nie. Sbb x der Jusco kot http://www.smileycodes.info

Jalan-jalan, window shopping and shopping sket kat Village Mall, shopping mall kat SP nie. Tp, sampai2 je, terus gi isi perut dulu. Ibu teringin nak makan Nandos ari nie, tp xder pulak kt sini. Jd, terjah Pizza Hut je la.

First time jalan-jalan kat Village Mall nie, sebelum nie kalau datang jalan-jalan kat lain.

Sepanjang masa window shopping kat VM nie, Naurah asyik lari-lari dan ketawa-ketawa aje, ntah apa la yang dia geli hati sangat tu. Ramai jugak la org tegur dia sbb dia ketawa mengekeh2 http://www.smileycodes.info

Konon window shopping, tp ibu Naurah nie mana reti tgk2 aje, nak juga sambar sket sebanyak. Last2 belikan Naurah dress ala-ala pemain tenis kaler turqoise (saja nak kasi Acik Pah jeles http://www.smileycodes.info) ngan legging hitam. Dah nak balik, nampak ada booth jual shawl, ibu beli selai pashmina. Tu je la. Baik pulak kali nie, hehe

On the way balik, singgah solat kat R&R Gurun. Sempat main buaian ngan Naurah http://www.smileycodes.info


Rantai swing, clear...


cuaca, clear...

seat, clear...


okeh, baru leh main swing nie (^__^)



Ahhhh...tidakkkk!!! Ibu naik swing tak cek dulu!!!
Ibu Naurah ringan je tau, berat sket je dari Naurah http://www.smileycodes.infojd leh main buaian tu, hehe

http://www.smileycodes.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates