Ada banyak cerita dalam entry ni, jadi inilah tajuk yang sesuai.

9:38 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Skang kul 9.38pm. Ibu baru lepas tidokan An Naurah. Sementara nak tunggu dia terlelap tu, ibu buat2 tido. Lampu bilik pun dah tutup siap2. Sempat la dgr Naurah membebel sorang, sambil2 dia bercakap2 ngan teddy bear pink dia tu. Mula2, dia cakap ngan teddy bear tu, 'nak? nak?' (tak taulah dia tanya apa. Pastu, 'bam-bam' (dia suh teddy bear tu tido sama ngan dia la tu). Dah puas cakap2, dia marah2 pulak kat makhluk tak bernyawa tu, siap buat bunyi kucing lagi. Bila dah bunyi 'nyawwww' tu maknanya dia nak takut2 kan bear tu lah. Kalau ngan ibu ngan baba pun mcm tu, bila dia nak takut2kan kita, dia buat bunyi kucing, walhal dia yg takut sebenarnya.
Sebelum tertido tu pulak, sempat lagi dia semayang kat atas katil tu. Tgh sujud, terus dia golek2, tak lama, terus zZzZzzz...

Sebelum tidokan dia tadi, ibu sempat lagi layan mood Royal Wedding, tgk Road to the Altar, kat channel 712. Tapi, tengok semata2, ibu langsung tak dengar apa yg Ryan Secrest cakap. Nak dgr Kate ngan William cakap pun tak dengar sebab sambil tgk rancangan tu, Naurah suh ibu nyanyi lagu I love U (Barney), sama2 ngan dia, kena tepuk tangan sekali. Nie kes sebab ibu buat rampasan kuasa dari Naurah. Sebelum tgk 712 ni, Naurah tgh tgk Shrek, hehehe...dia nangis kejap, pastu ibu pujuk2 dia tgk nursery rhymes ni.

Siang tadi, kami bertiga jalan2 ke Alor Star. Leisure2, shopping2...
Asalnya, nak ke A.Star esok. Tapi, tukar plan. Lepas baba basuh keta, tukar minyak, baba ajak jalan. Ibu pun pening kepala sket pagi tadi, dengar nak jalan je, tetiba pening kepala hilang http://www.smileycodes.info

Ibu tak sempat iron baju pun. Just iron shawl je. Kalau tak nak pakai shawl pun takpe sbb tudung yg pakai sebelah dalam dah ada yg iron, tapi tak best aaa tak belit2, hehe
Shawl tu fungsi dia sbb nak membelit semata2, kiranya, hiasan je la, sebab dia jarang kan. Tudung yg betul2 nak tutup, ada belah dalam. Tp, kalau tak pakai shawl, rasa gelap sgt pulak sebab tudung belah dalam tu kaler itam. Baba cakap, orang pompuan ni takder keje, dah ada tudung senang pakai pun, lagi nak belit2, hehe

Lepas ibu siap, minta baba tukarkan dress Naurah sementara ibu buat susu untuk dia. Hari ni first day Naurah minum susu Anmum Essential no sugar added. Ibu beli yg perisa madu, bukan original. Ini FM yang ke-4 Naurah minum. Mula2, Dutch Lady, pastu Dumex Dugro Chocolate, pastu sebelum Anmum ni, Nespray Madu. Breastmilk, masih lagi (^__^).


My black abaya to the rescue! Senang, sebab dia itam, tak payah iron. Kedut confirm tak nampak.
Naurah tgh sungguh2 tarik tangan ibu http://www.smileycodes.info

Sampai2 je kat Star Parade ni, shopping baju An Naurah dulu sebab ada less. Wajib serbu la kan. Baba ke hulu ke hilir follow Naurah sambil2 ibu pick2 baju.




Dah puas jalan2, makan2...


Dari zaman ber2 sampai la ber3 ni, tiap kali makan kat food court ni, mesti order pasembur, ABC pastu tambah nasi air (sejak ada Naurah)....pastu semua2 tu kami makan share, bukan order sorang satu (^__^). ABC dia sangat sedap tau.




Dah pandai nak makan sendiri...walaupun lagi banyak yg jatuh dari masuk dlm mulut.


Dalam kat kul 2pm, baru balik. An Naurah pun dah penat. Mata pun dah layu...


Dah selamat tido dgn gaya yang tersendiri. Ibu nak riba, dia tak moh. Dia tido mcm tu, sampai le kat rumah.

Petang, kuar lagi. Beli hadiah birthday baba (^__^). Terjumpa ngan Nizah, my future besan kat luar The Store. Lama sungguh tak jumpa Nizah. Dah makin sarat rupanya bakal MIL Naurah ni, hehe

***Ibu baru tahu esok Labour Day. Patutlah Nana cakap pasal long weekend, hehe...Tak tahu hari dah ibu skang ni.


http://www.smileycodes.info

Sonoknya tengok org kahwin

10:14 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hati masih berbunga2 melihat William and Kate...what a sweet couple (^__^)


Muka Kate nampak mewah ler...





Cam muka Lady D jugak, hehe...mmg cantik.

Dua tiga hari ni, tv tu ibu punya le jawabnya...hari ni pun ada lagi program pasal royal wedding ni kat channel 712...semalam pun ibu tgk 712. Sonok sket dgr ulasan. Ada pasal fashion2 sekali kan (fashion police)....

Semalam, mmg start kul 3.30pm, dah bukak TV7, pastu, kul 4pm, tukar 712. Baba balik keje, kuar makan jap, pastu terus berkejar balik. Sampai umah2, ngam2 tgh tgk Kate and William tgh sarung cincin.

Ibu bertahan tunggu sampai mereka KISS2 (^__^), pastu terus kena bukak SHREK, huhu

Pictures: Google

Okay, baba ajak gi jalan2 (^__^). Naurah, let's change!



http://www.smileycodes.info

Dah siap (^__^)

10:42 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Photo book An Naurah dah siap http://www.smileycodes.info
Tak tempah pun, tp ibu buat sendiri. Jadi, hasilnya mungkin tak segempak mana, tapi yang penting, ibu buat dengan penuh kasih sayang http://www.smileycodes.info
Kalau nak menempah bagai, nanti dululah. Kena bijak memilih sebab setakat ni yg ibu jumpa, harga agak mahal.

Jadi, skang ni, tunggu masa ibu nak gi kedai, cari kertas yg best, kalu buleh tak moh yg kilat2, tp nak cari yg style canvas, cam gambar yg ibu ngan baba amik masa konvo master baba. Nampak cantik je. Kalu kalu kilat2, Naurah pegang, abih melekat jari dia kat gambor, oh tidak2...

Cover dia, nak tempah hardcover. Ibu buat setakat yg boleh aje lah, Naurah ye (^__^) Ibu bukan profesional pun buat semua2 ni, tp ibu buat semata2 sebab Naurah tau http://www.smileycodes.info
Siap bergaduh bagai ngan software ni, menyampah betul. Dah siap agak lama, tapi bertangguh2 nak print ni.



Ibu buat photobook Naurah sbb Naurah tau (^__^)
Ibu ngan baba sendiri, takder pun photobook ni.



Semalam gi shopping barang dapur. Panasnya kuar umah ptg2 skang ni. Cuba tgk dlm keta tu, silau memancar2.
Ibu beli pumukul telur, hehehe. Dah nak masuk 6 tahun kawin, baru semalam pemukul telur wujud dlm rumah ni http://www.smileycodes.info
Ibu kan tak suka wat kuih yg nak kena pukul2 ni. Kalu main campak dlm blender je, laju la juga nak membuatnya.
Dah lama tak buat puding roti...panas2 ni best jugak kan.



Nie saja2 je tepek gambar An Naurah dan kami sekeluarga kat fridge. Tepek kt FM yg free shower foam Pureen.


Main2 ngan software, saja2 je make up2 gambor. Rasa nak cari software baru pulak la.



http://www.smileycodes.info

Hanya memerap di rumah

10:27 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Weekend kali nie, tak ke mana-mana. Duk umah aje. Kali nie, kami bertiga kemas2 laman umah http://www.smileycodes.info
Pokok bunga kertas dlm pasu tu (ada 3 pasu), ibu minta baba kuarkan, tanam atas tanah. Pasu2 tu nanti, kalau jumpa pokok yg berkenan nanti, leh le tanam dlm pasu2 tu. Penat woo kuarkan pokok2 tu dr pasu sebab akar dia dah cengkam kuat betul, siap berselirat bagai lagi. Sian baba. Ibu ngan Naurah tulang tengok je, hehe

Aktiviti masak2 pun tak mengancam sgt. Pagi tadi, ibu just masak nasi lemak. Nak buat sambal ikan bilis, tiba2 ibu rasa ikan bilis ibu mcm dah rosak. Rupanya ok lagi, tp macam ada bau sket. So, buang. Last2 ibu wat sambal sardin. Sedap pulak rasa makan nasi lemak ngan sambal sardin.

Buat ice blended jagung, baba tak minum sebab ibu terbubuh lebih susu cair. Baba kan tak suka susu. So, ibu minum ngan Naurah.

Weekend ni juga, ibu buat aktiviti jahit menjahit. Alter baju An Naurah sket. Pastu, pasang riben baru kat telekung dia, biar dia selesa sket pakai.

An Naurah makin pandai tiru ibu ngan baba solat. Siap baca2 lagi (^__^) dah pandai tiru Ustaz Zulkarnain kat astro oasis tu baca2 zikir, selawat, doa (^__^). Kalau Muhammad, dah pandai sebut 'amad' (^__^)



Baca doa qunut, hehe (waktu asar sebenarnya http://www.smileycodes.info)


Dah pandai rukuk. Ibu ngan baba dah lama siap solat, dia tak siap2 lagi, hehe


Dah pandai sujud walaupun bontot tu tinggi bebenor http://www.smileycodes.info

Naurah tak lah dah boleh cakap betul2, tak lancar pun lagi. Mulutnya memang riuh, mengomel aje kejanya. Kalau dia terjaga tgh malam, dia duk relax je, tp kalau dia ternampak ibu pun buka mata sama, abih la dia mula bercakap, nak ajak bersembang la tu (^__^)

Baru ada beberapa perkataan yg Naurah boleh sebut, tu pun pelat2 lagi, antaranya:
tom (jom)
tatal/atal (gatal)
atuk (takut)
atik (sakit)
atut (kasut)
shu/tu (shoes)

Ok lah kan (^__^) ibu tak push sgt pun Naurah. Tak nak lah beria2 ajar dia mcm2, biar dia enjoy je la kan. Biar dia pandai sendiri, biar dia membesar dengan riang. Tak bagi dia sebarang tekanan pun.

Moga membesar dalam iman, moga menjadi anak yang solehah dan yang paling penting, menjadi hambaNya yang taat.

***Skang nie, kami dah berpindah, dari Far-Far Away ke Negara China pulak, hehe...Naurah tgh gian tgk Mulan pulak. Tapi, takleh tgk Mulan 1 sebab Naurah sentimental dan emosional. Bila part lagu Reflection ngan part baba Mulan jatuh, Naurah nangis sungguh2, cebik2, sedih benor dia. Pastu, dia suh ibu tukar. Last2, ibu bg dia layan Mulan 2.



http://www.smileycodes.info

One Pretty Little Box Wrapped With Lots of Love

9:20 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hari black out ari tu, ibu ada ambil 3 kotak kertas double A dari office baba. Nak buat isi barang2 kat umah, antaranya, nak jadikan tempat simpan barang2 An Naurah yg dah tak digunakan lagi. Mostly, botol2 susu yang berlambak2, ada yg tak pernah digunakan.
Mula2, ibu plan nak beli kotak yg cantik2 yg banyak dijual kat gift shop tu. Tapi bila tengok kotak double A ni banyak, dapat idea ni la pulak.

So, instead of ibu beli kotak yg cantik2 tu, baik ibu cantikkan sendiri kotak double A yg tak berapa cantik ni http://www.smileycodes.info. Boleh buat ikut suka hati kan http://www.smileycodes.info

So, first thing first, beli wrappers dulu. Wrappers kt gift shop yg ibu beli ni agak mahal berbanding harga kat kedai stationery. Yg hijau tu, yg kertas dia cam tebal dan keras tu, RM3, rasanya kat tempat lain tak sampai pun 3 ringgit. Yg bahagian atas tu, wrapper jenama aeiou, err...RM2.50 rasanya.


Daripada buat penutup ngan kotak tu sama kaler, baik buat mix match cam nie, rasa lagi comey (^__^)
Mula2 yg bhgn bawah tu nak beli colour peach, tp cam bosan la pulak. Itu yg amik kaler ijau sebab kat corak kotak2 tu pun ada kaler ijau.

Rasa puas hati je tengok hasil keje sendiri (^__^)


Ada lebih wrapper yg kotak2 tu, so, tampal kat bahagian tepi, leh le cover bhgn cantum yg ngam2 tu.


Dah selamat disimpan dalam wardrobe An Naurah http://www.smileycodes.info

http://www.smileycodes.info

Cactus with white flowers

7:41 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

This is my cactus http://www.smileycodes.info
Beli dalam bulan lepas rasanya, tak pun dua bulan lepas. Masa beli tu, plan nak beli cactus with red flowers, tapi terberkenan yg ni lah pulak.
Setiap pagi, bila siram pokok, mmg pokok cactus ni yg biasanya ibu belek2 lebih sket.


Pokok bunga kertas ibu yg tiga pasu tu pulak, ntah apa yg tak kena, subur menghijau tp langsung tak kuar bunga. Baja dah letak, tanah dah gembur, siap tambah tanah bakar dah. Tp mmg pokok bunga kertas ibu jenis tak rimbun sgt berbunga, tp tak lah sampai mogok terus.
Ingat nak suh baba kuarkan ketiga2 pokok tu, tanam atas tanah kat belakang umah ke, depan umah ke. Pasu dia tu, ibu nak ganti ngan pokok lain.

Seronok gardening ni. Tapi bg perantau cam ibu ni, tiap kali tinggal umah, pastu balik semula, sedih sket aaa tgk pokok2 tu. Kering je. Yg mati pun ada sebelum2 ni. Nak pesan kt jiran tlg siramkan payah pulak rasa sebab kami kunci gate. Takpelah, harap2 semua pokok2 tu kuat dan gagah perkasa la hendaknya. Itu yg beli pokok mesti tanya pokok mana yg tak perlu siram hari2.

***Tgh sindrom Wordless Wednesday di kalangan bloggers la pulak. Nantilah, sek-sok, bila ibu dah jumpa gambar kaw2 yg boleh bercerita sendiri tanpa ibu buat ayat karangan panjang lebar, ibu tepeklah satu.
***Sapa yg mulakan WW ni ye. Nak tau pasal WW ni, boleh klik sini Website khas tentang WW ni pun ada, klik sini
http://www.smileycodes.info

From Sony to Sony

9:56 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hp ni, ibu beli lebih kurang sebulan sebelum lahirkan Naurah. Gambar ni ambil masa kt kedai hp kat Taman U, Skudai, Jun 2009.


Jenama Sony. Boleh dikatakan 90% gambar Naurah sejak lahir sampai skang, ibu ambil pakai hp ni. Ibu suka. gambar boleh dikatakan cantik. Ada beberapa kali je jadi blur sebab hp pening lepas kena campak ngan Naurah, tp lepas tu dia pulih balik (^__^)

Tp, sejak akhir2 ni, hp ni makin kronik keadaannya. Bila call org atau terima call, ibu kena on speaker, kalau tak, org tak dgr suara ibu. Jd, kalau nak cakap benda rahsia2, mmg tak boleh, hehe

Berat hati nak beli Hp baru, sbb sayang sgt dgn Hp ni walaupun dia biasa2 saja. Dah la kaler pink peach. Rasa feminin sungguh.

Tp, nak tak nak, td beli juga yg baru. Mmg loyal pada Sony la skang ni. Suka sbb gambar cantik. Jgn la nak compare ngan dslr pulak. Tak berapa cerdik je bunyinya tu, hehe


Gambar: Google

First time pakai touch screen ni. Mula2 menyampah sbb tak biasa. Pastu, lepas beberapa jam, mula suka sbb touch screen nya sgt smooth. Baba jeles (baba pakai nokia), tak se'best' sony punya, kekekeke

Sebelum beli, mmg ibu dah survey2, mmg berkenan sony xperia x8 ni. Mmg nak kaler putih. Jadi, mmg beli sebiji cam yg kt atas tu walaupun agak goyah pendirian, nyaris nak amik kaler itam. Try gak tanya yg belakang dia putih + pink, tp kedai dia takder.

Kalau nak surf internet, sgt laju. Tp takder GPS. Takpelah, kalu nak gps, pakai baba punya je. Ibu ni, nak ada kamera je yg penting sbb nak snap2 Naurah kan (^__^)

Tak mahal mana pun. Ibu beli RM500++ je. Ibu kalu beli Hp, mmg tak pernah cecah RM1000. Ratus2 je. Nak pakai yg canggih2, ibu sah2 tak pakai function yg gempak2 tu. Balik2, texting, amik gambar, call. Itu je la yg biasa sgt. Ni, tambah satu lagi, surfing sbb laju, hehe

***Jgn la Naurah campak2 lg Hp ibu. Selama baba pakai hp touch screen, Naurah tak minat sgt sbb dia tak reti. Harap2 dia tak suka juga la ngan Hp ibu ni. Hp baba Naurah suka time baba buka video lagu Maher Zain je, hehe


http://www.smileycodes.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates