Hot Weather

8:42 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Agaknya, berapa degrees la suhu kat Kangar hari ni...
Panas tak tau nak cakap
Siang malam duduk memerap aje dlm bilik, on air cond.
Tp si kecik ni mana tahan lama2 dlm bilik, bosan...nak main2, tgk movie kat luar.
Yg ibunya ni, rasa berpeluh sepanjang hari. Kena selalu mandi la musim2 panas camni.

Kul 9pm, masuk bilik air, AIR RASA SUAM...phewww...


Hari Ahad, tak pergi semua kenduri pun. Tak larat ley. Konon ingat nak balik rumah dulu pas gi kenduri kat Alor Star. Nak lepak2, rehat2, pastu sambung lg gi kenduri. Tp, tgk cuaca kat luar, KALER SANGAT OREN! Tak sanggup rasanya...


Both FMs tu adalah door gifts from the wedding. Hari tu kenduri kawin kt Kangar pun dpt door gift yg mcm gini jugak. Naurah tak makan pun nasi yg sedap kt kenduri tu, tp dia sibuk makan lolipop (door gift for kids) yg terang2 gula semata2, takder rasa apa2 flavour pun. Balik je rumah, terus ibu gosok gigi dia. Tgk dia makan manis2, gigi ibu pulak yg rasa ngilu2. Lately, rasa mcm gigi ni makin sensitif pulak.


***No whining ok, ni baru panas kat dunia...



http://www.smileycodes.info

Saturday's Menu - Makan Luar

3:52 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

This is the story of today...


Morning, 8.30am, having breakfast outside. Buntu betul nak prepare menu sarapan. Ada orang tu, pagi2 dah moody. Muka masammmm jerk http://www.smileycodes.info
Dia marah baba usik2 dia (-__^)



Orang ramai...ingatkan kena menunggu lama, tapi rupa2nya kejap aje. Tak sampai 5 minutes, semua menu dah ada depan mata. Neslo tarik, horlick ais, roti kosong, roti telur and roti sardin.

Lepas sarapan, pergi pasar, beli lauk sket. Mati2 ingatkan tengahari ni ada kenduri, so, I've decided tak masak for lunch. Tapi dah tersilap la. Rupa2nya kenduri yang banyak2 tu, semua esok. Then next weekend ada lagi. Aiyerkkkk....dah tengahari baru perasan. Malas aaaa nak masak. Tak suka dah tengahari baru nak masuk dapur.



Maka, makan luar lagilah jawabnya. So, we had our lunch at Fatin Corner. Makan nasi ayam (share ngan Naurah), mee hoon sup, cendol & teh o ais.
Naurah dah mulalah tu, buat muka mengantuk. Kalau kat umah, kul 4-5pm barulah sibuk nak tido. Kalau berjalan, senang aje dia lelap. Tak payah nak berdrama2 pun.

Restoran ni ada sediakan delivery. Kitorang selalu jugak order kalau rasa malas nak kuar makan. Order lah apapun, even mee hoon sup sebungkus je ke, cendol je ke, tetap dihantar. Tapi menu kat sini kalau tak silap panas2/goreng2 tak ada. Yg ada, laksa, mee hoon sup, nasi ayam, cendol...hmm...apa lagi eh...tapi yg nyata, limited sket la menu dia tapi rasa not bad. Org memanjang ramai.

Tadi kami makan nasi ayam satu, mee hoon sup satu, cendol dua, teh o ais satu, baru RM10. Murah kan.


Lepas beberapa suap makan, Naurah selamat tido dah. Siap alas tangan kat meja makan tu, tp hand bag tetap tak lepas. Ibu tak abis makan lagi. Cendol ada separuh mangkuk lagi, teh o ais segelas tak bergerak lagi. Tengok si kecik ni tido, mulalah ibu rasa tak cukup mulut nak perabis makan. Nak balik cepat2. Kesian jugak tgk dia tido macam tu.

Oh, masa baru sampai, TEKO Naurah siap terpelanting jatuh ke lantai. Dia buat derkkkkk je. Baba la yg tukang amik. Orang meja sebelah dah gelak2 tgk dia bawak TEKO http://www.smileycodes.info
Macam2 harta dia nak bawak. Kalau nak kuar keta, mmg Naurah akan amik masa. Nak galas bag, nak pegang teko, sudu etc pastu barulah terkedek2 datang kat ibu nak suh dukung.



Finally, beli juga botol Avent yg baru utk Naurah. Singgah Anakku sebelum lunch.

So, the obvious conclucion of the day: IBU TAK MASAK (-__^)


http://www.smileycodes.info

Siakap Bakar Kuala Perlis

9:09 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ibu tak masak hari ni. Jadi, kami bertiga makan di luar. Nak pekena ikan bakar Kuala Perlis lah.


Makan kat sini (^__^). Nama aje dah lama duk Perlis, tapi nak ke Komalaut pun tanya orang http://www.smileycodes.info
Kitorang tahu bangunan Komalaut ni kat mana, tapi tak tahu pulak yg nama bangunan ni Komalaut, paham? Hehee Tak perasan daaa....
Sebelum bertolak, baba dah siap tengok2 kat Google maps, tp tak clear. Tinggal tak on gps je lagi. Takkan nak gi K. Perlis pun on gps http://www.smileycodes.info Dah lah baba hari2 ke sana (office baba kt K. Perlis). Sungguh2 sgt tu (-__^)
Sib baik pakai keta plate Johor kan, jadi jgn segan2 nak berenti tanya orang, 'Komalaut kat mane?'
Peace!



Ikan siakap bakar yang sangat mengancam. Rasa tak puas makan.



Order orange juice....



Kita ada kailan ikan masin, udang celup tepung yg sangat UMPHH! Ulam-ulaman yang terselit REBUNG (awal-awal tolak tepi) dan sos nak makan ngan udang.



Tom yam campur yang TERPINGGIR sebab manusia2 sibuk ratah siakap bakar ngan udang celup tepung. Dalam tom yam ni dia letak banyak daging. Rasa not bad cuma ada manis sket.



Sambal belacan. Sedap, tapi dah beberapa tahun tak baper lalu makan sambal belacan kedai.



Lepas kenyang makan di Komalaut yang bersih dan nyaman (angin bertiup tak berenti weh!), si comel dan suami yang makin bam-bam main kejar2 http://www.smileycodes.info
Kesian yang tua dewasa, tak larat nak kejar yang kanak-kanak sebab kekenyangan, hehee



Budak kecik ni makan gitu2 aje tadi. Biasalah Naurah, choosy tak habis2...



Sunset...time to go home...


http://www.smileycodes.info

Musim Kenduri Kahwin

2:21 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Masuk je cuti sekolah, wajiblah sana sini org kawin. Weekend ni dan next weekend, kami ber3 mmg makan kat kenduri kahwin ajelah (^__^) takyah masak ker bang? Hehee

Ibu baru nak wat kari udang, nak lepas geram sebab mama Soleh & Iman kemain lagi tunjuk lauk2 seafood dia yg sungguh kejam tu. Perghh...tak tahannnnn....terasa2 kat tekak ni. Dah ngecek2 resipi ngan i-syah, manalah tahu kot2 ada bahan2 tersembunyi dek rupanya yg sungguh mengancam tu, hehee tapi bila baca resipi i-syah, sama aje ngan resipi yg ibu pernah buat. Ibu serius lama gila tak makan kari udang. Ni yg sonok ngendap dapur org ni, kang senang aje dpt idea nak main masak2.


Gambar ni bukan masa gi kenduri kawin, tp masa gi kenduri kesyukuran kt umah kawan baba Sabtu bebaru ni. Makan2 sgt sedap (^__^)
Ibu ngan baba tak pernah lagi buat apa2 kenduri kt umah sendiri. Masa akikah Naurah pun, kami serah saja pada sebuah pusat tahfiz. Insya Allah, ada umur, ada rezeki, someday (^__^)

Back to topic kenduri kawin, sebab ada banyak kenduri kawin, ibu mmg tak pergi semualah. Tak larat weiii...Hantar baba aje yg jadi wakil, ehehee

Ibu ngan Naurah akan pergi adalah dalam 2-3 kenduri je kot. Jemputannya banyak bukan main. Kad jemputan kat atas study table 2-3 keping, kt dlm keta baba lagi. Jadi, sebab nak gi kenduri, minggu ni ibu dah iron siap2 jubah moden. Dah lama tak pakai jubah2 tu sebab selama ni Naurah kan fully BF ngan ibu. Since semua jubah2 tu close front, jd ibu pakai time gi kelas masa master study ari tu je. Bila jalan2 ngan family, mmg tak pakai. Balik2 pakai abaya hitam sbb semua abaya ibu open front. Ni, Naurah dah minum FM waktu siang, bolehlah pakai balik semua jubah2 tu.

Next week dah nak balik kg. Tapi sehari sebelum balik tu pun still ada kenduri kahwin lagi. Kalau jemputan area Perlis, Kedah dan Penang, Insya Allah, sampailah kami ber3 ni. Tapi kalau jemputan ke Perak, payah sket la kot. Jauh weiii...

Kalau kenduri kawin kat area Perlis usually makan nasi putih, kalau kat Kedah, biasa yg kami pergi makan nasi minyak. Makan nasi apa2 pun tak kisah. Tapi bab lauk pauk tu, ibu hati2 sket sebab sesetengah kenduri kawin, ada lauk rebung. Ibu ngan baba mmg tak makan. Jadi, masa nak amik lauk tu, kami berdua mmg full alert la. Kalau terambil jugak, alamatnya nasi tu mmg buang gitu je lah jawabnya.



http://www.smileycodes.info

Make Over Botol Susu An Naurah

2:59 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Esok lusa ingat nak gi beli bottle Avent yg baru utk Naurah. Tiap kali gi Anakku, mesti takder stock/ stock habis. Geram betul. Sampai ke A. Star kitorang mencari, dari bulan lepas ke bulan Mac ntah, tak setel2 jugak hal ni. Ada jugak tgk promo kat online shop, tp jual lebih dr satu. Ibu nak satu aje.


Sticker kalis air ni, dah lama ibu beli. Beli kat Giant. Sticker ni dia ada glitter2 sket kan. Tgk botol Avent gitu, mcm boringgggg je. Jadi tampallah sticker (^__^). Ada la seminggu dah kot tampal sticker tu kt bottle dia. Mmg tak berhajat nak tukar botol lain sbb malas nak kacau mood Naurah yg dah mmg selesa ngan puting Avent. Dari pakai puting size paling kecik, skang dah pakai puting yg ada 4 lubang. Bila minum, kejap je abis, hehee


Yg ni botol dia yg size 9 oz punya.



Yg ni yg size 4 oz punya. Dah buruk dah botol ni, pakai sejak umur dia 3-4 bulan rasanya. Masa beli tu, sepasang, sekali ngan breast pump. Tapi yg lagi satu dah lama ibu buang sebab ada kes tragis, kekekeke




Tadi dia ngendeng2 ngan ibu, senyum simpul, mcm lah ibu tak tau apa ada dlm kepala dia tu (^__^) dia nak selak2 baju la tu http://www.smileycodes.info Dua kali ni buat senyuman menggoda dia hari ni, hehee

Ibu cakap, 'tak boleh. Gi amik susu Naurah' (sambil memberikan senyuman semanis mungkin http://www.smileycodes.info)

Pastu dia pun senyum2 gi amik susu dia kat entertainment unit, amik bantal pink besar yg beli kat kg mama asyraaf dulu, terus minum. Good girl. Bantal pink tu mmg wajib dia cari tiap kali dia nak minum susu. Kang dia nak minum susu je, dia cakap 'ata' (bantal). Nak2 kalau masa tu baba sandar kat bantal pink dia, mmg dia amik jugak.

Skang ni, bangun tido pun dah pandai mintak 'tutu' (susu). Malam pun dah pandai mintak. Tapi utk masa ni, ibu mmg tak ready lagi nak cerai BF sepenuhnya. Slow2 la...tak sampai hati lorr...huhuhu
Harap2 mudah aje semuanya nanti (^__^)


http://www.smileycodes.info

Wordless Wednesday >> Definitely not my feet (-__^)

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





http://www.smileycodes.info

Update Halal Haram Secret Recipe

8:21 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ibu blogwalking, jumpa info kat sini:


Jadinya, harap2 betul lah halal sbb sblm ni dah banyak mana kek kat SR tu masuk perut kami anak beranak kan.

Apapun, kami ber3 takderlah terus nak serbu SR. Nak BERTENANG dulu, tunggu isu ni reda sket, hehee. Ala, bukan hari2 nak makan kek, time tekak rasa teringin something sweet aje.

***Sue, ko nak redeem voucher kan? Ha, dah setel ni, gi ler (^__^)
***Kalau pasal makan minum, ibu & baba suka TERLEBIH BERJAGA2, worst case scenario. Bimbang kalau benda tak tau punca, tak tau halal haram masuk perut, jd darah daging, mcm mana nak patah balik. Tambah2 dah ada anak, lglah nak kena jaga.

http://www.smileycodes.info

Babi is everywhere...

10:15 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah ada DNA babi la pulak kat dlm kek Secret Recipe...payah2...bab makan minum ni mana boleh buat main2...


Pas kopi, kek lah pulak...
Nak makan kek kat manalah pulak pas nie...


http://www.smileycodes.info

Apple of My Eye

8:38 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

This adorable glass apple is given by the other half, the apple of my eye, years ago...
seriously can't remember when...lama gile...but ibu masih ingat, masa tu kat UTM Skudai, sempena my birthday entah yg ke berapa.


Tengah duk mengelap2 my dressing table, terpandang la glass apple ni. Memang kat situlah ibu letak apple ni. Present ni antara yg ibu paling suka sekali. Dulu, masa bercinta, kalau bagi hadiah, usually barang yg tak boleh pakai. Barang hiasan. Tapi, lepas kahwin, hadiah yg kami biasa bagi ialah barang yg boleh pakai.

Kebanyakan hadiah yg baba bagi masa dulu2, ibu simpan dlm satu plastic container yg agak besar la juga. Mmg beli bekas tu semata2 nak simpan brg2 yg baba bagi kat ibu. Masa pindah dari Johor ke Perlis dulu, kotak tu lah yg antara ibu PALING SIBUKKAN sekali. Bungkus mcm ada emas kat dalam tu. Semua khazanah masa bercinta ada kat dalam tu. Tapi, tak semua mampu disimpan. Bukan ibu buang, tapi ANAI-ANAI yang derhaka dah makan sebahagian besar surat2 cinta ibu ngan baba. Masa tu, ibu still kat UTMP. Tetiba Tipah call, bagitau kotak yg ibu simpan surat cinta ibu dah dimakan anai2. Sedih2...tulah, masa tu mana pakai handphone lagi.

Saja2 terkenang zaman bercinta dulu. Next month, Insya Allah, dah enam tahun kami berumahtangga. Campur masa bercinta, masa ibu jadi secret admirer baba (-__^) dah lebih sepuluh tahun dah pun.


http://www.smileycodes.info

Nasi lemak for Sunday Lunch

11:24 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


As I mentioned before, this week, all of us memang memerap aje kt umah. Setakat gi market, kuar makan, itu ajelah. Takde jln2 huha-huha bergembira sambil shopping2. Baba Naurah kena keje. Semalam keje dari kul 8.30-11.30am, ari ni pulak dari kul 11-2pm.

Tapi semalam, lepas baba balik dari keje, kami ber3 pergi ke rumah kawan baba yg buat kenduri kesyukuran. Makan sangat walla. Puas betul makan (^__^). Sedap!

So, these menu adalah utk lunch. Ibu nak buat utk breakfast, baba tak nak. Kata heavy sangat. Last2 pagi tadi ibu buat jemput2 ikan bilis.


Nasi lemak keluarga ibu mmg takdernya kaler putih. Jarang2 aje (^__^) Ikut arwah mak kan. Tak suka nasi kaler putih except nasi putih biasa tu, or as I named it before, The colourless rice, hehe


Sebelum ni asyik makan nasi lemak ngan sambal ikan bilis aje. Kali ni buat sambal ikan tongkol (org kg ibu panggil ikan aye lerr). Kesian baba, baru ni kenal ikan aye, hehee
Ada ke baba ingat ni akan cencaru http://www.smileycodes.info

Happy weekend!

http://www.smileycodes.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates