Steamboat & BBQ sebelum Ramadhan

10:29 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Dah nak masuk Ramadhan kan, jadi haruslah pakai serba HIJAU.
Amik feel (^__^)

Budak kecik tu intai2 apa la tu...

Sebelum gi makan2, pegi PC fair dulu. Kat K. Perlis aje.
Ingatkan banyak la booth nyer, sekali ciput yg amat.
Ibu beli mouse pad Apple je.
Lappy ibu ni, touch pad nyer kadang2 amat menyakitkan hati, jadi lagi selesa pakai mouse.
Rasa macam nak kena beli notebook baru sbb yg ni mcm dah tak larat.
Rasa mcm dah tak nak pakai Asus lagi. Ni dah kali kedua pakai notebook jenama ni.

Nanti2 lah...kena pk dan tengok poket dulu.


So, lepas pegi PC fair, gi makan malam kat Embun Dingin Corner.
Makan steamboat kat sini, RM10 per person.
Makan la banyak mana pun (-__^) Best kan !
Nak tambah pun boleh, tp jangan la makan tak habis pulak.


Bukan setakat setamboat, tp boleh bbq jugak.
Ada macam2, udang, sotong, daging, ayam, kangkung, mee suhun, anak beranak sosej jangan kira la, macam2 jenis.
Nasi goreng, mee goreng pun ada, semua tu masuk pakej RM10 tu.
Murah kan (^__^)


So, tuan rumah yg serba hijau penuh semangat nak menyambut Ramadhan ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua (^__^)

***Dah ada idea nak masak apa utk menu first day iftar?
***Background nampak ampaian my neighbour


http://www.smileycodes.info

Wordless Wednesday >> My princess

10:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


http://www.smileycodes.info

Shopping Bag

9:10 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


I'm not a green mother
Perhaps, not at all.
Hari2 pakai disposable diapers utk An Naurah, green mother hape nya kan
(-__^)

Tp kan, skang ni, kalau shopping di Penang, memang wajib nak kena bawak ur own shopping bag since kat sana hari2 no plastic bag day.
Ibu dah lama beli shopping bag Jusco, ada duk dalam bonet keta. Jadinya, selalu lupa. In fact, shopping bag tu, until now still never been used.

Yg duk pakainya, shopping bag kaler purple yg memang wajib ada dalam hand bag ibu.
Bukan ibu beli pun shopping bag tu, dapat free. Lupa beli apa. Rasa macam beli juice...



Yg kaler purple tu lah selalu jadi penyelamat.
Bebaru ni ke Penang, kami shopping 3 beranak, segala mak nenek sumbat dalam shopping bag purple tu. Dah lah tak besar mana.
Masuk Daiso lagi.
Masa hampir tertinggal Clarins pun, sumbat dalam bag purple tu lah jugak.
Memang banyak jasalah.

But, semalam, ibu dah beli shopping bag baru (^__^)
Kaler hitam.
Nampak cool lah, hehee


Bentuk dia pun nampak ada style je, hehee
Mulalah ibu Naurah ni kan.

Tapi kan, lumrah dunia, bila dah ada benda baru ni, mesti lambat lagilah nak pakai.
Nie, entah bilalah boleh rasmikan shopping bag hitam ni...hmmmm
Kalau kat Kangar ni, mana ada pernah pakai.

Kalau gi pasar, bawak shopping bag kaler biru, alaa, shopping bag Healin punyalah. Bukan beli pun.
Beli gamat healin, dapat la kan.


http://www.smileycodes.info

Good mood (^__^)

11:08 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


I'm in a good mood.
Hopefully it won't be ruined by anything/anybody.


Gambar pagi semalam.

This morning, masa bawa Naurah cycling, dia sudah semakin pandai dan semakin laju.
Mulut dia sudah mula riuh sambil mengayuh pedal beskal.
'Ayuh-ayuh-ayuh' (Kayuh-kayuh-kayuh)
And, after a few seconds, she said, 'nambor' (gambar) sambil tunjuk tangan ibu.
Aiseh, pagi ni ibu jalan2 tak bawak hp ler. Naurah pulak mintak ibu snap2 dia (^__^)
How sweet...


Nak control handle pun dah semakin baik.
Aaa...ibu happy (^__^)


Another thing, after almost 3 weeks of using Facial Treatment Essence from SKII and Clarins skincare (yg baru pakai tak sampai seminggu =p), rasa sudah mula nampak perubahan yg positif, hehee


Beli trial pack dulu. Nyaris tertinggal kat Nando's ari tu, huhu

Skin tone nampak makin even...dan yg penting kulit makin lembab.
Yg SKII, tak pakai satu set. Memang pakai Facial Treatment Essence tu saja.
Dah katanya Miracle Water, haruslah ibu Naurah nak pakai jugak, konon mengharap keajaiban kulit muka akan jadi macam heroin The Last Samurai ni (ntah apa nama dia, malas pulak nak google)

Dia ni kan, kalu berlakon, muka mmg natural aje, tak pernah nampak ada kaler2, suka la, nampak fresh.

Yg Clarins pulak, pakai almost complete set (cuma night cream aje yg tak beli)...
Muka rasa sedap lah, tak rasa tight (antara sebab tak nak pakai facial cleanser SKII, muka rasa ketat sket lepas cuci muka)
Day moisturiser dia, sgt sedap bila pakai sebelum pakai bedak. Rasa kemas aje.
Tgh pk2, nak beli tak night cream dia sbb kadang2 mood turun naik nak pakai night cream.

Jadinya, it is worth every penny I spent on both products. Kena pakai jimat2 sebab kat umah ni takder mesin cop duit! haha

Ha, lagi satu, semalam kan, ibu dah beli krim Fair and Lovely baru, hehee
Korang tak beli ke (-__^)
Bekas dia cantiklah!
Krim ni wajib beli sbb kadang2 memang suka pakai time duk umah, tak pun time nak kuar kejap2 nak gi makan petang2 kat area Kangar ni, hehee
Kuar kejap2 mana boleh pakai krim mahal2, SAYANG lah!
Mini Face powder Johnson and Johnson pun beli, haha
Rm6++ aje kan, ngee
Kuar dekat2, jangan harap nak pakai BB cream ngan two way cake Skin79. Dasar KEDEKUT!
Kalu Naurah tau ibu ada mini face powder tu, sure dia mintak.
Jadi, kena sorokkan dari Naurah!

Aaaa, hari ni rasa sangat gembira (^__^)

Tengahari ni tak masak, tunggu abang balik beli mamam.
Aaaa, tetap gembira walaupun dah tau makan nasik yg sama aje, hehee

***Entry ini adalah entry serampang dua mata. Sedang menghasut Acik Pah supaya beli juga produk2 yg ibu beli ni, hahahahaha
Kalaulah boleh hasut mama Muiz dan Muaz sekali, hmmm
Payah2, pintu pertahanan dia KEBAL, kekeke

23rd July 2011 - Two years of joy

4:20 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hari ni barulah betul2 birthday Naurah, tp sebelum2 ni, dah dua entry ibu buat pasal birthday dia (^__^)
First, masa birthday dia on 1st Sya'ban
Second, masa celebrate birthday dia in advance kat Nando's

So, entry nie mmg nak letak gambar princess ibu je banyak2 (^__^)


Choosing her cake (s) (-__^)


I want this one...


...and this one too!


Otw from Penang-Kangar, singgah Tesco utk solat dan makan. Kena lah layan dia kat sini kejap.




My beautiful princess in red dress with red bike (^__^)

Hari ni dah bawak Naurah cycling kat luar rumah.
Dah bawak keluar, liat pulak nak ajak balik, hehee



She is so honest and innocent.
Definitely don't know how to hide her excitement of having the bike, hehee


Rasa nak besarkan semua gambar2 ni (^__^)


She is my greatest teacher.
Teach me how to love...
pure unboundary love


Untuk kali yang entah ke berapa, ibu nak ucapkan
HAPPY BIRTHDAY NAURAH!
Ibu loves u sooooo much!
Be good ye sayang (^__^)

***And somehow, today is kind of my worst day...(really2 regret sigh)...
Entah kenapa boleh jadi macam ni...hmmm....(sigh again)...
Sorry Naurah for almost spoiling your special day...(T_T)

http://www.smileycodes.info

Celebrating An Naurah 2nd Birthday in Advance

8:36 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



It's good to celebrate her birthday while we're still in Penang.
Rasa banyak sket choice.
So, we celebrated her special moment here.



Dress yg Naurah pakai tu, papa & mama Nayli yg bagi masa raya tahun lepas. Baru skang pakai (^__^)
Ingatkan nak simpan wat raya tahun ni, but since Naurah dah ada banyak dress yg tak pakai lg, so, ibu cilok satu utk pakai masa sambut birthday dia.



Gi Queensbay Mall la senang. Leh melencong masuk Jusco sekali (-__^)
Memang melencong pun tadi, masuk Jusco, ibu terus tuju kaunter Clarins, hehee (sungguh2 tetapkan iman jgn terpengaruh ngan kaunter2 skincare lain yg juga memikat jiwa, nak2 SKII yg duk tak jauh mana ngan Clarins, kalau tak sia2 aje research yg ibu dah buat, hehe)
Dah seronok2 beli skincare idaman hati (hagham takder less), sekali nyaris tertinggal kat Nandos, isk-isk

Masuk Borders kejap, nak beli sequel Something Borrowed, which is Something Blue, tp out of stock la pulak.


Stop kat kedai jam Tag Heuer. Baba cakap, esok2 kalau ibu dah KAYA (ayat menyentuh qalbu), baba nak suh ibu belikan jam ni utk baba. Baba tunjuk yang harga RM8k, memang TAK KUASA tau! haha
Mahal2 pun, tunjuk waktu sama jugak.


Coversation between dad and daughter - macam ayam dan itik aje, hehe


Last year, sambut birthday Naurah, ibu ngan Naurah sama2 pakai baju ikut ibu punya favourite kaler.Tahun ni kami sama2 pakai baju ikut ibu punya significant kaler pulak ye (^__^)



Muka masam, tak mcm birthday girl pun (-__^)


This is for her. Single scoop Baskin Robin ice cream.


Baba punya. Macam sikit aje.


Ibu punya. Ibu tak habis pun, mintak baba habiskan.


Lepas mamam, entertain la birthday girl. Dari jauh dia dah tunjuk.
Rm3.50 sejam. Round dalam 1/2 jam aje.



Meet the parents (^__^)


Si lady driver sedang berangan memandu. Mesti dia rasa best giler tu kan (^__^)


We really love this kind of celebration. Sangat santai dan bersahaja.
Kalau nak buat parti, jemput ramai tetamu, rasanya, nak tunggu anak besar sket. Itupun kalau terasa nak buat lah. Kalau tak, rasanya kami selesa jadikan ianya satu sambutan kecil-kecilan khas utk kami sekeluarga sahaja.
Cake? Hmm...Insya Allah, nanti bila balik Kangar ibu dan baba belikan cake without candle utk Naurah ye (^__^)
Belikan on her birthday pun ok jugak kan.
We luv u Naurah (^__^)

http://www.smileycodes.info

Krystal Suites Day 2 - Her first bike

4:01 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



So, this is her 2nd birthday present (^__^)
Duk berkira2 selama ni, nak beli motor ada bateri ke, beskal yg boleh sorong kat belakang tu ke....
Finally, beli beskal betul2 lah, hehee




Sementara tunggu baba panaskan enjin keta, budak ni mmg tak lepas beskal dia. Dari dalam Giant lagi dah. Dia turun kejap masa nak scan harga aje.

Mula2, mmg nak beli beskal yg boleh sorong kat belakang tu, tp bila test Naurah duduk dlm tu, alahai, mmg nampak tak kena ngan kaki Naurah yg pjg tu. Dah lah nampak tak kukuh sbb semer plastik kan. Sekali Naurah tersilap skil pijak tempat letak kaki tu, sure patah.



Naik beskal dari dlm lif.


Sampai depan pintu suite ni...budak2 kan, nak wat camana. Beralah aje lah. Karang gegak gempita pulak seluruh bangunan hotel ni dengar dia MELALAK.
Itu ibu tak citer lagi pasal dia MELALAK DAN MERAUNG kat Jusco malam tadi. Kes tak nak balik lepas beberapa round main keta yg bunyi2 tu. Glamer tau kitorang malam tadi. Abis org tengok, hahaha



Senyum meleret la. Kasut pun tak bukak lagi. Tengok tayar bersih, sayang pulak nak wat main kat luar nanti, ehehehee (ibu lebih2 pulak, cam beskal dia, hehee)



A'ah, dia takleh control rasa excited dia. Sib baik ko Pinky Bear, leh tumpang naik beskal Naurah. Dah la malam tadi Pinky Bear kena marah ngan Naurah.
Naurah cakap, 'Hah, jatewh!' (Hah, jatuh)
Walhal, dia yg jatuhkan bear tu (-__^)


Ok, muka dah stabil (^__^)


Dia dah boleh kayuh dah sket2, tapi mmg skil nak kena train banyak lagi la. Fungi handle tu pun dia tak tau lagi.

***Ibu dulu, first beskal dapat masa umur 6 tahun, BMX kaler biru. Arwah ayah balik dari ngajar, arwah ayah bagitau ada beskal dalam keta, tapi ibu tak percaya (sambil tersenyum2 dengan muka bodoh).
Pastu ayah cakap, kalu tak mboh, ayah nak pulang balik.
Maka, dengan langkah teragak2, ibu pun pegi kat garaj, tengok ADA SEBUAH BMX KALER BIRU KAT SEAT BELAKANG KETA AYAH! Rasa super duper gembira!!!
Hehehee
Maka, itulah beskal ibu yg pertama. Tak tau la yg terakhir ke tak sbb bila tengok Naurah dapat beskal, ibu MERASA JELES!
***Dah jadi keje ibu la pulak nak kena menyorong dia main beskal kat luar skang ni. Ibu Naurah dah la PUTERI LILIN, ngee
***Naurah, kiter main pas semayang subuh nak? Masa tu takder orang, hehee


http://www.smileycodes.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates