I Love Friday!

12:37 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Yey! Hari dah Jumaat (^__^)
Happy2 sbb esok dah cuti.
Next week dah nak raya haji.
Tahun, ni, raya haji turn balik Johor.


Hari ni last day ibu An Naurah ganti posa, hehe
Patutnya semalam dah boleh setelkan, tp sbb hari Rabu tu satu hari tak makan nasi, jadi bawak la ke hari Jumaat ni.
Mentang2 dah tinggal sehari aje, relek2 aje la nak habiskan, ye dok? hehe


Petang ni nak buka kat mana la agaknya...



Semalam gi makan malam, alahai...
Air durian belanda baba ni, ok...


Order nasi goreng paprik, tapi dapat nasi goreng rasa 100% kicap...
Takpe, I'm good...


Nasi goreng kampung baba...errr...anchovies to the rescue!

So, to conclude, tak tau mana nak makan petang ni.
Inilah nasib apabila dilanda perasaan TAKDE MOOD NAK MASAK.
Apapun, bersyukurlah...sekurang2nya, masih ada banyak makanan.
Outside, ramai lagi orang yg tengah survive utk hidup, jadi apalah sangat jika nak dibandingkan nasib mendapat nasi goreng perisa kicap walaupun pada namanya ialah nasi goreng paprik,

Dah lama tak ke Penang...

12:58 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Betul, dah lama tak turun Penang...
Rindulah...
Sejak naik cuti raya bulan lepas, hari Jumaat adalah hari yg dinanti2, sebab esoknya dah start cuti
Rasa lega lah sekejap...
Manakala hari Isnin adalah hari yg membuatkan perasaan ini full with uncertainties
Hmm..tak baik tau,
Monday adalah hari yang paling disukai Rasulullah sebab itu kan hari Rasulullah dilahirkan
Jadi, janganlah layan sgt mood yg tak tentu hala tu
Buat sajalah kerja dengan sebaik mungkin
Kalau takder mood, buat2lah ada mood...
Life is short, jadi, manfaatkan sebaik2nya...


Ada 2 hari lagi puasa nak kena ganti, chaiyok!
Ni gambar masa buka puasa kat Pizza Hut dua minggu lepas kot....


Semalam ke A. Star
Shopping la jugak
Pashmina tu wajib beli
Risau jugak sebab 7 drawers yg memuatkan shawls ibu dah penuh
Tp takleh tahan la tgk pashmina, hehe
Masuk kedai Korean Beauty, beli Skin79 utk Acik Pah
Punya banyak kedai kat KL, dia kirim suh beli kt utara ni ha
Ibu sblm ni, beli brg Skin79 online, tp skang online shop tu dah tak jual dah

By the way, see gambar Naurah tu
Dia skang ni agak selesa memanjakan diri kt dalam stroller, penat nak jalan, hehe
Bagus jugak, ibu ngan baba pun penat nak dukung,
Plus, barang2 shopping buleh sumbat kat bahagian bwh stroller Naurah, hehe


Dah lama tak beli jeans, ibu beli dua lai semalam
Black ngan biru lusuh
Ntah bila nak pakai sbb tak kemana2 pun skang ni
Naurah pakai new hat tu (^__^)


Masuk POPULAR, Naurah beli recorder hijau
Baba melayan Naurah MENYUMBANGKAN lagu sementara ibu membeli DVD PIRATE kat kedai.
Ntah apa2 la kedai ni, baldi duk kat depan kedai, cesh!


Bag Brooch

12:43 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Not in the good mood by the way
Jadi, mahu bercerita mengenai things that doesn't matter...



Ni old brooch pouch
Ala, pouch hp tu
Pink tu complusory la kan (-__^)



Size dia kecik, brooch tak la banyak sgt, tp dah tak berapa nak muat dah
See, bila susun2, ada yg bertindih



Pouch ni ada 3 partition, semua dah penuh



So, solution nya, buy new one, hehe
Citer dah basi sebenarnya, beli masa bulan Ramadhan ari tu, masa balik Marang
Tp bag baru ni comel kan, hehehe
Naurah awal2 dah cop, tp kepala otak ibu lg ligat, jadi, ibu belikan dia handbag raya, hahaha



Haaa, more space
Siap ada bag lg kat tengah2 tu



Kami sekeluarga kan agak selalu travel, so time nak travel, just sumbat aje bag comel ni dlm bag make up pink ibu yg lagi satu aje, and ready to go

***Ibu Naurah tak suka letak brooch dlm bekas, sbb nanti dia bertindih2, bergolek2, jadi tak tersusun. Jadi, suka pakai bag mcm n, even agak leceh sbb nak kena klip satu2, tp tak apa, asalkan kemas.
***Mood : (-__-)


Happy Hours

7:08 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Lepas cuti hari raya ari tu, rasanya, takder sekali pun lagi kami sekeluarga kuar jalan2 ke A. Star
Ibu ngan baba bz, Naurah punya jadual pun berubah.
Kalau b4 raya, antar Naurah ke rumah nanny, half day aje, tp lepas raya dah hantar full day.


Pic: Baba tgh try coat.

So, pagi Sabtu, kami jalan2 ke A. Star.
Sampai2 aje kat shopping mall sana, tgk2, kat bahagian hand bag, ada HAPPY HOUR
Mata tu terus aje melekat kat satu hand bag besar kale hitam, tali dark choclate
Harga asal, RM299.90, lepas less 80% dapat RM59.90. Takkan tak nak rembat kan, hehehe
Nak galas boleh dua style, singkat boleh, sling pun boleh.

Lepas beli hand bag tu, takder dah nak belek2 brg lain lg dah. Asalnya, nak beli brg lain, tp awal2 dah melencong. Tapi, masa kat Tesco, masuk jugak kedai jual aksesori, beli brooch ngan bracelet. Ala, murah2 aje pun. Bracelet silver ngan batu2 kristal tu, masuk ni dah dua ibu beli sbb silver dia elok la, nampak cam yg mahal punya. Kaler dia maintain aje.

Masa kat Tesco, wajib makan yee mee sizzling kat food court dia.
Ibu suh baba mintak extra cendawan hitam, tapi tak boleh.

Sampai umah jam 2.30 pm, Naurah tido, ibu ngan baba layan DVD yg baru beli.
Malam sambung lagi tgk DVD lain, ngan Naurah2 sekali join.
Ibu layan movie sambil2 main 'MINUM TEH' ngan Naurah, hehehe
Sungguh2 tau dia buat2 tuang air kat ibu, nanti bila ibu cakap sedap, dia tuang lagi. Pakai TEKO yg Mak Ngah dia bg tulah (^__^)


Wordless Wednesday >> MSc. IT Convocation (UUM) 2011

8:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






***Size gambar asal besar, rugi la storage blog ibu, jadi ibu kena edit manual, that's why size jd x standard, hehe

Convocation Ceremony - This is the day!

5:00 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Since masa ibu convo, adik beradik dan keluarga mertua semua jauh di mata, so, kat sini ada beberapa keping gambar utk tatapan semua, juga buat kawan2 yg sudi nak menatap (^__^)
After all, thanks buat semua yg sudi wish congrats kat ibu (^__^)


Gambar dlm Dewan Muadzam Shah (MAS)
Kat UTM dulu, konvo kat dewan DSI

Masa degree dulu, kat UTM, robe kaler maroon, pastu ada kaler pink sbb course Computer Science
Kat UUM, robe kaler biru, pastu course IT kaler silver

Ibu punya robe ngan mortar board semua BARU tau, siap baru kuar dari plastik lagi, bau kedai, hehehe

Nie ibu panggil GAMBAR MAHAL

Mau tak mahal, bunyi gamelan, kesejukan dewan, feel pakai robe yg BERAT,
semua tu memang memberi seribu satu macam feel yg super best, hehehe
Masa nie saat2 suka duka masa tgh study dulu datang berpusu2,
and at certain moment, rasa sayu tu mmg tak boleh elak....



Suami dan anak yg sgt sporting (^__^)
Baba susah payah dukung Naurah dari bwh bukit, bawak bunga ibu lagi...
Sian suami dan anak ibu

Baba ngan Naurah la yg paling banyak bagi dorongan kat ibu sepanjang ibu buat master ari tu
Banyak sgt...
Doa baba sangat penting buat ibu
Redha suami tu paling utama kan...

Ibu gi kelas, ibu terpaksa tinggalkan Naurah dlm jagaan baba,
Baba dah la tgh buat PhD masa tu

Macam2 kesah la dua beranak tu sepanjang ibu ada kelas kat kampus
Kes Naurah kembung perut la yg paling tak boleh ibu lupa, hahaha
Sayang sangat kat abang dan Naurah (^*^)

Cuaca panas tp langit dah nampak cam nak ujan
Apapun alhamdulillah, semua dah selamat



Dah lama ibu nak introduce kawan ibu yg sorang ni
Sejak duk di utara tanah air ni, Allah temukan ibu dengan sorang lagi sahabat yg sgt baik
Azrul Nizah nama dia
Ingatkan dah payah nak dpt kawan yg betul2 ngam mcm masa study kt UTM dulu (^__^)

Ibu cam Nizah masa first day register masa Master dulu (tp Nizah tak cam ibu)
Dan mmg terdetik dlm hati ni 'ibu nak kawan ngan dia'
Memang perasaan tu datang sendiri, walhal tak kenal pun lagi ngan Nizah ni
Bertegur sapa pun tak
Ibu tgk Nizah pun jauh dari belakang, masa briefing
Alhamdulillah Allah izinkan kami berdua jadi kawan baik
Moga berkekalan hendaknya

Kami ni nama aje best friend, super kamcheng, tapi masa konvo ni la first time amik gambar sama2, huhuhu
Selama ni mmg takder sekeping pun gambar kami berdua
Punya baik kami berdua ni sampaikan ada yg cakap kami ni mcm adik beradik
Berkepit ke sana ke mari
Dating berdua di bangku batu, di tepi longkang, hehe
Sib baik tak jalan pegang tangan
Kalu tak harus org cakap kami berdua ni bangla, hahaha

Tq Nizah bagi bunga (^__^)

Nizah ni bakal MIL Naurah tau, hahaha
Abih la Naurah, MIL dia kuat bebel, kehkehkeh
***Gurau aje Nizah (^__^)

Allah saja yg tau betapa 'close'nya Nizah dengan ibu ni, even sangat jarang jumpa, tambah pulak sejak2 dah abis master ari tu
Moga ada keberkatan dlm persahabatan kami
Bukan senang kan, baru kenal terus jadi NGAM

Lagi satu, wedding annyversary kami sama tau, 4 Jun 2005, tapi anak sulung Nizah dah 5 tahun ++ dah (^__^) dah tiga pun anak Nizah ni, Alhamdulillah
Baru ari tu ibu gi kenduri aqiqah bakal adik ipar Naurah, hehe


Ibu takder gambar sorang, semua kelek Naurah, hehehe




Kat Canselori



Amik gambar sepantas kilat
Snap2, terus chow
Panas wei



Kt roundabout UUM

Sian Naurah, dah tido
Dia demam sebenarnya, huhuhu
Tapi still sporting layan ibu amik gambar
Takpelah, bukan selalu kan
Tu yg ibu tak sakan sgt amik gambar
Kami bertiga ni antara yg terawal juga turun dari bukit dewan MAS tu
Nak cepat2 balik sbb kesian kat Naurah
Sepanjang2 duk amik gambar tu mmg tak letak Naurah
Kesian kan, budak demam, penat aje dia, tapi baik, tak meragam pun (^__^)



Pre-Convo

3:38 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah, lepas finished master study on last November,
Now it's the time for my convocation (^__^)



Makan-makan di tapak pesta konvo tu acara wajib la kan
Sejak2 duk di Kangar ni, even sblm ibu further study kat UUM, mmg selalu juga jalan2 kat pesta konvo UUM




To make sure kami kami bertiga selesa sepanjang convocation ceremony, kami stay kat T Hotel di Changlun
Ibu punya sesi, waktu pagi
At 7am dah nak kena ada kat hall
So, kalau bertolak dari Changlun, tak la gopoh sgt
Plus, lepas hantar ibu, Naurah dan baba boleh balik rehat di hotel sbb dekat saja
Nak suh tunggu kat luar hall, sian anak ibu
Budak bwh 12 thn mana boleh masuk hall kan
Jadi, ibu konvo sorang2 aje kt dlm hall tu, takder family member pun yg masuk, hehehe



Jadi, sepanjang masa konvo ibu tak susah hati sbb tau suami and anak ibu selesa berehat di hotel
Kalau Naurah dah besar, boleh aje suh dia jalan2 kat tapak konvo tu ngan baba
Problemnya, skang ni Naurah malas nak jalan
Gigil tau tangan di dukung dia



Brg2 utk konvo
Fresh roses tu hadiah dari baba
Yg pink tu from ibu utk Naurah
Nanti masa amik gambar, baba pegang ibu, ibu pegang bunga dan Naurah, Naurah boleh pegang batang bear pink tu (^__^)

3 kuntum sebab kami kan bertiga, hehehe
Teddy bear tu awal2 ibu dah sorokkan
Tu ibu punya tau!


Kt depan hotel

To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates