Update

12:27 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Rasanya, dah almost 95% dah kemas dah ni
Selagi tak pindah, selagi tu tak abis kemas, ye dok (^__^)
Perabot yg nak let go pun, separuh neighbour dah amik
Tinggal sket je lagi
Jadi, sementara nak pindah ni, luggage jd wardrobe sementara kami, hehehe

Tadi, astro pun dah datang bukak semua2 tu


Nie masa basuh umah ari Ahad lepas
Mestilah muka budak ni yg paling sibuk kan (^o^)

Naurah masa basuh umah ni baru rasmikan baju2 yg ibu beli masa kat Jusco, hehe


Semalam, setelkan urusan ibu sket
Penat tak tahu nak cakap
Rasa macam baru lepas merentas desa je
Lepas setel tu, kena gi alor star jap
Kaki cam nak cramp je

Budak ni, menyengih je
Tak tau penat langsung kan



Baba macam nak tidoooo je tu masa tgh tunggu ibu, hehehe


Petang, pi setelkan kat ofis baba pulak
Dah siap kemas sebelum gi cari rumah lagi
Semalam just pi amik je
Baba cakap, penipu betul citer dlm tv tu, kalu berenti keje, bawak balik sekotak je
Yg barang baba ni, berkotak2! hehehe

Super duper tired

8:04 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selasa - Ke Penang


Rabu - Balik Kangar


Khamis - Pack baju, esok nak ke Kuantan


Jumaat - Ke Kuantan


Sabtu - Cari rumah. Malam, pengsan secara berjemaah sbb penat


Ahad - Jumpa rumah, pas jumpa umah, gi megamall, shopping kemeja ngan belt baba, sbb baba ada hal penting kat UTM Johor (masa kat Kuantan baru tahu), pas zohor terus basuh umah


Isnin - Balik Johor. Malam, ibu ngan baba pengsan. Naurah main2 ngan nenek ngan Mak Ucu.


Selasa - Lepas baba setel hal kt UTM, terus bertolak balik Perlis. Mula2 plan nak tido semalam umah Acik Pah, tp sbb dapat bertolak agak awal (lebih kurang jam 10.30 am), terus tukar plan, nak terus ke Penang, tido kat sana la semalam. But, otw, baba kata nak terus balik Kangar. ok aje. Tapi, dek kerana kepenatan yang tak terhingga, alih2, dah kat Alor Star pun, last2 kitorang check in hotel. Pengsan kat situ. Memang tak larat sgt2 dah tu, walhal A. Star-Kangar buleh sampai dalam 45 min-sejam je.


Rabu - pepagi buta check out, terus balik Kangar. Sampai umah, terus basuh kain baju dan sambung packing barang. keje non stop sampai la skang ni (8.09 pm)




Boleh bayangkan tak betapa penatnya kitorang ni...Naurah masa ibu duk kemas2 tadi, tertido dah dia. Pas ibu mandikan dia, ralit2 dia minum susu, terus tido. Sian dia.




takpelah, enjoy aje ye (^__^)



New home sweet home

7:07 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, we got a new home in Kuantan

A really new house (kitorang jadi first penyewa)

Kawasan perumahan pun sgt baru

Jiran2 sebaris, dah ada even tak penuh lg

Rumah baris depan compeletely tak ada org duduk lagi


Rumah yg kami sewa ni, asalnya owner nak jadikan homestay

Rumah baru2 kan, eloklah nak buat homestay

tp rezeki kami, dia bg kami sewa

Bila dia setuju nak sewakan, kami terus setuju even dia tak bgtau harga sewa lagi

Mmg nak grab aje sbb dah penat sgt nak cari rumah

Thanks buat mak cik jiran seblh yg bg contact number owner kami


Even house hunting was so exhausting

but house 'washing' and cleaning, mmg lega and happy betul

Since sgt banyak kawasan perumahan baru, jadi kami mmg target area2 situ, plus dekat nak ke kuantan dan dekat baba nak gi keje


Umah sewa baru kami ni, owner dah siap pasangkan new curtain, kipas kat semua rooms, kitchen, living room, garaj semua simen, rumah semua tile

Really grateful

Skang, tgh duk pk2 bila mau pindah sbb umah kt Kangar tak abis kemas lagi, huhuhu


Sekejap lagi nak check out

Mission di sini sudah accomplished

Alhamdulillah

Theme: Red: Travel: Kangar-Kuantan

4:43 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Before leaving

Time rajin, ada la tema
Kalu tak, main belasah aje


Breakfast in A. Star

Tak suka la pakai sedondon
rasa cam boria pulak
But colors that complement each other would be nice (^__^)

Just checked in

7:20 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hari Rabu baru balik dari Penang
Rehat sehari kat rumah
Hari nie, kami ber3 berada di Kuantan
Perjalanan smooth
Tak berenti lunch kat mana2 pun
Just drive thru aje
baru checked in hotel
lepakkk


The ring

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ini cincin idaman



Akhirnya berjaya jugak dimiliki
Permatanya jenis tenggelam
Suka sangat
Nampak very humble
Beli masa kat Penang ari tu
Harganya RM1500.
...
Tak kiralah, beli jugak
Masa kt hotel, boleh hilang pulak sekejap
huhuhuhu
Mujur jumpa balik

Oklah, sekarang,
semua orang,
sila gerakkan titik perpuluhan dua tempat ke kiri

Ye, itulah harga sebenar cincin idaman ibu (-__-)

***Nie hari Jumaat, tak baik marah2 (^__^)
***Someday, dah plan ngan baba, nak beli jugak platinum ring batu tenggelam
Nak pakai sama ngan baba (^__^)
nak yg mcm kat bawah ni





Unplanned Shopping Spree

7:15 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Here we go...
Jusco ok, tak masuk pun butik kt belakang tu.
Basically, this short vacation turned out to be totally shopping spree
Takder jalan2 ke tempat2 lain, takder gi jalan2 cari makan
Well, I also didn't intend to spend so much
But...tengok2 Jusco tengah less
Maka, haruslah ku tukar plan (^__-)


Jadi, untuk melancarkan operasi shopping, as usual, me and the other half akan bagi2 tugas.
Mula2, ibu shopping dengan heavennya, kuar masuk fitting room, belek sana-sini, baba jaga Naurah dan lari main kejar2 ngan Naurah sampai termengah2!
Then, lepas ibu rasa dah abih shopping (rasa je, belum tentu lagi), baba pulak shopping. Ibu lebih bernasib baik sbb men's department sekali ngan kid's department. Jadi, ibu boleh ajak Naurah gi main2 kat sini. Tak lah bernasib baik sgt sebenarnya sbb ibu abih dekat RM10 jugak kat sini sbb layan Naurah main macam2.
Takpelah, yg penting dia tak lari2.


Ok, seronok la main kt sini.
Ibu dah lebih2 dari Naurah (^o^)
Balik2 muka ibu gi beli token kt kaunter, hehe


Main ni ha, sembur2 itik tu suh dia masuk sarang.


Lepas baba abih shopping (tak abih lagi sebenarnya), ibu sambung shopping baju Naurah pulak (^__^)
Bulan ni rasanya paling banyak ibu beli baju Naurah
Ibu pun dah tak tau baper lai.
Dari awal bulan sampai dah nak ujung bulan ni.
Asyik beli aje. Nie kes ibu update wardrobe dia, mana yg dah tak muat, ibu simpan. Jadi tetiba nampak banyak hanger kosong. Tu yg duk beli aje tu.


Baba masuk sport center. Tetiba aje anak ibu jadi part timer pulak kat situ, sigh....



Tunggu baba test kasut
Baba kalau beli kasut, lama!




Our meal...
Buntu nak makan apa, tu yg mintak menu ni


Setelah berkurun coin baru ni keluar, baru ni ibu dapat, sedih betul.



Naurah, FISH!
Haha, tertipu.
Masa ni payah sgt nak snap gambar dia (^__^)


Sudah Pulang

3:51 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Saja, jalan2, nak amik angin, nak release tension
Gi tempat dekat2 je lah (^__^)


Penang bridge
Hujan renyai2


Checked in kt Seri Malaysia
Org tak ramai sbb bukan musim cuti
Walked in aje
By the way, tak baper best la kt sini
Dlm bilik takder fridge, breakfast pun ala carte, bukan buffet
Tak boleh tambah pulak tu (-__-)
Kena pilih either nasi lemak or fried mee
No juice, sky juice ada la
Lain2, air panas (coffee and tea)
Hmmm...
Perut ibu ni jenis nak makan banyak kalau pagi2, jadi lepas sarapan kt hotel, gi cari makan lagi kat luar
Pun tak baper best
Makan roti telur banjir
Tak sama cam kt Kangar




Tak tau pun Jusco tengah less
Jadi, hasilnya, sendat shopping bag tu ngan baju2 ibu, Naurah dan baba.
Mmg banyak gile ibu shopping kali ni, tp pick yg less 50% and 70% aje (^o^)
Ada selai tu, even berkenan, tp sanggup letak balik sbb tak less
Rugi lah kalau tgh less beli baju yg no discount
Jadi, dapat banyak barang walaupun belanja tak banyak sgt, hehe
Ala, standard Jusco, paham2 la. Kalau tgh musim tak less, very affordable.
Kalau tgh less tu, murah terlajak. Mmg akan shopping tak teragak2 punyalah.
Ibu Naurah ni mana pakai brand mahal2. Baju seluar ibu, balik2 Scarlet ngan Agenda. Kalau sidai baju kt ampaian, obvious sgt. Habih baju jalan, baju tido, baju duk umah, brand tu aje lah.
Kang sek sok Naurah pun jangkit ibu ajelah senang, takyah beli baju mahal2 sgt. Yang penting comel! (eh, tiba2 je, kekekekeke)


Ok, yg meriah dan bewarna warni ni utk Naurah dan juga konco2 Naurah di kampung
Muiz, Muaz dan Nayli lah tu (^__^)


Otw back home sweet home


Ok, nanti sambung lagi...



Short Vacation

5:54 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Baba: Kita gi Penang nak?
Ibu: Bila?
Baba: Esok. Nak?
Ibu: Gi balik ari ke tido?
Baba: Tido semalam ke, kita jalan2, gi shopping kt Jusco
Ibu: OKAY!

Maka sepantas kilat ibu pun pack kain baju.
Short vacation, jadi bawak small luggage aje lah (^__^)


Spending time with her

3:26 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sejak2 tak hantar Naurah ke rumah nanny, ibu kena jaga Naurah sambil2 buat jugak keje ibu
Last week, ibu keje dari Isnin sampai Ahad, tak cukup siang, sambung sampai ke malam
Siang tu, buat keje sambil2 main dengan dia lah
Sian dia, kalu tak layan, boring pulak dia nanti



Tgh masak nasi, nak suap kat ibu
Lepas suap ibu, dia cakap, 'pandai'
Yey! Ibu pandai (^o^)



Drawing is easy ok
Piece of cake!


See, Naurah lukis lori, fish and panda.
Konfiden je dia bgtau ibu semua2 yg dia lukis tu
Kang conteng2 lagi, dia cakap, 'haaa, ni fish....'

Oh indahnya dunia Naurah, nak lukis apa semua jadi (^__^)


Berukkrasi

10:37 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ini kisah benar
apabila berurusan dengan K


Situasi :
En Hensem pergi ke pejabat K, dengan harapan agar surat jawapan bagi permohonan yang telah dihantar semalam sudah siap diproses

Namun begitu, sekeping surat yang sepatutnya siap dalam masa kurang 10 minit termasuk print akan hanya akan diperolehi oleh En. Hensem dalam masa 5 hari, itupun jika En. Hensem bernasib baik

Maklumlah, proses menyiapkan sekeping surat aje dah amik masa seminggu-2 minggu
Nak bagi kat orang atasan pulak, amik masa lagi seminggu
Almaklumlah, nama pun orang atasan
Jadi mestilah duduk di tingkat atas
Maka orang bawahan akan mengambil masa selama 1-2 minggu untuk menaiki tangga untuk ke tingkat atas
Lif ada, tapi mahu mewujudkan budaya suka bersenamlah kononnya!


Bila call hari Isnin, percayalah, samada call tak berjawab atau bakal mendapat jawapan yang sangat2 mendukacitakan.
Antara ayat yang bakal menusuk corong telinga ialah, 'surat tu kita dalam proses...', 'bos tak sign lagi...', 'bos tak masuk ari ni...', 'AKU MALAS NAK BUAT KEJE SEBENARNYA...', 'AKU SUKA MAKAN DUIT HARAM, JADI AKU MMG SUKA MAKAN GAJI BUTA, SURAT TU TAHUN DEPAN AJELAH AKU BUAT, ITUPUN KALU AKU HIDUP LAGI...'

Kalau call hari Jumaat pulak, wahhhh, mood nak berweekend tak menyempat2, memanjang hilang!

Jadi, flow, submit surat ari nie, esok atau lusa dapat jawapan adalah TIDAK WUJUD apabila berurusan dengan K.
Itu tak termasuk lagi jawapan 'Dia cuti hari ni...'
88 kali call, 88 kali turun naik tangga ofis K, memanjang cuti.

Pengalaman ibu Naurah sendiri, pernah berurusan dengan K ni, ibu nak jumpa En. R, dari kaunter, ibu nampak En. R ada, tengah duduk bersembang dengan staff. Jadi, hati sangat happy sbb dah jenuh naik tangga.
Tapi, alangkah kelakar tahap gaban + mangkuk ayun, kerani kaunter selamba cakap, 'En. R tak ada, dia keluar...'
walhal dari kaunter terang2 dengar suara En. R

Dek kerana terlalu nak marah, bibir ni jadi macam kena jahit, memang sakit hati, BLAH macam tu aje. Sampai ari ni rasa KECIKKKKKK je tgk minah tu! (Dia mmg kecik pun!)

Itu tak termasuk kes masa ibu nak amik surat ibu
Pegi kat kaunter, dia boleh jawab, 'surat tu tak ada kat atas kaunter ni'
ABIH, TAKKAN LA SEMUA DOKUMEN KO NAK LONGGOKKAN KAT KAUNTER NI?
Pergilah cari, mintak ngan org yg buat surat aku tu!!!!

Kes kuar minum kul 9am, 10 am, lunch 11 am, arghhhhh!!!!!
Masuk opis lenggang kangkung bawak plastik goreng pisang ngan air neskopi panas dengan menghadiahkan senyum simpul kepada si penunggu sabar macam ibu naurah ni
Lemah longlai menuju ke meja masing2...
Tolonglah! Tolonglah!
Tak ada rasa bersalah langsung.
Budaya senyum lah katakan
Senyum, tak perlu kata apa-apa
Pelempang nak?

Nak keje, buatlah cara nak keje, kat luar ni bersepah2 lagi orang yang nak keje.
Kalau dah tahap menyusahkan orang, takkan nak suruh aku cakap 'Aku tuntut kat akhirat nanti'.
Sanggup ke?

Luahan perasaan...

Masalah BERUKkrasi yang entah bila akan berakhir....
Alasan2 yg diberi tu, TOLONGLAH!


The Purple

3:22 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Petang semalam, makan laju2 sbb tak sabar nak berkebun dengan pokok yang comel ni



As usual, I never know what is its name
Just like those trees that I bought before

I even don't have any idea how to pronounce the scientific name (-__-)
Bagi nama senang2 sket boleh tak?

Harga RM12, tapi tokey dia bagi RM8.
Kebetulan ada satu pasu yg available kat dalam store, tu yg beria2 sgt nak beli pokok.



Dua gambar di atas, gambar petang semalam, lepas proses pindah pasu bunga
The following two pictures, were taken early this morning


Penjuallnya kata, pokok ni tak tahan panas sgt (-__-)
Tapi sbb berkenan, beli jugak
Please, kuatkan semangat ye pokok bunga ungu!
Akan ku siram hari2, twice, promise!
Cukup?


So lovely.
Be good ok!

Monday Blues is Mind Over Matter

3:35 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


After dinner semalam

Rasa nak simpan rambut panjang balik
Jadi mulalah gatal mengumpul ponytail band (^__-)


Seciput hasil shopping kat hypermarket on Saturday
Oleh kerana anakku perempuan, makanya Otomennya in in pink!
(Saturday is no placstic bag day, and ibu lupa bawa shopping bag)

Tepek kat cermin keta!


Rutin bawak Naurah main beskal
Otw back, we hold hands and walk together (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates