Wordless Wednesday>> Love This Series of Moments

9:25 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






*** Love them to the max (^__^)
 

Mood yang tidak menentu

10:55 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 Dah lama dah tak pakai body lotion sbb bila pakai, mulalah rasa gatal
Kenapa ntah (p_q) 
Jadi, sebagai ganti, pakai Nivea cream ni
Lama dah pakai cream ni, sejak kat U lagi, tapi masa tu ganti2 lah jugak dgn lotion
Tapi skang, lotion langsung takleh pakai
Nie dah nak habis dah pun
Rasa nak try lotion Vaseline yg kaler pink tu la
Karang kalau tak sesuai, sapu kat Naurah (^o^)

 Book of the month for Naurah
Tebal, tapi murah sgt, RM6 sahaja


 Kualiti kertas elok, the whole book tu kaler2 aje
Ibu pulak yg seronok
Ada Rapunzel kesayangan Naurah *(^o^)*

 Ada sticker
Sekelip mata je habis Naurah main tampal

Naurah be good girl ye (^__^)
Rajin2 baca buku


***Bila bz sgt, samada terlalu banyak benda nak buat atau sampai tak tau nak buat apa, jadi, update bloglah! ha ha

Wonderful Malaysia?

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kadang-kadang, jadi sakit hati bila keluar jalan-jalan cari makan ni
Sigh...
So, this is the story of last week

Keluar jalan-jalan mahu isi perut untuk dinner
Family An Naurah ni kan, memang dinner awal 
Petang around 5.30 to 6.30 pm tu lah waktu dinner kami yg sangat ideal
Jarang-jarang sangat dinner waktu malam

So, lepas baba balik dari kerja
Terus keluar, menghala ke Tanjung Lumpur, looking for nice place to eat
Singgah di satu restoran yang namanya sungguh klasik, ala-ala nak makan kat atas pokok dalam hutan gitu
Patutlah Darwin kata kita ni anak beranak benda tu, ha ha ha

So, since ibu sangat suka outdoor environment bila makan luar ni, we chose one table, surroundings with trees
Tak mahu duduk dalam restoran walaupun ada bumbung kerana pemandangan akan rasa sangat terbatas, juga bimbang kalau-kalau ternampak ruang dapur yang mungkin makin menyesakkan dada, uhukk!

Dah elok duduk, tengok-tengok, meja kurang bersih
So, masa waitress yang mahal dengan senyuman datang ambil order, baba minta tolong lap sikit meja with absolute politeness 
Tapi, tu lah, wonderful Malaysian in wonderful Malaysia, dia patah balik ke meja dia dengan muka masam, datang balik with same facial expression, kat tangan pegang kain yang KERING KONTANG tanpa ada inisiatif nak bawa botol spray air bersabun utk lap meja
Dah jadi macam salah kitorang pulak suruh dia lap meja
Muka dia pulak like, 'Eleh, macamlah kotor sangat meja ni...'

Dah kalu TAHIK BURUNG KERING SETEPEK kat atas meja tu, tak kotor lagi ke namanya tu!?

Luckily, meja yg kami duduk tu, table for 8, so we moved to the other side of the table (Nak duduk situ jugak tu!)
Abih, kat meja2 lain, silau.
Kami bukan orang putih yang suka berjemur, kami ni anak beranak Nicole Kidman yang takutkan matahari, heheh

Jadi, ibu mulalah buat muka MASANG CATUNG, tak moh datang lagi...dalam hati, nie mesti makanan pun tak sedap ni (Terus aje berperasangka buruk, heheh)

But, always remember, never-never-never, EVER, judge a book by its cover, as cliche as it is, memang itulah hakikatnya.

See, this fried rice...


Nice presentation (siap bubuh dalam bakul rotan lagi), and tasty as well. 
Nyum-nyum-nyum
Ayam goreng pun sangat crispy
Rasa nasi gorengnya simple and nice, nothing complicated
Rasa macam nasi goreng yang mak-mak kita goreng gitu
Bukankah makanan sedap sepatutnya memang begitu (^__^)

Rasa macam nak datang lagi aje lepas ni, heheh... 
(mok cik memang forgiven but not forgotten orangnya, peace!)

***Masa baba bayar pun, muka dia tetap masam. Dapat duit pun tak rasa nak senyum jugak yer. Wonderful Malaysian betul...

 

Marathon asam pedas

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Idea nak masak asam pedas ni memang sgt jarang2 datang dari ibu sbb the other half mmg suka sgt2, 
Dah banyak kali cerita kan (^__^)
jadi tak payah sudah2 bagi idea, nanti baba sendiri yg akan request. 
Tapi, last week, masa jalan kat pasar malam, GERAM sungguh tengok buah tomato yg gemuk2 comel2 lembut2 nie. Terus terbayang ASAM PEDAS!
Ibu pun terus beli, pegi kat baba yg baru lepas beli ayam, cakap, 'Bang, minggu ni nak masak asam pedas!'
Muka the other half terus sama seperti muka Naurah dapat LOLIPOP!



Sedapnya makan buah tomato yg dah lembik2 kat dalma kuah asam pedas tu, slurpppppp!!!
Malas dah nak letak gambar asam pedas sbb dah banyak kali kan, hehehe

 Mula2 petik daun kesum banyak ni je, pastu tamak, terus perabis seikat adun kesum yg beli tu. Sesi marathon asam pedas pun bermula.
Mula2, makan ngan nasi.
Malam, bersungguh2 buat jemput2 ikan bilis+bawang, cicah asam pedas.
Esok pagi, suh baba beli roti canai, cicah lagi asam pedas. Habis licin, setitik pun tak tinggal. Hanya buang daun2 kesum aje.
Baba siap hirup kuah asam pedas macam orang hirup  sup lagi, hehe

Banyak kali dah cerita pasal ni kan, menunjukkan betapa keluarga An Naurah sgt obses dgn lauk ni (baba nyer la). Ta kiralah campak ikan ke ayam ke dalam asam pedas tu, memang wajib licin. Tu yg frust masa ke Melaka bebaru ni tak dapat merasa asam pedas yang kaw2 kat sana. Kalau masak lauk2 lain, lauknya mmg habis, tapi kuah mesti ada buang jugak. 


 

Wordless Wednesday >> Pantai Klebang

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

June 20, 2012 
Wednesday
Auto publish entry






Conference: Presentation

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

June 19, 2012
Tuesday
Auto Publish entry

Checked out from rumah Acik Pah around 12.15noon
Heading towards KLCC
Sampai aje, terus ke surau dulu
Siap2 nak solat

Sampai kat conference room dah nak kul 2pm




 Supposed I was the third presenter
But the first two papers, tuan tanah kedaungnya tak datang
Pok cik-pok cik Arab rasanya yang tak datang present tu (sesuka hati lah panggil pok cik kan, sekali professor, hehe)
Maka, jadilah ibu first presenter


[-O<
Pung-pang-pung-pang
Able to chase away butterly in my stomach :D

 Alhamdulillah, the presentation went well :)



Lepas siap present, ibu keluar sekejap, bagi mineral water at baba
Baba bagitau, Naurah dah tido
See, anak ibu yg baik sedang tido dia atas babanya yang empuk, hehe

Dah setel semua presentations, baru balik

Alang-alang dah kt KLCC, nak jugak rasa Garrett popcorn dah masing2 duk kata sedap sangat
Kata orang Kuantan kan, dah kat Kuantan mana ada Garrett
Jadi, belilah jugak, amik size paling kecik
Kebetulan pulak kedainya depan ngan change diaper room
Kuar aje lepas salin Naurah, terus singgah

Caramel flavour

 Sedap memang sedap, tapi MANISSSSSSSSS SANGAT!
Prepare plain water banyak2 kalau beli
Jenuh jugak nak perabis-berhari2 okay
Kalau sesapa yg memang kaki makan manis2, takde masalah kot nak habiskan terus sebungkus tu.

***Kalau simpan dalam fridge, rasa lagi sedap sbb kurang sket rasa manis tu. Still rangup!
*** Sudahnya, popcorn Garrett ni asyik buat ibu nak mengunyah aje. Ni dah hari Sabtu, still tak abis makan lagi. Sedap, tp sbb manis, jadi makan sket2. Kang tgh duk relek2, rasa nak makan lagi. Sampai tengah malam before tido pun ibu ngap jugak lagi,
Jgn sakit gigi sudah!

***Abis present, terus chow. Kiranya, bertolak balik ke Kuantan around 4pm. Jalan pelan2, masa nak kuar dari KL pun jem jugak sket2, berenti isi minyak, wat susu, dlm kul 7pm, alhamdulillah, sampai rumah.



Conference: Registration

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

June 18, 2012
Monday
Auto publish entry 

Dah penat seret kaki ni ukur KL, barulah ibu ber'conference' hehee
So, this is the main objective why we were in KL
Alhamdulillah, sambil2 keje, dapat juga jumpa adik beradik and jalan2

Selasa tu, register aje
Ibu kena present, petang esok (Rabu)
Parking kt convention centre tu mmg penuh 
Bukan satu conference, tapi lapan rasanya
Jadi, parking jauh sket
Tapi, okaylah sbb menapak pun still dalam air cond

 Untuk beberapa ketika, budak pakai pink vest ni la satu2 nya kanak2 kat situ
Dah lama sket, baru jumpa satu family lagi yg bawak anak jugak
Sama situasi macam family kitorang jugak
Yg si mak nak kena present, jadi para ayah menjaga anak :D

 Patutnya register lagi awal, tapi counter registration tutup sbb ada keynote speech
Jadi, ibu gi tadah telinga, dengar dalam 40 minit
Pastu, kuar balik untuk register




Sementara tunggu baba pecah duit utk bayar parking, ibu sungguh2 follow mamat Cina yg duk bagi2 belon SKII kat bebudak, hehee

Ingatkan nak merayau jugak kat KLCC sbb dah lama sgt tak ke sini, last datang sini masa ibu lepas grad dari UTM, back in 2003 rasanya
Lama giler kan 
Penat punya pasal, terus balik

Inner bawal pulakkk....

3:28 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

June 17, 2012
Saturday
3.51pm
(Di kala anak dan laki sedang tido, mok cik terkebil2 seorang diri....)

Masa kat KL last week, Acik Pah ngan ibu sibuk ngan operasi inner tudung bawal, hehee
Nie bukan kes terikut fesyen, tapi sbb kes nak menyelamatkan bawal Acik Pah aje sebenarnya. 

Okaylah, this is how the story began.
 Acik Pah tu sibuk nak discard semua tudung bawal dia (Dia nak kasi orang sebenarnya, saja ibu pakai perkataan discard sbb ibu kejam! >:)). Sayang ibu tengok sbb bawal dia yg jenis ada bunga kecik comel2 kat atas kepala tu. Nampak sweet sangat bawal macam tu kan. Harga pun sedap jugak, uhuhkkk!

So, ibu pun ajak dia buat eksperimen. Ibu gunting comel2, bg bentuk side belakang tu bundar sket, wat jadi inner. Pastu, suh dia test pakai ngan shawl multiple tone dia tu.Tengok2, cantik pulak ;;)


Pastu, malamnya, lepas Naurah ngan baba tido, mulalah dua beradik ni kan. Sambil2 ibu belek2 presentation slides for conference, Acik Pah dgn bersungguh2 nya gunting bawal dia ikut sample yg ibu dah buat. Semangat gile okay!

Tambah pulak  Juma kata pakai bawal lebih kemelayuan, haishhh, mulalah tu kan, yg mata sepet pun rasa nak TERLEBIH KEMELAYUAN jugak, hahaha

Tapi tak nak la pakai fully bawal sbb bawal does not posses the good feature untuk belit2 kan, kehkehkeh
Tak mencabar la pakai tudung tak belit (Nie mama MuizMuaz dengar mesti dia geleng kepala, kehkehkeh)
Plus, bawal pulak nipis kan. Tapi skang should be no problem kot sbb outer syria kan banyak jual, boleh aje pakai belah dalam. Macam Acik Pah, dia pakai shawl jarang2, belah dalam dia pakai outer syria.
Tapi tu lah, bawal takleh belit kan, so, tak mo-tak mo-tak mo jugak!

So, bila dah selamat balik ke Kuantan ni, masuk je petang Jumaat,  ibu pun kuarkan balik seme bawal ibu. Seme tu bawal berlian batu hitam, macam baru lagi walhal dah lama giler usia bawal2 tu, sesetengah tu sejak ibu kat UTM lagi (Nana, bawal biru gelap yg ko tolong belikan kat tapak konvo tu pun still macam baru lagi tau ;;)). Mmg simpan elok2, tak pernah terpikir nak kasi orang, apatah lagi nak buang sbb sayang sangat. Kaler mmg cukup complete, tinggal electric blue aje takder (alasan nak belilah tu!)
Ibu stop pakai bawal sbb baba tak berkenan pasal jarang.
Tapi sebelum stop terus pakai bawal, ibu ada beli inner kaler purple lembut sgt, cantik, pakai belah dalam utk cover jarang. Tapi tu lah, zaman tu awning dia tak CERDIK, tak macam ARIANI tu. Bila pakai, kat muncung tu jadi berserabut sket. Inner syria tak muncul pun lagi masa tu.

Okay, back to project khas inner bawal, ibu pun gunting selai2. Start ngan kaler itam, putih,kelabu, pastu bila rasa best, teruslah sambung kepada favorite and significant color in my life, eceh!

Sudah selamat menjadi inner.

Ibu lilin aje kat tepi tu sbb tak jumpa lagi kedai jahit tepi yg terdekat sepanjang dah pindah ni. Acik Pah pi hantar jahit tepi kat kedai jahit blazer for men okay! Amik, dia charge RM4 selai, kalu org  Islam, sah2 nak gi Mekah balik hari tu!

Yg kaler ijau, kuning, brown etc nanti-nantilah dulu sbb jarang pakai kaler2 tu. Kang dah ada masa, ibu nak sambung lagi operasi menggunting dan melilin. Next weekend le jawabnya, huhuhu

Nie, tgh rasa best la ni (typical mood lepas cuba pakai tudung style baru, heheh).
Tadi, Acik Pah suggest ibu pakai inner cotton yg ada awning belah dalam utk bagi inner bawal lagi terbentuk cantik, ibu pulak suggest Acik Pah pakai inner yg melekat kat dahi tu sbb bila pakai, muncung dia nampak cantik and natural. Last2, sbb pening, masing2 dah tak ikut idea sendiri, yg orang Kuantan ni ikut cadangan org KL, org KL ikut cadangan org Kuantan, memang SAH2 PENING! hahaha


Ibu rasa betullah theory ibu tu, kena pakai inner cotton yg melekat kat dahi tu, baru muncung bawal nampak natural, macam yg Acik Pah pakai tu. Kalu pakai inner cotton yg ada awning tu, nampak cam skema sket kan. Sib baik ibu skema, hehehe


Takleh tgk gambar ni, rasa kelakar sgt tgk muka Naurah :))

 *** Dah lama dah tak buat keje2 mengarut ni :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates