Spring in my little garden

3:29 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 1, 2012
Wednesday


These days, whenever I have to leave the house for several days,
mesti teringat2 aje kat semua pokok2 kat laman tu (^__^)
Tiap2 hari rasa tenang aje dapat bagi diorang minum air banyak2
Eh, dah sampai masa nak kena tambah baja lah
Best2, petang ni nak gardening!
Cuaca pun redup aje...

As we arrived from Kedah on Monday evening, I felt so happy seeing spring bursting through my little yard


Tak pernah lagi pokok ni mengeluarkan bunga sebanyak ni (^__^)
Biasanya, 2-3 kuntum aje


Cik pink comey ni pun dah lamaaaaaa tak berbunga

Oh my roses, nampaknya betullah kata tokey nursery tu, tak susah mana nak jaga pokok bunga ros ni, as long as jangan kena direct sunlight je, Insya Allah, okay aje (^__^)

 

Kembara ilmu di bulan Ramadhan

8:44 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 31, 2012
Tuesday

Just arrived from Kedah yesterday
Alhamdulillah, urusan di UUM selesai
Berbulan2 dah ibu duk risaukan tentang hal ni
Moga Allah permudahkan, mintak semuanya berjalan dengan baik

Dah setel urusan di UUM
SMS baba, mintak baba pick up ibu
Tapi, rupa2nya, suami & anak ibu dah ada kat foyer

Terus ke misi ke-2, mahu menabung di Padang Besar
Menabung dengan pantas, memang tak tahan panas kat sana
Pilih2, bayar2, fuh!

First time ke Padang Besar as outsiders, ha ha
Sebelum ni, ek aje, almaklumlah, duk Kangar kan, dekat aje.

Dah duk jauh ni, first time ibu berbelanja agak banyak utk diri sendiri
Sebelum2 ni, banyak beli kat Naurah aje

Okaylah,penat sangat ni
Keje pun banyak nak buat

***Nak sangat jumpa Nizah, tapi masa memang tak mengizinkan
Lepas aje setel urusan di UUM, shopping raya sket kat padang besar, kami anak beranak terus balik hotel, penat. Beli makanan buka pun kat param area hotel aje
Esoknya, pagi2 dah bertolak balik Kuantan
Kalaulah Nizah ada terbaca entry ni, very sorry ye Nizah, harap faham. Insya Allah, ada masa yang sesuai nanti, kita jumpa (^__^)


Beberapa hari sebelum ke Kedah, Naurah dah main bunga api (^__^)
Seriusnya muka, excited, tapi takut2 jugak


Kat Kedah
Dalam kul 5pm, kami keluar cari menu nak buka
Before that, gi betulkan HP baba dulu, Naurah main lompat2 atas katil kat Kuantan, terpijak, terus display rosak

Kesian anak ibu, malam last kat Kedah, dia muntah
Baju ibu bawak ngam2 aje
Last2, pagi nak balik, pakailah baju yg baru beli kat Padang Besar (Disney made in Padang Besar okay! haha but kualiti kain sangat2 elok, takder beza pun ngan yg ori, but in term of the price, of course la sangat2 berbaloi! Masa ni memang rasa rugi sangat beli yg ori sbb budak2 pakai kejap je kan, hoho) 
Sian anak ibu, pakai short pagi2, huhu
Tak sesuai la kan baby girl pakai short macam tu
Ibu nak cari seluar yg sesuai la ngan baju tu, short tu simpan aje
Cari seluar renda2 yg 3 quarter ke kan
Kata pompuan, mesti la renda2, ha ha

 Check out
Gelap lagi

Sian anak ibu, ngantuk...

Baru dalam sejam lebih jalan, Naurah tumpahkan susu pulak dalam keta
Change baju
Pakai dress yang Acik La kasi
Dah lama tak travel jauh macam ni, Naurah boring, dia main susun2 milk candy dalam keta (^__^)
Candy tu ada banyak gile kat rumah ibu
Rasa susu kan, jadi budak2 suka


 

3-year-old-An-Naurah

8:28 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 23, 2012
Monday

Hari ini hari lahir anakanda yang tercinta
Zahra An Naurah

3 Ramadhan 2012, dah 3 tahun usianya  (^__^) 


First birthday dulu, we bought her beskal rabbit
Second birthday, beli bicycle jugak
Kali ni, supposed beli motor kot, tapi dah beli last year kan, kale pink tu
Jadi, suh dia pick sendiri aje la
Mula2, dia pick nak beli mainan macam alat memanah je ibu tengok, huhuhu
Last2, dia pick yang nie, lepas ibu ngan baba tunjuk kat dia, hehehe
Nie, set lego yang keempat la ni
Takpelah, dia suka (^__^)


Bangun tido, lepas balik shopping, terus bukak menan dia
Semalam, lepas shopping hadiah birthday girl, ibu jalan2 kat booth baju raya kat Kuantan Parade
Duk meninjau jubah ibu, last2 x beli pun, beli baju kurung je kat Naurah
Baju kurung kedua
Baju kurung utk hari raya pertama, baba dah belikan (^__^)
Sementara ibu shopping, baba ngan Naurah tgk org buat show main angklung


Naurah berbuka kat meja set lego dia

Plan asal, lepas ke shopping kat Kuantan Parade, then ke pasar ramadhan, lepas tu nak ke Secret Recipe, nak belikan Naurah kek
Sekali Naurah tido, ibu & baba pun terlupa terus
Baik pasar Ramadhan kat bandar Kuantan, terus chow 
Last2, dah sampai rumah baru ingat
Discuss laki bini, baba suh ibu buatkan je
Belek2 barang, mintak baba gi beli koko, coklat masak ngan bikarbonat soda 

Lepas buka, terus masuk dapur
Gedebak gedebuk, kul 8pm, dah tenggek kat atas dapur
Kukus aje, oven duk bercuti panjang kat atas almari
Tak tau nak bubuh kat mana dah kat dapur tu, hahaha


Okaylah tu, ibu Naurah bukan pro pun buat kek
Buat tak manis pun sbb nak bagi kat school Naurah sekali


An Naurah, 
Selamat hari lahir sayang (^__^)
Ibu & baba doakan semoga Naurah dipanjang usia, dikurniakan kesihatan yang baik
Rezeki yang diberkati Allah
Kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat
Semoga menjadi anak yang solehah ye sayang


***Sob-sob, sayunya tulis entry ni, anak ibu dah besar.... 
 

Kisah sebelum Ramadhan

9:03 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dua hari sebelum Ramadhan
Baba called from his office, ajak dinner kat Pizza Hut
Sejak2 jadi orang Kuantan ni, kami sekeluarga ada satu habit yang agak healthy, which is we seldom take fast food as our meal
Kalau masa stay kat Kangar, dlm seminggu tu, memang ada aje duk makan fast food, sbb dekat sgt ngan rumah kan
Kat sini, jauh sket la
So, it's a good thing :)

Mushroom soup ibu yang telah bertukar hak milik



Rasa nak makan nasi dagang lagi before Ramadhan, jadi, sehari sebelum Ramadhan, ikut baba gi ofis lagi, hehehe
Jadi, bekerja dari sana
Naurah pun cuti from school :)


Bila tanya, nape Naurah tak gi school hari ni, dia jawab dengan penuh yakin, 'tolah cuti' (sekolah cuti)
Good!


See, basic idea utk melukis dah ada dah
Kira okay la tu, umur Naurah baru nak masuk tiga tahun, tapi dah boleh lukis muka, mata, mulut ngan rambut :)
Ibu terkejut sangat bila tengok Naurah lukis ni kat whiteboard (^__^)
Macam tak percaya je Naurah dah pandai lukis.

Acik Pah cakap, Naurah ngikut ibu, hehehehehehehe
Hey, untuk orang yang tak ada basic melukis dengan betul, tak ada skil yang betul, tak pernah attend mana2 kelas lukisan except masa sekolah rendah je, tapi dapat lukis potret, kira dah okay sangat tau (^__-)

***Dlm banyak2 potret yang ibu lukis tu, yang ibu lukis Kajol masa nak kawen dalam cite Kuch-Kuch Hota Hai paling ibu suka :)
***Now I wonder, kat mana ibu simpan seme lukisan2 tu....hmm....
 

Ramadhan is almost here

11:47 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 19, 2012
Thursday


 Selamat menyambut Ramadhan
Salah silap, terlebih terkurang
Mohon dimaafkan dan dihalalkan :)

Dah tampal takwim lum?  (^__^)


By the way, Takasima is already in the house, gambate! gambate!






Nasi Bukhari & Ayam Masak Tiga Rasa

4:28 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 15, 2012
Sunday


These menus were our Sunday's lunch.
Balas kat jiran sebelah sekali.
Jiran ada bagi 2 biji durian
...
Ye, durian.
Tuan tanah memang sah-sah tak makan
The other half aje yg makan, alone
Masa baba makan, ibu duk luar, basuh keta
Malamnya, dek kekenyangan makan durian, ibu had dinner sorang2 je, makan mee udang yang sgt sedap (beli je pun, hehe)


Ayam masak tiga rasa

Tgh duk basuh keta, L-couch and kabinet buku sampai
Beli petang semalam
Beli kat kedai perabot yang sama macam kitorang shopping masa mula2 pindah ari tu


Nasi Bukhari

Weekend yg agak releks...
Ibu duk melayan FRIENDS aje (bila Naurah tido la, kalau tak, memang Naurah aje yg conquer DVD player)


10 pictures

10:30 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 13, 2012
Friday


Siap2, nak ikut baba pegi ofis (^__^)


New member in the garden
Kalau ikut schedule, esok kena tambah baja kat semua pokok2 ibu 


Restoran tutup, jadi before ambik Naurah kat taska, ibu singgah kedai jual baju2 baby, beli dress ni kat Naurah (^__^) 
Naurah SUKAAAA sangat!


Love this pic to the MAX sbb Naurah tiru mulut ibu, ha ha ha

Skang Naurah memang selalu senyum macam ibu, he he he
Suka-suka-suka



Kalau lalu jalan Kuantan-Pekan, singgah makan nasi dagang kat Ubai ye!


Ooo, ni aktiviti budak comel ni dalam keta ye...


Jenuh mengutip cereal yg tumpah kat ofis baba
Sib baik tak tumpah dalam kete ibu, keh keh keh


Hari tu baba ada beli laser jet printer, so dapat free gift - camera ni ler


Ibu ada jugak beli laser jet printer dua minggu lepas
Kalau dapat free jugak, jual la satu, he he he


 

Karipap: Apa ada pada rupa

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ibu Naurah ni kan, kalau bab2 buat kuih, memang lemah sket sbb malas nak menyukat bagai
Tapi sbb semangat nak buat karipap for the other half, jadi buatlah jugak
Surf internet, cari resipi, dah kata tak reti kan, he he

Nak kelim karipap, lagilah tak reti, jadi dah beli acuan dia masa balik Johor ari tu
Macam kat Kuantan takder jual kan (^o^)

Jadi, part nak buat inti tu, takder masalah
Tapi, seperti yang diduga, nak buat doh tu, Ya Allah....tak tahu nak cakap apa dah
Bersungguh2 la tiga beranak ni
Yang ibu ngan baba bergilir2 la duk menguli
Naurah sampai cerah bijik mata tengok apa la yg ibu ngan baba dia buat tu kan

Kang tambah tepung, kang tambah minyak, jap tambah air, huwaaaa!!!
Memang menguji kesabaran betul sbb buat tak ikut sukatan sbb kat umah takder penimbang
Sob-sob
Ikut sukatan bab minyak ngan planta je
Bab tepung tak ikut, main bubuh sesuka hati je

Sudahnya, ada yang satu tu, ibu tengok karipap tu dah sebijik macam udang
Baba cakap macam SEA HORSE! kehkehkeh

Memang bentuk takder rupa langsung, macam jemput2 pun ada
Tapi, inti dia SEDAP TAU!
SEDAP OKEY!
SEDAP!!!

Usaha tangga kejayaan
Karipap yang terakhir, finally menjadi
Baba yang buat ye sbb suamiku yang hensem itu memang pandai kelim karipap
Tak macam bini dia, tangan keras kejung! ha ha ha

Sbb yg ni satu je yg menjadi, dia satu je yg layak diambil gambar
Goreng pun sorang2 (hamik, terus pakai status manusia, ha ha ha)

Ni barulah boleh dipanggil karipap
Kalau masuk Masterchef Selebriti, ibu present yang ni satu je kat Tok Ti ari tu, he he he

Dato' Fazly siap buat karipap pusing, yg ibu ni berpusing duk menguli doh, tak jadi2
Sib baik ada suami yg comel yg sungguh2 memberi semangat, he he

Apapun, we had so much fun
Masuk dapur sama2, masak sama2
Asal tak makan karipap yg Naurah uli dah cukup baik okay!

Conference: Presentation

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ibu present pagi
So, around 7.15am dah kuar dari umah MIL
Kang kuar lambat, sangkut kat jem, naya je

Senyum tak ikhlas, keh keh

Sampai kat Thistle Hotel dalam kul 8am.
The unshowered husband and daughter yang hantar ibu
Pastu diorang berdua terus balik
Baba cakap, kalau hari tak ujan, nak bawak Naurah di zoo
Tapi, unfortunately, hari tu ujan lebat
Jadi, the plan was cancelled


Kali ni sama jugak macam conference hari tu, jadi first presenter
Asal conference je pakai pashmina ijau, hehe


Present kali ni ada beberapa ekor rama2 di dalam perut sbb supervisor sendiri yang jadi chairperson
Jadi feel tu lain macam sket, he he

Dah habis present, ibu tak balik terus
Ada hal sket
Dalam kul 12.30noon, baru setel
Terus mintak baba pick up ibu
Jalan2 ke Angsana ngan nenek Naurah sekali
Kat Angsana dah ada feel raya lah, he he

Kalau pegi time nak raya, sabo je lah
Penuh umat manusia

Dah tak lama dah nak puasa kan (^__^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates