Cerita di Hari Lebaran III

4:24 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 30, 2012
Thursday

Esok kan public holiday
Mulalah tu, petang dah malas buat keje
Tapi buat jugak
Mata dah mula melilau sana-sini
Eh-eh, Poplook update new dresses la
Tak sempat nak discuss ngan the other half ok
Grab it now or leave it
Memanjang out of stock
Harus la rembat cepat2, he he he

Esok tak moh posa
weekend pun ada jemputan open house
Nak buat mamam-mamam kat umah bila ni....

Okaylah, cerita raya lagi



Ibu rasa cam nak beli je tripod tu
Tak tau berbaloi ke tak sbb bukan rajin sgt nak usung
Tapi time2 raya, rasa nak sangat ada cik kaki tiga tu kan...


Ada orang berwajah lebar hingga menutupi wajah seseorang, ha ha ha


Alamak, nenek tak ready lagi


Ada orang amik gambar...
Ada juga yang tengah makan-makan kat meja belakang, he he
Makan sorang-sorang yeeeee


Korang berdua pegang la tangan sementara tak mumayyiz ni (^o^)



Ibu suka sangat gambar ni


Gambar ni pun

Gambar ni pun...

sebab dalam ketiga2 gambar tu NAURAH COMEY! ha ha ha

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55
and happy long weekends!

Cerita Di Hari Lebaran II

2:20 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 29, 2012
Wednesday

Sedang gigih ganti puasa + puasa 6
Cerita hari raya banyak sangat
Baju raya Naurah pun ada beberapa lai lagi yg tak pakai
Tu pun, setiap hari pakai 2 lai, kalau pakai selai sehari, lagilah banyak lebihnya
Ntah berapa belas lai, entah2 lebih 20 lai, ibu malas nak kira tahun ni

Several pictures of our small family during Hari Raya


Hari Raya Pertama
Johor
As usual, gambar hari raya pertama akan jadi picture of the year :)



Raya ke-3
OTW Johor-Marang
Every year, raya ke-3 memang raya dalam kereta, tapi masih semangat pakai baju raya


Raya ke-4
Marang
Before ke rumah Zelan untuk makan LAKSA!


Raya ke-5
Ibu repeat balik pakai jubah yg pakai masa raya ke-2
Nak jalan2 ke rumah saudara mara belah ibu lah pulak 


Raya ke-6
Nak ke rumah Zelan lagi, makan2 lagi, kali ni NASI MINYAK!
My favorite!!!!!


***Akan bersambung mengikut kelapangan dan kerajinan...
 

Cerita di Hari Lebaran I

9:01 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Raya ke-3
Rumah Zelan
Beraya ke rumah Zelan 2 kali
Kali pertama, makan laksa
Kali kedua, makan nasi minyak yang SEDAP DAN CANTIK, he he he


Naurah dan Abang Ujir
Abang Ujir dulu kurus je, sekarang dah makin berisi, senang hati cuti sem lama


Raya pertama di Johor
Letak gambar tak ikut susunan
Naurah sangat comel pakai tudung (^__^)

See, sangat comel (^__^)


Supposed gambar ni semua girls okay, tapi Muaz sesat pulak kat situ, ha ha ha
So, from left, Fathihah, Acik La, Fathin, Fiqah, Ibu An Naurah, Acik Pah, Acik Ima, Acik Dah, Mak Ngah

Lain2, slow2 la ibu update
My family in law ada kat rumah ni (^__^)
Baru sampai awal pagi tadi
 

Salam Aidilfitri

10:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alamak, tahun ni tak sempat nak design kad rayalah, hehe
So, letak gambar raya last year pun kira acilah ye (^__^)
Photoshop pun dah lama tak wujud dlm lappy ibu ni

Okay, selamat hari raya buat semua ahli keluarga tersayang, sahabat handai, readers, seluruh Muslimin dan Muslimat
Take care & Maaf zahir dan batin ye

***Penat2, packing ala-ala last minute jugak ni
Luggage dah super berat
Mau tak berat, baju raya Naurah yang kembang2 tu pun dah 14 lai, ha ha ha

 

24 Ramadhan

4:00 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


August 13, 2012
Monday

Semalam ajak Ajid (anak sedara ibu) berbuka di rumah
Ibu masak kari ayam, sayur kacang buncis + carrot goreng & sambal kicap jawa
Untuk sambal kicap jawa tu, supposed kena ada tempe
Tapi sbb tempe tak ada, ibu sesuka hati ganti tauhu, ha ha ha


Takder modal nak masak sayur lain
Goreng je lah senang
 5 tahun duk di Kangar, selama tu jugaklah tak buat lauk ni
walhal masa mula2 kawin, duk menyewa kat Johor, selalu aje buat lauk ni
Alasannya, baba tak kasi sbb baba cakap tempe kat Kangar rasa dia lain
Wallahualam,sbb sepanjang kat sana mmg ibu tak pernah beli tempe
Tapi, ada la jugak sekali dua makan sambal tempe kat Anjung Keli
Oh, tetiba rindu nak makan ikan keli goreng yg boleh kunyah tinggal kepala je tu

Berbalik kepada menu di atas, 
SANGAT SEDAP OKAY!
Ibu kalau ada lauk ni, tak payah ada lauk yg lain pun tak apa, cukup makan lauk ni ngan nasi je
SANGAT SUKA!
Ni resipi my FIL ye :)

Dah la lama tak makan, sekali nak makan, tempe tarak, tauhu tu takder yg sentuh pun, masing2 kutip fishball ngan fishcake je, he he he
Ibu kalau buat lauk ni, wajib kena ada lada hijau

Kebetulan ibu masak kari 
Tetiba Ajid cakap, dia buka hari2 tak miss makan kari sbb feveret dia :)
Belen seketul dua ayam tu, ibu panaskan, makan masa sahur
Baba cicah ngan roti
Naurah pun makan banyak kari ayam ni
Unpredictable betul anak dara sorang tu


Tadi, lepas ambil Naurah from school, dia ajar ibu lagu baru
Memang confirm bukan lagu kanak2 yg evergreen
Dah lah dia cakap ada pelat2 juga, lepas tu, bila dia ajar, ibu tak faham, tak boleh ikut, dia buat muka tak puas hati
Pastu pujuk ibu, 'ibuuu, meh aaa nyanyi...'
alahai, payahnya lagu baru ni

Lirik dia ada sebut TIDO 8 JAM, MAKAN NASI LAUK IKAN
Nantilah, Naurah ajar lagi, kang ibu praktis, okay :)
Hari membasuh selipar An Naurah




Pictures of last 10 days of Ramadhan 2012

3:28 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 11, 2012
Saturday



Ibu bought new brush masa balik Marang tempoh hari, yg kaler pink blink2 tu (^__^)
Jadi, brush lama yg elianto tu, ibu bg Naurah
Naurah tak puas hati sbb yg elianto tu takder penutup, hehehe

Anak dara tu makin hari dah makin pandai selongkar make up bag ibu
Make up bag sangat la kononnya, walhal ibu ni reti pakai bedak ngan calit lipstick sket2 je
Lain2 mana ada, hehe
Brush tu pun ibu ada sbb nak pakai bedak, bukan blusher
Belajar ngan amoi tokey kedai yg jual Naturactor kat Kuantan ni (^__^)

Ibu ni, make up tak obses sangat, tapi kalau skincare, naik juling bijik mata ni buat research

Eh, by the way, skang ibu dah pakai skincare Clinique (^__^)
Dah sebulan dah
And sejak sebulan ni jugak, dah stop mencari2 new skin care
See, punya puas hati dengan Clinique (^__^)
Tak macam masa pakai Clarins and SKII, baru seminggu pakai, dah sibuk survey skinacare baru sbb tak puas hati sangat


Petang Jumaat, rasa nak berbuka ngan Pizza
Take away aje pun, tak selesa la buka kat luar
So, masa tengah siap2, Naurah cakap dia nak pakai tudung
So, ibu change baju short sleeve dia, bagi pakai blouse long sleeve
Kata nak pakai tudung, kena pakai betul2 la kan
Kononnya lah, padahal Naurah pakai legging hari tu, hahaha

Naurah takpelah, but makcik2 and sisters out there, please la, kalau pakai tudung, jangan pakai legging, it is so inappropriate right (^__^)

Oh, gadis bertudung dah tertido dalam keta




hoho, tudung dah kena campak


Tapi masih setia pakai inner, keh keh keh


Malam, masa main2, masih nak pakai tudung


Pagi Sabtu, lepas Subuh, terus keluarkan mesin jahit, turunkan lap top
Kata dah nak raya, apa kelas lap top duk atas meja
Masa untuk menjahit bebeh!

Tu la, beli baju semer ready made, jadi jubah ibu ada selai yg nak kena lipat dalam seinci
Jubah yg beli kat Padang Besar ari tu

Ada 2 helai jubah yg beli kat Butik Najah kat Kuantan, both fit me well. Sedap je pakai.

Dulu2, masa zaman sekolah, ada satu tahun tu, dah dekat2 nak raya, lepas Subuh je, ibu, Acik La & Acik Pah sibuk jahit labuci kat baju raya, keh keh keh
Memang rasa betul nak raya time tu
Arwah Tok Ki senyum2 aje tgk kitorang tiga beradik buat keje tak berpekdah tu kan
Sungguh2 beli labuci, jahit takder skill pun, janji nak bagi ada labuci kat baju
Korang takder ke pangalaman macam tu?
Eeii, tak kelakar la zaman remaja korang ni, he he he

Kelakar seram pulak bila ingat2 balik (^o^)

Kira kepala otak kitorang ni macam mendahului zaman jugak tau sbb skang, semua baju orang sibuk jahit labuci, he he he

Bestnya zaman dulu2, tongong tapi bahagia, ha ha ha


Duk bawah jap eh (^__^)
 


Buka puasa

10:55 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Auguts 8, 2012
Wednesday


Semalam berbuka dengan murtabak Singapore dan 6 EKOR KETAM CELUP TEPUNG!!!!!

Hari ni nak beli ikan celup tepung la pulak (^__^)

 

Books & Flowers

10:41 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 8, 2012
Wednesday

Hari tu, masa birthday An Naurah yg ke 3, ibu & baba ada belikan set lego tu kat dia kan
Tapi, rasa tak best la
Sbb Naurah dah ada banyak set lego...
Masa gi beli hadiah hari tu pun, tak banyak choices

Baba cakap, 'hadiah birthday Naurah hari tu, tak BEST'.
Jadi, untuk menjadikannya BEST, baba bought her this set of books by Al-Furqan
Baba  beli online




Ada macam2 dalam kotak tu, siap dapat free lencana, bookmark & belon
Belon tu Naurah tak tahu lagi, ha ha ha


Ada macam2 jenis buku, ikut level anak kitalah
Mana2 buku yg agak advance tu, ibu simpan dulu


Muqaddam pun ada
Tulisan kat dalam cantik, warna-warni


Refer gambar kat atas, sebelah atas, dari kiri, set buku kedua  (yg dalam plastik tu)
Haa, kat dalam tu, ada buku2 ni dan kad


Eh-eh, my flowers nak menyelit jugak, hehehehehehehehehe
See, bunga dia makin banyak dan makin besar (^__^)

 

Cuti Nuzul Quran

8:32 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Semalam, baru balik dari Marang (^__^)
Sempena cuti Nuzul Quran

Kat Marang, two days in a row, ibu ngan baba berbuka ngan nasi dagang 
Sedap sangat!!!!!!
Hari kedua kat Marang, tambah lagi menu buka, laksam!
Naurah happy sangat balik Marang
tido lewat, bangun awal sbb excited nak main2 Muiz & Muaz


Pagi Isnin, tolak balik ke Kuantan
Singgah umah family Nayli kat Dungun dulu
Sian Nayli, beria2 nak main ngan Naurah, tp Naurah ni kalu baru sekejap2 jumpa, dia payah sket
Sama la macam ngan Muiz & Muaz, dah berjam2 kat kampung, baru dia ligat main sama2

Shortly after arriving, sambung shopping kat Kuantan pulak, hehe
Before that, sempat ibu masukkan semua baju dlm washing machine, kasi orang gaji Jepun tu jalankan keje dia dulu
ibu beli Quran baru, yey!
Quran lama ibu, baba amik letak kat ofis baba
Even tahu mmg tak sempat nak khatam satu Quran bulan Ramadhan ni, takpelah, baca takat termampu je lah
Baba jugak yg best, biasa bulan Ramadhan, mesti baba dapat khatam

Semalam, buka kat umah, orang Marang ni berbuka ngan murtabak Singapore, orang Johor pulak berbuka ngan nasi minyak hujan panas, hehehe
Ibu mintak baba belikan ketam celup tepung 3 ekor, ratah lepas makan murtabak, mmg sedap!

Hari ni nak beli 5 ekor, hehehee
TAMAK!



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates