Aildiladha

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Oct 31, 2012
Wednesday

Raya Haji, Acik La masak nasi minyak
Ibu & Acik Pah lebih banyak buat2 sibuk +  bising kat dapur berbanding menolong
hehe
Takpe, walaupun begitu, ibu & Acik Pah tau, Acik La tetap sayang kat kitorang berdua, kehkehkeh


Ibu beria2 iron baju kurung Naurah
Last2 dia nak pakai jeans
Malas nak tgk dia buat hal, layankan ajelah... 



 Yg penting ibu & baba still complement each other
Raya aji, duk umah aje, jadi malas nak membelit pashmina
Jadi, I pun apalagi, belilah tudung baru, hihi
Eh-eh, tetiba je 'ibu' tukar jadi 'I', excited ler tu nak citer pasal tudung baru, wakakaka


Yey, tudung kami bertiga sama (^__^)
Ni la tudung yg ibu & Acik Pah beria2 nego ngan Mak cik kt Bazar rakyat
Kat kuantan, ibu survey harga, RM60 tak kurang! Kat pasar malam tu!
Tgk2 kat Bazar rakyat, dapat lagi murah

Malas nak citer pasal nego kami berdua yg CERDIK tu, huhu
Bukan silap mak cik tu pun, dia pun cam pening2 
Yg ibu & Acik Pah, sah2 over excited sampai tak perasan mak cik tu silap kira, huwaa!!! Patutnya jadi untung besar la ibu & Acik Pah ni, last2 tak untung mana pun, huhu
Patutnya baba ada sama masa tu, tapi masa tu baba tgh beratur dlm Mydin, nak bayar
Tak pun, patutnya masa shopping tu Acik La ada sekali, tak la ngok ngek sangat ibu ngan Acik Pah ni, kikiki
Takpelah, still untung jugak cuma jadi untung tak banyak je, heheh

Tudung ni, kalau cam Fareeda punya tu, ibu tak minat sgt
Tapi yg ni, lain sket, dia dua layer, pastu tepi dia tak macam Fareeda, lagi kemas, terletak aje
Ibu saja je beli sbb lagi suka pakai pashmina
Yg ni saja la, time2 malas nak membelit, ada jugak tudung cun melecun nak dipakai (^o^)
Ibu punya kaler itam, kaler selamat la sbb tak nak kumpul banyak2 pun tudung ni, dapat lagi 2-3 lai jadilah (eh!)
Acik Pah kaler purple, Acik La kaler turqoise ngan shocking pink

Yg kitorang pakai tu, size L, bersamaan dengan size M tudung instant biasa
Maknanya kena amik satu size lebih besar
Size XL takder pulak, ada dua size je, M & L
Kalau M tu, memang betul2 macam size S
tergantung sket bila pakai

Beria2 cerita, macam dapat komisyen pulak, he he



Petang, sbb tak jadi ke rumah Mok Ngoh
Ke Pantai Kelulut lagi
Acik La tu, even duk kat Marang, dia dah lama tak ke pantai Kelulut ni
Ibu aje yg rajin ke sini setiap kali balik kampung
Memang adatnya macam tu lah, orang dekat payah nak pergi tempat dekat, orang jauh jugak yg rajin kan, hehe


Dulu masa bujang, ibu, Acik La & Acik Pah rajin aje ke sini, amik angin, naik keta Datsun arwah Tok Ki,  Acik La yg bawak 
Yg bestnya, even selalu ke sini masa bujang2 dulu, tak pernah turun pun dari keta, malas la nak mencemar duli
Nak jaga standard lagi, hahaha

Tapi masa kecik2 dulu, memang selalu main pasir pantai, tangkap ketam angin, kutip siput
Masa tu ngan arwah Tok Ki, jadi masing2 buat pantai ni macam ayah kitorang yg punya (^o^)




Naurah takut air, baba layan Muiz aje kat tepi pantai
Muaz pulak sibuk nak naik ke bulan (^o^)


Naurah tak pijak langsung pasir tu
Baju ibu ni jadi tikar dia, huhu

Mulalah rindu nak balik kampung lagi ni...

Pre Aidiladha: Shopping & Makan Angin

8:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Oct 30, 2012
Tuesday

Petang Rabu tu (hari balik Marang), bosan lepak umah, jalan2 ke Pantai Kelulut
Gi makan keropok lekor goreng, beli kat Marisa, gerai kaler hijau ye (^__^)





Ibu nak  main air, tapi Naurah nangis2 takut, jadi, tengok air je la




Naurah marah betul ngan baba masa ni sbb baba bawak dia dekat air
Nampak dari jauh, ingatkan Naurah tgh ketawa, rupanya tengah melalak, ha ha


Duduk2 dekat pantai ni, mmg leka tau, rasa tak nak balik
tenang je...

***

Keesokannya, Khamis, pagi2 lagi ibu, baba, Naurah dan Acik Pah keluar ke KT

Family Naurah nak shopping barang2 rumah kat Mydin Mall, kebetulan banyak barang yg dah habis
Nak beli detergent, Downy, shower foam blah2
Sengaja tak shopping kat Kuantan, alang2 dah balik Marang, nak shopping kat Mydin
Lagi murah dan best berbanding Mydin Kuantan
Giant ada dekat rumah ibu tu, tapi mahal la

Selain tu, mmg ibu sah2 akan beli jugak selai dua pashmina
Kali ni, cantik2 pulak pashmina kat Mydin, tapi harga dia lagi mahal yg ibu biasa beli 
Pelik betul, biasanya, segala mak nenek kat Mydin murah
Nape ntah pashmina buleh mahal pulak

Oleh kerana esoknya nak raya, jadi awal2 lagi, lepas Acik La keluar keje, kami terus keluar
Breakfast & chow!

(*** Acik Pah siap pakai tudung kul 6.50am tau, kah kah kah)


Naurah tak habis2 dgn jeans dia
Dia ada 2 lai jeans, satu tu Zara Baby, satu lagi Kiki Lala
Tapi dia tak tau
Dia ingat dia ada selai aje jeans, kiki

Pashmina yg ibu pakai tu ka, baru aje beli beberapa hari sebelum balik, mmg dah plan nak pakai ngan dress Poplook tu (^__^)






Punya beria nak elakkan ramai orang, awal2 dah tercongok depan Mydin
Sekali, tak bukak lagi!!!!
Benci betul
Biasa, dah bukak
Agaknya kami yang terlebih awal hari ni, hehe

Belakang tu, Bazar Rakyat yang bakal diserang lepas setel shopping household stuff



Sempatlah Naurah seround dua main swing kat sini sementara tunggu Mydin bukak

Umat manusia mmg ramai
Baba beratur nak bayar lama giler
Ibu ngan Acik Pah duk round2, shopping2 tudung at Bazar Rakyat, siap nego2 ngan mak cik tu, baru sampai turn baba
Naurah tak ikut ibu ngan Acik Pah gi shopping kat Bazar Rakyat tu, dia berkepit ngan baba
Siap buat drama pulak masa nak bayar, 'TAK NAK BAYAR! TAK NAK BAYAR! TAK NAK BAYAR!'
Mujur ibu dan siap shopping masa tu
Sungguh2 dia peluk pensil kaler Luna dia
Pensil kaler tu beli dua, satu lagi beli kat Muiz
Naurah kalu balik kampung, asyik berkepit aje ngan Muiz (^__^)


Otw balik, gi amik Muiz & Muaz kat taska dia sbb taska diorang tutup awal ari tu, esok nak raya kan
Mama diorang keje, jadi diorang berdua duk ngan kitorang ler sementara tunggu mama ngan abah diorang balik
Tak risau kan Muiz sbb Muiz mmg ralit main ngan Naurah, tapi risau kot Muaz yg nangis
Tapi dia okay aje, baik je duk ngan kitorang (^__^)
Baik sangat2 budak comel ni, ibu rasa nak wat balik Kuantan je tau!




Pre Aidiladha: Acik Pah datang ke Kuantan

9:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Oct 29, 2012
Monday

Sehari sebelum balik ke Marang sempena Aidiladha, Acik Pah datang ke rumah family Naurah di Kuantan (^__^)
Semalam aje Acik Pah kat rumah kami sbb esoknya akan sama2 balik ke Marang
Sajalah, nak kenal rumah (^__^)

Duduk pun sekejap aje, jadi tak dapatlah nak ajak jalan2 sgt

Acik Pah sampai from KL dlm kul 2pm++ 
Ibu ngan Naurah gi amik Acik Pah kat Terminal Makmur

Sampai umah, terus ajak makan nasi bukhari
Itu aje yg ibu masak
Hari keje mana ibu masak beria2 sgt
Macam bz lah kononnya kan, ehehe


Malamnya, belanja Acik Pah makan ikan bakar kat Tg. Lumpur, kali ni cuba makan kat Tursina pulak
Bolehlah nak recommend restoran ni kat sesiapa yang teringin nak cuba makan seafood kat Tg Lumpur ni




Baju biru: Tukang makan
Baju maroon: Tukang bayar



Baju peach: Tukang makan yang diraikan (^o^)


Esoknya, lepas baba setelkan keje baba, terus bertolak balik ke Marang
Even dah duduk dekat, memang bertolak awal jugak sbb dah terbiasa macam tu

Singgah sarapan kat warung area kawasan rumah
Dekat surau, orang tgh siap2kan tempat utk korban


Super ngada2 lah Naurah ni, dia duduk atas riba Acik Pah aje
Macam dia RINGAN kan



Kebetulan hari Acik Pah sampai, ada pasar malam kat rumah ibu
Saja ajak Acik Pah jalan2, pusing2, cuci mata
Datang masa weekdays kan, jadi tak best sgt nak ajak jalan2

Naurah tu, dlm duk moody  sbb bangun tido, dapat jugak dia ketuk Acik Pah dia, beli menan kat pasar malam

(Malas nak susun gambar)


Naurah kena paksa amik gambar, nak buat sijil kehadiran okay (^o^)
Naurah kan puteri lilin, mana boleh kena panas kan, hehe



Penat panggil Naurah, dia buat tak dgr je
Family lain datang umah ibu, wat sijil kehadiran sekeping dua je
Acik Pah Naurah berkeping2, pening kepala ibu (^o^)

Aildiladha 2012

2:19 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Oct 28, 2012
Sunday

Just arrived at home (from Marang) at 11.30am. Bertolak dari kampung around 8.30am.
We had so much fun celebrating Aidiladha with family in Marang
Lots of pictures, so, akan update secara perlahan2 (^__^) 

Ini, kiranya, abstract lah kot, hehe


Pre Aidiladha:

2 kali ke pantai Kelulut
Sebelum raya, ke sana dgn Acik Pah
Amik angin sambil makan keropok lekor goreng


During Aidiladha:

Hari Raya, pegi lagi, sekali dgn family Acik La
Asalnya nak serang rumah Mok Ngoh, tapi selisih ngan keta Mok Ngoh kat jalan raya, Mok Ngoh nak ke KT, ada hal, so kami pun melencong, amik angin pantai
Kali ni, memang betul2 makan angin, takder orang jual keropok goreng sbb hari raya
Tapi sbb tak puas hati, pukul 6pm, gerak ke Kuala Ibai, cari keropok lekor goreng kat belakang Masjid Terapung, Acik La cakap sedap
Memang sedap pun (^__^)


Post Aildiladha:

Keesokkannya, barulah betul2 ke rumah Mok Ngoh
Even dah kenyang makan nasi lemak Acik La, tapi makan nasi minyak Mok Ngoh tambah 2 kali

Hati sudah di kampung, hehehehe

9:58 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Oct 22, 2012
Monday

Bekerja dengan perasaan yang tidak keruan
Mood balik kampung mula tidak terkawal
Plus Acik Pah is coming over tomorrow (^o^)

So, about weekend, this is the menu that I cooked.

Siakap tiga rasa
Adegan memasak almost ruined apabila sepaket minyak masak TUMPAH, membajiri dapurku yg baru aje mop last week
Huhuhu


Somebody in KL sibuk taw bagitau dia beli wedges kaler pink
Naurah: Ibu, close up bahagian bawah sket.


Naurah: Kiter pun ada la (^o^)


La-la-la-la-la 


Bought her new book


Tunggu pekerja kaunter Shiseido datang
Kul 12 baru masuk keje, heaven okay (^o^)

Kaunter yg dekat Megamall dah tutup
So, ke EC la kami ber3
Sampai EC, baru 11.30am...pusing2, jalan2...


...belek2, sementara tunggul kul 12, dah terbeli sepit rambut pulak...
Dugaan bila rambut panjang, memang pantang tgk aksesori rambut, mesti nak beli

Naurah lari sana sini
Snap gambar ibu bergegar2



Tunggu baba dengar pekerja Ogawa pung-pang-pung-pang
Baba tu bukan buleh kira sangat, kang ada jugak dia TERbeli

***Petang semalam, makan ubi rebus, HEAVEN!
Dah la skang ni musim ujan kan, what a perfect evening!
Mak cik sebelah yang kasi
Konon nak makan ngan sambal ikan bilis
Huh, tak sempat nak sambal2 pun, cicah gula aje dah habis
Ni ada sebatang lagi, bestnya!


 

Untitled entry

10:59 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Oct 19, 2012
Lovely Friday

Ibu memang hantar An Naurah ke nursery half day aje
Sebabnya, belah petang dia mempunyai schedule tido yg agak excellent
However, lately, petang tu kadang2 dia tak tido
Jadinya, my work schedule agak huru-hara jadinya

So, baba pun decide to buy her this


Sebelum2 ni, Naurah pakai aje notebook kecik ibu tu
Problemnya, Naurah tak reti nak guna touch pad, jadi satu keje ibu lah pulak nak melayan dia
Kejap nak tgk tu, kejap nak tgk ni
Tu tak campur lg tgk video kat youtube yg beberapa minit je, grrrrr
Tp kalau touch screen, memang terer sesangat budak ni
Hp ibu tu, dia yg lg banyak explore berbanding ibu
(yg banyak delete application pun dia lah jugak!)

Kadang2, dia suka jugak main kaler2, lukis2, tp sbb tak reti pakai touch pad, kesian aje tgk dia

So, hopefully, lepas  ni si kecik ni takderlah nak mengacau ibu sgt 
Tak larat le nak cover keje belah petang bawak ke malam
Sesekali buleh ler...
Bukankah tido tu lebih indah dari buat keje...hehehehehehehehehe

***Mlm ni tak dinner pun sbb lunch tadi lambat, jadi kenyang lagi...
***Petang tadi, masa lunch kt KFC Pekan, jumpa budak SETEPEK SEJIBIK GEDEGANG ngan ZANA (^o^) Ibu ngan baba mati2 ingatkan tu adik Zana. Baba bukan main suruh ibu gi tegur. Sib baik ibu tak tegur. SMS Zana dulu, sekali Zana cakap, adik dia seme kt P/jaya, hahahaha
Zana anak dah dua, tp tak jumpa pun. Last masa abih study dulu la...

Wear it right (^__^)

2:16 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Oct 19, 2012
Lovely Friday

Sharing is caring



C'mon, let's wear it right! (^__^)
(visit the above mentioned blog for more, boleh shopping shawl sekali (^__^), hihi)

***Yey! Esok cuti! Next week, balik kampung!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates