This is what we call a real conversation

8:49 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 30, 2012
Friday

Perbualan di suatu malam, to be exact, lepas Maghrib

Naurah: Ibu ngajilaaa...
Ibu: Tak, malam ni ibu tak ngaji (malas la tu...)
Naurah: Ngajila...seme orang ngaji
Ibu: Mana ada seme orang, kan baba sorang je tu (dia cakap seme orang macam ramai sangat rakyat dalam rumah kami ni...)
Naurah: Baba bukan orang...?
Ibu: Baba SORANG... (terkejut aku dengar dia cakap laki aku bukan orang)
Naurah: Baba tu beli remote baru...
Ibu: ... (tak paham)
Naurah: Baba beli TV baru
Ibu: Mana ada baba beli tv baru 
Naurah & Ibu: .....
Naurah: nyanyi lagu One Nation Emcee & JP (tetiba je!)

Nasib Naurah tak suruh ibu rap, kalau dia suruh,  sumpah ibu pandai cakap 'Tiada guna BRO!' je (^o^)

Dia nyanyi tu kan, bunyi macam dia cipta bahasa baru, bunyi ntah hapa2, tapi melodi nya tu pandai pulak dia nyanyi lagu anak kampung tu (^o^)


Muka takut2 makan aiskrim, takut ibu mintak!
Masa aiskrim keras, dia suap kecikkkkk je kat ibu, bila dah cair, baru suap besor2.
Bertuah! (^o^)




 

Clark ke?

11:43 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Nov 28, 2012
Wednesday

Asyik2 update blog
Nampak sangat fikiran tak keruan
Result dah dapat, tapi ada yg buat hal sket

Paper yg nak kena submit, tengah duduk relek je dlm folder
Saja nak tunggu last minute
Paper yang tengah buat, tulis sebaris, blank-
tulis sebaris, blank, urghhhh!!!

Apa kellas citer pasal kepala otak blank

Eh, tau tak, last few years (mak aaaiii, citer lama giler...)
Masa jalan2 kat Jusco Queensbay (I miss U so much...)
Mata ibu ni kan, tetiba je laju terperasan sepasang kasut yg dipakai oleh one lady yang ibu tak nampak muka dia cun ke tak sbb kasut dia cantik sangat
Heeeee (^__^)
Kasut dia kasut tertutup, kaler dark maroon
Dia jalan ngan mak dia (I guess...)

Ibu terus tarik tangan baba
Ibu: Bang, tengok kasut dia, cantikkkk....'
Baba: Mana? Tu? (Tunjuk sandal bata mak budak pompuan tu)
Ibu: Bukanlah! Tu, kasut anak dia, kaler maroon tu!

Hmmm...sampai ari ni, ibu time rajin, mesti masuk kedai Clark, cari kasut tu, tp tak jumpa
Dia beli kat oversea kottt...

Ibu konfiden je rasa kasut tu cap Clark, hahaha
Sbb design dia gitu
Clark punya kasut kan, design dia gitu2 sket...

Ibu pernah tgk kasut sorang blogger yg pakai kasut Clark yg sangat la cun, cari tak jumpa jugak
Logiklah sbb dia beli kat oversea...
Design kat sana tak sama kan ngan design kat sini...


Kasut budak pompuan tu bukan macam ni
Tapi kale dia nak lebih kurang macam ni

Ni, kalau pakai ngan jubah cantik ni...hmmm...


Yg ni takde kene mengena ngan cerita
Tapi hati rasa berkenan, ehehehe

Tak berkait ngan cerita jugak
Tapi hati berkenan jugak

Pakai wat antar amik Naurah gi taska, ehehehehe
Melampau la tu. Biasa sarung flip flop bodoh tu je pun, kekeke

Haa, design dia ada nak lebih kurang macam ni...
Cantiknya kalau pakai ngan jeans...ngan baju kurung pun comey, ngan jubah pun cute
Baba....emmmm.....ehehehe...





 

....

4:12 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 27, 2012
Tuesday

Baiknya lappy ibu hari ni
Tak bagi ibu buat kerja multitasking
Sudahnya ibu hanya melanguk tunggu dia habis run
Asal bukak Office je dia hang
Nak study malas pulak =p

Pagi tadi baru saja berchit chat dengan Nana
Ada kat KK rupanya dia 
Ingatkan kat Labuan
Shopping ke?(^__^)

Minggu ni nak travel
Kemas luggage sikit2
Time bosan buat keje, kemas sikit
Then sambung buat keje balik

Takpelah, nak buat sekali harung, takut kang last minute pulak
Karang, ada pulak barang yang tertinggal

Ada paper nak kena submit
Jadi, setelkan dulu mana yg patut

Tadi, lepas bayar bil, ambil Naurah, dia ajak gi kedai
Kedai dua inggit la jawabnya, okay!
Dari malam tadi sibuk ajak ke kedai
Dia tak puas hati sbb semalam, pegi kedai, beli ice cream, tp dia tak suka
Jadi, tadi, beli lagi
Ice cream tu ada muka panda
Suka sangat lah dia (^__^)

Beli new coloring book & SUPER RING! (^o^)


 

(^__^)

10:27 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 No 27, 2012
Tuesday

Biasanya, kalau nak dinner jauh2 sket ni, malam weekend aje
Tp malam tadi, laju pulak kaki ke Satay Zul kat bandar Kuantan
Kes baba nak bayar card credit je pun (^__^)

Kalau weekdays, malam2 tu biasa makan kat restoran deka2 rumah aje
Dekat, cepat sket balik
Bukannya apa, malam tu, kadang2 ibu masih sambung buat keje lagi
Karang kalau dah jalan jauh2, balik umah dah dekat 9pm
Nak solat lagi, penat lagi, tup2 pengsan
Buat keje dalam tido la jawabnnya

Gambar malam tadi

Order chicken grill, tapi tak ada
Ganti dgn chicken chop
Slow aje makan sbb skang ni dah tak lalu sgt chicken chop
Muak...


 Naurah muka macam boring jeee...

Malam tadi, sampai rumah, bukak shawl, terus masuk bilik ofis
Jenguk lappy  yg duk run tak berenti sejak pagi tadi
Tgk2, dah siap run

Muka takder perasaan pun masa tu sbb dah berminggu2, result yg ditunggu2 tak muncul tiba
Alih2 mlm tadi, hisk-hisk
Tetiba rasa syahdu
Tak tau le nak explain betapa happy nya sbb resutl yg ditunggu2 akhirnya dapat jugak

Heart beat laju gile masa duk tenung result tu
Macam tak percaya je
 huhuhu
Rasa nak tido ngan lappy je
Sayangggg sangat dengan si biru ni tau
Terus la copy semua result, back up kiri kanan

Siap buat keje dlm gelap lagi masa ni
Tak sempat dah nak bukak lampu
Takut lappy terkejut, hahaha

Save-save-save
then, tutup lappy, TIDO!


Alhamdulillah....

Random

9:52 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 22, 2012
Thursday

Tablet yg beli kat Naurah hari tu tgh kritikal
Display dia rosak
Retak okay!
Jatuh
Baba yg buat, hahaha
Esok nak cuba hantar repair
Kalau mahal sgt harga repair, babai je lah jawabnya
Sayang jugak
Abih, nak buat camana

Namun begitu, ibu & Naurah tak perlu rasa bersalah sbb tablet rosak disebabkan oleh si tukang bayar
hahaha

Couch kami pun, tempat letak tgn tu, sebelah patah
Pun tukang bayar yang rosakkan
Naurah tau, sbb dia nampak
Tapi baba suruh dia syhhhhh

Tapi, bukan payah nak tau
Tanya aje, nanti bising mulut budak kecik tu cakap sapa yg buat

Tapi kadang2 problem jugak
Naurah ni kadang2 dia suka mengaku benda yg dia tak buat (kesalahan)
Kadang benda tu ibu dan baba buat, tapi dia cakap dia yg buat
Memang ibu tak suka

Weekend ni  nakshopping groceries (baru ari Khamis dah sebut weekend -__- )
Kalau nak beli detergent bagai, diapers etc
suka ke Mydin sbb harga obvious jauh lebih murah
Problemnya, nak shopping F&B tak best kat situ
Tak banyak pilihan
Jadi, untuk F&B, biasanya akan ke Tunas Manja kat Tg Lumpur

Giant dekat aje dgn rumah
Tapi kalau shopping groceries kat situ, memang ketara sgt harga kt situ mahal
Takde competitor, gitulah jadinya


 

Gaza menangis lagi, buta hatikah kita...? Part II

10:41 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 21, 2012
Wednesday


Boikotlah sebanyak yang termampu 
Apabila nyawa menjadi taruhan
cukup2lah memberi pelbagai alasan yang tidak setara dengan nilai sebuah nyawa

Tak apalah kalau org kata semangat yg membara ni hanya pada saat2 genting ni saja
Hari2 lain tak ada apapun
Cakap saja lebih
....
Tak apalah
Itu lebih baik daripada buta hati sepanjang masa
Doalah pada Allah moga semangat yg membara ni akan kekal sepanjang masa 
Itu lebih baik dari memperlekehkan usaha orang


Cara paling mudah
CUBALAH BAYANGKAN DIRI KITA, ANAK KITA, KELUARGA KITA BERADA DALAM KEADAAN DI ATAS
Tergamak lagi ke nak terus berbelanja pada barang buatan Yahudi
As I said before, kalau nak suruh berperang di Gaza, nak jadi sukarelawan di sana, tak tahu berapa orang yang angkat tangan
Termasuklah diri sendiri 
T__T
malu...

Jadi, benda2 kecil begini sajalah yang boleh buat selain terus berdoa dan sumbanglah setakat yang termampu...
Link banyak, kiri kanan, depan belakang
Tinggal nak ke tak nak saja

Mana2 boleh perabis, perabis sajalah
Mana yang tengah pakai tu, pakai sajalah
Nak tambah beli baru, kalau boleh, tak payahlah...

Again, berusahalah untuk boikot setakat yang termampu
Sbb memang itu saja yang mampu 
memang selemah2 manusia lah ni (read: penulis entry)
Harap2 tak terbabas
Kalau terbabas jugak, berserah sajalah
Berdoa moga diampunkan
Asal jangan suka2 terbabas sudahlah
Tu dah jadi mempersendakan lah pulak

Agak2 mana2 yg kalau tak pakai tak memberikan mudarat tu
Tak payahlah pakai lagi, tak payahlah makan lagi
Cukup2lah yang sedia ada tu
Tak suruh buang pun

Kesian saudara kita di sana
Kita berbelanja pada barang dan makanan yang suka2 untuk menggembirakan hati kita sedangkan itulah wang yang disalurkan untuk meragut nyawa mereka
Demi memuaskan kehendak sendiri, mengutamakan kegembiraan kita yang remeh temeh, yang tak masuk akal, akhirnya menyumbang kepada gugurnya nyawa mereka di sana

Meletakkan kepuasan diri kita pada level yang sama dengan nilai nyawa mereka di sana
Butakah hati kita...?

Ambillah iktibar si burung kecil dalam kisah Nabi Ibrahim
Itu jauh lebih baik dari mempersendakan usaha orang

Cukup2lah berkata 'malaslah, tak beri kesan apa pun...esok2 dah habis perang, abislah boikot, masa ni je cakap bergegar...'
Cubalah simpan jawapan tu untuk dijawab di akhirat kelak...

***Kat dapur tu, ada dua bungkus lagi Maggi
Boleh pulak seminggu dua sebelum perang gi beli Maggi
Walhal dah berkurun tak makan
Last makan ntah bila masa kat Kangar dulu
Asal nak beli Maggi, kena marah ngan laki
Last2 beli Maggi masa laki gi keje
Tu lah balasannya...
Alaaa, baba tu, marah2 pun makan jugak sebungkus 
(penulis entry nak menyedapkan hati dari rasa bersalah...)

Takpelah, sah2 buang jelah
Tak berdosa kot, sbb tiap kali makan Maggi, perut mesti rasa sebu
Tu jatuh hukum dah memudaratkan diri sendiri lah tu

*** Mmg tgh emosional pun...tgk anak2 kecil menerima nasib begitu, kalau tak emosional, bukan buta hati, tapi mati terus lah tu...

 

Sampai dah?

11:55 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Nov 21, 2012
Wednesday

Baru tadi karang email sedih kat zalora
Kot2 ada chance boleh tukar size
Sekali dah sampai
hancur harapanku...


Kata tgh down kan
Terus tinggalkan makhluk2 biru
Bergegas susun barang

Cisss...sama je size ngan yg sedia ada 
Kalu la dapat size L tu, lagi banyak barang buleh usung dlm handbag tu, hmph!


*** Tetiba rasa nak marah sbb sampai cepat sangat 


 

Men'divert' kemurungan

11:20 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 21, 2012
Wednesday

Kalau lukis graf produktiviti, bentuk dia akan cantikkkkkkk jer menurun 
T__T

Tu lah, semua benda pun ada turun naik
Tapi ku gagahi jua setiap hari duduk di atas high back chair kaler biru pemberian suami tercinta dan mengadap lap top kaler biru sedondon ngan kaler kerusi walaupun adakalanya aku akan terbabas masuk ke blog yang ntah hapa-hapa
huwaaaa!!!

...................

Semalam, daripada melayan kemurungan yg tak sudah2, yg ntah bila akan berakhir
I beli ni (^__^)
Bila mula cakap I-You tu, maknanya nak citer pasal shopping lerr tuuuu...
Beli kat zalora jer pun...
Tgh ada less
Tapi cipan sungguh, semalam nak click size L, kata out of stock, tapi ari ni ada pulak
Arghhhhhh!!!!
Takpelah, dah bayar
Hand bag organiser sedia ada mcm kecik
Tu yg nak beli size L
Tapi...sebenarnya...nak beli tu sbb.....
Kaler dia fushia pink!!!
Yg sedia ada tu kaler itammmmmm...
Tak best....
Okaylah, size M pun size M lah
Tunggu aje abang Gdex datang antar

Pon-Pon!
Eh, dah sampai?!

Oh, bukan rupanya
Lori sayur daaa...

Bulan ni tak berbelanja di Best Buy sbb semua stock skin care ada lagi
Pakai sket2, jimat2, muka pun kecik je kan, ada besor tapak tangan je, hehehe

Poplook pun jenguk gitu2 je
Nantilah, tunggu kerajaan bagi bonus
Ye lah, macamlah penerima elaun dapat bonus
Tapi pekerja kerajaan dapat kan
I isteri pekerja kerajaan apa
hahahahahahah
(baba Naurah baca sambil buat muka boring)


Sekian
(sambung melayan kemurungan....)

 

Gaza menangis lagi, buta hatikah kita...?

11:48 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 20, 2012
Tuesday

Hari ni mmg emosional
Marah dgn diri sendiri sebenarnya
Sekali Gaza kena bom, barulah perasaan marah melimpah ruah pada Israel Laknatullah menjadi2
Kalau hari biasa2, perasaan marah tu tidak seperti pada saat ini
Walhal bangsa Yahudi itu mmg wajib kita perangi tak kira pada bila2 masa


Tiap kali saudara2 kita di Palestin bermandikan darah
Baru masa tu lah orang2 kita nak boikot segala macam produk Israel
Baguslah juga macam tu
Kiranya, masa saudara kita terbunuh, dizalimi, celik juga mata kita daripada buta sepanjang masa seperti gambar sebelah kiri di atas tu

Masing2 kebulurnya nak makan MCD
Macamlah dah tak ada makanan lain




Tak haram pun, tapi fikir2 kan lah
Cara paling mudah nak faham, cuba letakkan diri kita sekejap di bumi Palestine

Di sini anak2 kita gembira, makan minum cukup, pergi sekolah, malam tidur lena, 
Di sana anak2 kecil mati syahid... 



Masa ni jugaklah pihak MCD akan keluarkan statement yg mengatakan MCD Malaysia tak terlibat dgn Israel blah-blah-blah-blah-blah-blah

Untuk fakta ni, kisahnya akan menjadi dua
'Sesiapa yg memang nak makan juga MCD, dia akan cakap statement MCD tu betul, dia akan korek2 sampai jumpa juga yg statement tu betul.
Tapi sesiapa yg berusaha nak memberi secubit sumbangan yg Insya Allah mampu menyelamatkan  NYAWA penduduk Palestine, akan bertindak sebaliknya...

'Banyak lagi benda2 besar lain, takat makan MCD tu apalah sgt...tak bg effect apa pun kat umat manusia kat Gaza tu. Kalau tak makan MCD pun, Israel banyak juga duit nak bom Gaza'

Biasalah, ramai orang suka memandang perkara2 kecil, dosa2 kecil sebagai KECIL
Tapi kita tak tahu, mungkin dosa kecil kita tu lah yg besar di pandangan Allah
Mungkin dosa kecil yg sekelumit tu lah yg bakal mengheret kita ke pintu neraka
Nauzubillah...



Kalaulah senjata anak2 kecil yg terbunuh ni melibatkan hanya satu sen duit kita yg kita sumbangkan 
...mungkin tak sampai satu sen pun
Tapi pembunuhan tetap pembunuhan
Tetap menyebabkan kehilangan nyawa...
Apalah yg mampu kita jawab jika dituntut di akhirat kelak...

Bayangkan anak2 kecil ini adalah anak2 kita
adik2 kita
saudara2 kita yg kita sayang

Nak cakap macam bagus, mmg tak kenalah
Sbb adakalanya, mmg terbabas juga belasah eskrim McFlurry
Memang kalau terbabas makan MCD, MCFlurry je lah
Walaupun boleh kira berapa kali saja setahun, tapi makan tetap makan 
Tak ada istilah makan sikit atau makan banyak

Tapi, apapun, ahamdulillah, tetap rasa bersukur juga kerana kalau nak suka2 makan MCD sekeluarga sampai kenyang setengah hari tu, dah lama juga tak berlaku
Dah lupa bila kali terakhir makan2 di restoran MCD
Dan setiap kali nak beli MCFlurry, mesti akan terdetik di hati, duit ni lah aku bagi kat Israel utk bunuh hamba Allah di Palestine
Memang secara automatik akan terdetik, tak kira pada bila2 masa
Kali terakhir, last week (-__-) 
Beli MCFlurry Milo...

Tapi, macam kemaruk sgt nak makan MCFlurry
Walaupun Allah dah cetuskan perasaan bersalah nak beli, tapi beli juga (-__-)  makan juga (-__-)
Malu betul...

Namun begitu, masa raya ke-3 baru ni, kami sekeluarga ada juga singgah drive thru MCD
Pusing keliling cari restoran yg bukak, tak ada
Raya kan
Jadinya, baba cakap, last choice kita singgah MCD drive thru
Dan alhamdulillah...
Ibu dan Naurah muntah2 sampai kosong perut tak sampai dua jam lepas tu...
Walhal sejak kahwin tak pernah sekalipun mabuk kecuali sekali masa bulan puasa masa awal2 kawin dulu, travel Kangar-Marang, perut sebu sbb semalamnya buka makan fish ball 

Moga usaha memboikot produk Israel tidak hanya pada waktu genting sahaja

Sebenarnya, setiap kali diri sendiri tgh buat bayaran kat kaunter MCD, masa tu mesti terbayang anak2 Palestine mengalirkan air mata dan dalam hati mereka berkata 'sampai hati kamu memberikan sumbangan untuk Israel membeli peluru membunuh kami...'
Serius....tapi, kau tau, aku juga manusia biasa, kadangkala aku juga buta hati mau makan McFlurry yg tidaklah sedap mana... 
(T__T)


Moga Allah melindungi diri ini dari buta hati yang berterusan 
Apatah lagi di saat2 kritikal begini
Moga diampunkan dosa makan MCFLurry (kerana rasa sgt berdosa) dan dosa2 lain yg pastinya ada

***Kalau dah tak nak boikot tu, mcm2 alasan yg akan keluar, abis komputer, nokia hp, milo etc2 blah-blah-blah tu tak leh pakai takleh makan ke semua? Kena buang ke semua? Tak ke membazir namanya tu? Membazir tu kan sifat syaitan blah-blah-blah

Pandai2lah fikir sendiri
Boikotlah setakat yg termampu
Kalau nak suruh pergi berperang, tak tahu berapa orang yg angkat tangan
Kita hanya diminta untuk memboikot
bukannya pergi berperang
Jadi apalah sangat...
Jadi, benda2 remeh macam tu tak perlu tanya...

Minta halal jika gambar2 tu kepunyaan sesiapa
Sekadar berkongsi


***
Tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Api dikatakan sangat besar menjulang-julang; sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. 

Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.


Lalu burung kecil itu membalas, 
"Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."



Kisah bertulisan BOLD di atas copy-paste from http://inaachik.blogspot.com/



 

Perfect weekend

4:34 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 18, 2012
Sunday

Malam tadi, plan pagi ni nak sarapan nasi goreng
Sekali lupa nak tanak nasi malam tadi
Jadi, tukar plan lah


Sata ikan goreng frozen yg family Nayli bagi
Alhamdulillah, leh wat sarapan


Alangkah indahnya kalu nasi goreng yg ada dalam pinggan ni, tskkk
Takpelah, syukur aje dgn apa yg terhidang
Pagi ni, meriah jugaklah makan
Goreng daging burger, popcorn chicken dan scramble egg

Lepas breakfast, baba ajak ibu layan our all time favorite movie
The Shawshank Redemption!
Rasa macam tak percaya tau
Ibu first time tgk movie ni masa zaman sekolah menengah
Masa tgk tu, ibu ingat lagi, malam tu ibu tgh teman Mok Ngoh Naurah tanda kertas
Best giler okay citer ni
Mmg sgt2 tak rugi
Tapi sbb nie citer lama, maka sapa yg nak tgk tu kena gigih sket la cari kat dvd store 


Bila dah kenal baba (tetiba bukak citer zaman bujang), tgk2 baba pun suka jugak movie ni
Jadi, lepas kawin, kami berdua sama2 cari movie ni kat semua dvd store
Dari zaman duk Johor-Kangar-Kuantan
Pernah jumpa sekali je masa kat Johor,  tp baba masa tu tak nak beli sbb dia combine ngan banyak2 movie dan movie2 tu semua kami dah tgk

Lepas tu, cari punya cari, sempai la sudah tak jumpa2
sedih tau!
Last2, baba download, hehehehehehehehehehehehe

Tak tau ler nak express betapa happy nya ibu masa dapat layan movie ni pagi tadi
Dgn perut yg dah kenyang
Anak dah siap mandikan
Baju dah siap sidai malam tadi lagi
Heaven nya dapat releks2 layan movie yg dah bertahun2 duk cari
Macam org mengidam je (^o^)


Dlm movie ni, sorang pompuan pun takder
Hero2 hensem pun takder
Takat Tim Robbins ngan Morgan Freeman tu tau2lah camana je kan
Takder pun rupa Johny Depp, apatah lagi Brad Pitt, kekekeke

Environment pun dalam penjara je
Tapi kalau dah best tu, best jugak
Kaw2 punya!

Kalau tak best, takderlah bersungguh2 mencari bertahun2 lamanya (^__^)

Oleh kerana baba download, jadi takder subtitle
Grrrr....
Nak connect kat tv, tetiba tak boleh
Last2, layan kat lappy baba
Dia punya sound, punyalah slow
Berkerut2 muka ibu nak dgr apa diorang cakap
Perlahan giler
Kejap dengar kejap tak dengar
Macam berbisik pulak
Kalah citer romantik
Dah la Naurah bukak menan dia yg main lagu Angry Bird tu
Bingit betul!
Nie yg ANGRY NIE!
Mujur dah pernah tgk dulu kan
Jadi, kira okaylah


The Shawshank Redemption ni antara movie yg ibu sgt2 suka, selain The Last of Mohicans (TLOM) & The Last of Samurai (TLOS)
TLOM ibu dah beli dvd dia masa dekat U
Movie ni first time tgk masa form 3 ke form 4
Sungguh2 masa bujang dulu promote baba suruh tgk jugak movie tu
Theme song dia sgt best tau! 
TLOS sama2 tgk lepas kawin.

Lepas habis layan movie, terus siap2, nak ke Kuantan Parade, ada budak suruh ibu beli jeans kaler pink!
Sabo je lah kan
Tgk2 kat Polo ada less  50%, size pun kira okaylah, labuh sket aje
Size yg ngam2 dah abis
Takpe, ibu lipat sket nanti
Awak pun cepat tinggi kan (^__^)
Baju kiter beli yg cap ayam sudah
Janji cun!

Lepas beli jeans pink, kena beli air pink pulak!
Skang ni kalau minum susu, Naurah suka campur ngan air strawberry
Lunch tak masak
Kang petang baru wat nasi goreng
Nak jugak nasi goreng tu, hehehe

 

Keje-Cuti-Keje-Cuti-Keje-Cuti....

3:30 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 17, 2012
Saturday

This week macam tak sudah2 cuti kan
Cuti, keje, then cuti balik, pastu cuti lagi, keje lagi, then dah masuk lovely weekend
Kalau the whole year macam ni kan best
Mesti produktiviti macam sampah, hehehe

Hari Jumaat tu, rasa nak tukar angin
Jadi, ikut baba pegi ofis
Ibu wat keje kat sana
Skang tgh cuti mid sem
Jadi, bolehlah nak menumpang sibuk wat keje kat sana
Sesekali nak tukar angin wat keje
Naurah pun sepanjang minggu ni mmg ibu tak hantar ke taska
Jadi, angkut sekalilah kan




Lunch, baba beli nasi ayam kat area2 situ aje, sekali ngan abc


Pagi tadi, bawak Naurah main2 kat tasik bandar
Manusia ramai sgtlah ari ni sbb ada larian apa ntah
Rimas pulak ramai2 ni

Ibu buat2 tak nampak je lah manusia yg ramai2 tu sbb dah janji nak ajak Naurah main kat playground kat sini pagi ni
Dari semalam lagi duk bagitau ngan dia 
Karang kalu mungkir janji, ada pulak berlaku ribut topan kat umah tu nanti




Pashmina tu Acik Pah yg kasi masa dia datang cuti2 kt umah kami (^__^)
Bertambah lagilah pashmina kotak2 koleksi ibu 




Pelik tau Naurah ni
Kalau nak dukung belakang macam ni, ngan ibu aje
Ibu dah la selim melim
Ngan baba yg gagah perkasa, dia tak mahu pulak

 

Awal Muharram 1434H

8:49 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 15, 2012
Thursday

Selamat Tahun Baru semua (^__^)
Tak kira tahun baru ke tak, memang sentiasa mendoakan yang baik2 saja
Moga diri sendiri dan insan2 tersayang sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya selalu

Tengahari tadi, Acik Pah dah balik ke KL selepas 5 hari bercuti di Kuantan ni
So, malam tadi, baba ajak kami semua ke Satay Zul
Wah, bunyi mcm special sgt kan, ha ha
Special la jugak kan sbb Acik Pah mana pernah pekena satay kat situ



Ini shawl yg buat last week
saja la cuba2 pakai loose style
haram tak kena dgn ibu even Acik Pah cakap cantik
 (-__-)
Acik Pah lain, dia mmg kena pakai mcm ni
Ibu ni ala2 GURUKUL jugak, style pelik2 payah sikit nak kena
cuma tak kronik macam Acik La aje, ha ha ha



Acik Pah risau nak makan nasi lemak kat sini, dia takut sambal pedas sbb esoknya dia nak naik bas
Takut perut buat hal, he he


Baru lg ari tu buat certificate of attendance kan
Ni buat lagi satu (^__^)

Shawl yg ibu pakai kat atas tu, baru buat minggu ni
Kali ni combine kale pink+grey pulak
Pakai style biasa pakai, memang dah selesa mcm tu

Acik Pah punya excited tgk shawl ibu yg kale electric blue+maroon tu
Terus dia beli doblas lai kain chiffon, macam2 kaler (TAMAK!)
So, terus dapat 6 lai
Pening staff kat Nagoya tu
Dia bukan reti nak beli sikit2 cam ibu ni (I BAIK TAU!)
Gigih dia jelujur cantum shawl tu sampai malam buta, sbb esoknya ibu nak gi antar jahit tepi



Sbb excited dgn shawl baru
letak gambar ni 2 keping, hehe

Ibu dah survey shawl style ni
offline ke online ke, mahal la
Dah la size tak kena dgn standard ibu
Buat sendiri, lagi puas hati


Dah kat stesen bas
Sebelum ke sini, merayau2 dulu kat Kuantan Parade
Kesian KP, Acik Pah dah nak balik, baru ibu bawak jalan kt situ (^o^)


Lain2 kali, datang le jenguk2 orang Kuantan yg comels ni lagi ye, hehe

***Tiap kali ada Acik Pah, gambar semua orang yg terbabit akan jadi melambak2, he he he


 

Bawak Acik Pah shopping

10:53 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 14, 2012
Wednesday


Acik Pah masih lagi cuti2 di rumah Naurah
Semalam, Naurah bawak Acik Pah gi shopping kat Megamall

Ari tu ibu ada bagitau Carlo Rino ada buat clearence kan
So, ibu bawak le Acik Pah
Ibu duk dediam je kali ni sbb baru minggu lepas shopping hand bag (^__^)
Takleh ikut sgt nafsu shopping ni tau, kena banyak2 bersabo ye (^__^)

Kali ni layan tetamu je, hehehe



Org kat Carlo Rino memang penuh, walhal awal lagi masa tu
Last week masa ibu gi, orang tak ramai sgt pun

Lepas tu, ajak Acik Pah masuk Nagoya, ibu nak buat selai lagi tudung yg macam ibu buat last week
Ala2 Al Humaira gitu okay, hehe 
Acik Pah beli banyak giler, dia mana reti buat sket2 (^o^)



Oh gambar kontroversi
Ibu macam pregnant 5-6 bulan, hahhaha

Gini le rupa ibu masa preggy kan Naurah dulu
Dgn mukanya tembam

Tapi semua ilusi ye, bukan realiti tau, hahaha

Alaaa, acik Pah tu mana reti pegang kamera, tu yg gambor jadi gini, kahkahkah




Ni hah realitinya (^__^)


Serius, ni realiti, hehehe




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates