Converse Women Shoes RM48!!!!

10:40 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 31, 2012
Monday


...unfortunately, takde size 
T_T


Source: http://www.mysale.my
Sapa2 yg kaki gajah tu, bolehlah gi beli (read: J-E-A-L-O-U-S!!!)  


Sambunglah buat keje tu...sapa suruh mata melilau!



Last Saturday of 2012

9:11 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 29, 2012
Saturday

2012 is slipping away
How time flies...
Sedar tak sedar we' re slowly leaving the last weekend of 2012



On Friday, Naurah buat muka kesian, tak nak ke school
Well, bukan first time dia buat muka sedih
Skang ni, boleh dikatakan everyday dia macam tu
Nak berkepit dgn ibu je kt rumah

So, sesekali, okaylah, ibu layankan aje
Kebetulan pulak hari tu nak ke post office, nak bayar bil
The only bill yg masih perlu bayar secara offline
Yg bayar online, semua baba dah setelkan
So, bawak la dia sekali
Bayar bil RM4++ je, tp balik dari bayar bil, dia ajak ke 7-11, dah tak pasal2 berlebih2 pulak belanja kt situ
Dgn aiskrim la, biskut la, gula2 la...
Mmg mcm tu lah selalunya...

Hari Jumaat tu jugak menjadi hari yg paling memenatkan
Ntah berapa round basuh baju
Ibu kuar masuk aje kejenya, jap2 tgk mendung
Mana2 yg kering angkat dulu, jemur pulak yg baru
Dengan kejap2 jenguk my results lagi, dengan Naurah yg kejap nak itu nak ini, iron baju lagi
Petangnya, pancitttt....
Siap boleh terlelap sekejap lepas zohor tu, walhal ibu payah sgt nak tido siang


It's quite sometime tak letak gambar macam ni rasanya ^_^


Last week, ke TC, this week, datang lagi
Naurah tak habis2 nak main buih sabun ni




Gambar di TC last weekend, bersama nenek, tok ayah & mak ucu Naurah ^_^
Masa tu, ramai orang, ada booth Fear Factor
This week, ada surf competition pulak
Adaaaaa je event kat TC ni



Menu hari ni (Sabtu)
Masa mula2 kawin dulu, pernah la sekali-dua, terbeli mee kuning yg OVERDOSE kapur
Aderkhhhh....tension betul
Dah basuh banyak kali pun, bila dah siap goreng, time makan masih terasa kapur
Siaplah perut lepas tu, mesti buat hal punya

Jadi, setiap kali nak beli mee kuning, mesti teringat kes tu walhal dah bertahun2 berlalu

Tadi, lepas sarapan kt Tg. Lumpur, ke TC, then ke Mydin, singgah kat Tunas Manja sekejap
Ibu lari masuk sorang je
Beli bahan2 nak masak mee ni



Ayam ada sket aje
Bolehlah, setakat kami bertiga aje pun
Campak fish ball ngan sawi sekali


MIL ibu kalau buat sambal kicap ni, super pedas tau ^_^
Ibu pun dah terikut2 jugak, tp considering my daughter, skang biasanya buat tak berapa pedas pun 
Kalau tak, sian budak kecik tu kan
Ibu malas nak asingkan pinggan dia
Biasa mmg dia makan sekali ngan ibu punya je
Tadi, banyak betul dia makan ^_^


Konon nak buat dinner, last2 kul 4pm, ibu dah siap masak, kejut baba yg tgh tido, ajak makan
Malamnya, makan lagi ^_^

Shopping di Johor Premium Outlet

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 28, 2012
Friday


Nama aje ada kampung di Johor, tapi baru ni le nak ke JPO
Mana nak ke JPO, balik2 duk tayang muka kat Jusco, heheh
Habis, dekat ngan rumah MIL kan
Masa zaman baru kawin, menyewa dekat Pulai Utama, laaaaaaaaagilah dekat ngan Jusco, 5 minit je ^_^

So, untuk tidak memalukan diri sendiri, maka, hari tu balik Johor, mmg dah plan dari kat Kuantan lagi, memang nak jugak ke JPO

Jeles tau, ari tu family Nayli dah ke JPO ni, yg family Naurah ni sob-sob T_T
Tes-tes-tes air mata menitik dalam hati
Dalam hati, nak aje suruh baba amik cuti dan2 tu jugak! kihkihkih
Baba aje yg amik cuti, tak sedor diri dia sendiri keje berlambak! :p



Ibu banyak baca review blogger yg bgtau yg JPO ni memang tempat yg sgt ideal utk shopping branded stuff sebab murah
Mula2, terpk2 jugak kan, murah sangat ke
Dah nama pun barang2 branded kan
Risau jugak tau, poket student la katakan ^o^
Tapi peduliklah kan, pegi tetap pegi!

Hari tu, nenek Naurah aje yg joined kami sbb Mak Ucu ke Kelantan for her friend's wedding & Tok Ayah pulak dah keluar awal2 pagi


Tempat ni memang cantik
Design dia macam kat oversea ^__^
Bolehlah berangan sikit2 macam kat UK apabila melihat deretan designer's outlet
Tak semua ada, but okaylah kan





Armani & Burberry ni, ibu gerun nak masuk ^_-
Kiranya, ku masih sedar diriku ini hanya seorang student ^o^





Hari tu bukan setakat mendung je, hujan renyai2 sebenarnya
Jadi, tak rancak sangat nak bergambar

Datang sini pun, tak tawaf habis
Maknanya, lain kali kena datang lagi lah (eh!)




CK, DKNY, GAP...many more are there

Sebenarnya, ibu tak aim nak beli apa2 pun kat sini, plan awal nak nak belek2 cuci mata je....

Sekali tengok harga dia.....???!!!!
Biar betul??!!!
Murahnya!
Rasanya, untuk yg mmg gilakan branded stuff, mmg berbaloi la datang sini
Less up to 70%, mana nak dapat weiii!!!

Baju budak2 kat Espirit pun murah (sampai hari ni rasa nyesal pulak tak beli kat Naurah sbb baru semalamnya shopping clearence sale Anakku kat Jusco),

Poney pun less gila2 (pun tak beli)

Kat Coach ibu beratur 20 minit tunggu turn nak masuk, gigih nak survey harga punya pasal kan, tapi design yg ibu nak takder nampak pulak (ke sbb banyak sgt jadi rambang mata, hahah), so keluar lenggang kangkung je, walhal aim utama datang sini sbb nak jenguk2 Coach ni lah

Tapi Carlo Rino ibu masuk dua kali ^o^
Dah turun, naik lagi sekali
Mau tak dua kali tawaf, harga dia murah sangat2
Kalau kat luar (shopping mall mcm Jusco, Parkson etc), biasanya, kalau yg harga asal tu dlm lima nam ratus ke atas, less biasanya tak lari 10-20% 
Ciputtt je kan
Kalau yg harga dlm RM300++ barulah less banyak sket, tu pun tak selalu jejak 40%
Tp kat sini, tak kira, dari yg RM300++ ke, yg harga RM500++ ke, less giler2 punya, 40-50%

Kalau nak kawin, shopping barang2 hantaran, mmg jimat banyaklah kat sini
Tgk barang branded duk cantekkkkkk je atas dulang  hantaran sapa tak nak kan ^_^

Lain2 outlet tu mcm Levi's, Fossil, Padini pun murah2, tinggal berkenan ke tak je la
Kat Padini ramai giler orang, ibu malas nak masuk

Yg ruginya, baru semalamnya ibu beli barang kat Bodyshop (kat Jusco)
Takde less
Sekali kat sini, less 50%
T_T

Siapkan duit je okay
Make up, skincare products pun ada, tp ibu tak sempat masuk pun
Kejap aje kat sini
Ala2 pengenalan la, hikhik

Datang sini takdelah nak kena bawak ribu2
Handbag, kasut bawah RM100 pun banyak
T-shirt budak2 RM belas2 pun ada, yang penting, mata ngan tangan tu kena ligat sket, heheh



Mulanya plan nak lunch kat sini
Last2, cancel, gi lunch kat Singgah Selalu Taman U


So, lepas dua jam++, kami pun balik
Itupun selepas selamat keluar dari Carlo Rino sambil bawak paper bag pink yang besar, kiki
2 kali masuk, kalu kuar tangan kosong mau melalak ibu kat situ ^o^
birthday present ni, sah2 in advance, hahah
Thank you baba ^_^

***Nak buang tabung JPO lah, sbb confirm lepas ni nak gi lagi ^o^




Certificate of attendance: Family Baba

10:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 27, 2012
Thursday

Nenek Naurah dah banyak kali jugak datang Kuantan ni
Tok Ayah & Mak Ucu pun, rasanya, dah 2 kali jugak
Tapi tiap kali datang, mmg tak sempat nak buat sijil

Hari tu masa nenek Naurah datang ngan Ayah Ngah, kalut sket packing masa tu, campur ngan ujan lagi, ngan Naurah takut kat Ayah Ngah dia lagi
Pastu, ari tu datang, nenek, Tok Ayah & Mak Ucu balik ngan bas, ibu yg hantar ke terminal, sbb ari keje
Jadi takder sapa nak amikkan gambar, Naurah pun takder sbb ibu dah hantar ke taska
 (Seme certifcate kan muka ibu ngan Naurah wajib ada, hahah)

So, baru kali ni boleh amik gambar kenangan kat rumah kami ^_^



Certificate of attendance: 3 FN & 1 Z

9:18 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 27, 2012
Thursday

 Yey, family Mok Ngoh Naurah dah sampai rumah kami ^_^
Sehari sebelum family Naurah balik ke Johor, 3FN & 1Z datang ke Kuantan ni
Kellllassss okay, 3FN & 1Z gitu kan
Kiter Double Z kan Naurah kan ^o^
Saja la diorang datang jalan2
Selisih aje ngan banjir, hehee
24hb tu, bandar Kuantan banjir, tempat diorang stay pulak tu (MS Garden, sebelah Megamall)
huhuhu..sib baik kan


So, malamnya, sempat la ajak diorang dinner kat rumah kami
Plan seme lari sbb semua restoran area rumah tetiba takder ikan
Baru plan nak dinner ngan ikan bakar, huhu
Sorry ler yek ladies sekalian
Makanya, makan apa yg ada jer lah, hihi

So, meriah la rumah malam tu
Nenek, Tok Ayah & Mak Ucu Naurah pun ada lagi masa tu sbb nak balik Johor sama2 esoknya

Mok Ngoh bagi banyak stok keropok untuk ibu
Siap ibu bagi MIL sket utk bawak balik Johor

Mintak maaf la ye
Banyak kekurangan hari tu
Ibu Naurah ni, kalu esok dah nak travel, mmg dapur tu cuti siap2
Esbok seme dah clear, hehehe
Jadi aktiviti masak memasak mmg dah takder la, tu yg main tunjuk2 beli kat kedai je ^o^

Lain kali datang le lagi ye ^__^


***Baru sampai dari Johor Zuhur semalam
Gelap aje kat luar, tak kering la kain baju
Masa kat Johor, langsung tak membasuh...



Not so Wordless Wednesday>> Rules for dating me

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 26, 2012
Wednesday
Autopublish entry

Dinner at 5 star hotel, and...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

... accompanied by my baba ^__-

***Venue: Magellan Sutera Harbour, KK

Best Friends Forever...

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Dec 21, 2012
Friday
Autopublish entry

On the way back dari kedai gunting rambut ke rumah

Ibu: Yey! Rambut ibu dah pendek ^__^
Naurah: Hiii...rambut ibu dah pendeklah ^__^
Ibu: Bestkan. Rambut ibu dah pendek, sama ngan Naurah
Naurah: Haaa, sama. Kita kan kawan ^__^ (sambil tepuk bahu ibu yg tgh drive)
Ibu: Iye, kita kawan ^__^




Kata best friend, gambar mestilah pegang bahu ^o^
...amin

***Picture: First week in Kuantan, early April 2012, tong sampah masih ada price tag, hahah

Update

9:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 Dec 21, 2012
Friday

Family in law is in the house
They arrived here on Wednesday evening
Baba fetched them at Pekan

Naurah pun apa lagi, CUTI lagilah dia ^o^
Bulan ni berapa hari je dia ke school
Oh dear...


Dinner at Awana Tom Yam
At first I thought this is the same Awana which we had dinner with Acik Pah
Rupa2nya Awana lain daaa....so many restaurant named with Awana, heheh

And yesterday, family from Johor dropped by
Dah tau dah sbb dah di inform awal2 ^_^
But ibu mati2 ingat sebuah kete je
Sekali 4 BUAH KETE YOU!
Aunts, uncles, cousins, nephews, nieces, grandma and also a family of cousin's wife side
eheheheheheheheheheheheh 
Mulalah ibu Naurah panic sbb umah tak cukup gelas, hahahahah
Banyak dah buang masa rumah banjir masa kat Kangar hari tu
Well, diorang semua nak ke Rantau Panjang, mahu cuti2, shopping2 kat sana ^_^
Lucky me, MIL ada bawakan karipap frozen dua bungkus dari Johor
So, ibu goreng tu ajelah, hehehe
Hidang pun pakai pinggan & gelas kertas, ala2 open house dengan karipap dua pinggan sorryyyyyyy.....hikhikhik

Okaylah, hopefully diorang safely arrived last night
Happy holiday guys!


Wordless Wednesday>> Style Baru Ambil Gambar

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 19, 2012
Wednesday

Autopublish entry


***Tah mana dia belajar ntah...pening kepala ibu  

Random

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 18, 2012
Tuesday
Autopublish entry



Roti John super best yg dijual oleh tiga beranak berkulit putih dan murah dengan senyuman ^o^
Serius sedap, daging banyak ketul2 tau!
Tengah panas2 ngan kuali tu, senyum aje diorang bertiga, ibu suka betul tgk ^_^


Perhaps, the jeans fever is finally over...?
What a relief...kalau tak hari2 asyik nak pakai jeansssss je...

Dress: Acik Pah kasi 
Kt ofis baba


Tgh tunggu nak beli Mexican bread kat KP
Dress: Muiz & Muaz kasi



Jalan2 ke TC
Dress: Nayli yg kasi

Tak tau nak kemana weekend ni, bawak anak jalan2 tepi laut lah pulak

 Ibu & baba serba hitam hari ni ^_^
Dah lama tak pakai tudung Sri Munawwarah, hari ni pakai balik
Tudung ni mmg best, datang la fesyen apa pun, Munawarah mmg best!



Jalan2 kat sini, terjumpa ngan family Husna ^_^


Lepas tu ke Megamall
Baba cari barang sket
Ibu beli baju Naurah sket 


Jalan2, ada orang penat, duduk kat fitting room kejap
Penat la nak dukung dia

New hair cut

3:10 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 17, 2012
Monday

It was raining cats and dogs  this morning
Dah la kebetulan kena ke bandar, nak amik buku yg antar fotostat

Oh, I just got myself a new haircut!
Weehuuuu!!!
Rasa ringan giler kepala ni
Ibu gi kedai, tak payah pk panjang2 nak pk style apa


Sejak zaman sekolah, sampai U, sampai dah kawin, ni la style rambut paling lama & paling ibu suka
Biasalah, Jessica wanna be lah kononnya, hahaha
Dulu2 kan suka kumpul komik ni ^__^

***Kat rumah ni, tak boleh simpan rambut panjang lama2, ada dua orang yg akan jeles ^o^


Cuti2 Sabah: Pergi vs Balik-Kisah makan & tido je lah...

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 17, 2012
Monday

So, masa ke Sabah bebaru ni...




On board with AA @ lcct




Otw pegi, seat ibu tepi tingkap
Ibu divert Naurah dari kt airport lg, pujuk2 dia  dah on board baru boleh bukak lolipop tu




we had this 
tak suka, tak kena dgn selera



we also had this
Ha, ni sedap!
Nampak sgt tekak melayu kan (^__^)


 Masa otw pegi tu, Naurah tak tido, macam2 dia nak cerita
jadinya, ibu & baba pun terpaksa tahan mata
And perhaps penumpang2 berdekatan pun might be having trouble to sleep sbb dgr suara Naurah pot pet pot pet!



Datang rasa bosan dia, dia exchage seat dgn baba


Otw balik ke semenanjung pulak...


Nasi beriani & roasted chicken!
la-la-la-la 
dua2 pun sedap

Kalau makan nasi beriani, mesti teringat teringat nasi beriani gam Batu Pahat. Laju aje kepala otak ni nak compare ngan nasi beriani BP

(Bila nak gi sana lagi ni bang...)



Masa balik, baba pulak tepi tingkap
Si kecik ni, takde masa nak cakap2 dah, dia tidoooooo je sepanjang masa
Jadi, dapatlah ibu ngan baba tido jugak (dah la lepas makan, mmg heaven betul layan mata)
Ibu sedar tak sedar, dah nak landing dah


Naurah lah paling lena (^__^)
Almaklumlah, dia ada private bed which comes with simply comfy pillow, kiki


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates