New member in the garden

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Jan 30, 2013
Wednesday
Page 12/365



Bought at Giant
RM 12++ rasanya
Ada pokok yg mati, means ada pasu yg available
Itu yg rajin gi beli pokok

Rasa mcm dah lamaaaaa sgt tak cerita2 pasal pokok....hmmmm

Hari tu ada beli benih cili api
Hampeh, tak idup sampai skang
Ada ruang untuk satu lagi pasu
Jadi, rasanya, nak kena beli pokok lagi satu la ni

Nak beli cactus kecik2, nak letak kat dapur, kt depan singki
Tp macam takde ruang jerkkkk.....

Buat masa ni, pokok bunga ros yg paling baik sekali
Baik yg bunga merah atau pink, dua2 senang jaga
Even tuannya selalu ngelat letak baja skang ni (^_-)


On My Birthday...

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 27, 2013
Sunday
Page 11/365



So, to summarise what's happened on my birthday...


Morning, dressed up, nak ke campus, setelkan urusan ibu
Dah set appointment dari last week lagi

Ibu suka sgt gambar Naurah ngan ibu ni
Naurah nampak sweet sgt ^_^


Sweet nya, hehehe

Breakfast at Coffee Garden, Pearl View Hotel


Mirrors are everywhere


Naurah ingatkan air pink tu air strawberry, jadi dia sibuk suruh baba ambilkan air tu utk dia
Tp sebenarnya guava juice ^_^


Dlm kul 8am, baru bertolak ke Kedah


Kt highway Alor Star, ada keretapi bwk barang yg lalu
Excited la si kecik ni
Dia panggil ni, 'chugginton'


Setel hal ibu, terus kami bertiga ke Kangar, semata2 nak lunch kat Anjung Keli
Rindu betul nak pekena ikan keli kat sini

Korang kalau ke Perlis, jgn tuju ke Padang Besar je tau, datang la lunch kat sini
Ada chance nak jumpa selebriti, VIP ^_^
Kitorang pernah jumpa Sham Kamikaze masa zaman duk Kangar dulu, hheheheh

Lauk pauk banyak giler, kerabu bagai seme ada (Ibu Naurah tak makan pun kerabu)



Kalau tak nak makan kat Anjung Keli, kt sebelah dia, ada restoran nasi ayam
Sambal dia, ada dua, satu sambal lada biasa tu
Lagi satu, sambal lada kicap yg dia blend ngan cili api, ada sepokok kot cili api dalam sambal tu ^o^
Sbb pedas tu la yg sedap sangat tu
Ibu kalau makan kt situ, mmg duk curah sambal tu je dlm nasi
Tp kalau take away, dia tak kasi tau sambal tu

Selain nasi ayam, dia jual jugak pau yg gebu gebas ^_^

So, dulu masa duk Kangar, time dah bosan makan kat Anjung Keli, mesti tuju ke restoran nasi ayam sebelah tu
Kali ni tak sempat le nak pekena nasi ayam. Dah melantak sepinggan nasi, mana muat lagi ^o^

Lepas makan, lalu tgk rumah lama kami dulu
Ooo....dah siap simen dah laman umah rupanya
Pokok bunga raya ibu yg besar giler tu pun dah kena tebang
Nampak mcm takder org duduk je rumah tu
Neighbour belah kanan dah pindah rasanya, neighbour belah kiri still duk situ
Tp ibu x singgah pun
Nak cepat balik hotel, penat

Tp kan, langsir kt ruang tamu tu cam kenal jerrkkkkk, kekekekee


Mlm, had dinner at Kenny Rogers, Jusco Perda 




Sekian ^_^



***Hajat nak jumpa Nizah masih tak kesampaian sbb kali ni, ibu ke utara during weekdays. Nizah keje, camana nak jumpa...

Travel: KL-Penang-Kedah-Perlis

9:56 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 26, 2013
Saturday
Page 10/365

Bz...tak tau dah nak pakai ayat apa dah to express how bz I am right now...

So, just skip that part
Bebaru ni kami bertiga ke KL, Penang, Kedah & Kangar
Bukan cuti2 pun, urusan keje...
Tak sempat nak heaven2 sangat pun


Mula2, kena ke KL dulu, setelkan urusan kami bertiga kat sana
Alhamdulillah, mujur kejap je, sampai pun ngam2 je office dah nak break for lunch hour
Setel je, terus bertolak ke Penang
Tak sempat nak jumpa Acik Pah pun
Lain kali yek ^_^



Masa hari bertolak tu, hujan...ibu pulak punya kalut, lupa nak pakaikan Naurah cardigan
Dah la dia pakai sleeveless
Mmg sengaja pakaikan sleeveless since dah decided nak pakaikan cardigan
Kang kalau panas, senang, bukak je cardigan tu
Nasib baik bawak selimut ajaib, kalau tak maunya ibu ralat tak sudah


Kat Hulu Selangor, jem + roti la pulakkkkkkk
Sejam sangkut kat sini
Tgk2 dia tutup jalan....masakkkk-masakkkk....



Arrived at Penang around 5pm...lewat sejam le
Takpelah, asal selamat

Checked in at Pearl View Hotel, Seberang Jaya
Malas nak ke Bayan Baru...



15 minutes after checked in, anak dara dah bersantai2 dengan selimut ajaib...
Selimut masa dia baru lahir tu ^_^


Hotel tepi jalan besar
Seberang jalan, ada football field, tgh ada tournament agaknya

To be continued....


Turning 32

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 22, 2013
Tuesday
Page 9/365
Autopublish entry

His wife is turning 32 today
Alhamdulillah


This picture was taken 3 days before the birthday, which means she already wore her birthday present 3 days earlier, kekeke

Due to my hectic life these days, I made this entry several days earlier, set it as an autopublish entry, so I won't miss this important date of mine to be documented in this blog

And An Naurah, many thanks for the picture, dear ^_^
Ibu & baba really love it.

***Currently in Penang...



Black out

10:33 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 18, 2013
Barakah Friday
Page 8/365

Last Sunday night, blacked out
Dlm sejam jugak
Petang semalam, black out lagi...
Grrrr....

Dah lah keje tgh melambak ni...
Off la kejap lap top
Buatnya tengah run, tetiba abis bateri, naya je...


Sejak2 pinjam lap top baba utk setelkan keje ni, office mmg pindah ke depan TV
Bukan sbb nak tgk TV (TV tu bukak time Naurah balik nursery je sbb dia akan layan kartun sampai time dia tido), tp sbb meja study ibu tak muat nak letak dua lap top
So, coffee table tu makin banyak berjasa la akhir2 ni
Tu la meja makan, tu la meja study ibu...
Jadi skang ni kalau lap meja, campur sket serai wangi afy haniff
Nak confirm supaya sekor semut pun tak naik meja, heheh

Dah bz2 ni, pandai pulak minum air masak banyak
Kalu tak seteguk pun payah, kikiki
Tu yg tumbler air ada atas meja tu


Dah bergelap, makin seronok budak kecik tu main motor dia sbb ada lampu ^_^

Masa takder api belah malam tu, sib baik Naurah ni tak penakut
So, masa baba nak kuar solat Maghrib kat surau, baba suruh Naurah tekan HP sambil ikut ibu, kiranya dia jadi torchlight utk ibu 
Masa tu baru black out la
Kebetulan hari tu, Mahgrib pun dah cukup gelap sbb hari mendung
Tgh ibu nak pasang lilin kat dapur, budak kecik tu dah siap jadi nazir dlm rumah, masuk bilik kuar bilik, round ruang tamu
Yg ibu ni bergelap terkial2 kat dapur, riuh panggil dia 
Bertuah betul budak kecik tu ^o^
Alhamdulillah, mlm tu berangin je
Tgh duk melayan kegelapan malam, tgk2 ada org pindah
Sian awak ye angkut barang dlm gelap
Sib baik ada lampu lori, hehheh

Petang semalam pulak, nasib baik tak panas sgt
So, bolehlah Naurah tido walaupun tak berair cond tak berkipas
Dalam 2 jam lah jugak ...


Kuatnya bunyikkk!!!

11:32 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 16, 2013
Wednesday
Page 7/365

Agak2 apa yg Naurah tengok tu?



Nampak tak  dua 'titik' itam tu?
Akhir2 ni, selalu sangat lalu
Ni baru kejap tadi, sekali lalu 4 buah
KUATTTTTTTTTTTTTT sangat bunyiknya, cam nak pekak telinga ni
Punya ibu takut, siap gi jenguk kat luar tadi
Risau, huhu
Naurah dah la tgh kat nursery, mesti dia takut...

***Break kejap, sambung balik hadap keje...

Swimming at Sempurna Resort

4:21 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

January 12, 2013
Saturday
Page 6/365


Since last Monday, ibu had terribly hectic week
There were days where I started my works as early as after solat Subuh, and only shutted down my lap top at 12 mid night
Giler penat...
Siap pinjam lap top baba, so boleh run kiri kanan
Tak setel jugak lagi pun...
Since this whole week, baba had to borrow Naurah's lap top , which was mine basically, yg pakai zaman master dulu, kehkeh

At the same time, house chores kena setelkan jugak
Kain baju nak kena basuh, jemur, lipat
Iron baju mmg buat hari2
Ibu mmg dah biasa prepare baju keje baba yg siap gosok banyak2, so every day bila baba nak gi keje, baba ada banyak pilihan nak pakai baju mana
So, tak naklah bila dah bz macam nak tersedak ni, tetiba laki ibu terkelip2 tgk ada sepasang dua je baju yg dah siap iron
Nak layan anak main lagi
Ibu baru belikan dia water color, so, sudah cari keje pulak ibu ni, nak main kaler2 ngan dia, nak kena basuh bekas kaler lagi, lap2 lantai lagi
Mahu melayan keje yg ntah bila yg akan siap and at the same time mahu menjadi artistic! 
and be super patient!
Biasa vacuum rumah 3-4 kali seminggu, tp this week, baru pg tadi ibu vacuum rumah
Pokok2 ibu hanya siram2 aje, tak sempat nak gi bersapa tanya khabar sihat ke tak diorang
Baja pun lupa letak...
Mahu jenguk cucu neighbour yg baru lahir pun ibu dah macam kena pecut sekejap, 
Malam2, mmg pengsan
Ada harinya tido sambil nangis sob-sob sbb penat
Hahhah...
ntah kenapa rasa bangang

Okaylah, enough about that
Ini bukan merungut ye, ini blog sdn bhd yg tuan tanah kedaungnya boleh tulis apa yg dia nak ^_^
hidup atas dunia ni mmg untuk kita berpenat lelah, bukan tempat berehat2
Semua2nya pun merupakan satu ibadat, Insya Allah

So, tajuk mahu cerita pasal mandi manda
Tp sbb malas nak asing2kan entry, so update pasal ibu pun gaul sekali ajelah kat sini
Versi rojaklah ni ^_^

So, bz2 jugak, tp quality time with family wajib kena ada
Jadinya, this week mmg baba dah planned nak ajak si kecik ni mandi2 kat sini


Jarak nak ke sini dari rumah adalah standard jalan kaki sahaja
But, tau2 lah, Naurah tu kan terkedek2
Walhal yang si tua berdua tu yg MALAS nak jalan kaki ^o^
Jadi, kami tiga beranak merempit dengan motor kris baba yg road tax nya dah banyak tahun tak hidup

So, sementara baba tunggu order roti canai yg ramai giler orang kat warung, baba antar ibu ngan Naurah kat sini dulu


Bayar nak masuk, RM6 utk bebudak, RM15 for adult
Kalau teman je, tak payah bayar
Makan2 tak boleh bawak
Ni bukan tempat picnic ye ^o^



Mostly yg tgh mandi2 tu, orang2 yg stay kat resort ni lah
Agak2nya kami je kot orang luar
Tp okaylah kan, resort ni, dia open jugak utk outsiders
So, ada jugak tempat Naurah nak swimming2
Terpikir jugak nak ke Gambang water park lagi, dekat jugak ngan rumah tp tgklah dulu
Sejak2 dah jadi org Kuantan ni, payah pulak nak ke sana, masa duk Perlis dulu, laju aje sampai, heheh

 Hari tu yg masa Mok Ngoh Naurah datang sini, ibu nak booking kan resort ni lah, tp fully booked pulak masa tu



Naurah mmg main air kat sini sampai menggigil
Ni kalaulah Muiz, Muaz ngan Nayli ada sama ni, mesti best ni
Weiiii, korang2 bertiga, bila lagi nak datang rumah Naurah ha? ha? ha?




Kalau ibu jadi Naurah, mesti ni port favorite ibu...


Tp Naurah, siap dah bertapa pulak kat gelungsur air tu
Bila ada budak2 lain nak main kat situ, baru dia beralih kejap, pastu dia duduk balik...



Gambar tuan tanah keras kejung macam tiang letrik ada jugak sekeping
Sorrylah, tak reti nak amik gambar posing2 buat2 ketawa sambil tunjuk bulan di langit di waktu tengahari

Dalam sejam lebih jugak kat sini
Lepas siap beli roti canai, baba gi antar kat rumah kejap, pastu, baba datang kat sini layan Naurah main2 lagi, mandikan dia kat shower room dulu, then baru balik. Mujur tak susah nak ajak Naurah balik, ibu & baba dah lapar ni, tak sarapan lagi. 


Sekian

***The hectic week will be continued...Isnin lah, weekend ni mahu cuti je...
***This week, even tgh bz macam mcm nak giler, tak de marah2 pun...kalau tak kang kejap2 nak jadi singa comel la, beruang berbulu la...alhamdulillah... 



Tak ada air

10:47 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 8, 2013
Tuesday
Page 5/365




Sejak petang semalam tak ada air
Dah siap takung (even siap beli tong baru lagi, hahhah) sbb dah dapat notis awal2
Nasib baik pegi beli tong pagi
Kawan baba bagitau, petangnya dia gi cari tong, seme kedai berdekatan dah habis
Kikiki...tu la, sapa suh lambat

So, notis bagitau air tutup kul 6pm
Jadi, lepas baba balik keje, ingatkan sempat seround lagi basuh baju
Kiter set speedy la, baju pun sket je, sempat ni...
Sekali, lagi 15 minit nak kul 6pm dia dah tutup
Grrrrrrrrrrr.....

So, jimat2 air ye
Ibu & baba mandi 5 gayung je, boleh?
Naurah, awak kan kecik je, 4 gayung cukup
sabun sket2 je, karang banyak buih, banyak nak pakai air

***Acik Pah kt KL nun dah baper hari tak der air eh? Sabo ye banyak2...
***Notis cakap, air takder sampai malam ni, tp tadi cikgu Naurah cakap, macam 3 hari je....biar betul??!!!


Simple Dinner

5:15 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 4, 2013
Friday
Page 4/365

Nasi dah siap masak
Sayur kobis masak lemak pun dah



Ikut hukum anak tekak ibu, kalau lauk kobis masak lemak, sambal lada tumbuk ngan ikan bilis ni wajib ada 
Baru terangkat ^o^


Tinggal nak goreng udang je lagi 
Kang agak2 baba dah nak sampai umah, baru goreng
Happy weekend!





Menu Musim Tengkujuh

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 2, 2013
Wednesday
Page 3/365



Sotong goreng kunyit


Musim2 hujan ni, orang tak masak lauk meriah2 ni
Orang masak lauk cenggini haa...
Tak payah susah2 letak kacang panjang
Koboi je...
Tambah telur masak kicap, goreng ikan kering, setel!
Sayur? Tak payah...
Kata koboi kan, pernah tgk koboi makan sayur?

Ingat senang-senang ibu Naurah nak mengaku dia malas?!

***Masak la lauk apa pun, tp bila dah ada ikan kering, yg tu busuk tu jugaklah yg paling best ^o^

Not So Wordless Wednesday>> Menu Wajib Makan Bila Balik Johor

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jan 2, 2013
Wednesday
Page 2/365



Rojak Asma
@ Food court Angsana
***Sambal kacang dia tu sedap lain macam la ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates