Lontong Tangled

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 30, 2013
Saturday
Page 41/365

Hari Ahad lepas kan, movie Tangled ada main kat Disney Channel
Jadi kami sekeluarga excited sangat2, macam tak pernah tgk ^o^
walhal duk melayan DVD Tangled Naurah sampai naik jem kepala otak

Punya semangat, baba requested ibu buat sarapan best2
so, sambil layan Tangled, sambil melantak ^o^

Maka di pagi yang bertuah itu, I prepared lontong as our breakfast
Nasi himpit, ibu dah masak malamnya lagi
Masak atas dapur sbb periuk letrik yg rosak tak berganti lagi, hihhhihi



Bangun pagi just buat kuah lodeh, sambal ikan bilis + tempe ngan ayam merah
Baba Naurah kalau makan lontong, suka lontong kering
Asalnya, baba mintak ibu buat kuah kacang sekali
Huh, tu dah bukan lontong Tangled, tu lontong raya ^o^

Bab nak buat kuah kacang tu, ok aje, tp bab nak tumbuk kacang tu, malas pulak rasanya
Jadi, takder ler kuah kacang
Tu yg buat ayam merah

 




Ni apa kesah gambar ayam merah jadi gelap gelita ni hah? 


Sekali pagi tu takder air
Memang berassssssssaaaaappppp kepala ni rasanya
Sakit hati kan tgh masak2 boleh takder air
Ibu tak kira, air takder pun, ibu setelkan jugak semua periuk kuali tu
Rimas tau nak tgk semua2 tu kt singki tak berbasuh

Puas hati ler masak lontong ni sbb habis licin kami (ibu & baba je) makan
Kalau ibu, ibu suka kuah lodeh banyak-banyak2 ^_^


Kalau baba makan lontong, macam ni la, kuah lodeh sket je, dia mmg suka kering2 macam tu

Ibu dah lama tak letak kacang panjang dalam kuah lodeh sbb kat pasar biasa jual kacang panjang banyak2. Jenuh nak perabis. So, ibu ganti ngan kacang buncis. Letak carrot, fucuk ngan suhun. Tu je. Makan dari pagi sampai malam okay ^o^ 
Ibu masak nasi himpit tu 4 bungkus, tamak la tu padahal nak makan laki bini je pun ^_^



Tokyo: Tokyo International Airport

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 29 , 2013
Friday
Page 40/365

Utk entry edisi Tokyo, this is the second last, Insya Allah
Lepas ni, macam biasalah, time bz, bertapa la sekejap. Tuan rumah dah lah malas nak menaip banyak2. Selalunya,  bubuh gambar besar2, tulis sepatah dua je ^o^
Dapat update seminggu sekali pun kira ok apa 
Depends on masa dan modal nak menulis jugak

Tu pun semua entry pasal Tokyo, autopublish ye, hehehhehehe
Bila ada masa, buat banyak2 siap2. Kalau nak harap hari2 update blog, buat masa ni, tak berkesempatan lagi ^_^


Baru sampai, nak gi kt imegresen, pick up luggage
Penat tp sgt happy ^_^


Masa kat dlm airport, ok la tak sejuk kan
So, Naurah bukak la jacket dia
Masa kat dalam tu pun, amik masa jugak nak check passport, amik luggage bagai kan

Sekali masa keluar nak amik cab, dia tak nak pakai balik 
Tgk, ada budak muka masam dlm buggy, dia sejuk giler tp still degil tak nak pakai jacket 



Ini masa nak balik
Seriously, masa ni masing2 baru terasa penat yg amat
Kaki ibu ngan baba rasa cam nak patah setelah beberapa hari pulun berjalan di Tokyo
Jalan sket2 je kat sini
Ingatkan akan ada last minute shopping before boarding, tp nak seret kaki pun dah tak larat ^o^
So, kami jalan sekali lalu je
Naurah siap tgh menguap lagi dlm gambar ni ^o^

Tp airport dia mmg cantik, nak2 bahagian yg ada kedai2 ni. Sekali tgk cam rumah Jepun dlm drama citer lama2 tu 


Tak dapat tgk sakura betul, artificial punya pun jadilah
Sekali tahun ni, tgk dlm paper, Sakura berbunga awal kan, selisih berapa hari je ngan tarikh kami balik Malaysia
Dah takder rezeki kan


Tak lama lepas ni, Naurah pun ZzZzzzzZ
Dia bangun tak bangun, dah dlm flight, kul 5am
Tau pun awak penat ye ^_^

Dah la tempat menunggu kitorang bapok jauh giler
Kaki dah la penat
Nasib baik ada baby carrier tu
Kalau tak mmg tak sanggup tau nak dukung budak yg tgh tido tu
Tp dlm pada duk penat tu kan, otw nak ke tempat menunggu tu, ibu sempat jugak melencong masuk dekat butik MAC, hahahaha
Tp sbb kesian kat baba, ibu masuk kejap je, pastu kuar balik, kekekeke



Tokyo: Random Pictures

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 28, 2013
Thursday
Page 39/365


Several random pictures while we were in Tokyo


Lunch boxes for the presenters/ participants of the conference
Actually, it was a joint conference
So, there were quite several conferences were held at that time


I just snapped a picture of these lunch boxes, and later gave them to the housekeeping staff ^_^


@ Conference 
That's our luggage. Dah check out kan, so semua luggage letak kt luar bilik conference.
We brought 1 big luggage (the one in the picture), 1 small luggage and 2 back packs. One of them was Naurah's diaper bag, which I just bought several days before we off to Japan. Kebetulan ada clearence baby stuffs kat EC. Barang2 yg biasa harga RM100++ boleh dapat below RM50 masa tu. 
Naurah ni, time jalan2 mmg pakai diaper lagi ^_^ 

On the presentation day, I wore a black kebaya (which I bought at Jusco Maluri sometime ago) and also a black jacket. Sudahnya, serba hitam jadi tak nampak kan ^_^
As to add some color, I matched them with bright pink pashmina and black inner by Aidijuma. So, kira ok la...


Baba dah present on the first day. Me on the other hand, dah last day baru present.
By the way, thank you Naurah for the pic ^_^


She's not the only kid there. Ada 2-3 orang lagi budak2 kat situ. Masing2 duk menunggu mak/ayah diorang present jugak.



A simply baby pink casio, from baba ^_^
and it is a solar watch 
Perfectly matches my bracelet. I bought the bracelet at Ameyoko, a day before baba bought me the watch at Yodobashi-Akiba. 
Lepas sampai hotel, baru perasan kebetulan yg sangat comel itu, hihihihi

(ibu pakai jam mcm tu, kena pusing nak tgk kul bape)

Masa nak pilih tu, duk pk samada nak BabyG in shocking pink atau this baby pink 
Tp ibu biasalah, mata ni laju sket tangkap kalau kaler lembut2 pucat2 ni ^_^
So, baby pink it is
Lagipun, BabyG yg ibu terai tu, rasa cam anak2 remaja sket, tak berapa sesuai je rasa

Ini entah jam yg keberapa ibu dapat dari baba pun ibu dah lupa
Ibu pun pernah buat entry pasal obsession baba pada jam ni
Sejak dari zaman bujang, hari kawin, lepas kahwin, pregnantkan Naurah, dah ada anak, selalu ibu dapat jam dari baba
Casio, 25 Hours, Alba, Bonia, tu antara yg baba pernah bagilah tu
Paling banyak sekali, Casio




And one of my favorite is my dark blue Casio,
baba hadiahkan sempena nak masuk sem baru masa tgh buat master dulu (hahhah) 
masa tu kami jalan2 ke Penang, ni citer beberapa tahun lepas la ni
Design dia 99% macam yg pink kat atas ni
Bezanya, ibu punya hiasan kt dalam tu bukan love2, tp bulan ngan bintang, kikiki
Rasa nak menitik air mata ni masa jumpa gambar ni kt Google
NAPE MASA IBU BELI DULU TAKDER KALER PINK????!!!

So, kalau time birthday tu, kalau rasa tak nak jam, mmg ibu cakap siap2 apa yg ibu nak, kalau tak, jam lagilah jawabnya, hahaha

Naurah siap2 ye, sek-sok awak pun bakal menjadi org yg ada banyak jam
Hmmm, even skang pun dia dah banyak jam, selalu aje belikan, yg RM10 tu, daripada beli menan ntah hapa2 tu kan ^_^ 



Ha, ni boat house. Kat depan ibu amik gambar ni, ada elevator. Hari2 jalan dari hotel, lebih kurang dlm 10 min, sampai la kt sini. Naik elevator tu utk ke Tokyo Metro subway station.



And last but definitely not least, tadaaaa!!! Our 10.7 kg of survival kit in Tokyo. Mewah dengan makanan ye kami kat sana, hahhha



Tokyo: Shopping at Yodobashi-Akiba at Akihabara

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 27, 2013
Wednesday
Page 38/265

Our last day in Tokyo,  sob-sob
Kami keluar awal sket sbbnya, nak check out
Waktu check out asal, 10am. Awal giler. Tp kami mintak extend sampai kul 4pm (kena tambah bayar la)
Reason nak check out lambat tu, sbb ibu punya slot presentation, kul 4.45pm. So, paham2 la bila kita ada budak kecik kan.

Kali ni, nak ke Yodobashi-Akiba, Akihabara. 


Dia tak tido, dia pura2 tido. Menan yg baru beli semalam pun, dia bawak. Dia dah bukak dah, siap dah main2 dah kat hotel. Tp sbb nak jalan, pandai pulak dia kemas balik, susun semula ^_^


So, bila sampai kat Akihabara, mula2 tgk map. Last2 tanya mamat kat belakang tu. Luckily dia boleh cakap English sket2. So, bila kita tanya je Yodobashi-Akiba, terus dia tanya balik 'you want to buy camera?' kerana kat sana mmg famous dgn camera. Tp kami nak beli benda lain.
So, dia pun bg direction. 

Dah jalan dalam 100m, tetiba baba cakap mamat tu silap bg direction. Ibu mmg konfiden je ngan direction mamat tu. Dah dia orang sini kan. Jalan dengan senang hati tanpa memikirkan apa2. Rupa2nya suamiku tidak begitu. Dia berjalan sambil memikirkan logik ke tak direction mamat tu, hahhaha
Baba beria2 cakap mamat tu salah bg direction. Baba cakap, ni kalau kita terus, kita sampai kat sekian2 tempat. Ahhhh sudah....baba ni konfiden je kan

So, kami pun cross jalan, patah balik. Ni mmg ikut cakap baba, instruction mamat tu dah tolak ke tepi dah. 


On the way ke Yodobashi-Akiba, saja ambil gambar kat phone booth dia. 
Korang ada tak dulu2 (tahun 1990-an) tgk drama bersiri Jepun, tajuk 'Tokyo Conderella Story'?
Haaa, dlm citer tu, baaaaaanyak babak kat phone booth, sbb heroin dia duk bercinta ngan hero pakai telepon je. Kalau tak silap ibu, pakwe dia tu bos dia. Korang tak tengok ke? Korang dulu sekolah asrama eh, balik sekolah kena gi prep? hhhahhha
Ibu dulu sekolah menengah biasa, balik sekolah, lepas siap homework atau sambil buat homework, boleh ngadap TV, kikiki  

Tu yg ingat sgt public telephone kaler hijau ni, pengaruh drama bersiri tu la ^_^



Alhamdulillah, sampai dah ke Yodobashi-Akiba.
Yey, baba betul! 

 Kat sini, seriously, sangat seronok. Bukan barang2 elektrik, electronik je, lain2 pun ada. Souvenirs pun ada. Kami ke level yg jual jam tangan. Sbbnya, I promised my husband to buy him a birthday present, here in Tokyo (birthday nya bulan 5, so, in advance la ni). He is so into watches, harus la dia nak jam ^_^

Tp bukan baba je yg dapat jam, I got mine too ^_^
Baba hadiahkan sempena....errr..sempena....takde sempena apa2 pun, saja2 je ^_^

Ibu pilih ibu punya kejap je. Pegi kat Casio, nampak je kaler baby pink, terai2, terus okay. Baba Naurah sekali dia shopping, amikkkkkk....berjanggut tunggu dia pilih. Baba ni mmg fan of G-Shock. Jadi, lama tau dia duk melilau kat G-Shock tu.

So, sementara tunggu baba memilih hadiah birthday dia, ibu jalan2 ngan Naurah, gi area cosmetics, sambung beli souvenirs sket3 lagi and end up, Naurah beli topeng Ultraman tu ^_^

3-4 kali gi jenguk baba, tak siap2 lagi dia memilih
Korang tak tgk lagi kalau time baba nak beli kasut, boleh tido kita yg tukang teman ni
Naurah siap boleh jadi part timer tak bergaji lg kat kedai kasut tu ^o^


Masa datang ke sini, kami ialah: Ibu, Baba & Naurah
Masa balik, kami ialah: Ibu, Baba & Ultra-Naurah


Baba siap pakai terus okay ^_^



Kalaulah tak mengenangkan ibu nak kena present dan nak check out, harus lama lagi kat sini ^_^



Dan sejak dari dalam Yodobashi-Akiba lagi, raaaaaaamai yg tegur Naurah sbb dia pakai topeng tu.
Kang jumpa minah2 yg pakai contumes Anime tu, lagilah diorang, 'Kawaii-kawaii' ^o^
tak kira tua muda, semua tegur dia. And basically, orang Jepun ni sebenarnya sangat peramah. Despite the language barrier, they are really friendly ^_^ and diorang cakap lembuttttt je, hihihi

Jadi, masa kami berjalan2 di sana, tak la banyak sgt. Hanya hari pertama dapat jalan penuh satu hari sbb tu je hari kami free. Hari kedua, dah lepas Zuhur baru keluar jalan sbb baba present pagi tu
Last day, keluar awal pagi, tengahari dah balik sbb ibu pulak nak present. Tp, puas hati jugak sbb dalam waktu yg singkat, banyak juga tempat yg kami dapat lihat ^_^

Moral of the story: Plan your trip well and walk fast! ^_^



So, bye-bye Akihabara, and world peace! 
(hahhhahha, mcm pertandingan beauty pageant pulak cakap macam tu ^o^) 





Not so WordlessWednesday>> Summer Cereal

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 27, 2013
Wednesday
Page 37/365



These days are so hot...phew...
Bangun subuh tu dah rasa bahang...
Kat tempat korang panas tak?

Tokyo: Misi Berjalan Kaki From Ueno - Asakusa Part 2

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 26, 2013
Tuesday
Page 36/365

Finally, after almost 1 hour walking from Ueno, here we are in Asakusa, again, ahahahahha
Memang seronok berjalan2 macam ni. Kat Malaysia, jgn harapla nak jalan kan. Sket2 naik keta, sket2 naik keta.




Second time we were here, baru dapat amik gambar sekeluarga. Minta tolong sorang Japanese boy, budak sekolah menengah kot. Masa nak ambil gambar kami, budak tu siap buat isyarat 1,2,3 nak ambik gambar kami, hehhhe cute nya korang ye. Bila dia snap gambar tak menjadi, dia mintak kawan dia pulak yg kirakan, hahhha


Main point ambil gambar ni, nak snap gambar minah berdua yg pakai kimono tu sebenarnya. Nampak tak yg pakai kimono kaler hitam & purple tu? They're gorgeous ^_^


Biskut Doraemon. Tgk je la


Hahha, penat ehhh...


Haaa, ni ah yg ibu cakap ada benda menarik kat depan bangunan yg baba solat tu. Ada handprints selebriti diorang la. Agaknya, ni macam walk of fame diorang la kot. Sbb tak pandai baca those kanji kan, so, snap general je la. 
Sekali masa nak jalan, ibu dengan ada budak kecik, umur dalam 5-6 tahun kot, dia cakap 'TA-KU-YA' and then dia letak tapak tangan dia kat tangan tu. Mak dia pun, 'klik' amik gambar dia.
Huwaaa, Takuya Kimura ke? Ibu pun nak jugak amik gambar kat situ!!!


Okay, dah nak balik. Hari2, laluan kami adalah Ginza Line (kaler oren). Balik pula, akan menuju ke Akasaka Mitsuke.




Muka penat & muka tak reti penat ^_^


Masa kat Ameyoko, ibu ada masuk satu kedai jual barang2 Hello Kitty, dan ibu ada beli satu set mainan Hello Kitty kt Naurah. Bila dia bangun je (masa tu ibu & baba baru lepas berenti makan kebab), excited betul dia tgk mainan baru dia ^o^


Mainan tu dlm 680 yen



As we arrived at Asakasa Mitsuke, tak jalan balik terus ke hotel, tp baba ajak jalan2 area Tokyu Plaza pulak. Kalau ikutkan, keluar je dari Tokyo Metro Station tu, akan naik lif, jumpa Boat House. Then jalan dalam 10 minit, sampai hotel.


Jalan kejap aje, pusing keliling gitu2 je. Then balik. 

To be continued @ Shopping at Yodobashi-Akiba @ Akihabara


Tokyo: Misi Berjalan Kaki From Ueno - Asakusa Part 1

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 25, 2013
Monday
Page 35/365

On our second day in Tokyo, baba came out with a really fun idea, that we are going to have a long walk, from Ueno to Asakusa
Di samping utk mengelakkan aktiviti sorang angkat buggy dan sorang dukung Naurah sambil naik tangga yang TINGGI (seriously, tinggi), baik kami berjalan2, dapat juga tgk Tokyo sebanyak yang mungkin ^_^

Tangga2 yg tinggi tu biasanya kami akan jumpa bila turun naik train di Tokyo Metro Station. So bila kita sampai ke satu2 destinasi tu, tak semua tempat tu sediakan lif. Kalau ada lif, phew, lega. Kalau tak ada, hamek kau, o-som sapa nak pikul buggy, sapa nak dukung Naurah.

Masa hari kedua, kami start jalan2 lepas Zuhur sbb paginya baba ada presentation.



See suamiku yg rajin study map Tokyo, hihi


Isterinya malas nak memeningkan kepala tgk map Tokyo yg sgt complicated tu, jadi alangkah indahnya bersenang2 begini, hihihihi

Just imagine, baba ada kawan yg dah tinggal bertahun2 di Fukuoka, tp bila datang Tokyo, dia masih cakap yg dia agak kalut la juga sbb dua tempat yg berbeza kan. Jadi, logikla bila ibu pening kepala tgk map dia tu kan.


First destination on second day: Ueno
But we stopped at Ueno-hirokoji.
So, from Ueno-hirokoji to Asakusa, selang tiga stesen. Jauh jugak le maknanya tu.


@Ueno
Hari kedua tak sesejuk hari pertama, lebih kepada nyaman je hari ni. Tp tangan ibu sejuk cam air batu jugak. Kekurangan lemak dalam badan la tu maknanya ^o^


Ibu tak tau apa nama temple ni. Tp temple ni terletak betul2 di celah2 kesibukan Ueno. Jalan agak sempit kt sini




Mula2, plan nak ke Ameyoko dulu, tp tgk2 sampai kat Okachimachi dulu. So, jalan ajelah kat sini.  Okachimachi is a busy baazar-style market. Kiri kanan penuh dengan deretan kedai2. Bila belek2 harga, nak kata murah, tak juga. Tapi banyak juga yg sama dengan harga kat tempat kita. 
Kedai2 yg jual sports attire, shoes, mmg banyak kat sini. Nak yg branded, tak ada brand, semua ada. Kedai2 yg jual jam tangan, cosmetics, swim suits, leather stuffs etc pun banyak


Another halal food  ^_^
Org yg meniaga di kedai ni boleh cakap Melayu sikit2
Muka dia mcm Melayu, so at first I thought that he's a Malay. Tp baba cakap bukan, dia orang Arab.
Ada 2-3 buah jugak kedai halal food kat sini.



The halal food stall is located exactly in front of Ameyoko Plaza


At Ameyoko, I ended up purchasing a pair of Nike Sport Shoes which cost 3780 yen. Kat Malaysia, ibu survey kasut tu, harga tak kurang RM200. So, utk orang yg alergik exercise macam ibu ni, takdernya nak beli sport shoes sampai RM200++. So, sangat murah kan. Jadi, ibu mmg tak teragak2 sambar kasut tu. 
Lucky me, kasut tu, mmg dah last one punya. So, tu antara sbb harga dia murah. Tp tokey kedai tu baik hati, dia cari2 lagi, jumpa lagi sepasang yg one size bigger, lebih selesa ngan kaki ibu. Masa nak beli tu, dia dah cakap yg ibu akan dapat yg display set sbb tinggal sepasang tu je. Ibu tak kisah pun. Size pun just nice. Ibu terai pun dah siap pakai ngan socks. Tgk2, dia carikan jugak yg baru ^_^
Kaler kelabu + pink tau, hihihi 

Ibu nak belanja baba sport shoes tp baba jual mahal ^_-



Seafood pun banyak kat sini
Tp walaupun pasar jual barang2 basah macam ni, pasarnya tak lecak.


Tunggu baba masuk kedai jam
Baba memang, he really-really has a thing with watches, like ibu has a thing with shoes, hand bags, pashminas, and many more, hahahahaha


Dah habis menjamu mata kt sini, masa keluar nak lintas jalan, nampak orang jual ikan ni
Bukan ikan betul, ikan pakai bateri ^_^

By the way, setentang dgn hotel kami, ada apartment. Kat tingkat atas sekali, ada yg tanam pokok dlm pasu kt beranda, then ibu nampak ada 2 ekor rama2 duk terbang kt pokok bunga dia (ye, ibu Naurah mmg suka tgk laman rumah orang).
Dlm hati, sweetnya rumah dia, ada rama2 kt pokok bunga
Esoknya, tgk ada lagi. Pastu cakap kat baba. Maka kami pun mulalah sesi merenung dari kejauhan. Rupa2nya, rama2 tu rama2 pakai bateri jugak sbb duk terbang kt area sama je ^_^


Okay, misi berjalan kaki bermula!


Tak sure kat kat mana masa ni, tp masa ni kaki baba dah sakit tp ibu masih maintain, hehhehhhe
Minta tolong omputeh amik gambar ni, dia tgh tunggu bini dia shopping pinggan-mangkuk antik rasanya.

Baba untung tau, ibu Naurah ni, kalau bab berjalan, tak reti penat ^o^. Berenti makan kejap kat tepi kedai perabot rasanya, makan kebab yg beli tadi.

To be continued @ Misi Berjalan Kaki From Ueno - Asakusa Part 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates