Thursday morning

8:25 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 30, 2013
Thursday
Page 67/365

Dah nak abis dah bulan May....esok sehari je lagi
Minggu ni pun tinggal sehari je lg kena keje ^_^
Weekend ni nak travel, tp satu hapa pun tak kemas lagi


Siap2 nak babai-babai husband nak gi keje ^_^
Since ibu ni ofisnya kt rumah aje
Maka hari2 lebih kurang macam ni le uniform ibu
Pashmina, t-shirt/blouse/jeans
Hari cuaca macam mendung sejuk2, baru la ibu pakai baju kurung ke, jubah ke

So, pagi ni, ibu masuk ofis dengan t-shirt padang besar + jeans + pashmina yang sangat ibu suka sbb corak dia macam selendang arwah mak ^_^



Hari Khamis, maka pekerja gov kena pakai batik
Ni le satu2 nya baju baba kaler pink, fuschia pink lagi ^o^
Tp baba MENAFIKAN yang ini adalah pink, dia kata MERAH




Bye bang, jalan baik2 ye ^_^
Kadang2 baba jawab, 'tak nak, nak jalan jahat-jahat'


Naurah pulak, tengah having breakfast dengan air pink (susu + air strawberry)
Pakai t-shirt ada gambar cheongsam warna pink + jeans pink +bawak beg pink + bawak bekal cup cake ladybird dua ketul ^_^

Okay, masa untuk bekerja ^_^



Mini Swimming Pool

8:25 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 28, 2013
Tuesday
Page 66/365


Naurah biasa tgk anak jiran2 ibu mandi dalam mini swimming pool ni kat laman rumah masing2
Tp dia tak pernah mintak pun
Dia tengok je
Rasa nak belikan, tp terpikir karang kalau dia asyik nak berendam je, abih la
Mana nak buat keje, mana nak layan dia mandi manda lagi, huhu



Tapi, last week, baba belikan jugak
So, we made a deal
Naurah hanya boleh mandi time weekend je

Nampak macam kecik, tp jenuh jugak nak tunggu penuh
Naurah awal2 dah masuk dalam kolam
Siap mintak sabun ngan ibu, nak main buih2 sabun

Kalau kat taska dia, dia memang selalu la ada aktiviti mandi2 kt swimming pool ni
Tp yg kat taska dia, swimming pool dia kena pam, so tapak tu lembut le
Saiz pun besar sket la

Yg ni takder nak pam2
Bukak je, terus isi air
Nak simpan balik pun senang


About 'Pink' on the stove and some random stuffs

4:47 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 21, 2013
Tuesday
Page 65/365




Mula bertugas secara rasminya di atas dapur ibu Naurah pada hari Sabtu lepas ^_^
Ni yang beli masa ke Tokyo bulan 3 ari tu
Selama ni, sayang nak pakai, hihi

Ari tu masa ke Aeon Big, nampak ada non sticky pan kaler purple...dark purple
Nasib baik dark purple, kalau lilac, huhuhu...maunya hati jadi tak keruan




Ayam masak masam manis


Naurah amik gambar ibu ke gambar orang belakang tu?


Suka ye kenakan ibu ^o^


Pekena ABC & cendol ice cream @ Mustafa Cendol
Kalau Mustafa tu double F, ada harapan nak makan free, hehhhe


Ibu makan rojak mee, baba makan rojak ayam



The best four pictures?

11:32 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 17, 2013
Friday
Page 64/365


Diving through my hard disks
Looking for the best four pictures of An Naurah
Only four...
Okay, that's easy ^_^

See, I found it! Okay, move it to Cuci folder
Oh, found another one -  Okay, move it to Cuci folder
Eh, look at this picture, she is SO CUTE ^o^ - Okay, move it to Cuci folder
Oh my, this is the cutest smile ever!  - Okay, move it to Cuci folder
Haha, she is so funny in this picture!  - Okay, move it to Cuci folder
and so on....

and end up, there are already more than 50 picturesin the Cuci folder... and that's just within30 minutes of searching.

...the best four pictures of An Naurah, 
only four...
do such pictures exist?

Ibu loves you so much ^_^


***Cuci sbb nak letak dlm frame...tp frame tak beli lagi ^o^

Personal Shopper

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 17, 2013
Friday
Page 63/365

This is the story of....last month...
macam dah basiiii jerkkk
Bolehla...tengah takder modal nak bercerita
.........................

Nak beli kt offline shop, tak jumpa pun kaunter nya kt Kuantan ni
Lain2 cosmetic counter elok je ada
Memang biasa macam tu la kan, yang kita nak selalu je tak ada
Resam dunia kotttt...
Kt Bestbuy, mmg ada, tp limited jugak...
Kt online pulak, tak tahu mana yg reliable, and kalau boleh local shop lah


Back then when we were in Perlis, if such situation encountered, Queensbay Penang will be our solution, lalalala

Lucky me, I have my own personal shopper in KL, kihkihkih
Hidup Acik Pah Naurah ^o^!
Biasanya, tak cukup setakat bagi detail produk yg ibu nak tu pakai sms/call je, tp nanti Acik Pah dah sampai kaunter, dia akan call balik
Tanya DETAIL lagi!

Acik Pah: Botol dia gini kan? pastu dia macam gini2 kan? kaler dia gini kan? bla-bla-bla gini kan?
Ibu: Aku rasa betul doh tu. Payoh2 mung beli je la!
Acik Pah: Aaaa...benci aku, mung biar betulll!!!

kehkehkeh

Kiter pung-pang-pung-pang dua beradik kat telepon biar pening kepala orang yg keje kt kaunter tu, hehhhe
Biasanya bila Acik Pah call, ibu ready depan lap top, apa2 senang terus google

Baca review orang, study2, buat research, tgk kulit si reviewer tu sama tak ngan kiter, pastu baru decide
Orang2 yg buat review ni pulak, memang bagus, tak kedekut ilmu ^_^

So, ibu kirim dua ni kt Acik Pah
Nak beli dua2 ni, ada procedure nya:

1) Masuk dlm wish list
2) Tunggu bulan jatuh ke riba
3) Beli!

Even tak pakai matric card hari2, tp sentiasa sedar diri ye! ^o^


Btw, bagi sesiapa yg dry skin dan mencari foundation and pressed powder yg very light, both products are highly recommended!

Untuk foundation Chanel Vitalumiere tu,  
bila pakai, Kulit TAK LEMAS.
Coverage: Light

Maknanya, tak berapa sesuai kalau kulit muka ada masalah, atau ada nak cover apa2

Bila sapu, macam air, tak rasa apa2 pun, cool kan ^_^
Yg penting, tak tebal!

Utk pressed powder tu pulak, just nice je sebagai stay power pada foundation yg kita pakai ^_^

Jgn risau, dua2 tu kalau pakai mmg sgt natural
Muka releks je ^_^
Tekstur foundation macam airlah katakan ^o^
Pendekkan cerita, it's worth buying them.
Itulah pentingnya research ye kawan2, hahhahhha
mulalah nak melalut ni ^o^

Biasa online shopping, free gift takder la meriah sangat
In fact, dah lama tak dapat free gift bila beli barang kt online shop, huhu
Tokey sabun Daia jugak yang bagus! (Balik2 dapat pinggan, huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu)
Tp bila kirim kat Acik Pah, dia pos pakai box yg comel ni ^_^
Siap bubble wrap bagai lagi.
Ye lah, kalau pecah, maunya ibu meraung depan van pos laju tau! Hahhhahhaha


Ini sebahagian free gifts, SEBAHAGIAN ye!


Ibu: Naurah, ni Acik Pah kasi beg Hello Kitty
Naurah: Ini Naurah punya? 
(Petang, bila baba balik keje, baba bagi dia RM2, suruh pakai duit tu untuk beli APA2 pun, kehkekeh)

Mula2, muka sengih2, pastu mulalah buat jelingan penuh makna tengok ibu punya banyak, dia punya satu je, kahhhkahkah

Conclusion: Kalau Acik Pah bukak online bussiness, pagi dia bukak, petang mungkin dia bankrap sbb banyak perabis kat free gift! ^o^

Tima kasih banyok2 ye Acik Pah!

Sekian cerita basi bulan lepas ^_^

***Selain merangkap personal shopper ibu Naurah, Acik Pah juga merupakan personal shopper Mama Muiz & Muaz ^_^
Tp Mama Muiz & Muaz lagi dasyat, dia bagitau beli apa2 general je, nasib Acik Pah tak meroyan kt shopping mall, hahhha

The other Half's Birthday

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 16, 2013
Thursday
Page 62/365


Birthday yang tersayang, kalau ikut kalendar Islam, 1 Rejab
Kalau ikut kalendar omputih, 16 May (Hari Guru)

Tarikh cantik2 je ye baba Naurah ni ^_^

So, sbb 16 may jatuh on weekdays, jadi ibu ajak baba celebrate ikut kalendar Islam, Sabtu lepas la maknanya

Nothing fancy, cuma bila bersama keluarga, semua2 akan istimewa ^_^

Nak kata makan luar tu special, sah-sah tak sbb memanjang makan luar
Seminggu sekali akan cuba makan di Pizza Hut sbb ikutkan selera anak ibu yg sangat memilih nak makan tu


Tak kira la birthday siapa pun, apa2 pun kena tanya selera budak kecik ni jugak
Kalau tak, kesian dia terkelip2 tgk ibu & baba dia makan


Ini gambar masa lunch
Biasa order pizza for two
Tapi kali ni amik pizza utk sorang makan je sbb ibu ordered cheesy baked rice


Ni pulak gambar masa dinner, ibu belanja ^_^ 
Makan2 kat Wild Wild Wester Food kat Tg. Lumpur
First time makan kat sini, sehari sebelum balik kampung sempena PRU13
Rasa dan harga boleh tahan

Kami bertiga2 sempoi aje
Naurah dah siap pakai baju tido I Love Malacca
Ibu ngan baba boria pakai t-shirt Japan
Naurah lah lebih2 excited tgk ibu & baba pakai baju sama ^o^



Untuk baba Naurah yang tersayang ^_^, selamat hari lahir & barakallah


***Hari Ahadnya, ibu sambung belanja makan nasi Arab pulak kt Al Jawaher ^_^. Hadiah dah bagi siap2 masa kt Tokyo ari tu.
*** Selamat Hari Guru untuk semua guru2, especially untuk Cikgu Zailan & Cikgu Ima ^_^



Salam sayang,



(read: Ibu And Naurah ye bang, hehehe)

Maxi Plain Voile Cotton Shawl Challenge

3:30 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 14, 2013
Tuesday
Page 61/365

Sebelum2 ni kan, kalau hati dah berkenan ngan satu2 jenis shawl/tudung, in term of nak kumpul semua warna, takder mslh sbb baik online or offline shop, berlambak2 jual
Even kat pasar malam pun dah rambang mata
Harga pun jadi murah 
Hukum demand vs supply kan ^_^

Tp, kali ni, sejak hati dah terpaut ngan maxi/xl/wide voile cotton shawl ni, PAYAHHHHHNYERRRR nak dapatkan yg plain T_T
Kalau yg printed, berlambak2, tp yg plain ni mmg menguji kesabaran, huhuhu

Serius, payah.
Online shop kt Malaysia, kalau ada jual yg plain, biasanya material dia lari sket
Dia bukan cotton voile semata2, biasanya ada campur silk
Jadi berkilat2 la sket...
Nanti dah jumpa yg  fully cotton voile, tgk2 ada rambu ramba pulak kt tepi2 tu, huhuhu

Online shop paling dekat ibu jumpa setakat ni ialah di Singapore
Harga agak mahal lepas convert

Ada jugak yg jual agak murah tp pre-order based la pulak

Kalau kt ebay, memang banyak, sangat murah even lepas convert ke duit kita
Tapi tak deliver ke Malaysia lah pulak, huwaaaa

Kalau yg buat delivery ke Malaysia, mahal la pulak....sob-sob

Cari2 lagi, jumpa yg from London pulak
Tak tau la dia nak hantar ke tak kt ibu Naurah yg duduk di Kuantan, Pahang ni, huhuhu

Harga yg dia offer agak murah even lepas convert
Murah berbanding harga yg online shop di Malaysia
Maybe lepas campur shipping rate, okay lagi kot

Huhuhuhu


source: ebay
Size dia 180 x 100 cm

Mana nak beli ni...huk-huk-huk

^_^

8:44 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 13, 2013
Monday
Page 60/365



Terima kasih baba Naurah sbb hadiahkan ini untuk ibu Naurah ^_^
Qari favorite ibu semestinya Sheikh Mishary Al Afasy sbb dia baca tak laju sgt, tak lambat lambat sgt
Suara dia pun sangat merdu. Jadi, seronok la nak mengaji dengan tok guru macam tu kan ^_^
Ibu start minat dgn Sheikh Mishary masa kat Perlis. Baba suruh ibu dengar dia baca surah Al Mulk kat Youtube. Tu la start minat dengan dia.

Lain2 buku yg dapat kt dalam tu boleh guna utk Naurah dan ada juga utk kegunaan satu hari nanti, jika ada rezeki. Insya Allah.

***Baba tanya, ibu nak hadiah apa. Kebetulan ada rezeki lebih, bukan sempena apa2 pun. 
Pikir punya pikir, ibu mintaklah myQalam ni ^_^ Kebetulan nampak ada promosi. Semoga bermafaat. Insya Allah.



Seni yang tak terjangkau dek akalku

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 10, 2013
Friday
Page 59/365



Ibu: Naurah lukis apa ni?
Naurah: Itik...
Ibu: Gulp!


Sampai rumah terus gantung kt pintu bilik, tak sabar nak tunjuk kat baba dia ^_^

Cantik Naurah lukis...pandai  ^_^
perasaan mak-mak ^o^



3 days working and here come lovely weekends!


***Hasil art work Naurah di taska. Biasa lukis atas kertas, kali ni atas canvas pulak ^_^
Sehari sebelum main cat-cat ni, cikgunya dah pesan supaya pakai baju yg sedia utk dikotorkan, hahha


Suggested vs. Prohibited word(s)

3:47 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 9, 2013
Thursday
Page 58/365


Tak tau mana dia dengar sebenarnya
Dia selalu aje pakai ayat buku teks bila bercakap
Ibu & baba dia sah2 cakap ikut bahasa sesedap rasa, hahha
Kadang2 bila dengar rasa kelakar seram
Kadang2 tu sejukkkkk je hati ni, rasa baiknya anak ibu, hihi

1) BAIKLAH IBU (Tiap kali dengar ni rasa comelnyaaaaaaaa Naurah ^o^)
2) WAH, IBU/BABA HEBATLAH (Kadang lap air tumpah je pun, terus dikatakan HEBAT)
3) KITA HEBAT, KAN? (Main bola bertiga dalam rumah, dia memanjang tendang ANGIN, tu pun mengaku HEBAT)

Dalam rumah ni juga, perkataan AKU is prohibited
Standard la kan bila ada anak kecik
Masalahnya, bukan AKU je, semua perkataan yg dia rasa tak sedap didengar di telinga dia, terus di larang penggunaannya (terus ayat ibu jadi ayat buku teks)

Contohnya: MEMANG

Naurah: Jangan cakap MEMANG, SAYA!
Maknanya, dia tak kasi kita guna perkataan MEMANG, instead dia suh guna perkataan SAYA
Sungguh ku tak mengerti ....

Contoh lagi: BERLAKU
Perkataan BERLAKU juga diharamkan di dalam rumah ini sbb gabungan BER+L+AKU, hahhhhahhha

BODOH
This is very bad word kan, tp kadang2 ibu ngan baba sebut juga, tp bukanlah utk tujuan yg tidak baik tapi lebih kepada MENERANGKAN TENTANG CIRI2 SESUATU, hihi
Contohnya: 
Buat muka BODO, lawak BODO
Semua2 pu tak boleh
Kalau sebut juga, kena MINTA MAAF DENGAN NAURAH ^_^

Kalau ibu ngan baba tengah cerita apa2 tp bercerita dengan sungguh2 dan penuh emosi, nak2 tengah marah, maka banyaklah perkataan yang akan ditapis even tak masuk akal pun

Contoh:
Ibu: Lembabnye internet hari ni!!!
Naurah: Jangan cakap macam tu, SAYA!

Maknanya, sebaris ayat ibu tu kena buang dan gantikan dengan SAYA!




Rambut siapakah ini?

8:55 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 9, 2013
Thursday
Page 57/365



Huwaaaaa!!!!



Naurah potong rambut sendiri!!!!
T_T


Rambut awak dah la tak banyak...
Terus ibu jadik Conan petang semalam, siasat bila dan bagaimanakah kes ini berlaku!



Pic: Gambar tadi, sebelum ke school, sempat masakkan pizza untuk ibu ^_^


Puas belek rambut dia, tak boleh detect tang mana yang dia kerat tu
.....ke dia kerat rambut ibu dia...?!


***Budak kecik ni mmg ada gunting sendiri, scissors for kids definitely
Biasa dia gunting kertas je
Sekali petang semalam dia dah melangkah setapak maju ke hadapan, huhu

Melihat Laut TC

2:13 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 7, 2013
Tuesday
Page 56/365

Takder mood...
But it's okay...La tahzan ^_^

Hari Isnin, otw balik dari Marang sempena PRU13, ibu mmg betul2 tak tau yg hari Selasa (hari ni), rupa2nya Pahang cuti ^_^
Bukan cuti umum sempena PRU pun...
Alhamdulillah
Kalau masuk ofis hari ni, silap2 banyak melanguk 
Mood ke laut la katakan
Alang2 mood ke laut, mari kita jalan2 tgk laut di TC 

Cuaca sangat baik
Mendung aje
 Orang tak ramai
Ada berapa kerat je

Datang sini, Naurah wajib main buih sabun

Dulu2 masa zaman study di Kuantan, takder lagi laluan macam ni
Kalau nak jalan2 area bukit2 ni, tangga2 tu adalah
Nak bawak anak pakai stroller, nak cycling mmg tak lepas la


Tapi skang ni, memang ramai yg joging, cycling kat sini
Last jalan2 kat area bukit2 ni, masa honeymoon dulu, hehhe
Masa tu pun, still takder lagi laluan macam ni


Rasa dulu kat sini banyak kera dan kaum kerabat dia
Jalan2 kali ni, sekor pun tak jumpa


Baba gi main air laut
Ibu nak gi jugak
Tapi takpelah, ibu jadi tukang tunggu Naurah je lah ^_^


Rasa tenang je tgk laut kat sini... 


Baba turun sorang
Ibu masih jadi penunggu, tunggu Naurah kat atas
Bertuah la kalau Naurah nak turun kat batu2 tu 






















Hmmm....esok dah masuk ofis balik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates