22 Ramadhan

8:40 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 31, 2013
Wednesday
Page 95/365

Here we are, in the last 10 days of Ramadhan
Bulan puasa ni, jadual memang lari
Nak-nak pulak time off
Biasa, lepas berbuka, Naurah terus ZZzzzZZz
Ibu pun join sekali

Dia tido awal sebabnya hari2 she wakes up  as early as  5.30am++
Tak kira la samada weekdays or weekends
So berangan la nak memanjangkan tidur di hari cuti di bulan Ramadhan ni


Look how happy she is

Seawal pagi di hari minggu di bulan puasa
Kena temankan dia main beskal
Oh alangkah empuknya bantal....


But...it's okay
We don't need that beautiful-sleep-in-the-morning-during-Ramadhan's weekend
We'd rather be out here
Vitamin D is wayyyyyyyy to good 
-_-

Siang hari pun Naurah tak tido
Dia mainnnnnnnn je satu hari tu, sampai la dia tidur dlm kul 8pm macam tu
Kadang pernah gak kul 10pm baru dia tido
Banyak betul energy dia

Sometimes I think that she is kind of sugar-walking-around-in-the-human-form ^o^

Malam2 tidur pun, ibu kena tidur sebelah bed dia
Kedudukan bed dia tu memang sgt strategik utk air cond
Ibu tak tahan sejuk2 sangat
Jadi bila dia dah terlelap, ibu akan beralih, tido bawah air cond
So, air cond kena manja2 je
Nanti bila dia terjaga tengah2 malam, dengar la suara dia mintak susu dan cakap
'...nak tido dekat ibu'

Jadi ibu pun kena tukar tempat tido sekejap ngan baba
Pernah Naurah dalam mamai2 tu siap tepuk2 kan bantal untuk ibu
Lepas ibu tido, dia kiss ibu macam ibu selalu buat kat dia
Huhuhu, sweet sangat tau ^_^


So, the other day while I was cleaning up the mess that she made
Then I just noticed yang mainan dia semakin bertambah dengan jayanya
And all these days, are you blind Ibu?!

Rumah sewa kami ni, kalau ikutkan, this should be the dining hall
So, confirm la tak akan beli meja makan selagi duduk menyewa di sini
Bye-bye dining set 
Sobs...

Ini pun mainan dia dah ada yang simpan dalam mini store & ada yang dah buang...


Cikgu taska dia minta ibu prepare buku log utk Naurah, utk aktiviti dia kt taska
So, of course la ibu akan deco2 sket buku Naurah, hihih


Okay, you can have two kittys


Baba belikan bunga api untuk Naurah
Seronoknya zaman kita dulu2, main bunga api secara besar-besaran
Kesian betul budak zaman skang ni

You know kids, ipad, hp, tablets etc just can't give such happiness that you can get from fireworks


Menu berbuka petang semalam
Daging pataya


Ayam merah berserai

Resipi ayam ini ibu masak style yang diajar oleh orang Rompin
Tapi bertuah punya orang Rompin sampai ari ni dia tak mengaku dia yang ajar style ni
Dia siap cakap 'ngeri' tau ibu punya style
Kuang asam punya kakak kan, hahhahhhha

Acik Dah kata ngeri sebabnya, biasa kita tumis bahan blender kan
So, yang ini kita blender bahan tumis
So, that's why dia tak berapa merah sangat sbb masa blender tu, minyak tumis pun masuk sekali
Tapi ibu memang lagi suka style ni dari style tumis bahan blender
Ibu pernah share sebelum ni

Kot2 ada yang nak try, so macam ni ye:

Lada kering tu kerat dua, hiris bawang merah, bawang putih, halia sket, ketuk serai sebatang dua
Then tumis
Bila dah naik bau, blender seme tu
Then, siap blender, sambung tumis sket lagi, perah limau nipis/air asam jawa, tambah air sket, garam gula
Gitu, okay ^o^


Ada ayam dan daging serba sikit dalam fridge, so perabiskan terus la

Apa pulak la nak masak petang ni
Bangun pagi2 tadi terus kepala otak ni duk pikir...


Tukar duit raya

11:03 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 29, 2013
Monday
Page 94/365

Pagi tadi kul 8.30am dah keluar rumah, baba mintak ibu tukarkan duit raya
Maybank jauh tak jauh dekat tak dekat la ngan rumah, tp biasa gi sini ngan baba, sekali ari ni sendiri, siap terlajak, dah kena u-turn balik, naik turun fly over lagi, menyampah!

Sampai bank, mula2 tak ramai orang, pastu tetiba je ntah mana datang penuh dah depan pintu bank

Beratur belas2 orang la jugak
Tukar duit banyak mana pun, dapat sepaket je sampul raya
C'mon bank, please la be generous, bulan2 posa ni, huhuhu

Semalam, masa gi Giant, cari2 la selipar/sandal/kasut raya Naurah
Nampak kasut Jelly Bunny tipu punya ni, suruh Naurah terai
Saja la try kasut sbb plan nak belikan dia selipar sbb dia suka selipar
Sekali dia berkenan la pulok...
Ibu suruh terai selipar riben besar kaler pink pun tak nak
Biasa dia kalau tgk pink terus terjojol bijik mata ^o^
Nangis2 lap air mata sbb dia ingat ibu tak nak belikan dia kasut jelly bunny tu
Yg budak jual kasut tu pulak dah amik kasut tu letak balik kat rak, lagi la emo anak ibu ni kan
Ibu tak boleh tau tgk Naurah macam tu, kelakar2 pun rasa kesian, siap lap air mata, huhu
Tapi kelakar la sbb dia dah pandai memilih kan, kehkehkeh


Hamik, kaki macam bulat2 debab2 je kan, hihihi
Tak payah tunggu raya yang, boleh pakai terus ye ^_^
Macam besar sikit, tak tau la dia nak pakai ke tak raya ni
Tapi takpe, RM10 je

***Kasut raya anak laju je tunjuk kan, kasut sendiri duk dalam kotak lagi
Ntah sapa yg budak2 pun tak tau la ni ^o^



17 & 18 Ramadhan

8:22 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 27, 2013
Saturday
Page 93/365

Minggu ni weekend panjang sket sbb hari Jumaat tu Pahang cuti Nuzul Quran
Tak ke mana2 pun hari Jumaat tu, duduk rumah je
Ada la keluar beli lauk and grocery shopping sket
Skang ni beli lauk dah tak ke pasar, tapi beli kt kedai runcit kat taman rumah kami ni jugak
Kedai runcit tu ada serba serbi, ayam, ikan, sayur, bawang, renpah ratus, segala mak nenek jajan etc
Kedai dia dua unit, satu unit tu lauk2 basah, satu lagi tu jual yg kering2
Jadi senang nak berbelanja lauk kat situ
Takde le kena dukung Naurah sbb kedai dia kering, tak lecak, jadi budak kecik ni pun takder le geli2 nak jalan 

Tapi kalau nak belanja macam sabun, makan2 nak memenuhkan esbok, air kotak berkotak2 macam nak meniaga, susu anak, diapers, semua2 tu lagi prefer shopping kat Tunas Manja

Tetiba la ibu bercerita pasal benda ni seme kt sini kan, hihi


Pagi Jumaat, sebelum gi beli lauk2 tu, bawak anak gi main2 kt playground Taman Bandar kt Indera Mahkota (IM)
Even agak jauh dari rumah dan kt area taman rumah kami pun berlambak2 playground (depan rumah pun ada), tetap suka bwk Naurah ke sini, sajala, bila dah jauh sket dari rumah tu, rasa la berjalan2 sket, hhhehhe
Nak jugakkkkkk berjalan tu


Sbb bulan posa, baba pun tak jogging la
Kalau tak, biasa sampai je terus baba jogging, ibu teman  Naurah main swing  ^_^


Masa baba ngan Naurah tengah main2 dgn alat exercise kt taman tu, ada chinese woman tu tegur, dia kata kami tiga beranak ni macam cina
Dah keturunan kan, nak lari ke mana lagi ^_^

Masa dalam keta, baba cakap 'Dia tak tengok Muiz lagi' 
^o^

Tersedak Muiz agaknya, hahhha


Hari Jumaat, ibu masak nasi padprik
Rasa macam dah lama dah tak buat
Asalnya nak letak udang, tapi tgk udang macam tinggal sikit je kt kedai tu, tukar beli sotong


Pagi tadi jalan2 ke EC
Selipar raya Naurah tak jumpa2 lagi ni
Rasa tahun ni malas nak belikan dia kasut
Memang dia tak pakai punya
Jadi duk survey2 selipar ke, sandal ke, ikut mana2 yg dia selesa
Ibu & baba okay aje ye Naurah ^_^

Skang ni dah pandai tak moh dah pakai jeans, nak pakai dress, baju princess kata dia
Kadang2 bila jalan dia angkat sket dress dia tu macam princess2
Tgh kembali kemaruk dgn citer Sofea The First 
Hari tu dah kemaruk sekejap, pastu boring
Ni start balik dah, tak habis2 lagi
Baba pulak ada record, jadi tabahkanlah hati wahai si ibu dan baba
Layan citer tu je lah sejak beberapa minggu ni 


Menu buka petang tadi
Ayam masak padang
Daun kunyit ada dalam esbok tu, so tak pikir lain dah, terus je nak masak lauk ni
Baba suka sangat lauk2 yg ada daun kunyit ni, dia kata rasa macam raya ^o^


Her 4th Birthday

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 23, 2013
Tuesday
Page 92/365

Dua kali entry birthday Naurah ni ^_^
Kali ni celebrate ikut bulan orang putih pulak
Hari tu dah sambut awal2 sbb takut bulan posa ni takder mood nak celebrate
Tapi birthday anak kan, mana boleh tak semangat

But still tak sambut betul2 hari lahir dia, sambut awal sket, hari Sabtu, hehhhe
Hari keje malas la nak keluar
Dah la bulan posa kan


See birthday girl yang tersenyum manis kat belakang ibu tu ^_^


Pakai simple2 aje ^_^
Mula2 ingat nak bawak dia iftar kat mana2 buffet Ramadhan
Tapi discuss balik ngan baba, memang kena ke Pizza Hut jugak sbb memang itu favorite anak ibu kan
Kalau bawak gi buffet Ramadhan, jwbnya ibu & baba je lah yang makan

Sampai je Megamall, ibu & Naurah tunggu dulu dalam keta
Baba terus lari gi Pizza Hut, nak tgk dulu kot2 dah fully booked
Tapi alhamdulillah, ada lagi table yg available
So baba terus order siap2

Sementara tunggu waktu, lepak2 depan stage sementara ibu merayau tengok booth2 orang jual2 dalam tu
Ibu rasa tahun ni barang2 mahal betul, abis makanan, pakaian harga tak agak2 punya


Ini hadiah yang dia pilih sendiri, beli masa keluar shopping belah pagi ^_^


Masa masuk Popular, ibu suruh dia pilih dia nak buku mana pulak


She picked this one
Tak tau la apa yang kelakarnya, tapi dia ketawa macam hapa masa belek buku ni ^o^


Always be my baby ^_^


Insan2 tersayang ^_^


Menu pizza sempena Ramadhan ni, kami dah makan seminggu sebelum puasa hari tu
Sedaplah, ibu suka sangat ^_^


Snap2 ni utk kenangan Naurah je
Tapi pizza tak sempat snap sbb dah sibuk berbuka ^o^
Pizza sampai betul2 masa org tgh azan



Berbuka awal la awak ye
Bukan senang tau nak tengok anak ibu makan2 macam ni
Hanya kalau makan pizza je dia macam ni

Kalau makanan lain2, sket2 je masuk mulut, nak tak nak je

Bila ingat2 balik, masa tgh pregnant kan Naurah dulu, ibu mmg giler nak makan pizza
Tp masa tu tgh kecoh pasal Israel attack palestin, so orang mmg tgh betul2 boikot McD etc kan
So masa tu ingatkan Pizza ni sekali ngan McD, baba pun pujuk2 ibu supaya tak makan pizza kt Pizza Hut (masa tu duk Perlis, Pizza Hut je ada)
Tapi sbb ibu nak makan jugak, baba pun belikan oven, so ibu pun beli macam2 jenis pizza kt Giant Alor Star, balik bakar sendiri ^o^
Geli hati bila ingat balik
Masa tak tau yg Pizza Hut ni company lain, citer kt Nizah, jadi Nizah pun dengan prihatinnya bagitau 'eh, takpe Zue, Pizza Hut company lain bla2...'
hahhhahha
Nizah mmg caring betul kt ibu sepanjang ibu pregnant
Kenangan manis betul
Rindu la kt bakal MIL Naurah ni ^o^

Kiranya kan, ibu ada oven pun  kes nak makan pizza lah ^_^


Biasa order yang ice cream single scoop je kt dia
tapi sbb birthday dia, baba order yang special sket ^_^

Tak tau bila nak belikan kek kt Naurah ni 

Apapun, again and again, Happy birthday Zahra An Naurah!
Semoga Allah merahmati anak ibu selalu ^_^


Gambar petang semalam
Bila dia dah tido, ibu pun masuk ofis, sambung buat keje
Tiba2 dgr pintu bilik tido terbukak, dia dah bangun tp sambung tido kt sofa
So ibu pun dukung dia, riba sambil tepuk2 suh dia sambung tido
Dah besar tapi manja2 nak tido atas riba jugak sesekali anak ibu ni ^_^



Gambar pagi tadi sblm ke taska ^_^


Ibu & baba sayang sangat pada Naurah tau ^_^
Ya Allah, jadikanlah anak kami ini anak yang solehah, amin


Meet Naurah's new cousin

9:33 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 22, 2013
Monday
Page 91/365

Tahniah ye family Acik La
Ramadhan yang penuh keberkatan, dapat pulak baby girl
Yes, it's a girl, finally, after 2 boys ^_^



Iftar 10, 11 & 12 Ramadhan

8:32 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 22, 2013
Monday
Page 90/365

Weekend kejenya masak aje
Hari cuti la kalau nak masak lebih2 sket pun 
Hari keje masak menu simple2 je 

Tahun ni mood ke param mmg tak berapa sangat
Bosan je...balik2 kang, beli menu yang sama 


Petang Jumaat, ibu masak siakap 3 rasa
Bahan2 kt dapur tak cukup sangat so pakai aje bahan2 yang ada 
Saiz ikan pun ngam2 je utk ibu & baba berbuka


Pagi Jumaat, buat puding karamel
Dari adunan asal tu, ibu cut jadi separuh sbb ibu sorang je yang makan
So daripada 10 biji telur, pakai 5 biji je, habis semua bahan2 lain pun cut jadi separuh jugak


Petang semalam (Ahad), buat nasi bukhari
Dah banyak kali dah rasa ibu letak gambar nasi bukhari ibu kat blog ni ^_^
Sebab keluarga kecik ibu mmg suka menu ni
Asal beli daging je, mesti terpikir nak masak nasi bukhari
Kalau balik Johor pun, keluarga mertua selalu juga request ibu masak nasi ni, nak-nak  time raya puasa ke, raya haji ke
Keluarga mertua suka ^_^
Gambar fresh from my rice cooker
Spt biasa la, blog ni kalau letak makan2, selalu aje dari periuk kuali, tak deco2 pun ^o^
Siap sup bunjut duk bertenggek lagi atas nasi ibu tu ^o^



Lauk dia ibu buat ayam masak merah
Jemput anak sedara ibu, Ajid berbuka sekali kat rumah petang semalam
Dia kata dia tak pernah makan nasi bukhari ni tapi dia kata 'sedap'
 ^____________________________^

Zedah, lihatlah betapa lebarnya senyuman ibu Naurah ini hahhhahhha
Malu2 pulok anak mung nak ceduk nasi tambah



Susulan daripada entry karipap
Finally, ibu berjaya jugak buat doh karipap dan kelim karipap 
^____________________________________________________^
Senyuman semakin lebar 
Ucapan tahniah sempena kejayaan ibu membuat karipap adalah dialu-alukan, hahhhhahhhha

Karipap yang paling cantik kita buh depan sekali, hehhhe
Masa buat yang tak jadi hari tu , inti alhamdulillah sedap, tapi doh memang menyedihkan, sebiji je yang jadi bentuk karipap T_T
Ibu Naurah ni kan memang tau, bab2 kuih nak kena uli2 tepung, nak sukat2 tepung ni dia memang lemah semangat betul!
Tu yg dia jarang buat kuih, selalu buat lauk2 aje.

Kali ni, pagi2 lagi (semalam) ibu dah masuk dapur duk menguli 
Bagi Naurah sket sbb dia pun sibuk
Bila dah menjadi, terus hilang mengantuk ni, walhal masa masuk dapur tu mata macam nak tak nak je bukak
Tahan mata sbb Naurah tak nak tido
Terus buat bulat kecik2, bungkus tupperware ngan cling wrap, lepas zuhur wat inti then terus wat karipap
Inti adalah 99% daging 1% kentang
Puas hati
Kalau kt param tu, dia tulis je label daging la, ayam la
Tapi bila makan, KENTANG SEMATA2
Resipi doh tu memang ibu google je
Jumpa yang senang dan convincing, terus salin

Lepas dah buat, dapat 11 biji
Doh ada lagi 3 ketul tapi inti dah habis 
Goreng 7 biji je, lagi 4 biji masuk esbok

Ibu belajar kelim ngan baba
Baba Naurah ni macam SITI NURHALIZA
Masa kecik2 dulu tolong mak jual kuih ^o^
Tu yg dia pandai kelim2 karipap ni


***Sesekali ibu share gambar makanan di bulan Ramadhan ni, hopefully tak menjadi isu
Masing2 dah tau hukumnya kan ^_^

9 Ramadhan - Ramblings

11:33 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 18, 2013
Thursday
Page 89/365

Masuk ofis lambat hari ni
Lepas hantar Naurah ke taska, dalam kul 8.30 am teman baba gi jumpa dentist, gusi baba sakit la pulak
Then ibu kena gi Maybank pulak, nak setelkan conference fee

Masuk ofis lambat, mood mulalah malas tak tentu hala nak buat keje ^o^

Pagi tadi sahur ibu buat jemput2 ikan bilis
Dah buat siap malam tadi, lepas tu simpan dalam tupperware aiskrim, bangun pagi just goreng je
Malas bangun pagi baru nak siapkan itu ini
Sambil panaskan minyak, gi basuh muka tenyeh2 buang bedak tanaka kt muka dah boleh start goreng ^o^

Petang semalam buka ngan nasi ayam
menu yang sangatttttlaaaa senang nak buat kan, tau2 dah siap ^_^
Ibu rasa ramai jugak working mum yang jenis nak masak jugak menu buka tp buntu pk nak masak apa, pilih masak nasi ayam je
Senang tak payah nak pk lauk 2-3 jenis, sayur lagi

Baba makan bertambah2, sambil makan sambil tu baba cakap sedap ^_^
Pagi tadi dalam kete, baba puji lagi
Tak cukup senyum sampai telinga tersengih2 ibu Naurah, hahhhhahhha

Biasanya, bila kita masak sempoi2 campak2 selalu aje sedap kan, perfect je, betul tak?
Nanti kang dah bersungguh2, bersukat bagai nak rak, nak2 kalau nak hidang kat orang datang ke, kt family kt kampung ke, terus rasa tak berapa sedap
Lalu mereka-mereka pun berkata didalam hati 'biasa je...'
Kejam!!!! hahhhahhhha


Penuh meja makan sbb bukan meriah ngan makanan, tapi sebab takder meja makan kan ^o^
So, gini le rupanya
Takpe, apa ada pada meja makan
Yang penting baba cakap nasi ayam ibu sedap kan, kihkihkih

Kicap tu ibu tak curah terus kat ayam sbb kesian kat Naurah
So, masing2 amik curah je sendiri kicap kt ayam kalau nak

Tu bronok tu nana punya pasal
Terliur tgk nana buat bronok, ibu pun sibuk nak jugak, terus kirim baba beli kt param walhal bronok tu bukan favorite pun
Nafsu bulan posa, sesekali datang jugak kan ^_^



Pinggan ibu sebelum doa




Pinggan ibu lepas doa ^_^
Tak beli salad pun, beli timun je




Masa tengah terawih mlm tadi, mula2 ingat Naurah tido
Rupa2nya tengah main puppet socks, guna socks ibu pulak tu
Naurah skang ni dah tido asing, tp masih satu bilik, just asingkan bed
Ibu buatkan macam stage sket, beli single bed gambar mickey mouse buh atas stage tu, beli bedsheet kaler pink, tadaaa!! siaplah katil Naurah ^_^
Sementara masih tinggal menyewa ni, hasrat nak sediakan bilik tido utk Naurah kena tangguh dululah...
So, master bedroom tu makin sarat, dah la katil ibu tu king size
satu side table kami dah buang bebaru ni, kebetulan dia rosak, so bolehla bagi ruang sket utk bed Naurah

Bila ada bed sendiri, ibu selalu jugak usik Naurah nak tido atas katil dia ^o^ nanti dia marah
Bila dia bangun pagi2, nanti dia cakap, ibu, kemaslah katil saya ni ^_^
Comey sangat ^_^


Sebelum gi taska, dah bukak esbok ye Naurah ^o^
Sempat main dotel-dotel (doktor-doktor) ngan ibu dulu
Cek dalam perut ibu ada nasi tak ^o^
Nak kejutkan dia bangun tido tak susah, kejut sket2, gurau sket2, cakap ari ni pakai baju yang dia suka, nanti bangunlah dia ^_^
Skang ni hari Isnin ngan Khamis dia kena pakai uniform, macam dlm gambar tu. Naurah suka sgt sbb ada gambar pooh

Dia suka citer pasal bestfriend dia nama Damia
Hari tu masa ibu hantar dia, baru ibu kenal Damia
Naurah panggil Damia lembut je, 'Damia-Damia' sambil senyum sipu, awwww!
Damia tengah jilat  tangan masa tu, toleh tgk Naurah sengih2, pastu sambung jilat tangan, hahhhha
Betullah tu, takkan Damia nak pose cantik macam RCW pulak kan ^o^

Hari ni banyak pulak membebel, bulan2 posa ni, kot2 ada tersilap, mintak sorry ye ^_^


Pagi 7 Ramadhan

8:07 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 16, 2013
Tuesday
Page 88/365

Alhamdulillah, dah seminggu puasa ^_^


Menu sahur pagi tadi
Nasi goreng kampung
Bahan2 seme ibu dah tumbuk siap2 petang sebelum buka
Kang menumbuk pagi2 terjaga pulak anak dara tu nanti
Lagipun ibu mmg jenis suka siap awal2
Masak nasi lagi sikit dari semalam sbb bila buat nasi goreng kan nasi tu jd lagi banyak
Ujung2 puasa ada jugak ibu masak nasi suku pot ni ^o^
Bubuh ikan bilis lebih sket, pecah telur sebijik, cili api bubuh 6 batang, tiga je tumbuk 3 lagi hiris2 je, 
Bulan2 puasa ni, risau jugak nak makan pedas2, takut sakit perut ke, pedih perut ke 
Perut kosong kan


Bangun kul 4.30am
Kul 4.55, start makan, kul 5 setel, dah duk kt sinki basuh pinggan dah
5 minit je sahur
Kuali dah siap basuh sebelum makan
Periuk nasi pun dah rendam sebelum makan
Lepas basuh pinggan, lap dapur siap2



Goreng popcorn chicken 3 ketul je, hahhha
Haip! Jangan amik lebih, sorang 3 je tau!
Alhamdulillah, just nice je
Baba Naurah mana makan nasi kalau sahur ni, tp ibu pujuk2, ajak makan nasi jugak
So takleh makan banyak2 sangat la

Masa first & 2nd day tu, kitorang sahur ikut selera baba, hari pertama ibu buat roti goreng celup telur
Hari kedua makan roti ngan scramble egg
Nanti kena gilir2 gak la ni, jemu nasi, kita makan roti pulak

Bulan puasa, house chores seme start awal
Sementara tunggu Subuh tu, menyapu sket
Rehat2 kejap sambil tgk Astro On Demand
Lepas Subuh, ngaji, dah boleh start iron baju, biasa iron baju masa break waktu lunch
Masak air etc
Seme awal 
Jadual berubah la sket bulan Ramadhan ni


Naurah yang comey nak gi taska ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates