Conference dekat2 aje

8:59 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 29, 2013
Thursday
Page 111/365



Last week I've attended a conference at UMP, Gambang
Pandai tau, sebab conference tu dekat je, snap gambar sekeping je ^o^

Jadi first presenter for the first session, hihhhi

***Alhamdulillah dapat jumpa semula lecturer2 masa degree dulu ^_^

Masih dengan menu berbuka

9:03 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 27, 2013
Tuesday
Page 110/365


Menu buka semalam, mee hoon singapore
Tak suka sangat buka dengan menu selain nasi
Tapi on je lah, sesekali

Alhamdulillah, selesai puasa 6 
Ganti puasa tinggal lagi dua hari
Kena break dulu ^_-



miscellaneous weekends

8:41 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 26, 2013
Monday
Page 109/365

Ibu Naurah kan memang suka buat entry rojak macam ni ^o^

Friday, after solat Jumaat, kami ada hal, so, otw nak keluar tu, nampak van poslaju kat area taman ni jugak, terus suruh baba gi tanyakan parcel ibu sbb ibu dah check kat system, memang akan dapat hari ni
Patutnya ada dua, tapi dia kata ada satu je, lagi satu esok baru dia hantar 


First time ni beli top kat prettychase
Nicely wrapped ^_^


Pagi Sabtu, awal2 lagi dah keluar
Nak servis kereta ibu
Pegi dua keta, Naurah naik ngan ibu
Malas dah nak melanguk lama2 kt service center tu
Lepas hantar kereta, terus jalan2 ngan kereta baba
Mula2 sarapan di restoran Wak Sofian, then bawak Naurah ke Mini Zoo Taman Teruntum ni
 

First time datang sini
Binatang2 tu tak la sebanyak zoo kat Johor, but not bad


Ibu pernah kena kejar tau ngan burung kasawari ni
Masa kursus Petronas Scholars kt Janda Baik (masa tgh study degree kat UTM dulu2)
Tak cukup nafas ibu lari masa tu ^o^
Dah la pakai telekung (lepas balik dari surau waktu Subuh)

Kalau ada orang lain nampak, orang mungkin lari sebab nampak ibu, bukan sebab nampak burung tu!


Yang nampak badan sekerat je tu besar tau!



Jalan2 sekali lalu je, dapat tengok bear, snakes, lembu pun ada! ^o^


Then, jalan2 kt Kuantan Parade jap, tak lama lepas tu, siap dah keta
Dalam kul 10 lebih sket macam tu
Baba cakap, time kita tinggal keta, cepat la pulak siap
Kalau kita menunggu, kadang jejak kul 12++ noon



Balik...
Follow baba dari belakang ^_^


See, depan tu keta baba Naurah



Pagi Ahad, breakfast roti sardin kat IM, then bawak Naurah ke playground
Baba nak jogging, ibu...tahun depan je la jogging ^o^

Ni Nike shoes yang beli masa ke Tokyo bulan March hari tu
Baru pakai dua kali
Bau kedai lagi sebab tuan dia tak pernah berpeluh pun time pakai kasut ni
Jalan2, pastu layan Naurah main swing aje ^o^


Semangat mandi awal2 sbb nak ke playground



Menu lunch tengahari Ahad
Udang masak lemak cili api
Udang kecik2 aje


Pening tak tau nak masak sayur apa, so goreng je kacang buncis





Semalam

8:07 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 23, 2013
Friday
Page 108/365


Paginya, as usual, hantar Naurah ke nursery
Masuk ofis, buat keje sket
Called my supervisor, discuss2 borak2 sket
Then dalam kul 11am, keluar gi pos office, pos surat tuan khemah, then terus ke kedai, beli lauk for dinner
Beli ikan cencaru 2 ekor, sayur bayam 2 ikat, lada, bawang etc

Tengahari, dlm kul 1 macam tu, dengar hon2 kat luar, terus ibu melompat sebab tau tu mesti magic pan HappyCall ibu
Yes, lori Gdex!!!


Ibu dah beli lama dah, bulan puasa ari tu, tp lepas beli baru noticed yang dia tak terus hantar tapi dia ada delivery schedule dia
Tengok tarikh, dah dekat nak raya baru dia start hantar

Ibu beli magic pan ni from Living Social, ada special deal masa tu, dapat beli RM75 free postage fee
So, rasanya dah okaylah tu kan

Menu berbuka petang semalam
Bayam masak lemak in the making
Menyampah beli bayam ni tau
Masa beli mentah2 tu, rasa dua ikat tu dah banyak sangat, tapi bila dah masuk dm periuk, mesti rasa 'sikitnyaaaa...' tiap kali mesti macam tu

Dulu2 biasa bayam ni ibu main masak air gitu je


Terusla merasmikan magic pan tu ^_^
Asalnya nak buat ikan cencaru belah belakang, tapi tengah posa kan, jadi tertamak sket masa buat sambal tu, jadi dah bukan sumbat sambal kat belah belakang je, habis depan pun sumbat sama, siap perap lagi! Banyak pulak sambal tu ^o^
Tetiba dalam gambar nampak dah nak jadi macam percik pulak ^o^
Masa tgh kat dapur, baba balik, berebut ngan Naurah nak berborak ngan baba, sekali nasib tak hangus terus ikan ni ^o^


***Tak sabar nak buat puding roti ni! Dari bulan puasa lagi nak buat puding roti, tu yang tak beria sangat nak beli magic pan ni. Oven atas almari, sila terus bertapa ye!

Warna-Warni 8 Syawal

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 23, 2013
Friday
Page 107/365

7 Syawal takder, terus skip 8 syawal
7 Syawal tu, gi jalan2 raya umah Pok De (pok sedara ibu) kt Bukit Indah dan gi raya kt umah kawan baba, Putra kat Nusa Idaman
Tapi takder amik gambar sangat pun
Amik gambar kt umah aje


So, 8 Syawal, time to go home!
Dress Naurah tu dah lama ibu beli, tapi raya ni baru pakai
Tag harga pun baru gunting ^o^

Hari tu nenek Naurah kata nak ikut kitorang balik sekali, tapi last2 cancel
Insya Allah lain kali ye mak ^_^

Sebab dah otw balik, main tibai aje pakai baju apa2 pun
Both dress and shawls are printed
PENING!
I bought the dress quite sometime ago, from The Poplook
Since then, this dress has being one of my favorite dress since it's a 
'not-a-handle-with-care-dress' 
lipat sumbat sendat camana pun luggage, dia maintain je
PLUS, tak payah gosok lerrrrr, hahhha


Ibu dah lama dah tak drive kalau jalan jauh ni
Nak duduk rehat je sbb kang sampai je umah, penat tau nak unpack barang, kemas2, start laundry
Jadi baik duduk berehat2 je dalam keta sambil berangan
Kadang2 kepala berpusing2 sebab tak sandar, cover konon tak tido padahal dah pengsan


Singgah makannnnnn lagi kat umah Acik Dah
Kali ni nasi minyak ngan roti jala pulak ^o^
Makan bertambah2
Burpppp, Alhamdulillah ^_^

Sekian cerita hari raya di kampung halaman ^_^


Pau Sambal: First Attempt

9:04 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 22, 2013
Thursday
Page 106/365

Saspen okay, sebab first try
Tak risaukan sambal tu, tapi doh tu 
Takut kang lembut masa panas je, time sejuk boleh baling kat dinding!

So, as my husband arrived home at 6.45pm (huhu, lambatnya balik...), terus tarik tangan dia to my kitchen, suruh rasa
Ibu start buat dalam kul 3pm macam tu, memang tak rasa lagi sebab semalam Ibu puasa
Awal gile kot menguli sebab takut tak jadi ^o^
Bahan2 lain semua dah ada, tinggal gi beli mauripan ngan cili kering je (untuk buat sambal)  kat kedai

Bila ibu cakap kat baba I made pau sambal, you should see how happy he was
besides karipap, pau sambal ni his favorite jugak, antara kuih2 yang dia tolong mak dia jual masa kecik2 dulu ^_^




Alhamdulillah, baba cakap sedap
The sambal was good, the dough was soft ^_^
Yey!
Timun memang tak letak sebab baba Naurah, kalau dia beli pau sambal ni kt warung, timun dia dia buang siap2 sebelum makan
Naurah my little picky eater pun suka, tapi dia makan yang kosong la ^_^

But...yes, there's but
My husband said
'Ikan bilis banyak sangat, kalau kita meniaga, rugi'
Hahhahhhha

Orang puasa memasak, what do you expect kan, kalau boleh nak letak habis sendat inti tu, nafsu-nafsu ^o^
See ikan bilis ibu siap terkeluar2 lagi ^o^



***Resipi doh amik kat blog mama The Khairs ^_^ Thanks nana!
***By the way, sukatan asal yang amik kt blog nana tu, pakai 1/2 kg tepung gandum, so ibu just pakai 2 cawan, 2 cawan setengah camtu, then bahan2 lain ibu cut separuh



Warna Warni 6 Syawal

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 22, 2013
Thursday
Page 105/365



Spent hours @ Daiso
^o^
Ibu nak beli barang2 kat dapur sket
But end up, beli socks aje yang lebih

Hand bag Naurah, Acik Pah yang kasi ^_^
Ni la satu2nya jeans Naurah yang ibu & baba beli sempena raya ni
Lain2 seme dress aje


Tak shopping kt Jusco pun, tapi bawak troli sebab Naurah malas nak jalan



Lunch @ Subway
Hadoiiii la...sedapnya sandwich Subway
Tiap kali ke Jusco Bukit Indah, mesti tak miss makan sandwich subway
Bila nak bukak kat Kuantan niiiiiii????!!!!


Socks jalan, socks tido
Ibu kalau socks jalan, pakai hitam je

Memang tak pakai sarung kaki sebab biasanya nipis dan licin
Pakai socks biasa lagi selesa, tebal, kesat2 sket

Banyak pulak pilihan socks kat Daiso Bukit Indah ni
Hari tu masa gi Daiso kt Queensbay, tak banyak sangat pun


Yang ni beli bulan 6 hari tu, beli kat Daiso Queensbay
The left one is my favourite socks 
Jenis yang ada ibu jari tu ^o^
Cantik, ada corak ikan ngan bunga, kaler gold & pink
Yang beli kali ni, socks yang ada ibu jari tu corak cam bosan sket 

Pakai time gi tapau lunch ke, gi jemput tuan puteri balik dari school ke ^o^
Jalan area2 rumah ni most of the time sarung selipar je kannn, karang pakai socks biasa, ada jugak yang jalan sampai tersepak orang karangggg


Warna Warni 4 & 5 Syawal

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 21, 2013
Wednesday
Page 104/365



Raya ke-4, paginya gi jalan raya umah sedara baba
Siap makan roti telur, roti canai sebab mak sedara baba ni meniaga warung, dari raya ke-2 lagi diorang laki bini dah start meniaga balik ^_^
Jadi kami beraya kt warung dia aje, hehhe
Then, otw balik umah, singgah Jusco dulu sbb nak beli hadiah untuk anak kawan baba
Kang lepas Zohor, kitorang nak gi Pontian, majlis akikah baby tu la ^_^



Satu2nya baju kurung untuk raya ni
Kurung cotton, beli kt Jusco
Kain dia, bukan kain susun, tapi macam kain kembang gitu je
Suka sangat, rasa macam klasik je ^_-
Ibu nak beli 2-3 pasang masa tu, tapi baba kata 'Jangan tamak'
-_-



Ni le kawan baba, kawan lama sejak di utmp dulu, Fathul
Nenek ngan Mak Ucu Naurah pun ikut sekali jugak masa tu
Baby girl tido je, masa tu dah 2 bulan dah
Menu kat majlis akikah ni SANGAT SEDAP!
Nasi beriani, gulai daging, ayam merah, bubur kacang, mee hun sup ngan buah2 pun ada

Naurah ntah apa kesah la amik gambar sorok muka macam tu



Raya ke-5
Naurah pakai dress yang Acik Pah kasi
Leher luas betul Acik Pah, seksi terlebih sangat ni ^o^


Hairband tu pun Acik Pah yang kasi, tahun lepas kot dia bagi, tapi ni baru pakai


Habis jalan raya, singgah kedai motor
Baba ngan Mak Ucu belikan motor kat Tok Ayah Naurah ^_^


Warna Warni 3 Syawal

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 20, 2013
Tuesday
Page 103/365

Masa untuk bertolak ke Johor pulak, sambung raya di sana ^_^
Dah kawin ngan orang jauh, gini le caranya


Masa bulan Ramadhan hari tu kan The Poplook ada launched  Poppy Raya Collection 2013, dia launched berperingkat2, 3 peringkat jugak rasanya, tapi ibu beli masa yg first aje, dress ni lah
Shawl tu beli last minute, parcel sampai hari Khamis rasanya, 2 hari sebelum balik raya ke Marang 

Dress Naurah Acik Pah yg kasi ^_^




 Singgah rumah kt Kuantan dulu, tukar towel, pastu masa kat Marang lagi ibu dah asingkan baju2 yg dah bersih dan tak nak bawak ke Johor, so tinggal satu bag tu

Naurah laju aje tuju tin keropok keping, masa kt kampung mana makan kopok, kata raya kan ^o^
Ikutkan hati, nak aje buat keje laundry2 sekejap, tp karang lambat pulak sampai Johor



Kt Pekan Waterfront ke apa eh nama tempat tu
Singgah kejap, mintak baba gi beli ais cendol

Sampai Rompin, singgah umah Acik Dah
Makan-makan sampai kenyang, sambal sotong, ayam masak cili api, makan kuih raya yg makwe abang Ujir buatkan lagi, hehhhehhe
solat siap2, lepas tu baru gerak ke Johor

Dalam kul 6 kot sampai Johor ari tu


***Selamat hari raya, maaf zahir batin
Lupa dah wish ke belum eh...takpelah, ni bulan Syawal lagi kan ^_^, so still valid, hehheh

Warna Warni 2 Syawal

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 19, 2013
Monday
Page 102/365

Raya ke-2 tak jalan pun sbb saudara-mara dan kawan2 Acik La datang beraya kt rumah
Jadi, kami layan tetamu ajelah sambil makan2 tanpa henti 
Oh ye, raya pertama, menunya nasi minyak, Acik La yang masak, ibu pulak masak rendang daging
Takdela banyak sangat, dalam sekilo lebih sket aje
Acik Pah pulak, kejenya pulak hafal segala mak nenek resipi sambil hiris daun kunyit yang penuh kontroversi ^o^

Ketupat pulut ngan ikan aye (ikan tongkol) rebus tu wajib ada ye!
Acik La awal2 dah order ^_^
Baba Naurah sejak kawin ngan ibu mmg suka sangat2 makan ketupat pulut ngan ikan aye rebus tu
Barang2 nak masak pulak, ibu gi beli ngan baba kat pasar Marang sbb Acik La kan dalam pantang lagi
Naurah pulak ibu tinggal, ada Muiz & Muaz, dia okay aje
Acik Pah pun ada nak jadi warden budak2 tu ^o^
Plus Acik Pah awal2 dah cakap dia tak nak gi pasar!
Kuang asam!


Pagi raya ke-2



Hadoi, seme gambar pun Naurah buat gaya macam tu -_-


Kanak2 melekat ngan abang Ujir
Abang Ujir macam Khairul Fahmi Che Mat tau!
Kalau tengok live, sebijik muka dia ^o^




Alahai mata laki ibu ^o^




Geram tau tengok Sarah, mata dia sepettttt sangat ^o^


Camana Muaz boleh takder dalam gambar ni
Tertinggal kat mana la budak kaki tebal tu ^o^

 


Abang Ajid layan Naurah ngan Nayli
Abang sepupu dia dah keje kan, jadi merasa la kanak2 ni dapat duit raya dari Abang Ajid tahun ni ^_^



Amik gambar ramai2 sebelum Acik Dah tolak balik ke Rompin
Anak2 sedara ada dua peringkat, yang dah besar2 ngan yang kategori tak boleh bawak masuk majlis!




Bertebaran kat laman


Piqah macam Fathihah je kat dalam gambar ni ^_^


Acik Pah bodek Mok Ngoh nak duit raya
Tapi Mok Ngoh buat muka serius, tak kuasa nak layan!
Fatin pun kesian tengok Acik Pah masa ni  ^o^




Pok Ya cakap, semua2 ni hero filem tamil!
hahahhhhahha
Mata masing2 segaris je, tak tau le camana nak jadi hero tamil ^o^


Hok pakai baju Melayu peach-pink tu pandai tau, dia tak moh join jadi hero tamil jadian, jadi dia awal2 cop jadi tukang amik gambar, hahhhha



Ajid macam tengah jadi model kt belakang tu 
Piqah duk melekat nga  hp, nasib tak tergolek kt tangga ^o^


Naurah & Nayli
Dress Naurah tu, Nayli yg kasi ^_^



Beria la babai Acik Dah, walhal esoknya ibu jumpa lagi Acik Dah, gi raya rumah dia
Dua kali singgah umah Acik Dah
Otw balik Johor & otw balik Kuantan ^o^
Pok Ya relek le kali ni, dah ada dua orang driver dalam keta
Tapi balik ari tu Ajid aje yang drive sorang


Umur baru 3 minggu dah pakai kasut princess okay!


Gambar Muaz sebesar2nya, gambar Muiz terus tak masuk frame ^o^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates