Gigirl sangat ^_^

10:48 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sept 20, 2013
Friday
Page 120/365

Sbb anak ibu gigirl kan, so si ibu ni gatal tangannlah jugak duk kumpul aksesori untuk Naurah ^_^
Tak cukup hair band, hair clip bagai ni, hand bag pun ada jugak

Duk kumpul semua2 ni sejak dari Naurah takder rambut lagi ^o^
Banyak jugak yang dah hilang ntah mana2 sbb ibunya ni duk gatal pakaikan Naurah hair clip sejak clip tu tak berapa nak lekat kat rambut lagi, sbb rambut sikit sangat ^o^
Dah jatuh ntah mana2 ntah

Sejak duk berangan nak jadi macam Princess Sofia ni, rajin lah pulak mintak rantai la, bracelet la, cincin lagi ^_^
Ibu beli kt Sinma je pun


So, ni antara yang berjaya disimpan rapi la ni
Ada jugak yang tak berjaya diselamatkan sbb Naurah dah categorized kan as her toys

***Sibuk tangan dia tu kan

Yg brooch murahan dua tiga butir tu je la ibu punya, lain2 Naurah yg punya ^_^


Kalau macam hair band ni Naurah tak lekat sangat pakai, dia cepat rimas
Berlambak2, ada yg tak pernah pakai pun banyak jugak
Ada yg ibu beli, ada yg Acik Pah belikan
Ntah bila nak pakai pun tak tau


 ***Sembang2 kosong malam Jumaat

Hari Malaysia: Repeat menu yang sama

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sept 19, 2013
Thursday
Page 119/365

Masa public holiday Isnin bebaru ni, ibu repeat masak sotong bakar bersambal dan puding roti ^_^

Puding roti tu ibu start buat sebelum kul 7am lagi...baba ajak sarapan pagi kt luar, keje2 laundry pun takder buat pagi tu, layan tv pun macam bosan je, so, masuk dapur la

Kali ni memang letak coklat crispy banyak2, tak cukup ngan coklat bar, nutella pun ibu letak jugak. Dah baba nak sangat coklat banyak2 kan ^_^



Campak sesuka hati je ^o^

Petang tu, time bosan2 tak tau nak buat apa, duk makan puding roti je laki bini ni ^_^


Lepas puding roti dah siap bakar, baru keluar breakfast makan roti sardin kt IM, then mcm biasalah, bawak anak main2 kt playground kt taman tasik tu

Masa nak lalu atas jambatan ni, ibu rasa ibu macam donkey citer Shrek je, 'don't look down, don't look down...' hahhha
Naurah tu ibu dukung, tu pun menggigil dia sbb takut
Dan baba masa tu macam Shrek, saja je lompat2 atas jambatan tu 
-_-


Balik je, terus gi beli lauk, nak repeat masak sotong bakar bersambal, hari tu makan tak puas sbb sotong sikit, hahhha
Dah la wat buka posa kan
Rasa lagi banyak makan bawang je hari tu -_-


Bakar sotong kali ni ada beza sket, yg hari Jumaat tu ibu letak kacang bendi & serai lebih
Kali ni, kacang bendi tak letak, serai pun buh sebatang je sbb tu je yg ada dlm fridge


Pokok ulam raja seme dah mati, jadi terpaksa la beli -_-


Lalalalalala
Terasa2 pulak kt tekak ni ^o^


Beli sotong 10 ekor, size besar ada, size kecik pun ada
Yg hari Jumaat tu, 8 ekor je, size pun tak besar sangat



Sunday

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sept 18, 2013
Wednesday
Page 118/365

Hari Ahad, lunch kt Jungle
Pekena nasi arab yg marvellous!
Memang berbaloi la membawa perut yang lapar ni all the way from IS to IM
Harga pun lagi murah dari yang biasa makan kt Restoran Jawaher tu


Baba order lauk kambing, ibu order lauk ayam
Kalau kt Jawaher, nasi arab ni makan dengan kuah sup, kt sini kuah dalca

Dah selesai makan, jalan2 ke mini zoo
Sampai2 je, ramai giler orang!

Baba: Ada orang buat kenduri kawin kot kt zoo ni ...

Serious, mmg ingat ada org kawin sbb banyak sangat kete
Org zaman skang kan kreatif + macam2 kan ^o^

Tapi, rupanya, orang ramai2 tu macam kitorang jugak
Saja nak jalan2, spend time dengan family, layan anak

Cuaca pun mendung, berangin je


Angin kuat jugak, ada budak tu pegang payung macam pegang tikus
Siap terbang payung dia masa kt depan pintu pagar zoo ni


Mula2 nak ajak Naurah main kete kt zoo ni
Tapi ntah nape ntah, feeling princess terlebih kot, skang ni Naurah dah tak nak dah main kete2 tu
Bagus, jimattttt duit ^o^
Kalau sebelum2 ni, tak reti berenti kalau dia dah main kete2 tu


Duduk melepak kt sini lama la jugak
Berangin betul
Layan mata, silap2 boleh tido ni


Punya ramai orang, kitorang siap kena parking keta kt luar lagi
Ramainya yang nak tengok binatang ye!

Masuk je asar, kitorang pun terus tolak balik
Sampai rumah, lepas solat, lipat kain baju, ibu pun masuk dapur, nak buat puding roti
Dari bulan puasa nak buat, beria order magic pan kan, tapi tunggu magic pan tak sampai2
Last2 lepas raya baru sampai
Sadis betul

Last buat puding roti masa kt Kangar dulu
Naurah kecikkkkk lagi masa tu
Baru 3 bulan kot


Masa tu buat puding roti versi togel
Satu hapa pun tak letak
Buat masa tu pun tak puas hati sangat sbb ibu tak jarang pakai oven, jadi tak reti sangat nak control temperature dia

Ni dah ada magic pan, bye-bye oven!



Sbb baba tak suka makanan bersusu ni, ibu pun letak coklat banyak2
Nak cover rasa susu tu la kononnya kan
Kebetulan ada coklat bar crispy dalam  fridge tu kan
So, ibu pun amik lesung ketuk2 lebih kurang pastu campak je
Kang dah masuk dlm rumah, tetiba datang rasa tamak tu
Masuk balik dapur, tambah lagi coklat tu
Kismis tu mmg beli sbb nak letak dlm puding roti ni

Rasa lagi sedap la buat puding roti pakai magic pan ni dari oven
Rasa gebu, lembab sedap2 je
Yang penting senang!


Konon nak makan sikit2, simpan dalam fridge
Tapi last2 ibu ngan baba makan puding roti ni sekali hadap je
Yelah, ibu buat pun sikit je sbb ingat baba tak nak makan
Makan ni masa dinner
Dah kenyang makan nasi arab tengahari tadi sbb lunch lambat sket, jadi tak lalu nak makan berat2 dah

Naurah tengok je ada hitam2 kt puding roti ni terus dia buat muka nak muntah
Payah betul anak dara tu
Ibu dah agak dah, memang takdernya Naurah nak makan kalau ibu dah letak coklat bagai ni

Nak buat yg plain khas utk dia, malas la pulakkkkk, karang dia makan bukan banyak pun

***Baba pesan, lain kali letak banyak lagi coklat & jangan ingatkan dia yg puding roti ni ada letak susu, hehhe
***Ni first time tau baba makan puding roti ^_^


Menu Berbuka Petang Jumaat

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sept 16, 2013
Monday
Page 117/365

Syawal pun dah habis, tapi ibu Naurah tu tak habis2 lagi dengan menu buka dia tu kan ^o^

Ingatkan nak setelkan ganti puasa masa bulan syawal ari tu, tapi ada lagi dua hari tak sempat nak habiskan
So, Jumaat lepas, alhamdulillah, setel dah hutang puasa utk tahun ni

So, ni menu buka ibu petang Jumaat tu
Sotong bakar bersambal
Kalau kt foodcourt kt Giant area umah ibu ni, lauk style macam ni dia panggil masakan portugis
Sedddddaaaappppp sangat!
Ibu & baba selalu order menu ni kalau makan2 kt foodcourt tu
Biasa ibu mintak udang+petai, baba pulak order ikan pari


Dalam 10 minit masuk pan ni, terasa nak jenguk
Tengok2 sambal tumpah la pulak
Rupa2nya aluminium foil ni koyak
-_-

Dah carik keje nak salin pulak
Mujur awal perasan dia bocor, kalau tak, kering la sambal tu
Ada jugak yg berbuka sambil lap air mata kanggg


Masa nak salin, siap sambal tu meleleh pulak atas lantai 
-_-


Agak2 dalam 15 min, cek tengok dah masak ke belum
Sotong tu ta besar sangat
Masak kejap je


 Ibu letak daun kesom sket, saja nak bagi ada flavour asam pedas ^_^



Memang nak buat lagilah!

***Masa baba balik keje petang Jumaat tu baru ibu tau ari Isnin cuti rupanya...


Rescuer on my lazy day

8:52 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sept 13, 2013
Friday
Page 116/365

Memang ada harinya malam2 time nak tido tu, malas nak pakai toner+serum+moisturiser


So, here comes my rescuer


Kalau face mask ni, nak2 yg jenis tissue tu, ibu boleh aje pakai brand apa2 pun
Paling kerap beli brand watson guardian
Sbb murah!

Last week, masa jalan2 kt EC, nampak Savee buat happy hour
Singgit sekeping
First time beli brand ni, jadi tak tau normal price dia berapa
Ibu beli 4 keping
Patutnya kalau dah jual singgit satu tu, belilah 10 ke...boleh buat stok lama sket...ntahapahapa la ibu ni


Tapi, tak la selalu sangat pakai tissue mask ni, biasanya, max seminggu sekali je
Hari2 lain tu rajinkan aje diri ni
Kalau dah malas sangat nak pakai tiga beradik tu, pakai serum je kat muka





My Must Have During Travel

7:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sept 11, 2013
Wednesday
Page 115/365


Selipar purple-pink tu wajib bawak setiap kali travel
Senang nak berenti gi toilet
Ni yang best bila travel naik kereta sendiri, macam2 boleh bawak
Baju pun boleh siap iron

***Masa singgah Marang, Acik La tanya hand bag ibu tu hand bag baru ke
Baru hapa, lama dah, hand bag tu beli masa mula2 pindah kuantan tu
Gilir2 pakai ngan yang baba bagi masa birthday ari tu



Cream/body butter/lotion 

Hah, ini memang compulsory. My staple skincare. Kalau tertinggal, habisla kering kulit. Kalau kt rumah, air cond kt dalam master bedroom aje. Kt hotel, bukak air cond tu 24 jam. Dulu2, pernah beberapa kali jugak tertinggal lotion time cuti2 ni, memang padan muka la jawabnya -_-

Kalau nasib baik, certain hotel ada bg lotion, bolehlah daripada takder kan.
Serik punya pasal, dalam hand bag tu ada la lotion nivea yg kecik tu

Dari Nivea cream, ibu tukar ke Body Shop body butter, then tukar ke Nivea serum, and currently am using this.

Saja je nak try masa tu, tp memang serasi betul dengan ibu. Gonna be one of my empties very soon. Biasanya ibu lambat jugak nak habiskan kalau bab2 lotion ni. Tp yang ni memang laju betul pakai.  Lepas ni boleh beli 2, satu size besar, satu size kecik utk letak dalam hand bag ^_^


***Sambungan daripada kisah yang Naurah koyakkan novel ibu utk jadikan blanket anak patung dia, skang ni, dia asyik masuk ofis ibu, amik kertas A4 ibu pulak nak selimutkan anak patung dia. Kalau A4 recycle takpelah jugak -_-
So, ibu pun keluarkan selai towel kecik, bagi kat dia. Skang ni siang malam nampak anak patung dia berselimut aje ^o^


Ke Serambi Mekah: Random Stuffs

8:13 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sept 9, 2013
Monday
Page 114/365


Seriously for this time, we don't have proper GAMBAR CUTI2, almost takder, so kita campur2 aje dengan  gambar yang ntah hapa2 , heehee!



Had lunch @ Burger King, KB Mall

KB Mall sebesar2nya, located betul2 tepi main road, tap kami pusing keliling tak jumpa, hahhha
Lepas dah jumpa sekali, kang jalan2, balik2 jumpa KB Mall, balik2 nampak lagi KB Mall ^o^


Naurah siap bawak kertas, water color, brush
Tu mmg keje dia la tu, main kaler2


Monday morning
See, takder orang
Memang tak ramai orang
Hari kami nak check out tu baru ramai orang
Ibu siap terserempak dengan kawan lama masa sekolah menengah dulu, Mimi
Ex classmate ^_^
She was there for a meeting



Siap2 nak ke wakaf che yeh
Gegar pun gegar la
Naurah main2 HP ibu, berlambak la gambar ntah hapa2
But it's okay, akan masukkan jugak dalam entry ni sbb memang takder gambar, hehhhe


Ibu & baba baru nak start jalan2 kt wakaf che yeh, Naurah dah nak start tido
Jadi sepanjang jalan2 tu, budak ni dah selamat ZzZzzz


Online sekejap kt lobby
Masa ni tak pakej data yg kitorang subscribe tu takleh pakai lagi
Tengahari tu baru lah Yahuuuu!!!
Takder TV okay lagi kan, takder internet mmg rasa tak tentu hala je


Naurah told me that her dolls need a blanket
So I just nodded and keep watching the Fox Movie channel

Suddenly I heard....
Is that....?

...sah...one page of my novel has been tearing up...
-_-

Punya besar selimut, boleh pulak Naurah koyakkan novel ibu
Mujur perasan, jadi separuh je dia koyakkan

Ibu: Naurah, nape koyakkan buku ibu. Surat kabo tu lagi besar, gi amik selai, buat selimut baby Naurah
^o^


Antara tempat yang baba nak gi sangat di Kelantan ni
Masjid Tok Guru
Dekat je ngan hotel
Yg kt atas ni Madrasah Darul Anuar
Terletak dalam satu kawasan je ngan masjid
Rumah Tok Guru pun attached sekali ngan majid tu

Alhamdulillah, dapatlah baba solat Zuhur sekali kat sini
Tapi tak dapatlah jumpa Tok Guru
Kalau gi waktu Subuh, tinggilah sikit chance nak jumpa tu
Insya Allah, lain kali kot



Ni masjid





Simpang masuk ke masjid


Siap2 nak keluar makan malam

Gambar ni ada banyak version ni
Version 1: No head 


Version 2: Errr...tak nampak kaki



Version 3: Are those my teeth?!



Haaa, ni baru betul
Baba yang amikkan  ^_^

Yang ntah hapa2 tadi tu semua Naurah yang amik
Tp sebab Naurah yg amik, ibu masukkan jugak kt blog
Kalau orang lain, awal2 lagi ibu dah delete, hahhha

Apapun, thanks ye Naurah, hihi


Check out dah


Dalam lif ada cermin which will shorten our physical looks in a few inches
Masuk je lif, terus jadi 3 orang pendek ^o^




Nak balik dah ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates