DIY and modify: Wide Chiffon Shawls and Sri Munawwarah

10:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 3, 2014
Monday
Page 18/365

This is an autopublish entry

Busy-busy jugak, tapi sesekali ada masa terluang, nak juga melayan hobi yang satu ni.

Ibu Naurah ni kan, sekali dia dah bukak mesin jahit dia, punya lah ralit menjahit, rasa tak nak tinggal selagi tak siap
Lapar pun tak terasa
Even hanya menjahit mengikut kelapangan waktu, tak perasan rupanya benang dah berlambak2, dah tak muat dah bekas menjahit sedia ada tu. 

So, skang ni, ibu sibukkkk sangat menjahit chiffon wide shawl
(Curi2 masa menjahit di celah2 kesibukan dengan kerja2 hakiki, ehhhee)

Kejenya duk pegi Kamdar, beli kain chiffon, plain la, printed la, macam2 kaler, hitam, dusty green, putih, pink, latte, bla2 balik rumah potong2 ikut size yang ibu suka, then jahit pelan2. Paham2 la material chiffon kan, so, sebab tak nak kain rosak, jahit la dengan penuh kesabaran di dada and reallllllly restrain myself from giving so much pressure on the fabric, even dalam hati tak sabar2 nak siapkan!


Yang ni jenis yang ada tone warna tu
Combination of white, turqoise and pink
Ibu jahit pakai benang pink


Gambar tak clear
Warna sebenar dusty green, putih, coklat cerah, bubblegum pink

Ibu beli semeter RM6.80, ada less 10% lagi. Ibu beli 2m, dah kata nak buat wide shawl kan...
Sebab jahit sendiri, jadi kos murah je, lebih kurang RM12 je lah.

Ibu decided utk buat sendiri wide shawl sebabnya, ibu suka sangat dengan viscose wide shawl ibu tu, tapi bila tengok orang pakai tudung chiffon, gerammmmmmnyaaaaaa....nampak flowy sangat kan...
So, kalau nak beli, setakat ni memang tak  jumpa pun chiffon wide shawl yang sama size or larger than viscose tu

Biasanya panjang memang ramai yang buat 2m, tapi lebar takde jumpa pun yang reach 1m. Paling lebar, pernah jumpa dalam 75cm je.

And actually, ibu punya viscoe wide shawl tu pun tak semua 2m x 1m, ada jugak yang kurang dalam 5-6 inci, but it's ok, tak banyak sangat.


Ibu in dusty green
***Muka buruk masa tu 



Dari segi harga, ada yang ibu jumpa harga bawah RM30 (okay lah kan), tapi size tak dapat 2m x 1m. Dan kat tepi tu pun dia tak jahit, tapi dia pakai mesin jahit tepi je. 

But mostly, harga agak mahal. Selai dah RM35++, campur pos lagi...hmmm...
Camana nak kumpul banyak kaler kan...
Itu yang RM35++...banyak jugak yang jual lagi mahal dari tu

 Payah sangat, buat sendiri la senang kan!


Printed wide chiffon shawl 
***Muka tak aaa buruk sangat masa tu, tapi malu

Tapi kena pandai2 la cari masa, dengan tanggungjawab pada kerja2 hakiki lagi, rumah tangga lagi
Ibu biasa jahit sikit2, kadang bangun pagi tu, tekan dulu mesin jahit tu seround, pastu berenti, kadang lepas masak, sambung lagi, dapat 10 minit jadilah...jadi sehelai shawl tu kadang2 amik masa 2-3 hari jugak nak siap, bukan sebab susah, tapi sebab time constraint
Apa2 pun atas kita, nak tak nak aje
Kalau cakap pasal masa, semua orang takder masa, yang bujang, yang dah kawin, yang takder anak, yang anak sorang, yang anak 10 orang, yang keje, yang tak keje, memanjang bzzzz je semua orang kan



So, since my shawls are super see through, kat sebelah dalam tu memang compulsory lah pakai syria.
Compulsory sangat2.

Ada orang pakai inner neck je, tapi tu boleh cover leher je la, dada tak cover jugak.

Skang ni ibu pakai syria size xl, senang, biar dia terlebih besar, jangan terkecik.

Tapi kan, syria xl ni a bit pricey, RM50 selai. Logik la kan, sebab size dia besar dan material dia memang cantik lahaaaaiiii
Jenis yang orang pakai untuk buat haji/umrah tu...lembut, tebal, tak panas.
Ibu beli dua lai je, black and grey. Nak hitam ngan putih sebenarnya, tapi putih dah habis. Ibu suka lycra kalau syria sebab kaler dia nampak cantik.

Lepas tu tetiba teringat dekat kat tudung Sri Munawwarah (SM) ibu tu.
Awning dia dah rosak, ibu perasan bulan lepas kot, masa nak pakai tu lah. Bila dah sarung, kat bahagian awning tu memang dah tak boleh buat apa dah even dah iron, dia macam bergulung2 sket kain dia tu. Lama sangat dah pun usia tudung2 SM ibu tu. Lagi tua dari usia Naurah.
Padahal ibu basuh memang handwash, tak pernah sumbat dalam mesin basuh, dah sampai masa awning dia nak rosak, rosak jugak...

Jadi, nak buang tidakkkk sama sekali, sayang sangattttt ngan SM. So, why not transform kan aje all my SM tu supaya jadi macam syria.
Sarung je terus siap! Boleh jugak pakai as inner kan.



After modification!
Ni SM yang warna pink belacan ni
Sorry lah, kalau gambar indoor memang tak clear sangat sbb pakai camera hp je kan
Kiri kanan boleh labuh, tu ibu saja naikkan sikit, belakang pun labuh cecah pinggang, even lower actually
Boleh nak adjust ikut keselesaan
Memang dapat exactly macam syria size xl


Yang ni warna hijau turqoise

Tudung SM ibu jenis yang kena twist tu, dia terbelah kat depan. Boleh dikatakan antara design terawal SM. Pakai masa zaman tak kerja, punyalah gigih kumpul duit yang laki bagi tiap2 bulan sebab nak kirim kat Acik Pah kat KL...
Sampai skang pun ibu tetap rasa SM mahal, tapi berbaloi dengan kualiti dia. Puas hati betul pakai. Lama jugakla zaman duk ber SM dulu. Sebelum keje kat Kangar, then keje, then sambung master pun duk pakai SM lagi.

Kalau tak silap ibu SM ada buat service utk ganti awning tu, murah je upah, tapi leceh la pulak nak ke KL, pastu takut kang dah beria2 ganti awning, tengok pakai jarang2 jugak sebab dah selesa dengan shawl kan.

So, ibu pun alter, remove awning dia, adjust2 supaya takder dah yang terbelah2 tu, maka jadilah syria yang sangat cantik dan tak dapat dibeli di mana2 kedai sekalipun!
Yang penting, tak membazir, kannnn

Masa nak adjust, kena sarung dulu tudung SM tu, lepas tu sematkan dengan jarum peniti satu-satu 
2-3 kali jugak tercucuk kat badan sendiri
 Sanggup tu, semata-mata sebab nak bagi kemas dan bila pakai nanti dan dia elok terletak
Tak boleh main bentang atas lantai je, sebab nanti kalau dah sarung, dia serabut serabut serabai semua ada
Last-last kang pening kepala, ada jugak masuk tong sampah

Kaler SM ni cantik2, paling cantik, burgundy. Ibu tak de jumpa lagi tudung lycra syria yang warna maroon dia segelap tu. Gelap betul! Memang cantik. Masa zaman keje kat Kangar dulu, tiap kali pakai SM kaler burgundy tu, selalu aje ada yang tegur tanya beli kat mana.

Jadi, save lah duit ibu. Tudung sebelah luar, semurah2nya, kos hanya RM12++ je selai. Tapi tudung yang nak pakai belah dalam, yang tak nampak tu pulak yang mahal.
Macam-macam...
Takpelah, lagipun tudung yang mahal tu fungsi dia untuk cover part yang wajib
Tudung murah tu pulak kejenya hanyalah nak bagi tuan empunya badan ni gembira dan suka hati



Dah siap2 jahit, iron, terus pakai gi shopping kat ECM

Pakai dengan Abbie Maxi Dress (ThePopLook)

***Baba cakap, nak pakai camana pun pakailah, dress ke, tudung belit2 ke, pakailah, yang penting tutup aurat
***Ada 3-4 lai lagi kot tu dalam plastik kamdar, kang time2 free, boleh lah gunting kain tu, pastu perapppp balik dalam plastik, kang dah ada masa lagi, baru keluarkan untuk jahit. Tudung kan ada 4 bahagian  (4 segi), 2mx 1m, sekali jahit tu kadang sebahagian pun tak sempat siap, ada aje benda lain yang nak kena buat. Tapi dah suka punya pasal, sanggupppppp tuuuu...

12 comments:

  1. saya suka! saya suka!..lately ni pun dh try blk pki bawal...hehehe..laki duk kata, dh mcm zaman mula2 kenal la plak bila tgk aku pki bawal..hahahaha...

    zue, ko xnak watermark ke ko punya gambar?takut kena cilok je..baru2 ni tgk FB aidijuma, kesian datin juma duk bebel sbb org amik gambar dia tp jual bawal pirate tu...design sama kan cuma bidang hok pirate tu kecik kan...

    shawl shiffon mmg best kan..aku punya yg lama2 ni pun sayang nk bg org...mcm nk tambah extension je..hehehe..ye la, dulu beli xpikir jangka ms pjg...huhuhu.....pjg dh ok cuma lebar je dh xlepas ISO skang..:p

  2. Suka kannnn bila menjahit, kannnnn, hehhhheehhheee bunyik mesin jahit tu macam terapi je, hehhhehhhe

    Aku punya bawal seme dah kerat masa zaman duk pakai inner bawal ngan pashmina dulu, hahhha
    Ada la beberapa lai yang aku simpan, tak usik sebab sayang, antaranya bawal yang pakai masa kawin ^_^

    Tak terpikir pulak nak watermark sebab blog tak glamer kan, hahhhha

    Tapi, bila pikir2 kot sebab tak glamer la senang orang nak cilok, risau jugak...jadi sepantas kilat aku buat watermark!
    Thanks!!!!

    Ko nak tambah extension camana tu...buat macam ombre ehh....buat la, pastu tunjuk kat aku, aku nak tengokkkkk ^_____^

  3. Suka kannnn bila menjahit, kannnnn, hehhhheehhheee bunyik mesin jahit tu macam terapi je, hehhhehhhe

    Aku punya bawal seme dah kerat masa zaman duk pakai inner bawal ngan pashmina dulu, hahhha
    Ada la beberapa lai yang aku simpan, tak usik sebab sayang, antaranya bawal yang pakai masa kawin ^_^

    Tak terpikir pulak nak watermark sebab blog tak glamer kan, hahhhha

    Tapi, bila pikir2 kot sebab tak glamer la senang orang nak cilok, risau jugak...jadi sepantas kilat aku buat watermark!
    Thanks!!!!

    Ko nak tambah extension camana tu...buat macam ombre ehh....buat la, pastu tunjuk kat aku, aku nak tengokkkkk ^_____^

  4. ha..kan bagus dh watermark..hehe.. sbb ada kwn aku, ltk gambar sbb nk tayang body dh kurus sbb dia pki produk pkaian dalam dia...skali ada org cilok gambar dia konon buat testimoni mkn ubat kurus plak.. mcm2 org skang nk untung kan...

    belum dpt ilham lg nk tambah mcm mana ni...tgu je la..hahaha..sbb bila pki shawl tu mmg btul2 terletak la kan...tp tu la, kalo dulu mmg la boleh,skangni..huhu duk cantik tergantung dlm almari tu lg...hehehehe

  5. Assalamualaikum kak...pandai akk jahit..nak tanya banyak ni hihi..boleh reply kat email saya x kalau x keberatan rihanazira@gmail.com atau whatsapp 013-7381776... Terima kasih kak

  6. Mana pandaiiii, jahit suka2 aje tu, kalau pandai dah lama akak buat bisnes, hehhhee

  7. salam. amik tempahan jahit tepishawl x? 013-3183219. WhatsApp sy ya jika amik. area kuantan

  8. Assalamualaikum, sis blh tunjuk cara potong kain buat shawl labuh tu, saya ni tak pandai jahit, tapi teringin sangat nak shawl labuh macamtu, kalau beli tak selabuh buat sendiri. Blh pm saya di 016 9780902 @ inaszin@gmail.com

    Blh ye sis nak mtk ilmu buat shawl yg super besar n labuh tu.:-)

  9. alhamdullillah ..... trima ksih sudi brkongsi pengalaman mjahit ..
    suka sgt ... mberi inspirasi kpd kwn2 muslimah di luar sna tu ....

    bgi mmudahkn kerja2 mjahit tu ... apa kata guna jer mesin 14n655, insyallah sgt2 mbantu anda nnti...

    tak cuba tak tahu kan ....

    http://amiranisa.com/
    http://amiranisa.com/blog/
    amiranisa017@gmail.com

  10. salam..ibu ada ka tutorial buat syria inner tu?

  11. TEMPAHAN SHAWL / TUDUNG SECARA PUKAL
    Salam, disini kami menerima perkhidmatan jahitan shawl / tudung secara pukal dengan tawaran harga serendah RM3, kualiti amat diutamakan. kami bagi harga pukal berpatutan dengan kualiti butik.
    .
    Antara perkhidmatan jahitan yang ditawarkan :
    = Jahitan tepi halus
    = Jahitan kelim halus baby seam
    = Shawl biasa
    = Pelbagai Jenis Instant shawl
    .
    Boleh guna design sendiri dengan menyediakan sample☺
    .
    Anda Berminat ??? Boleh wassap saya di talian 017- 782 1257

  12. Nice sharing sis. Walaupun gambar tak jelas tapi tetap cantik.. hehehe

    Papaglamz singgah di sini.

    New Entri LAUNCHING Shawl LABUH MURAH Exclusive by Papaglamz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates