DIY Wide Chiffon Shawl: Tambah lagi suku meter

10:02 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 28, 2014
Friday
page 27/365


Last week, masa di Kamdar (kejenya ke Kamdarrrr je skang ni yeeeeee), I was approached by a niqabi woman. 

Niqabi woman: Dik, kalau nak buat tudung macam adik ni, beli kain berapa meter?
Ibu: Kalau nak okay, 2 meter suku la kak. Tapi belah dalam memang kena pakai tudung lain la sebab dia jarang kan (ketawa-ketawa sambil angkat sikit super see through shawl ibu tu, tunjuk tudung syria belah dalam tu)
Niqabi woman: (Ketawa), a'ah, ye lah. Tapi kalau akak nak buat tudung tu macam layer2, boleh ke eh pakai kain macam ni ...

Then perbualan abis macam tu je since kain ibu pun dah siap potong, nak gi bayar. Husband and daughter dah lama tunggu kat bawah.
Ibu rasa niqabi woman tu dia nak buat tudung layer2 macam fareeda tu (but of course la with better coverage kan), tapi dia tak nak pakai syria belah dalam. Chiffon kan jarang. Tapi masa register Naurah ke Pasti akhir tahun lepas, ada seorang perempuan tu, dia niqabi juga, dia punya tudung cantik. Belah dalam tudung dia dari material yang tebal sikit la, macam shayla biasa yang orang beli kat Mekah tu, tapi belah luar dia buat layer pakai kain chiffon. Cantik!

Previously I mentioned that kalau ibu buat wide shawl ni, ibu beli kain 2 meter kan, tapi skang dah 2 meter suku. Sebabnya, masa first time beli, staff yang potong kain tu, memang cantik betul dia potong. Jadi ibu perlu betulkan sikit2 aje, standard la kan. Takkan nak expect dia potong precisely. Nama pun potong kain, bukan kertas. And ada selai tu tak yah betulkan pun, just gunting bahagian atas dan bawah kain je, buang yang ada lubang2 kecik tu kan.
So, shawl ibu just kurang dalam 2-3cm je panjangnya.

Tapi, masa kali kedua beli, yang tukang potong tu Ya Rabbi....senget dia bukan calang2 punya, macam hapa! Satu side 2 meter, lagi satu side 1.6 meter kot! Boleh macam tu?!

Kalau ibu potong bagi sama, memang tak sedap la nak melilit sebab banyak sangat kurangnya tu, last2, ibu biar je dia senget tu, belah senget tu pakai belah dalam. Masa jahit tu memang hangin satu badan. Mana ko belajar la dik oiii potong kain macam tu.

Kali ketiga beli, ibu terus beli 2 meter suku. Alhamdulillah, beli kali ketiga, ibu puas hati, macam masa first time beli. Alang2 dah beli 2 meter suku, ibu biar je, takder la nak potong jadi 2 meter, just betulkan sikit2 aje, biasanya kena adjust panjang dia tu dalam 2-3 cm, dan untuk lebar pulak, macam biasa la, kena buang bahagian lubang2 kecik tu kan.

Both times yang ibu puas hati tu, staff yang potong tu, pak cik India (orang yang berbeza), dan yang potong senget-benget tu, budak lelaki Melayu. Dua orang pak cik India tu, nampak pada gayanya, memang dah lama keje kat situ. Budak Meayu tu pulak, baru lagi kot keje kat situ...agaknya la...Tu lah pentingnya pengalaman kan. 


Conference-PEOCO 2014-Registration day-Bayview Hotel-Langkawi


Wide Chiffon Shawl in Paisley by m.a.m.f.e.o
Ni antara yang awal2 ibu beli, beli 2 meter, boleh dikatakan macam tak adjust langsung part panjang tu, cantikkkk je pak cik tu gunting



8 comments:

  1. cantik je tgk akk pki wide shawl & jubah camtu... sweet sungguh..akk pakai depan tu lipat mcm pakai tdung bawal eh? emm takde rasa nak menjual ke shawl camtu...hihihi

  2. [Maz]>> Hi Maz!
    Yg kat bhgn muka tu pakai macam tudung bawal, cuma part yang nak cover dada tu main lilit-lilit ^_^

    Setakat nak pakai sendiri boleh la Maz, takder la sampai tahap boleh jual, tak pandai sangat pun, suka-suka aje ^_^

    Lagipun kita takut Ariani marah, dia kan baru launch shawl dato CT, nanti terjejas pulak sales diorang, kihkihkihkih gurau yekkkk Maz!

  3. Kak, just perlu potong sikit dan jahit kain tu macam shawl yang orang jual tu eh?

  4. [bebot]>> Salam :)

    A'ah, potong bhgn tepi kain yg ada lubang2 tu, lepas tu lipat sket untuk jahit, lipat sikit je, baru nampak halus kat tepi tudung tu :) Kalau nak mudah, beli je tapak khas untuk jahit tu, tapi akak lipat manual aje :D

  5. Salam kak . Conference dekat one helang haritu ker ?

  6. Salam :)
    conference hari tu dekat bayview hotel, langkawi. Peoco 2014.

  7. comel sungguh shawl. sy pon dok riki2 ni nak buat DIY shawl. jadi kena 2.15 m la kan... sbb dok tgk kwn2 pakai yg 2 m bila lilit2 jadi singkat.. or kalau nak labuh pulak jadi jarang pulak..

  8. Akak beli wide shawl material apa ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates