Cabut Gigi Geraham Bongsu: How Much it Costs & Does it Hurts?

8:24 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 1, 2014
Tuesday
Page 29/365


Pre-Minor Oral Surgery (MOS)

Ibu start rasa sakit masa hari bertolak ke Langkawi. Naik flight dengan rasa sakit gigi. Tak cool okay!
Tapi masa tu I thought gusi yang bengkak. Lagipun, bulan2 sebelum ni, dah pernah rasa sakit macam ni, tapi sakit sikit2 aje. Tak terfikir pun pasal geraham bongsu. So, memang buat tak tahu je lah.
Tapi kali ni, memang sakit betul. Sepanjang di Langkawi memang suffer la, menanggung sakit gigi. Rasa macam nak demam. Nak makan main telan-telan aje. Masa tea break during presentation ibu langsung tak makan, sakitttttttt!!!!
Dah la kena present, sakitttttt!!!!! Rasa macam nak bagi tapak kaki kat orang je masa tu
Malam-malam memang tak boleh tido. Sakittttttt!!!!

So, Rabu malam, sampai airport Kuantan, pagi esoknya tak lengah2 dah, terus ajak baba pegi klinik gigi. Tak sanggup dah, memang tak sanggup.
Tapi memang dugaan betul, Dr boleh pulak tak der hari tu. Pukul 6pm baru ada
Tahan je las sakit tu sampai petang

Petangnya, bila jumpa Dr, Dr cakap, sakit tu sebab geraham bongsu, so, no choice, memang kena cabut. Lagipun Dr cakap usia dah 33 tahun, memang takdernya gigi keluar abis. Ibu pulak duk tanya, 'Sakit tak? Bius tak? Tak nak cabut boleh?

So, Dr bagi ubat, after 5 days datang balik untuk cabut. Dr bagi ubat tahan sakit, tahan bengkak and antibiotik. Kiranya, lepas habis antibiotik la datang balik untuk cabut gigi

This is the day, the MOS day! (Monday)


Masa cek hari Khamis tu, Dr memang dah inform yg gigi ibu ni memang kena buat MOS sebab dia kecik sangat dan dia keluar tu macam rata dengan gusi, so memang tak boleh cabut macam biasa. Macam baba masa kat Kangar dulu, Dr cabut geraham bongsu dia cam biasa je.

Kos pulak, antara RM300-800. 

So, lepas baba balik keje, kul 6pm dah terpacak kat klinik gigi. Asalnya nak gi hari Selasa pagi (hari ni la), tapi leceh la sebab baba keje kan.
Bila Dr sampai, Dr tu bagitau dia nak x-ray, dulu dan tgk samada dia boleh buat ke tak. Nak tgk akar gigi camana, kedudukan gigi kat dalam gusi tu camana. Kalau dia rasa dia tak boleh buat, dia akan pass pada Dr lain iaitu akan suruh owner clinic tu yang buat, which means ibu kena balik dulu dan datang semula. Alhamdulillah, lepas x-ray, dia kata okay, dia boleh buat. Ibu punya gigi pun tahap dia not too easy and not too hard, moderate aje. Apa-apa lah Dr, janji selamat sudah lah. Sebelum x-ray, as usual, dia akan tanya samada kita pregnant ataupun tak.

Ibu sempat lagi tanya, 'memang gigi ni tak akan keluar habis ke?', kihkih....berharap lagi tu tak nak cabut

Dr cakap memang tak boleh sebab kita orang Asia ni rahang mulut kita kecik, bukan macam orang Arab ke, orang putih ke. Even Dr tu sendiri pun kena cabut geraham bongsu dia.

By the way, masa cek hari Khamis tu dgn Dr lain, masa MOS dengan Dr lain.

Mula-mula, Dr inject ubat bius, masa inject, dia buat perlahan je, tak rasa sakit pun. Masa inject tu, Dr selalu tanya, sakit tak, sakit tak. Jadi, kita as a patient rasa selesa dan tak takut.

Then, keluar kejap, tak sampai 15 minit pun, masuk balik. Maka bermulah MOS.
Mula-mula, Dr inject lagi kat gusi. Kalau tanya ibu sakit ke tak, ibu rasa tak sakit. Tapi Dr kata ibu terer sebab biasanya bila dia inject gusi patient, patient sampai terangkat kaki sebab sakit.

Sebelum MOS, Dr mulakan dengan bismillah, baca doa, suruh kita selawat sepanjang MOS tu untuk mudahkan. So, rasa tenang sebab Dr tu jenis yang macam tu kan. Tak moh la Dr yang ntah hapa-hapa kannnnnn.....dah la nak cabut gigiiiiiiii

Sepanjang MOS tu, bukanlah berterusan kita bukak mulut, maunya krem!
Sekejap2 kan Dr letak kapas kat gigi, suruh kita tutup dulu mulut, take a break kejap. Lepas tu sambung balik. Tak tau apa yang Dr tu buat, tapi yang nyatanya tak sakit, cuma bunyi-bunyi tu memang tak best.

Sampai satu masa, Dr pun tunjuk gigi ibu
Alhamdulillah
Langsung tak rasa gigi dah kena cabut
Punyalah excited sampaikan masa mulut tengah berdarah2 tu ibu cakap 'yeay!
Siap ketawa-ketawa lagi masa tu, punyalah suka!
Ya Allah, lega sangat-sangat
Dengar aje geraham bongsu tapi besar kemain lagi.

Dah selesai cabut gigi, sesi menjahit pulak, ibu kena tiga jahitan. Masa jahit lama sikit. Dr pun cakap masa jahit rumit sikit sebab mulut kan sempit.

So, after almost 1 hour, selesai la MOS. Alhamdulillah

Post MOS

The moment ibu turun dari kerusi cabut gigi tu, masa nak cakap terima kasih kat Dr tu, masa tu jugaklah dah start rasa sakitttttttttttttttt!!!!
Masa tu Dr tu duk tengah pesan, lepas dapat ubat tahan sakit kat kaunter nanti, terus makan, jangan tunggu sampai rumah. Patutlaaaa Dr pesan macam tu
Sakittt!!!!!!!

Bayangkanlah, gigi yang tengah kukuh tu, tiba-tiba Dr pegi cabut dari gusi tu kan. Gusi tu pulak dah kena belah dulu, lepas tu jahit. Mulut masa tu rasa kebas lagi tapi maybe bius kat area gusi tu yg dah slowly berkurangan. 

Sakit lepas MOS ni berkali-kali ganda lebih sakit dari masa sakit geraham bongsu tu.
Yang sakit geraham bongsu tu, lepas makan pain killer, sakit tu hilang, boleh la-la-la-la
Yang sakit lepas MOS, makan ke tak makan ke pain killer tu, sama je, it didn't work at all! For my case la...
Start sampai rumah malam tadi, rasa azabnya menahan sakit. Tak tau nak buat apa dah. Last2 letak air batu kat pipi....tak jalan jugakkkkk....lepas tu hisap air batu tu, okaylah, it helped even not too much.

Yang sakit geraham bongsu, dalam sakit-sakit sampai rasa nak demam tu, boleh jugak jalan sikit2 kat Langkawi, boleh jugak present paper, boleh lagi nak telan2 makanan, balik rumah boleh aje setel2 kan house chores macam biasa, buat keje2 macam biasa.

Yang sakit after MOS tu, satu hapa tak boleh nak buat. Terbaring aje terkelip2N nak tido sah-sah tak boleh. Tido dalam kelaparan sebab nak makan pun tak lalu sebab sakit

Tapi, even sakit macam nak nangis, tetap rasa lega sebab geraham bongsu dah cabut, ehheeee. Sakit-sakit pun, I know it's healing process. Patutnya hari ni baru gi cabut, tapi sebab semalam dah setel, jadi rasa legaaaaaaa...


Alhamdulillah.

Kos?

Ibu kena RM590. Bayar sambil lap air mata
Baba nak belanja, tapi ibu cakap ibu nak bayar sendiri sebab nak mintak baba belanja benda lain.
Tak nak aaa belanja bayarkan cabut gigi, macam sadis je


Ni pun sakit lagi ni, tapi takla kritikal macam malam tadi. Tapi skang ni, kul 8.11am, still tak makan pagi lagi...hadoiiiiii....sabar-sabar....

Apapun ibu lega sangat sebab masa MOS tu tak sakit. Dr tu pun jenis suka divert kita, dia bercerita macam2, jadi kita tak la takut sangat. Gila tak takut, gusi nak kena belah!


***Ibu ni dari kecik tak habis2 gi klinik gigi. Dari zaman arwah ayah pimpinkan tangan gi jumpa Dr sampai la gi dengan suami. Tapi suami tak pimpinkan tangan ibu sebab dia pimpinkan tangan Naurah

Ibu tak pergi klinik kerajaan sebab ibu fobia, pengalaman masa kecik cabut gigi kat klinik kerajaan memang ibu tak boleh lupa. Itu yang sanggup bayar lebih. 

Dalam banyak2 kes ibu cabut gigi dari kecik sampai besar ni kan, ada sekali yg cabut gigi masa sekolah rendah kat klinik swasta, ibu menjerit macam orang histeria, nasiblah kalau semua patient Dr tu lari, kahkahkah siap arwah ayah datang pegang lagi masa tu.

So, sapa-sapa yang ada kes geraham bongsu jugak tu, jangan tangguh2, dia akan membuatkan proses nak cabut tu makin rumit. Macam ibu amik masa almost 1 hour, Dr kata ada setengah patient sampai 2 jam setengah.



7 comments:

  1. Ngeri cabut gigi bongsu kan. Saya paham apa awak rasa tapi belum penah cabut lagi. Jom blogwalking blog saya.

    www.mamaiqram.blogspot.com

  2. Saya baru cabut semalam....sebab tak tahan sangat dah 2 minggu sakit..sampai tegang urat leher..

    Masa cabut tu, terangkat jugaklah kaki sebab di kokaknya gigi...sampai nurse tu urutkan kepala suh rileks...

    Lepas 10 minit setel semua..tak kena jahit pun...tp bila dh sampai rumah dan dah hilang kebasnya, rasa macam nak menjerit pun ada menahan sakitnya...

    Hari ni still sakit sikit2...tapi tak la macam semalam...

    Alhamdulillah memang lega bila dah cabut geraham bongsu ni...hehe..nanti nak buat posting macam awk jugalah nak share pengalaman cabut gigi bongsu ni...

    Jemput blogwalking di

    www.mommycergas.com

  3. Saya baru cabut semalam....sebab tak tahan sangat dah 2 minggu sakit..sampai tegang urat leher..

    Masa cabut tu, terangkat jugaklah kaki sebab di kokaknya gigi...sampai nurse tu urutkan kepala suh rileks...

    Lepas 10 minit setel semua..tak kena jahit pun...tp bila dh sampai rumah dan dah hilang kebasnya, rasa macam nak menjerit pun ada menahan sakitnya...

    Hari ni still sakit sikit2...tapi tak la macam semalam...

    Alhamdulillah memang lega bila dah cabut geraham bongsu ni...hehe..nanti nak buat posting macam awk jugalah nak share pengalaman cabut gigi bongsu ni...

    Jemput blogwalking di

    www.mommycergas.com

  4. Sy baru nak cabut...bukan sebab sakit..tp sbb mulut berbau akibat gigi bongsu belubang...padahal gigi x keluar habis pun lg, dah lah kiri kanan buruk..bau mulut mengalahkan bau bangkai...tp lepas baca pos ni...mcm takut lah plak..td br gi jumpa doktor, dia ckp kena gi jumpa pakar dulu, pastu x-try pastu baru bedah buang gigi...takut lah plak...klu x cabutkan malu plak kat org bila bersembang bau mulut busuk tersgt...dlm delema..huwwaaaa....

  5. Sy baru nak cabut...bukan sebab sakit..tp sbb mulut berbau akibat gigi bongsu belubang...padahal gigi x keluar habis pun lg, dah lah kiri kanan buruk..bau mulut mengalahkan bau bangkai...tp lepas baca pos ni...mcm takut lah plak..td br gi jumpa doktor, dia ckp kena gi jumpa pakar dulu, pastu x-try pastu baru bedah buang gigi...takut lah plak...klu x cabutkan malu plak kat org bila bersembang bau mulut busuk tersgt...dlm delema..huwwaaaa....

  6. salam..nk tnya,proses untuk sembuh spenuhnya slepas mos n kna jahit tu brape hari?

  7. salam..nk tnya,proses untuk sembuh spenuhnya slepas mos n kna jahit tu brape hari?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates