DIY Wide Chiffon Shawl: Italian Chiffon

10:12 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 July 14, 2014
Monday
Page 54/365
Asal bulan puasa je, mood menjahit tu memang over sikit, tak boleh nak kata apa dah http://www.smileycodes.info tu baru jahit suka2 tu. Tambah pulak tak busy sangat skang ni. 
Sedangkan masa tgh kalut dengan phd dulu pun, bila masuk je bulan puasa, ibu cariiii jugak masa nak menjahit sikit2, sanggup turunkan lap top ke lantai, sebab nak bagi ruang kat mesin jahit,

Ko run lah kat bawah tu, aku nak menjahit! http://www.smileycodes.info

 Ni tgh ada banyak masa, lagilahhhh menjadi2

So this time, seriously, material ni jauhhhhh lagi best dari chiffon yang biasa ibu beli tu for some reasons.
First, material ni sangat lembut, bila kita pakai, it falls down niceeeeelyyyy,  kain dia very light, licin, nipis, but it is not see through. So, I don't have to wear the syria on the inner side. Suka!

Rasa macam kain ajaib je

Second, kain dia jenis sejukkkkkk aje, tengah cuaca panas2 ni kan, sedappp je pakai

Third, kain ni jenis ada dua side, so I can wear both sides. Takder terbalik2. Macam buy one free one


Macam yang purple ni, masa ibu beli kain ni kat Kamdar, yg purple tu yang belah dalam.
Sebab nak pakai both sides, kain ni ibu tak boleh jahit, instead kena hantar kedai untuk jahit tepi. Ibu suruh dia jahit tepi pakai benang warna purple.
Thus, I have to pay an extra cost for each shawl, RM6.80 for 2m x 1m of shawl

Nak beli mesin jahit tepi tu, memang tak leeerr, not worth, jahit untuk pakai sendiri aje pun. Mesin tu dah baper ribu

 Sebab both sides boleh pakai, so kiter pun tukar style sikit laaaaa bila pakaiiiii, ehehhehhehheh
Konon nak nampak macam canggih , kah kah kah

Kain dia jenis tak berkedut sangat tau, ni ibu tak iron pun, saja test pakai, dah amik dari kedai petang semalamnya tapi lepas amik Naurah dari Pasti keesokannya baru nak test, bukan nak gi mana2 pun. Dah ada Naurah kat rumah, sedap sket nak test2 ni. Takde keje betul kau ye Zue! Dia kan juri tetap ibu

Naurah kata, 'cantik ibu, ibu jangan bukak, ibu pakai jeee...'

Ha'ah, iye lah nak, pakai je sampai petang, karang nak masak buka pun ibu pakai. Cantik sangat duduk rumah pakai shawl belit2 ye sayang! Nak tengok ibu jadi singa tak??!!

 

Labuh dia, memang labuh betul la, lebih paras pusat pun boleh. Sama la macam shawl2 yg ibu buat sebelum  ni. Yang ni considered as partially DIY lah sebab kena hantar kedai untuk jahit tepi. Ibu just potong siap2, buat curve end, then hantar.

Nak gi Happy Home beli tupperware banyak2, bawak beg cam nak gi kelas

 
Bahagian muka, bila kita lipat tu, muncung dia lagi cantik dari chiffon biasa tu. Nak bentukkan pun boleh tahan senang la. Kadang2 buat hal jugak sebab dia licin.


Ibu: Naurah, nak test kaler mana pulak ni? Blue ke green?
Naurah: Green la, green kan PASTI. 

Yang emerald green ni, belah dalam tu warna merah gelap. Yang hijau ni ibu tak jahit tak potong apapun lagi, saja test pakai. Tak reti sabo!

Gambar muka sendiri besar sangat, tak suka tengok, TERKEJUT!

Yang ni pun sama, tak jahit tak potong pun lagi. Lepas tarawih, terus lilit2

Ibu: Naurah, tolong amik gambar ibu
Naurah: Naurah nak tido dah ni (tadi terloncat2 atas katil, mintak amikkan gambar terus cakap mengantuk walhal mata besar bukan main sebab dia tido banyak siang tadi!)
Ibu: Ala Naurah ni, ibu selalu tolong Naurah buat homework tauuuu
Naurah: Yelahhh..Naurah amik gambar duduk je...
Ibu: Jangan la dudukkkkk....tak cantik nanti...

Tengah duk snap2 gambar tetiba sakit perut, laju2 bukak shawl, kah kah

Kuar je dari toilet...

Ibu: Naurah, ibu sakit perut aaaa (tepuk2 perut)
Naurah: Ibu sakit perut?
Ibu: Ha'ah, makan piza tadi kottt....
Naurah: Naurah makan piza tak sakit perut pun...
Ibu: Tadi ibu makan lada dia
Naurah: Tu laaa Naurah tak suka makan lada, pedas, nanti sakit perut. Biar baba je makan lada, baba terer.

(Ye lah, asal terer je baba, asal terer je baba)


Juri tetap ibu

Okay lah, till then!http://www.smileycodes.info

***Happy sewing ye, korang yang amik tempahan mesti masyukkkk je bulan puasa ni kannnn....Alhamdulillah, rezeki :)



11 comments:

  1. skali pandang dah mcm kain satin pun ada gak kan sbb kainnya berkilat...banyak la tudung raya tahun ni...hehehehe

    eh, yg naurah pki tu mmg siap ngan riben atas kepala tu ke? atau tu scarf? sbb aku ada gak pernah perasan tudung budak2 yg ada telinga la, ada ekor kat belakang la...kiut gak tgk ^__^

  2. Ha ah, dia berkilat sket, tapi tak aaa kilat macam satin, aku asalnya nak jugak tr pakai kain satin, tapi rasa macam kilat sangat, segan lah pulak, hehhheeee Tengk orang pakai cantik, diri sendiri tak tau la kena ke tak kan:D

    Tu hairband dia tu, biasalah, dia kompius, tak tau nak pakai tudung ke hairband, hah, pakai dua2, tapi bila nak keluar, dia bukak pulak hair band tu :D

    Aku x pernah jumpa pulak tudung2 ada telinga tu, kuantan yang ketinggalan ke aku yang teringgal bas ni, hehhheee

  3. assalamualaikum.. boleh tahu tak ni chiffon jenis apa ya??? berat tak kain dia??

  4. Waalaikumussalam

    Material dia italian chiffon, tak berat pun kain dia :)

  5. Salam akak. Sy nak tanya. Bese amek kain bidang berapa ye? Nk buat wide shawl dr kain chiffon. Jenis mna selain italian chiffon yg akak boleh recomend yg tak see through sgt?tq kak.

  6. Salam Farhana

    Biasa akak beli yg lerang biasa tu, yg kayu dia tinggi standard biasa , bukan yg kayu dia panjang tu. Tak tau lah pulak orang panggil lerang berapa, tapi tinggi kayu dia memang standard biasa2 tu :)

    Stkt ni jumpa yg tak see through dan lembut, jenis italian ni je, yg lain2 tu keras, tak macam chiffon dah. Nanti kalau pakai pun tak cantik jatuh dia tu. Akak pun tak pandai sangat, suka2 aje ni :D

    Thanks for dropping by!

  7. assalam...sis, boleh tak kongsi pola dan tutorial nak pakai shawl ni ye...berkenan pulak :)

  8. Salam :)

    Kalau pola tu, insya Allah, nanti kalau saya berkesempatan saya kongsikan. Tapi pola nya mudah sangat. Belah hujung tu saya buat curve end, satu bahagian aje. Yang bahagian duk sebelah dalam, saya biar aje bucu empat segi tu.
    Size shawl saya, 2m x 1m (lebih kurang).

    Tutorial nak pakai tu segan lahhhh nak buattttt, tak reti nak jadi model ni, hehhhee. Saya pun banyak rujuk tutorial kat youtube aje, lepas tu adjust ikut keselesaan :)

  9. Salam kak , saya nak tanya. Kat mana akak beli kain italian chiffon tu n akak tahu tak kat mana boleh dapat murah ?

  10. Salam sis...sy rs nk wat shawl...tp bkn wat sndri sbb sy bkrja n xde mesin jahit pon...heee...sis duk kuantan eh?blh taw mn nk dpt plain n printed shawl yg best?material pe ye yg best?ktne nk hntr jhit pukal?n last...sis taw x mn kdai yg leh wat label kt tudg?sy duk kuantan gk ni....area alor akar...tringin nk wat branding sndri...hrp sgt sis blh jwab n bg info....tqia

  11. Selamat siang... Anda ingin menjahit atau Membuat Baju, Tas, Topi, Kaos, jaket untuk keperluan pribadi maupun seragam/event? Anda bisa memesannya di fitinline.com Fitinline.com adalah portal khusus untuk kreasi baju dan produk fashion lainnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates