Bye-bye my month

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

January 30, 2014
Thursday
Page 12/365


Kisah lunch during weekdays

Dia nak makan nasi yang warna pink saja
So, kadang2 ibu just masak nasi putih biasa tu, letak warna pink
Hari rajin sikit, buat nasi minyak
Lauk2 tak buat sbb dia makan dengan telur dadar je

Anything for you my sweet honey bee
Punya payah nak suruh dia makan nasi kan
Alhamdulillah, bila dah letak colour kat nasik tu, banyak jugak dia makan 
Such a picky eater



Ibu join sekali, tapi ibu aksesori lebih sikit, ada ikan kering, kicap, telur dadar tu share dengan Naurah
 ^________________^


Last weekend, buat nasi minyak
Naurah kata nak warna hijau pulak
Jadi, ikutkan saja kehendak dia 

Lawan dengan kurma ayam
Pakai rempah yang beli kat kampung
Jauhhhhhhhhh lagi sedap dari kurma adabi tu

Tapi derhaka banyak betul masa masak hari tu
Tak letak kerisik, tak letak bawang goreng tumbuk, tak letak gula melaka
Jadi, rasa dia kurang meletup, tak seperti yang sepatutnya


Petang2, rajin kayuh basikal, bawak Naurah main dekat playground area fasa baru, agak jauh dari rumah



Lepak sorang2 je sambil tengok Naurah main


Bawak bekal roti & air


Wahhh, anak dara betul ni
Pakai pink flowery skirt, naik basikal pink 



Dessert masa lunch dekat Chicken Rice Shop


Somewhere in bandar Kuantan
Area bangunan lama


Groceries shopping at Aeon Big


Rasa kelakar sangat tengok gambar ni
Rasa macam Naurah kecikkkkkkk sangat 



Masa main kat playground hari tu, ibu dengar ada budak cakap kat Naurah
Muka macam cina


Takpe Naurah, you will get used to it 

Tapi kalau tanya Naurah, dia kata dia Japanese!



Weekdays, hantar anak kesekolah


Alhamdulillah, Naurah makin gembira bersekolah


Tapi hari Naurah bawak balik homework, ibu jadi kurang gembira
Alaaaaaaaa, kena teman Naurah buat homework....
 Hahhhaaa

Time Naurah bawak balik homework yang kena colour2, semua dia nak kaler macam rainbow
Ya Allah Ya Rabbi, bila nak siappppppp!!!!! 
 


Dah pandai pakai pashmina without inner
Sebelum ni, kalau tak pakai inner, dia akan jadi macam melekap kat dahi
Tapi depan labuh la
Style melekap kat dahi ni memang tak sesuai sangat dengan muka ibu

Kalau nak pakai pashmina supaya dia muncung kat depan, macam pakai tudung bawal (macam dalam gambar tu), biasanya, bila lilit, depan singkat sikit, tak tutup dada

Finally, hari tu, masa tengah nak siap2, TING! Dapat idea
Siap boleh labuh bawah pusat lagi
Yang penting, kat dahi tak melekap
lalalalalalala


So, bye-bye lah kepada segala macam inner tu
Inner awning, inner bawal, inner magic
I don't need you guys anymoreeeeeeeeee!!!!!


Naurah dah lama dah tak pakai jeans
Jadi ibu pulak duk pujuk2 dia pakai sebab sayang, jeans dia baru2 jugak
Kang lama tak pakai, tengok2 singkat pulak
Budak kan cepar besar



Teringat kenangan masa kecik
Pegi pantai kelulut dengan Acik La, Acik Pah
Arwah ayah yang bawak
Nanti arwah ayah akan gali lubang ketam dalam2, dapat tangkat ketam angin, bawak balik rumah
Siap bawak balik pasir pantai sket, sampai rumah letak pasir pantai dalam besen besar, then letak la ketam2 tadi dalam besen tu
Malam2 kang dengar bunyi kaki ketam yang halus tu escape dari besen, lari2 dalam rumah, hahhhahha
Esok, kena makan ngan ayam, rezeki ayammmmmm

Kami tiga beradik duk kutip siput2, kutip yang cantik2, biasa warna dia purple2 sikit
Tapi kat pantai Sepat ni, semua siput warna putih

Dulu2 dengan adik beradik, dengan arwah ayah
Sekarang ni dengan anak dan suami

Time really flies...




Wordless Wednesday>> A princess in a castle

8:11 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

January 29, 2014
Wednesday
Page 11/365







Pantai Sepat: Finally she enjoys the beach sand

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

January 24, 2014
Friday
Page 10/365

Last weekend, we went to Pantai Sepat two days in a row
and we had so much fun together!


Even Pantai Sepat tak happening like Pantai Teluk Cempedak
tapi di sini sangat tenang
Orang pun tak ramai
Rasa tak nak balik

Ni, kalau dapat pasang khemah kat sini, malam2 tido dengar bunyi ombak mesti best
Tetiba tengah malam terasa nak buang air, masa tu baru teringat bestnya tido kat rumah kannnnnnn


Semalamnya (Sabtu) masa datang sini, ibu pakai long skirt
 Jenuh!
So, lesson learned!

Dah pernah datang dah Pantai Sepat ni, tapi dah lama dahhh, awal tahun lepas rasanya...jadi dah tak ingat yang kat sini dia lagi berangin dari pantai kat TC


So, hari Ahad, masa belah pagi tu, pegi jalan2 kat bandar Kuantan
Bukan reti nak duduk diam kan even takder nak beli apa pun
Macam biasaaaaaaaaaaaa

Petang jalan2 lagi
Duduk rumah boring, sebab dari pagi sampai petang kena tengok Disney Channel, hehheeehhee

Bila nak keluar lagi belah petang tu, kena tukarlah sket, tak boleh pakai skirt tu
Skirt tu dah lah ringan, dengan kembangnya lagi

Hisshhhh, tak sanggup!!!

Silap2 muka pun jadi belang2 sama ^o^



See my daughter, dah selesa dengan beach sand ^_^
Tapi dengan syarat kena pakai sport shoes complete dengan socks la ye!

Sehari sebelum tu, dia main kat bahagian atas pantai ni je, dekat area kedai makan tu
Esoknya tu barulah dia nak turun kat sini


And she already knew how to control the kite


Bila ibu cakap kat Naurah yang kita boleh main tulis2 kat pantai ni, terus dia cakap nak tulis
'Zahra An Naurah binti Mohd Herwan'
Err, ibu tulis nama Naurah je lah ye, nak tulis full name panjang sangat!


Bila anak dah leka main tulis2, baba pulak take turn main kite


Tak habis2 favorite alphabets dia tu, A, B, R


Rambut dia tu, ibu simpulkan, takut kusut
Karang jenuh pulak nak sikat


Naurah lukis ibu
Ibu with no hair, no tudung but smiling face though 
 ^_________________________^


Drawing a flower


Masa dia tengah lukis2 ni, tiba2 kayu yang dia pakai untuk lukis tu kena lengan baju ibu
Sungguh2 dia sapu
Dia cakap, 'Oppss, sorry ibu, mari saya sapu, baju ibu dah kotor kena pasir'
Sungguh2 la dia tepuk lengan ibu nak buang pasir tu
Ibu cakap, 'takpe Naurah'
Ehhhh, dia sapu lagi!


Uiks, tingginya angkat skirt!


Enjoy betul, siap lari2
Kalau tak, nak jalan atas pasir pun alaaaaaaahaiiiiii




Memang liat nak balik
Makin di layan angin kat pantai ni, makin leka


engok jam dah nak pukul 6.30pm, makan keropok lekor goreng kat kedai makan D'Sepat pulak
Sedap, rasa tak boleh berenti mengunyah
Naurah pulak nak makan sate ayam
Order air suam segelas, share tiga orang
Musim2 sejuk ni mana minum air banyak2, hahhhaaa


Baba tunjuk bakat 'terendam'
This is himself
Pakai kopiah, ada janggut, mata sepet, hehhhee


This is our princess
Rambut pendek, mata kecik


And this is her wife
Pakai tudung, mata besar (kata Naurah)
Hahhhahhha

Selamat berhujung minggu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates