Moments: Langkawi 2014

11:27 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 1, 2014
Tuesday
Page 28/365

Even agak lama tinggal di Kangar dulu, tapi takder la selalu sangat ke Langkawi. Pegi dua kali je. First time pegi ibu & Naurah ikut baba pegi conference. Second time pergi, baba bawak family in law bercuti ke sana. Jadi, masuk yang pegi baru2 ni, baru 3 kali.

Pegi Langkawi baru2 ni, boleh dikatakan tak berjalan pun. Petang atau malam, keluar dari Bayview Hotel kat Kuah untuk makan, lepas tu sambil2 la jalan sikit2.

Takder mood nak shopping. Orang ramai sangat. The weather was so hot!
Tapi dari dulu2 pun, bila pegi Langkawi tak rancak sangat berjalan, shopping apatah lagi.
Sikit2 buat syarat ada la.


@ Langkawi Internationl Airport, baru sampai dari KLIA



Bayview Hotel

 Hari pertama kat hotel, check in, then terus relax dalam bilik. Nak tunggu check in jenuh jugak sebab kami sampai awal, jadi kena menunggu la jugak



Geram betul dengan Naurah ni, asyik buat muka macam tu je. Photobomb is everywhere!

Hari kedua, baru start conference. Keluar lif, eh-eh, lawalah wall ni

After breakfast, then terus naik level 2 untuk conference registration. Lepas tu ibu & Naurah melepak aja dalam bilik hotel, baba pulak pegi dengar keynote, petangnya baba ada presentation.

Masa kat Langkawi, ada orang ingat ibu beli bola Naurah tu kat mana2, dia nak belikan untuk anak dia, walhal bola tu ibu ikat dengan riben hadiah yang Acik Pah bagi kat ibu 


Hari kedua, turn ibu pulak nak kena present, so baba take over jaga anak
Apa yang penting, kerjaaaaasama!



Senang je jaga Naurah, bawak dia gi swimming, setel la kan



Gambar macam gi Disneyland eh Naurah, padahal gi Langkawi je




Senyum macam ni kan comel
Rasa nak kena belikan new swim suit untuk Naurah
Cari yg sopan sikit ehhh
Ni kalau tak pakai quarter pants tu lagi seksi



Hari balik.

Sepatutnya flight dari Langkawi ke KLIA jam 7pm++, tapi kami kul 12 noon dah check out hotel, nak mintak extend masa untuk stay kat hotel tak boleh sebab cuti sekolah kan, so, melepak la kat airport tu. Boring tak tau nak cakap. Last2, standby, alhamdulillah, dapat tukar tiket kul 4pm. Kul 5 macam tu sampai KLIA, tak la bosan sangat sebab klia besar, panjang sikit kaki ni nak jalan, nak shopping.

Gambar kat atas tu, baru sejam dua kat airport Langkawi, Naurah dah bosan, tapi dia tak la buat hal. Dia layan aje tgk macam2 kartun kt lap top dia tu.

Kalau rajin, nanti sambung lagilah...

DIY Wide Chiffon Shawl: Tambah lagi suku meter

10:02 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 28, 2014
Friday
page 27/365


Last week, masa di Kamdar (kejenya ke Kamdarrrr je skang ni yeeeeee), I was approached by a niqabi woman. 

Niqabi woman: Dik, kalau nak buat tudung macam adik ni, beli kain berapa meter?
Ibu: Kalau nak okay, 2 meter suku la kak. Tapi belah dalam memang kena pakai tudung lain la sebab dia jarang kan (ketawa-ketawa sambil angkat sikit super see through shawl ibu tu, tunjuk tudung syria belah dalam tu)
Niqabi woman: (Ketawa), a'ah, ye lah. Tapi kalau akak nak buat tudung tu macam layer2, boleh ke eh pakai kain macam ni ...

Then perbualan abis macam tu je since kain ibu pun dah siap potong, nak gi bayar. Husband and daughter dah lama tunggu kat bawah.
Ibu rasa niqabi woman tu dia nak buat tudung layer2 macam fareeda tu (but of course la with better coverage kan), tapi dia tak nak pakai syria belah dalam. Chiffon kan jarang. Tapi masa register Naurah ke Pasti akhir tahun lepas, ada seorang perempuan tu, dia niqabi juga, dia punya tudung cantik. Belah dalam tudung dia dari material yang tebal sikit la, macam shayla biasa yang orang beli kat Mekah tu, tapi belah luar dia buat layer pakai kain chiffon. Cantik!

Previously I mentioned that kalau ibu buat wide shawl ni, ibu beli kain 2 meter kan, tapi skang dah 2 meter suku. Sebabnya, masa first time beli, staff yang potong kain tu, memang cantik betul dia potong. Jadi ibu perlu betulkan sikit2 aje, standard la kan. Takkan nak expect dia potong precisely. Nama pun potong kain, bukan kertas. And ada selai tu tak yah betulkan pun, just gunting bahagian atas dan bawah kain je, buang yang ada lubang2 kecik tu kan.
So, shawl ibu just kurang dalam 2-3cm je panjangnya.

Tapi, masa kali kedua beli, yang tukang potong tu Ya Rabbi....senget dia bukan calang2 punya, macam hapa! Satu side 2 meter, lagi satu side 1.6 meter kot! Boleh macam tu?!

Kalau ibu potong bagi sama, memang tak sedap la nak melilit sebab banyak sangat kurangnya tu, last2, ibu biar je dia senget tu, belah senget tu pakai belah dalam. Masa jahit tu memang hangin satu badan. Mana ko belajar la dik oiii potong kain macam tu.

Kali ketiga beli, ibu terus beli 2 meter suku. Alhamdulillah, beli kali ketiga, ibu puas hati, macam masa first time beli. Alang2 dah beli 2 meter suku, ibu biar je, takder la nak potong jadi 2 meter, just betulkan sikit2 aje, biasanya kena adjust panjang dia tu dalam 2-3 cm, dan untuk lebar pulak, macam biasa la, kena buang bahagian lubang2 kecik tu kan.

Both times yang ibu puas hati tu, staff yang potong tu, pak cik India (orang yang berbeza), dan yang potong senget-benget tu, budak lelaki Melayu. Dua orang pak cik India tu, nampak pada gayanya, memang dah lama keje kat situ. Budak Meayu tu pulak, baru lagi kot keje kat situ...agaknya la...Tu lah pentingnya pengalaman kan. 


Conference-PEOCO 2014-Registration day-Bayview Hotel-Langkawi


Wide Chiffon Shawl in Paisley by m.a.m.f.e.o
Ni antara yang awal2 ibu beli, beli 2 meter, boleh dikatakan macam tak adjust langsung part panjang tu, cantikkkk je pak cik tu gunting



Wordless Wednesday>> Pray for Egypt 529...

1:51 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 26, 2014
Wednesday
Page 26/365

Semoga syahid buat mereka


#PrayForMH370...still

10:09 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 25, 2014
Tuesday
Page 25/365


Watching Tanyalah Ustaz Khas TV9 while writing this entry
Penerangan yang sangat jelas dari Ustaz Dato Hassan Din
So, ibu masih mendoakan untuk MH370
No takziah but still mendoakan
Selagi tiada bukti yang mereka semua sudah meninggal dunia, Insya Allah akan terus mendoakan
Seperti kata Ustaz Hassan Din, jangan senang2 untuk memutuskan bahawa mereka semua sudah meninggal dunia selagi belum ada bukti yang sahih
Tak mustahil kalau Allah nak tidurkan semua penumpang dan anak kapal MH370 even flight tu dah tenggelam ke dasar laut 
Tiada yang mustahil, sebagaimana kisah Ashabul Kahfi

And last but not least, jangan tersilap menggunakan perkataan takziah




Langkawi 2014

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 24, 2014
Monday
Page 24/365

Currently at Langkawi
All of us are attending a conference here
Of course la our little girl will join the party kann

We departed from Kuantan right after fajr prayer
Our flight was at 6.40am
6.15am sampai airport, 6.20am check in
Half an hour later, we arrived at KLIA, transit sekejap aje dalam sejam macam tu, we had a light breakfast at marrybrown, tunggu sekejap then terus boarding ke Langkawi


Wearing Soignee jubah dress by Byfatinsuhana
 anddddddddddddd
wide chiffon shawl by m.a.m.f.e.o

Takder mood sangat nak berjalan2
Tak tau nak berjalan ke mana, lagipun ini dah kali ke-3 ke sini
Setiap kali datang pun tak pernah shopping sakan
Dengan cuacanya yang panas, fuhhh!
Okaylah, till then!



Kemarau dan kebakaran hutan

8:13 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 13, 2014
Thursday
Page 23/365


Sejak kemarau ni, hutan di sekitar area taman perumahan kami terbakar
Bukan sikit, banyak!
Rasa macam hari2 terbakar
Selalu nampak bomba
Kalau lalu tepi hutan2 tu masa hari dah gelap, nampak macam letusan kt kawah gunung berapi, gerun sungguh

Pagi2 baba ke surau, memang asap tebal, baju pun bau asap
Cuaca nampak macam berkabus tapi sebenarnya asap yang tebal
Jarak penglihatan pun terhad
Halaman rumah pula keadaan sangat kotor, macam ada orang bakar sampah tepi rumah kita
Kereta kotor tak tau nak kata
Sliding door memang tutup je sebab kalau tak habis berdebu dalam rumah
Garaj lagi la, lepas kita sapu, tak sampai lama mana, sampai balik debu2 hasil kebakaran tu
Tambah pulak rumah sebelah rumah kami ni homestay, tuan dia hanya datang bersih2 rumah bila ada yg nak check in, jadi, kalau kita dah sapu rumah pun, nanti habuk2 kotor dari garaj homestay tu sampai balik kat rumah kita
Stress jugak
Ni antara kelemahan berjiran dengan rumah yang dijadikan homestay
Rumah kita bersih camana pun, kalau laman rumah dia kotor, kita merasa jugak tempiasnya

Badan pun rasa macam tak sihat dengan keadaan yang macam ni
Tak tau la macam mana dengan orang yang ada masalah asma


Lama sungguh dah tak hujan...



DIY Wide Chiffon Shawl: Curve end shawl

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 12, 2014
Wednesday
Page 22/365

Lepas dah siap jahit semua wide chiffon shawls, tiba2 dapat idea untuk buat curve end shawl
Untuk bahagian yang bila kita lipat dia duk bahagian dalam, ibu biarkan aje hujung dia bucu cam biasa tu, just buat curve end untuk bahagian luar....terkial2 jugak masa mula2 jahit tu sebab bukan pro kan...so, jahit la secara slow and steady, cari pasal jugak sebab nak kena tetas balik dan lukis curve tu
Mula2 elok lagi, buat curve pakai pembaris yang dapat masa zaman belajar menjahit tu, pembaris untuk buat curve tu
Lepas tu pinjam pinggan Naurah
Naurah marah!!! hahhhaaa
Last2 pakai tutup periuk terus, senang

Baba tanya, ni kenapa tutup periuk ada kat sini ni





Insya Allah, boleh la ni, nak pakai sendiri je pun 



#PrayForMH370: Semoga menjadi iktibar

3:29 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 11, 2014
Tuesday
Page 21/365


Moga kita mendapat iktibar dan petunjuk dariNya
Wallahualam

***Wise words, well said, tahniah kapten!
***Memetik dari mynewshub: Percayalah, anda tidak akan temui ulasan sebegini dari mana-mana pakar penerbangan Barat!

#PrayForMH370

11:28 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 10, 2013
Monday
Page 20/365


Mohon perlindungan Allah S.W.T dari sebarang malapetaka.

***Surau kat area rumah dah buat solat hajat, kat tempat2 lain pun rasanya macam tu jugak.
***Teringat filem Miracle Landing yang tengok zaman sekolah dulu...based on true story


Zahra An Naurah

2:05 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

March 7, 2013
Friday
Page 19/365


Naurah ni kan, dia suka sangat dengan biskut beras
Hari tu masa ke KL, Acik Pah ada bagi dia biskut beras yang campur seaweed tu
Biasa ibu beli yang plain aje
Tapi rupa2nya yang ada seaweed tu lagi sedap
Starting from that, dia memang lagi suka yang ada seaweed as compared to the plain one

Sampai skang ni, tiap kali Naurah nak makan biskut beras, dia akan cakap nak makan biskut yang Acik Pah bagi, ye, dia dah rename nama biskut beras tu to biskut-yang-Acik Pah-bagi
:D

Kadang2 siap bawak bekal gi skolah, gilir2 dengan bawak koko crunch

Gi jalan2 pun biasa dia akan ingatkan ibu supaya bawak bekal biskut tu, dia nak makan dalam kereta



Suka mintak buku skang ni
Jadi, sebab dia tak tau baca lagi, jadi ibu pun belilah buku cerita yang best2 sket, kalau tak, baru Naurah cakap, 'ibu, bacakan', ibu dah sangap pat puloh kali (:|


Mula2, dia nak beli crown macam Sofia, pandai tau ajak ibu masuk Sinma
Tapi kat Sinma just ada jual crown yang orang nak kawin tu
Ibu pun pujuk dia, belikan dia sepit yang ada macam sikat tu

Naurah: Macam sepit Mulan
Ibu: Haaa, macam sepit Mulan, Mulan kan cantik, kita beli ni eh, crown Sofia tak der...

Mujurrrr Mulan pakai sepit macam tu, actually dia nak benda2 yang macam karekter kartun yang dia suka je sebenarnya
Kalau tak, jenuh la nak mencari


Esokya, gi kedai Chameleon, tengok2  ada pulak crown yang kecik comey ni...ada yang besar sikit, tapi sebab rambut Naurah halus2, kang dia rasa berat pulak :))

So, belikan la kat dia....suka tak tau nak cakap, terus suruh  bukak sepit Mulan, nak pakai crown Sofia
Rambut Naurah ni memang pusar dia kalau sikat kena ke kiri, tu yang ibu sepit crown tu senget, ibu pulak jalan mana bawak sikat, jadi malas nak  betulkan rambut Naurah tu


Pakai crown senget pun tetap senyummm :-*


 Ntah sejak bila la anak ibu ni jadi penakut
Sebelum2 ni dia selamba je tido dalam gelap
Sejak akhir2 ni, takut betul dia dengan gelap
Tido malam2, dia bukak torch light yang ibu bagi kat dia
Kesiann...ibu dia kedekut betul :))

Hari tu masa gi kedai, nampak nite lamp yang comel ni
So, belilah untuk dia
Pakai bateri je double A je


Memang feeling2 princess betul la ni
Duduk dalam pink castle dia tu, pakai crown lagi
hadoiiii la Naurah...kuat berangan ye :)


Ni antara buku yang beli kat dia bulan lepas



Pop up book



Ibu biasa beli buku yang tengah ada less, biasa beli kat Popular


Hari tu Naurah demam
Kesian betul dia sejak lepas demam tu, dia macam trauma
Yang dalam gambar tu, masa tu badan dia panas lagi tapi takderlah nak baringgggg je
So, ibu pun bungkus air batu letak atas kepala dia

Sejak2 dah baik demam, boleh dikatakan tiap2 hari dia akan cakap dia tak nak main dah panas, takut demam
Sebabnya 3-4 hari sebelum demam tu, dia duk main kat playground tu, payah pulak tu nak ajak balik

Naurah: Saya tak nak main dah panas, nanti saya demam. Nanti kepala, tangan saya semua panas
Ibu: Kesiann...habis kaki semua pun panas eh
Naurah: A'ah, habis semua pun panas
Ibu: Demam tak best ke?
Naurah: Tak best, nanti kena letak lagi air batu kat kepala :))

Comel sungguh dengar dia membebel macam tu :-*

Happy weekends!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates