Wednesday Dinner: Siakap Stim Nyonya

8:40 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 24, 2014
Thursday
Page 35/365



Menu dinner petang semalam
First time makan siakap stim nyonya masa di Sabah, family The Khairs yang belanja :)
Teringat-ingattttttt je rasanya...
Sejak dah rasa tu, banyak kali juga duk google2 resipi, cuba matchkan resipi yang jumpa tu dengan rasa masa makan hari tu, and yang penting, nak resipi yang mudah2 aje


Masa tengah mengukus tu, kejap2 jenguk

First time buat kan, jadi I macam panic sikit

Ikan siakap tu beli kat pasar malam, dalam RM9 macam tu
Suruh dia bersihkan siap2


Seperti biasa, bila cuba resipi baru mestia derhaka jugak sikit sebanyak kat resipi, masak ikut bahan yang ada kat dapur
Lepas tu tokok tambah ikut selera anak tekak sendiri pun ada jugak
Alhamdulillah, rasanya sedap-lain-kali-nak-buat-lagi


***Rasa tak puas pulak makan semalam, hihihi. 



Lovely Two Days

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 21, 2014
Monday
Page 34/365 

This is an auto publish entry



My supper, sirap bandung float
Sirap sikit aje, low fat milk tu yang lebih
Letak one scoop of vanilla ice cream, ais krim tu takder jenama, murah je, tapi sedap sebab tak muak
Kalau yang nestle ibu tak suka sangat


My breakfast
Dalam gambar sekeping je, yang masuk mulut kena la lebih
Sekeping mana cukup sebab ibu jenis yang nak heavy breakfast
Biasa suka cicah sos aje, kali ni saja tukar selera


Jalan2 hari minggu
Naurah ni kan, sejak dia makin besar, dia makin takut dengan escalator
Kalau masa kecik dulu main langkah je, steadyyyy je
Kita pulak yang risau
Bila dah besar ni, bukan setakat kena pimpin tangan, tapi kena angkat lagi
Makin la kita risau 
ntah-apa-pasal-yang-penakut-sangat-ni

Tengah2 jalan, kasut yang Naurah pakai tu koyak pulak sikit kat bahagian belakang
Beli kasut baru, beli yang ala2 dalam gambar tu jugak, cuma kaler pink, dia memang suka kasut yang macam tu, senang nak sarung 

Naurah: Esok saya pegi Pasti saya nak tunjuk kasut saya yang cantik ni dekat friends

Skang ni cuaca panas betul kat sini, kalau jalan2, Naurah memang bawak bekal air sirap, penuh ibu isi dalam tumbler tu. tapi baru sampai shopping mall, dah nak habis Naurah minum, dahaga sangat la tu



Dekat Megamall dah ada bukak Mr. D.I.Y, yey!
Betul2 depan Mr. D.I.Y ada tempat main2 ni
Lain kali senang ibu nak bertapa dalam Mr. D.I.Y tu, baba boleh tolong jaga Naurah main2 kat sini, kikikikiki
RM8 sekali masuk, unlimited, mainlah sampai tengah malam pun


Pagi Sabtu, sarapan di Tanjung Lumpur, makan laksam yang Ya Allah-sedapppp-sangat-tak tipuuuu
Rasa nak makan berpinggan2
Rasa dia memang boleh lawan laksam yang kat kampung ibu, tak reti nak explain betapa sedapnya

Laki bini makan laksam sepinggan sorang, lepas tu ibu makan pulak roti kosong, baba makan roti telur, kuah roti canai tu kan, kitorang campur sket dengan sambal ayam masak merah, perghhhhhhhh!!!!
Yang sambal tu, tak payah request, bawak je mangkuk kuah gi cedok sendiri.

Warung ni memang warung faveret kami laki bini sejak awal2 pindah ke Kuantan lagi
Nasi minyak dia pun sedap, serba serbi sedap la
Rasa tak  cukup gigi  nak mengunyah tiap kali makan kat sini, hahhhahhhha
Roti canai dia kan, garinggg, tapi tak berminyak langsung! Memang kaw!

Okay, tutup cerita makan, kena tunggu next weekend pulak nak sarapan sedap2 kat Tanjung Lumpur
terus je perut ni berbunyi

Lepas dah kenyang sarapan, mula2 ke pantai TC, tapi panas betul kat TC, tak berangin
Konon nak main layang2, dah angin tak ada, penat Naurah lari sebab nak naikkan layang2

Last2 bawak Naurah ke mini zoo Teruntum, Naurah nak tengok buaya katanyaaaa



Dekat mini zoo ni pun tak la berangin sangat, tapi redup sikit la



Gelongsor kat sini kan, dia bukan yang macam style yang kita biasa tengok dekat playground tu, tp dia buat pakai simen + tiles, kiranya kalau orang besar macam baba Naurah naik pun confirm tak runtuh, tinggal muat ngan tak muat je



Petangnya, pegi Pantai Sepat pulak
Sukaaaa kat sini, beranginnnnn sangattttt
Ada orang tu nak main besbol dekat pantai, bola tu setiap kali jatuh, senang2 je angin bawak lari
Jenuh jugak tau nak kejar bola tu
Bukan dia pulak tu yang kejar, ibuuuuu jugakkkk


Dapat tengok nelayan baru balik dari laut
Baba pulak pegi tinggal wallet dalam kete, kalau tak boleh beli ikan fresh2

Gambar ni ibu dah set jadi whatapp profile picture 


Yang ni pulak dah set jadi wallpaper hp
Skang ni amik gambar pakai hp baba je, sebab hp ibu dah tahap nak mintak pelempang dah
Dia on off suka2 hati diaaaaa je
  

Ajak Naurah tangkap gambar sama2 kat sini tapi Naurah tak nak sebab kat sini banyakkkk sangat lubang anak ketam, kecikkkkkkkk je ketamnya, nampak tak nampak je
Mintak maap banyak2 la kalau saya terpijak yeeee



Makan keropok lekor goreng panas2 kat sini
Air tak beli, kalau agak2 lekat, lari laju2 minum air laut




Penutup bekas pin hijab ibu ni longgar, masa mula2 beli memang dah longgar, dia bungkus dalam plastik jadi tak perasan pulak yang penutupnya tak kemas
Kalau masuk dalam bag nak travel, ntah ke mana hala dah penutup dia tu
Memang tak lekat langsung, mulanya ingat sebab span cucuk pin tu tebal sangat, tapi kalau kosongkan bekas tu pun memang penutupnya longgar
Sayang pulak sebab bekasnya cantik


Masa kat Mr. D.I.Y, tengok2 ada la pulak flowery tin case ni
Hormon gigirl ibu melompat2 bila tengok bunga2 kecik tu

Yang ni murah je, RM3.50, tutup dia pun kemas elok je, takder nak tertanggal2, jangankan nak simpan pin hijab, nak simpan biskut dalam ni pun confirm tak lemau
Terussss tukar bekas

Lepas tu ada orang buat2 suara lembut tanya ibu

Ibu, yang bekas heart tu sapa punya?

 Ketawa baba dengar Naurah tanya macam tu, lajuuuuu je dia nak amik barang2 ibu
Body mist victoria secret  ibu pun satu dia dah tukar hak milik
Taktik dia amik barang ibu memang macam tu, dia akan amik yang dah lama, yang baru ibu beli masa kat klia hari tu, pandai pulak dia tak usik padahal yang baru tu botol dia kaler pink lagi
Pandai kan diaaaa, kira macam budak baikkk jeeee, hahhhahhhha
Aminnnn
Anak ibu memang baik pun kan, dia sweet je

Dah macam2 dah barang2 ibu dia amik, span bedak la, lip balm la...anak gigirl kan 


Skang ni, memang ni aje pin hijab dan brooch yang ibu pakai
Kalau dulu macam2 jenis brooch ada, yang berjuntai la, bentuk macam2 la, sampai tak muat nak simpan sebab banyak sangat

Tapi skang ni, kalau brooch ibu memang beli yang sekecik2nya sebab bila pakai, tak nampak
RM5 dapat 7 bijik, tapi sebijik dah jatuh masa tengah jalan2, tak perasan
Pin pulak lagi suka pakai pin biasa tu je, pin yang tukang jahit pakai nak semat kain masa menjahit tu
Senang pakai pin ni, confirm tajam, shawl tak rosak, dan bila pakai pun tak nampak sangat

Yang brooch yang macam besar sikit tu, yang beli kat Sabah tahun lepas, pun jarang pakai tapi simpan jugak sebab pin dia tajam

Ari tu ada la dua pasang pin hijab yang ibu beli, satu yang black rose (yg dalam gambar tu), lagi satu chanel imitation. Tapi yang chanel tu ntah mana ilang, sebab duk travel je kan, jadi tak sure tertinggal kat mana

Jadi tinggal la yang black rose tu je, tu pun tak pakai
Simpan je kot2 nak tukar angin


Aktiviti malam hari, ajar Naurah main game ni
Yang banyak menang tu mestilah ibu kannnn
Naurah asyik main tipu aje, asal turn dia je, dia buat bulat banyak2, tapi kalahhhhh jugak
Yang dia menang tu pun ibu yang cakap, 'ha, buat bulat kat sini, nanti  Naurah menang'


Main lukis2 aiskrim
Yang cantik2 tu mestilah ibu punya kannnn


Sweet Tooth

8:53 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 18, 2014
Friday
Page 33/365

Recently I kind of having a strong liking for sweet foods
I find it's so hard to battle the cravings day and night, by not eating them...sigh...
Tak kesah la kek ke, coklat ke

(luckily (poorly?) that now I have to limit my chocolate intake...dah tak boleh makan sangat dah...)

And I did noticed that this 'SWEET' habit became obvious after I'm free from suffering with tooth related problem
Pre MOS, Post MOS blah2 
Gigi-gusi-dah-tak-sakit-la-la-la
Revenge, perhaps
So now my cheesekut is gone. Satu loyang tu hadap sorang2 aje.
I still have another bar of cream cheese in the fridge, biskut pat segi pun ada, but somehow not in the mood for making desserts

So last night, I asked my husband to get me some cakes, so off we went to Secret Recipe
Sounds like so desperate malam2 pegi beli cake
SR is not that close to our house
Siap kena naik flyover than make a u-turn

Bukannya apa sebenarnya, kadang2 tengah2 study ke, buat keje ke, masa tu laaaa mulut ni nak makan manis2
Ntah-apa-kesah-la-nak-manis2-skang-ni-haaaaa
I got myself two pieces of cakes, New York Cheese and Oreo Cheese, Moist Chocolate Cake for Naurah and Black Forest for the other half
 
Sebenarnya, dekat pasar malam area rumah kami ni, ada sorang akak tu jual kek
 Kek dia sedap, tak muak, so you can eat more!
(more is good right??)
Biasanya memang akan beli a few pieces, buat stok dalam fridge

Tapi skang ni ntah ke manaaaaa laaaaa hilangnya akak tuuuuu
The husband cakap akak tu ada lagi menjual kat pasar malam tu tapi skang dia dah jual minyak wangi pulakkkkkkkk

Why akak? Whyyyyyyy????!!!!!


SR dah half closed dah masa ni
Jalan malam kena la bawak torch light kan Naurah
SR tu kat dalam utan eh Naurah



Happy weekends!

The one with Wednesday's Ramblings

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 16, 2014
Wednesday
Page 32/365

Finally Daiso is here in Kuantan
Tak tau la sejak bila bukak, tapi rasanya baru lagilah. Yang boleh tahu tu, ada satu hari tu three of us jalan2 kt ECM, ibu pegi order Tako Tao, baba & Naurah tunggu kat depan Pizza Hut. Since kat shopping mall bising, jadi bila baba whatsapp kat ibu, ibu tak dengar. Bila dah sampai kat baba, baru tau rupa2nya baba whatsapp gambar ada budak lelaki pegang bag plastik Daiso, hahhhha
Baba cakap, lepas budak tu perasan baba snap gambar bag plastik dia, terus dia sorokkan
hahhhahhhhhahhhhha

Jadi, skang ni ralittttt lah kat Daiso tu, bahagia rasa di hati, even tgh poket kering masih mampu shopping cute stuffs dengan banyak dan gembira

Kalau kat Tokyo, barang2 kat Daiso ni dijual dengan harga 100 yen, lebih kurang RM3 kita, tapi kat sini jual RM5, kira okay sangat2 dengan kualitinya tu kan

Tengah seronok ganti barang2 kat dapur, beli bekas garam-gula baru, penyepit mee, senduk bagai




My cheesekut in the making


Comotttt je cheesekut ibu
Mana tak comot, tengah2 study, tiba2 rasa lapar, terus masuk dapur buat cheesekut
So, make it fast, main layer sesedap rasa tak kira nipis tebal, within 15 minutes, all done! Siap basuh dah blender semua, terus sambung study balik
Can't wait to dig in!

Once dah makan cheesekut, ibu memang tak boleh stop
Kali pertama buat, ibu buat yg cream cheese layer tu nipis aje
And for the second time I made it thicker
Kali ni pulak buat biasa2 aje
Mula2 rasa tamak nak buat tebal cream cheese layer tu
Tapi bila pikir nanti nak makan ulang-ulang banyak kali, tak elok la pulak tebal2
Ibu letak bahagian beku, ikut style Acik La, jadi rasanya memang macam ice cream
Tapi bila nak makan, Acik La kata dia akan keluarkan dulu sekejap, bagi lembut
Tapi ibu memang tak reti sabar, tak sempat dah nak tunggu lembut ni, tengah2 keras berdentum tu jugak pegi hiris, makan dan kunyah perlahan2  menikmati rasa cheesekut dengan penuh nikmat, sedapnyaaaaa


See, tinggi-tebal-ikut-suka-hati ibu punya cheesekut
Nak potong sikit punya susah sebab keras, habis senget2, nasib tak patah pisau

Baba memang tak suka, anak pulak jenis yang memang tak suka nak cuba rasa makanan yang dia tak berkenan kat mata
Jadi makan sorang2 la


Last few weeks our princess had joined a contest, a play and learn contest, alaaa, main ngan play doh
Kena buat 4 jenis haiwan, siput babi, ayam, katak ngan apa ntah lagi sekor. Ada diberikan contoh, namapun contest untuk kids kan
Mak bapak budak pun belum tentu reti nak buat ayam pakai play doh kan

Ada 3 pertandingan, pertandingan baju beragam, mewarna dan play doh
Masa register urusetia kata semua pertandingan akan start serentak, pukul 10am katanya
hmmm, yeeeeee lahhhh tuuuu
Last2 semua yang datang kena tadah telinga dengar ceramah pasal fama more than 1 hour, dia punya slides Ya Allah banyak gilerrrrrrr
Baba cakap ni confirm slide dia untuk kursus 2-3 hari ni, lepas tu dia main pakai je untuk hari tu

Pleaseeeee la organizer, masa tu seriously muka parents semua lain macam, ye lah, yang datang tu memang sah-sah sebab nak bawak anak2 masuk contest, bukan nak dengar ceramah
Kalau nak dengar ceramah, takdernya masing-masing nak bawak anak-anak, kecik besar semua ikut

Dah kalau nak buat ceramah kul 10am, janganlah cakap contest start kul 10am, tak bagus la macam tu
Ibu rasa la kan, dia cakap macam tu sebab nak bagi dewan penuh kul 10am tu, then baru la ramai dengar ceramah. Kalau awal2 dia cakap dia nak buat ceramah kul 10am, sapa nak datang dengar, kan? Ye lah, yang datang tu semua bawak anak2, nampak sangat sebab nak teman anak2 masuk contest

Ramai yang tak puas hati masa tu, dengan anak-anak dah start berpeluh2, yang menangis  lagi
Yang masuk pertandingan baju beragam lagi la kesian, abis make up cair, tudung dah senget2

Lain kali cakap betul2, ceramah start kul 10am, contest start kul 12 noon, contohnyaaaaa...takderlah kita nak bising. Ini cakap lain buat lain

Finally, dah nak pukul 11.30 am baru start. Tapi tak start serentak punnn, start yang baju beragam je. 
 Ibu ingatkan kena pakai baju yang macam karekter2 kartun ke, so tak masukkan la Naurah sebab tak ada, rupa2 nya apa2 baju pun boleh, asal pakai cantik2 je
Nak masukkan Naurah bahagian mewarna pun tak boleh sebab dia kata semua contest start serentak
Banyaklah serentakkkkkkk 
Jenuh ler nak menunggu


Lepas habis pakaian beragam, baru nak buat yang mewarna, Ya Rabbi....dah la panas, black out masa tu. Panas tak tau nak cakapppppppp

Baba Naurah pun gi cakap ngan organizer, ye la, masa register cakap lain. Ni nak tunggu sampai kul berapa ni. Kesian sangat tengok budak2 yang masuk bahagian playdoh. Berpeluh2 tunggu. Muka seposen je masing2, budak2 kan, paham2 la, dia tunggu ntah bila turn dia nak main2 ni
Bukan pikir pasal pertandingan pun budak2 ni, ada dia kesah menang kalah

Kalau tak kerana kesian kat Naurah, memang awal2 dah balik. Organizer lain kali kena consider sikit la, buat pertandingan untuk budak2, lepas tu nak kena tunggu lama2. Dah la cakap lain buat lain
Berpeluh jangan cakap la, dah la tengah musim panas

Dah baba komplen, baru la dia buat serentak pertandingan mewarna ngan play doh, kalau tak maunya yang play doh tu dah nak zuhur baru start. Nak bagi hadiah lagi
Sepatutnya benda2 ni jadi fun, tapi jadi hot sebab organizer tak plan betul2.

Alasan dia, dia kata takder tempat sebab dia nak buat pertandingan semua atas stage
Abih tu yang dewan ni sebesar2 alam ni nak buat apa?!
Dahla masa register cakap start semua serentak, takkan dari awal tak nampak kot stage ada satu je. 
Lepas baba komplen, elok je semua budak boleh duduk atas lantai dewan main play doh, tak der beza pun ngan atas stage tu, bukannya atas stage tu ada alas karpet ke apa pun, samaaaa jeeee


Yang siput babi tu, yang kaler kuning tu ibu yang buatkan, hahhhhahhhhha
Kalau Naurah yang buat, ibu tengok serupa cekodok aje rupanya

Baba cakap masa tolong tu jangan nampak sangat
Huhhh, peduliklah, ibu bukan target Naurah dapat no 1 pun, nak suka2 aje
Juri nampak terang2 ibu tolong apa, bukan ibu sorang je tolong, semua parents pun tolong anak masing2, hahhhahhha 
Parents yang tolong tu mostly yang anak2 baya Naurah la, yang dah besar macam darjah 1,2, 3 tu dah pandai la kan
Ni yang baya2 Naurah ni, buat ayam ngan siput babi tak der beza punnn, serupaaaa jerrrrkkk

So, dapatlah concolation prize, suka sangat dah anak ibu ni
So, alhamdulillah, even pengalaman pertama tak begitu menarik sebab organizer macam tak teliti sangat tapi takpelah, pengalaman tu yang penting ye Naurah
Even tak best, pengalaman jugak namanya


@KLIA, masa ni tunggu nenek tengah ambil luggage
Naurah baru bangun, rambut senget sebelah
Rushing jugak kami bertiga masa tu sebab nenek dah touched down dulu tapi kitorang ada dalam 10 minit lagi nak sampai klia kot masa tu


@Megamall, kat bahagian luar, tengah tunggu baba amik kereta
Panas nak jalan jauh2


Jalan2 hujung minngu
Gusi sakit2 lagi kesan MOS masa ni, tapi jalan tetappppp jalannnn


Revolusi buat crown Naurah
Mula2 pakai kertas A4 je, tampal2 dengan manik2 yang berlambak2 kat rumah ni, Acik Pah yang bagi hari tu


 Then, esoknya, ibu beli kertas yang kilat2 ni, tak puas hati pakai kertas A4 je, tak glamer kan Naurah


Then, sebab nak lagi glamer, last2, beli yang betul2 punya, tiara gitu, sikit lagi nak macam princsss sofea kan, sepasang ngan magic wand



Baba beli dua reket badminton, kami bertiga nak praktis untuk jadi wakil Pahang tahun depan


Naurah dah pro, so even main badminton pakai reket tenis, pakai dress kembang-kembang, angin bertiup kencang, still no problemmmmm
Smashhhhh!!!!!



Pakai camera hp sony, bukan edit apa2 pun, tapi tiba2 gambar jadi macam lukisan, siap ada shadow2 lagi kat muka, macam orang buat shading pun ada
Hint nak hp baru la tuuuuuu 



Gi jalan2 pun pakai ala-ala princess...takpelah, berangan la puas2 ye Naurah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates