From Marang with love

9:15 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 26, 2014
Monday
Page 43/365

 
 Alaaa, memang rindulah kat Sarah niiiiiii
Dia baikkkk sangatttt, nanti kalau kita lambai2 dia, comellll sangat dia lambai2 balik
Ringannnn je dukung Sarah
Baba Naurah kan biasa kena dukung Naurah sbb Naurah malas jalan, bila dapat dukung Sarah baba cakap 'Ringannnyaaa!!!' 

Macam kurus sikit ni sebab Acik La cakap dia baru baik demam

  Bawak budak2 ni gi main2 kat pantai
Dua tiga kali jugak layang2 yang Muaz pegang terbang, maunya tak terbang, Muaz pegang tali layang2 macam pegang tikus
Ni gambar macam bercampur aduk jugak ni, gambar lama gambar baru semua campur

 See, dulu muka Sarah macam ketat2 sket sebab kena tarik ngan pipi


 Hari tu pegi ngan Acik Pah, ni pegi ngan Acik La pulak

Ni gambar lama, kalau gambar baru Acik Pah dah tukar imej ye


 Rasa masa kecik2 dulu tengok Pulau Kapas kecik jeee
Skang ni dah macam makin besar, makin dekat



 Seriusssss je muka Sarah

Bila dia senyum selalu tak sempat nak snap


 Naurah kompius, dia panggil Sarah, Zahra
Zahra tu nama awak la!
 Balik memang sekejap betul
Budak berdua ni memang tak puas main la
Naurah dah mula buat muka tak nak balik
Budak berdua ni siap promise2 lagi nanti jumpa lagi, nyampah pulak dengar!

 Pagi tu, tak balik Kuantan terus, gi Mydin Mall kejap, nak shopping barang rumah sekali. Kang dah sampai Kuantan takyah nak keluar lagi. Patutnya dah shopping barang rumah sebelum balik Marang, tapi malas pulak nak keluar masa tu.

 Tak boleh letak gambar ramai2 sebab Acik La anak beranak tak mandi lagi, kang kalau letak jugak, ibu takut bila balik Marang nanti Acik La perambat ibu
Singgah solat & lunch @ Mesra Mall

 Gigih menjahit malam sebelum balik tu semata2 nak match kan ngan blouse dark blue tu, nak pakai masa otw balik Kuantan
Siap tidur lewat tu!
Ibu ada beli 9 lai kain kat Kamdar nak jahit tudung, yg ibu pakai ni baba yg pilih
Kalau baba pilih, ibu memang suka sebab baba punya taste cantik, 
Kalau ibu yg pilih kan, tengok yg warna macam kain buruk tu, haa, tu ibu lah yg pilih tu!
 

Kali ni letak Hello Kitty pulak

Random on May

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 May 23, 2014
Friday
Page 42/365

Gambar2 yang dah agak lama jugak, paling baru pun gambar otw ke Kedah, lain2 semua dah separa basi

 Masa ke Kedah minggu lepas, ibu dapat kipas jepun ni masa singgah isi minyak, kat Petronas Sg. Perak rasanya
Sempena hari ibu
Terkejut ibu tetiba ada staff stesen minyak tu datang tepi pintu kete
 
 Gambar di suatu hari
Lepas hantar Naurah pegi Pasti, ibu nak pegi bank
Nak keluarkan duit sebab nak travel ke Kedah tu lah, banyak juga belanja kali ni sebab lama kan.  Ini pun ibu dah save banyak sebab baba support duit minyak ngan tol
Asalnya baba nak belanja hotel, tapi ibu tak sedaplah macam tu. Dah la ni urusan ibu, baba pun dah banyak tolong, kena amik cuti lagi, tolong drive lagi, tolong jaga anak masa ibu masuk campus lagi
Terima kasih banyak2 ye bang

 
Dalam dua minggu lepas, cuba makan makanan Mexico kat EC, apa ke nama dia ni, burrito rasanya, not bad!


 Kesian anak ni ha, dari rumah beria nak makan, dah sampai restoran, belum apa2 dia dah terlelap, padahal awal lagi, baru pukul 8++ pm. Naurah memang macam tu, pantang naik kete, nak-nak kalau malam, lajuuu je mata dia tu nak tido

 Makan satay @ Satay Zul, hari yang keesokannya Labour Day tu

Baba balik keje, terus baba ajak keluar. Mujur masa tu Naurah dah siap mandi, ibu pun gi mandi, siap2 tukar baju, sarung tudung,  tau2 dah masuk dalam kete, laju betul bersiap, bedak lip balm semua tak pakai sebab keluar makan malam je pun

Tgh2 makan, azan maghrib, terus tumpang solat kat restoran ni

 Ibu takderlah selalu sangat pakai spec, tapi baba selalu ajak pakai spec, dia kata kalau tak dia takder kawan
Spec ni pun baba yang belanja, dah lama dah buat spec ni, masa zaman study master dulu

 Lunch @ Chicken Rice Shop
Masa mula2 makan kat sini dulu2, ibu tak tau ibu order set yg mana tapi ayam dia sedap
tapi bila dah datang balik, dah dua kali jugak terkena dah tak dapat dah ayam yg macam dulu tu, ntah set mana yg ibu order dulu ibu pun dah tak ingat
Kalau kat sini, sayur taugeh dia sedap betul, ibu boleh ratah macam tu je, walhal ibu ni cukup tak suka dengan sayur taugeh, kalau ada dalam mee goreng, memang satu-satu ibu asingkan.

 Sesi mengaripap dengan Naurah
Beria Naurah beli kayu nak gelek doh tu kat Daiso, sanggup tak beli mainan, semata2 nak ajak ibu buat karipap
Kesian ada, kelakar pun ada bila bila ingat2 balik, dia datang kat ibu lepas tu dia cakap, ibu dah lama kita tak buat karipap
Bukan dia nak makan, tapi sebab dia nak main dengan doh tu la

Dapat banyak ni je, selebihnya habis Naurah buat main
Dulu tangan ni keras kejung nak kelim tu, skang ni kira okay la kannnnn, ada rupa karipap tu kira lulus la tu

Dia punya doh pun dah banyak improve dari yg first time buat dulu
Dulu doh tu rapuhhh je, boringggg je makan, skang ni baru sedap 
Tu buat inti sardin je, ibu sempat makan satu dua je, selebihnya baba makan sorang


Naurah & Muiz
Gambar lama masa balik kampung hari tu
Lupa dah bila

Ibu gi pantai Kelulut sekali dengan semua anak2 Acik La, Acik Pah pun ikut sama, mama ngan abah muizmuazsarah pulak masa tu nak pegi shopping barang2 rumah sikit. Dia dah habis shopping, kitorang dah nak balik, berselisih kete kat tengah jalan

See, Naurah pijak pasir. Dia tengok muiz bukak kasut, baruuuu dia nak bukak kasut, tu pun dia tak banyak sangat bergerak
 
 Hadiah hari jadi suami yang ke 34 baru2 ni
Ibu dah bagi awal2
Saja nak main suka2, nak menghiburkan telinga isteri dan anak kat rumah

Ibu ada beli kimono cardigan, lepas beli terus sarung pakai, tak menyempat2, mujur matching ngan kaler tudung

 Hadiah hari guru yang Naurah bagi kat muallimah2 dia bebaru ni
Dalam setiap bag tu ibu letak la dua tiga jenis hadiah, hadiahnya tak seberapa, cuma nak ajar anak dari awal supaya hargai guru 


Tampal ni sekali kat bag hadiah tu
Bab cut and paste ni serah je kat ibu Naurah, tu memang hobi dia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates