Worldess Wednesday>> Salam Lebaran 2014

10:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 23/2014
Wednesday
Page 59/365


Zahra An Naurah 5th Birthday: Her Birthday presents

9:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 23, 2014
Wednesday
Page 58/365

Tahun ni Naurah dapat an extra present, biasanya dapat satu aje hadiah je dari ibu ngan baba. Takder pun ibu bagi satu, baba bagi satu.
Kes dapat hadiah lebih ni ibu dia lah punya pasal, rambang mata tengok mainan. Nanti kalau anak asyik mintak dia bising, anak dah tak mintak, dia pulak gatal pegi beli.
Walaupun dua presents, but both of them sama aje sebenarnya, cash register toy. Kan dah cakap ibu dia gatal.
Dah dia suka sangat tengok mainan ni kat youtube, banyak kali ulang cakap dia nak 
Tapi baik anak ibu, ibu cakap nanti dah birthday Naurah baru ibu beli, tak birthday, tak beli
Dia angguk senyum aje, tak desak pun nak cepat2


Dua2 hadiah tu ibu & baba bagi in advance kat dia, tak tunggu birthday pun, sebabnya kesian
See, anak tak apa2, ibu ngan baba dia pulak yang kesian
 
Yang warna merah ni, lepas beli, sampai rumah terus bagi. Masa beli tu, ibu yang beli sorang, baba teman dia main2 kat depan Mr. DIY tu. Ibu whatapp gambar kat baba. Lama giler kot ibu bertapa kat toys department tu, mata jadi juling tak tau nak beli yang mana satu
Nak beli castle la, set lego la, set play doh la.  Stick to the plan ibu! Stick to the plan!!!

Yg ni simple aje, takder pakai bateri pun. Functional buttons pun tak banyak sangat. Cuma ada button untuk bukak tempat simpan duit dan button check harga. Groceries pun banyak jugak lah. Yang kotak2 tu semua kita pasang sendiri. Sticker2 pun kita tampal sendiri. Tapi yang tak suka tu, nampak tak yang sticker senget2 tu, itu memang dah tertampal siap2.


Yang second present ni lagi menarik sebab ada more functional buttons dia. Excited sikit la bila anak main. Ada keluar bunyi, ada lampu menyala. Sebenarnya beli yang ni dulu, tapi simpan atas almari takut Naurah nampak. Over betul!
 
Lepas dua minggu bagi cash register yang merah tu, baru bagi yang ni. Bagi lepas buka puasa. Baba cakap, bagi ajelah. Daripada duk simpan atas almari, baik bagi dia main.

 And it's pink!!!!
Sebenarnya, yang Naurah tengok kat youtube tu, ada kepala minnie mouse kat register cash tu, tapi ibu cari tak jumpa. Jumpa yang ni aje. Takpelah, yang penting pink kan Naurah
  
 
Yang ni banyak pakai bateri, sampai 4 bijik bateri AA tu.
Berbaloi lah kot sbb complete with working buttons that beep once you press. Semua button berfungsi, just like calculator, ada tempat display yang tunjukkan harga barang.
Tempat swipe card tu pun berfungsi, microphone pun boleh buat menyanyi. Hehhee
Ibu risau jugak mula2 sebab masa beli tak boleh test pun. Kalau rosak tercebik2 la ibu ngan Naurah



Duit pun ada banyak sket compare dengan yang cash register yang mula2 tu. Yg awal2 tadi ada duit kertas je. Tempat simpan duit boleh kunci, tapi ibu pesan banyak kali kat Naurah, JANGAN KUNCI!
Karang kalau kunci tu hilang, sia2 aje tak boleh main. Awak tekan button open tu sampai tahun depan pun tak boleh bukak.
Eh, ibu pulak yang over
 

 Yg ni scanner, kita scan je barang dia beep then keluar harga dekat bahagian  display. Bukan barang je, apa2 pun dia scan. Harga keluar ikut sukati dia.

Naurah: Naurah letak tangan pun dia bunyi jugak!
 
 
Tempat yang letak cornflakes tu pun boleh bergerak, macam yang kat hypermarket tu. Tekan button pink yang panjang tu, dia moves slowly.
 
Bertambah lagi laaaa mainan yang dia susun kat atas kepala katil dia tu....

***Rasa macam buat review mainan pulak. 

Zahra An Naurah 5th Birthday

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 23, 2014
Wednesday
Page 57/365

Happy 5th birthday sayang ibu & baba 
Ibu & baba doakan keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat untuk Naurah

Semoga panjang usia, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa

Doa ibu & baba sentiasa bersama Naurah
Jadi anak yang solehah ye sayang 


Anak yang sangat baik, tak pernah menyusahkan ibu & baba
Dari kecik sampai besar senang sangat menjaganya


Masa dia kecik2 dulu, kalau kita tanya nak beli mainan ke tak, tunjuk mainan2 kat kedai, mesti dia jawab tak nak, dah ada kat rumah katanya
Lepas tu ibu pulak bising kenapa Naurah tak nak beli mainan


Dah besar ni barulah pandai mintak2, tapi okaylah, dia tak mintak yang mahal2
Kalau dia mintak jugak, ibu cakap tak boleh, dia okay aje walaupun kadang2 merajuk jugak sikit
Ibu bising jugak sebab skang ni Naurah asyik nak beli mainan



Dari kecik sampai besar jadual tidur anak ibu & baba ni memang teratur
Masa umur baru lahir sampai 3 bulan, Naurah tidur dari lepas asar sampai la subuh esok, bangun hanya untuk menyusu dan change diaper
Tak ke super heaven ibu & baba dia

Masa umur 3 bulan sampai 6 bulan macam tu, dia tidur start dari lepas maghrib sampai subuh esok
Dah besar sikit, start tidur dalam pukul 9 malam sampai pagi esok, sampai la skang ni
Paling2 lambat pun tidur kul 11 am, ada la sekali dua setahun sebab dia ralit layan movie kartun
Itu pun ibu & baba dia bising suruh tido sebab laki bini dua2 jenis tido awal



Bangun pagi2 nak pegi sekolah pun mudah sangat kejutkan dia
Ibu usik2 gurau2 geletek2, ketawa2 dia bangun
Tengah mamai2 huyung hayang  berjalan pun sengih2 aje ke bilik air

Kalau tak sengih pun, tetap jalan ke bilik air, tapi muka ada sikit monyok, huh, petanda moody la tu hari tu



Of course la ada jugak hari2 dia buat perangai sikit, nama pun budak2, tapi alhamdulillah, still under control
 

Rajin tolong ibu lipat kain baju (dia sangat pandai lipat panties dia, hahhhahha), tolong ibu bawak makanan ke depan time nak makan, rajin tolong ibu mengaripap

Masa nak cerai BF mudah aje, dia cool aje, ibu yang drama lebih sebab rasa sedih anak dah makin besar
Masa nak cerai botol sepenuhnya, hari tu hari nak pegi ambil gambar paspot Naurah untuk register Pasti, tiba2 dia menangis mengamuk tak nak amik gambar hari tu, balik tu ibu marah dia cakap Naurah dah tak boleh minum susu botol lagi sebab ibu dah buang, konon denda la sebab dia buat perangai tadi
Tengok2 dia okay je, bila dah reda, ibu tanya dia nak susu botol tak, dia cakap tak nak, mana boleh sebab dah buang. Dahhhh ibu pulak tanya banyak kali nak tak susu botol, baba pulak duk larang ibu sebab dah elok2 anak tak nak, ibu pulak sibuk nak bagi

Masa nak ajar dia free diaper pun mudah. Tau2 dah setel dah. Masa start Pasti tu, dah tak pakai diaper siang malam dah. Ada dua kali rasanya dia terbabas kencing atas tilam, sekali tu dia demam, sekali lagi tu minum banyak sangat air agaknya sebelum tidur

Pegang pisau macam tu, sampai tahun depan pun tak makanlah kita kek tu Naurah


Baru perasan, tak bukak pun tag kat topi dia tu, kah kah kah



So, about the little cake

Ibu & baba sebenarnya dah tak leh gi dah kek Secret Recipe, manis Ya Rabbi...takleh telan
Ni birthday anak ke birthday mak bapak budak ni

Ada hari tu je lah masa duk gila nak makan manis tu teringin sangat nak kek SR. Lepas tu bila ingat2 balik kembang pulak tekak ni

Jadinya, nak beli kek kat Kula Kek, kat Kuantan ni, kalau google, katanya sedap sangat. Beria pusing Kuantan cari kedai tu kat mana. Dah jumpa, tutup pulakkkkkkk

So, ibu & baba pun pegilah satu kedai kek ni, deret2 SR jugak, ibu tak suka sangat pun sebab kek dia tak moist, tapi okaylah memandangkan anak sorang ni langsung tak suka makan kek. So, tak lah ralat even kek tu biasa2 je

 Birthday Naurah tahun lepas pun jatuh bulan puasa, but we managed to celebrate in advance, pegi makan2 kat Secret Recipe, beli one slice aje kek masa tu. Lepas tu masa bulan puasa, celebrate lagi sekali, ajak dia buka puasa dekat pizza hut. Tapi tahun ni ala kadar sajalah ye sayang, but it's the thought that counts, right. So as a trade off, hadiah lebih sikitlah untuk anak ibu & baba tahun ni
sebenarnya ibu yang rambang mata nak beli mainan, semua dia nak beli!

***Kek tu dia makan krim semata2, yang keknya langsung dia tak sentuh. Itu yang ibu & baba pikir banyak kali kalau nak beria2 sangat tempah kek untuk Naurah. dah la ibu & baba pun bukan jenis suka sangat makan kek. Tgk atas kek jugakla, kalau kek span jual kt hypermarket tu, ibu suka aje.
***Asalnya nak tempah kek Elsa, tapi banyak cekadak pulak tukang buat kek tu, patutnya dia ikut spec customer, ini kita pulak kena ikut dia, dah la harga pun tak reasonable. Naurah pun confirm makan ciput aje. Macam tak padannnn je
***Dah besar2 ni, perangai dia sebijik perangai ibu, memang mini me, dia sangat sensitif dan ratu air mata, sikit2 cebik, sikit2 cebik
Nasiblah baba, hahahhahhahha

We love you so much our little sunshine!

Al Fatihah MH17

8:49 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 18, 2014
Friday
Page 56/365

 

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Macam nak luruh jantung dengar berita ni awal pagi tadi
Kul 4.30am Acik pah call, memang dah time nak bangun sahur dah pun
Rupanya dia dah sms kul 3.30am, tapi ibu tak dengar

Laju2 bukak TV, terus terpacul kat mulut ni, mesti ada yang nak balik raya kat dalam tu...

Takziah dan Al Fatihah 

 

18 Ramadhan

10:17 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 July 16, 2014
Wednesday
Page 55/365


Kisah Jumaat lepas.
 Semata2 sebab anak suka sangat makan pizza, boleh sesekali ni buka luar. Kesian pulak budak sorang ni macam dah lama tak pekena pizza ekkk, walhal baru 2-3 minggu kot

 Order pizza yang paling kecik tu, amik kid's meal. Memang biasa macam tu pun sebab yg makan piza tu nanti Naurah ngan baba aje.

Asalnya nak masak kat rumah. Dah baba ajak makan luar, okaylah, sesekali tukar selera. Ibu pun simple2 aje sebab ready kot2 nak kena solat maghrib kat sini. Dah plan ni, kalau solat kat sini, baba yg gi solat dulu, gilir2 la buka + teman anak makan

Ibu pulak makan yang dalam plate ni je. Biasa suka order cheese bake rice kalau kat pizza, hari ni nak tukar selera, alang2 ada menu baru ni. Sedap, perut just nice aje. Tak kenyang sangat. Buka puasa pukul 7.23pm, makan2, jam 7.35 dah licin, terus balik rumah. Sempat la mahgrib kat rumah.

Sementara tunggu buka, jalan2 cuci mata, terjumpa pulak kasut ni. Okey, setel kasut raya Naurah. Pakai terus lah!

 
 Sejak duk Kuantan ni, kalau tahun tu turn raya pertama kat Johor, akan cuba balik sekali untuk buka puasa di Marang. Macam tu jugak kalau tahun tu turn raya pertama kat Marang, so akan cuba balik ke Johor untuk rasa berbuka puasa kat sana
 Muafakat membawa berkat namanya, heheee

 Kalau duduk dekat2 memang dah bawak balik dah Sarah ni

 Balik sebab nak bagi budak berdua ni lepas rindu, hahhhaaa
Naurah mula lah buat muka bila tengok ibu kemas kain baju tak pakai bag besar, dia dah tau dah, tu mesti balik kejap je


 
Scallop wrapped

Side dish masa buka hari Isnin baru2 ni
Simple2 je bahan dalam tu, scallop ibu hiris2, salad, buah tomato hiris nipis, scramble egg, then letak mayonis & sos cili. Yang wrap nya tu, pakai perisa garlic.

 Otw Kuantan-Marang, ada orang asyik merenung kasut sepanjang dalam kete
Dia sampai je kat Marang, tak sempat naik tangga rumah lagi, terus jerit, 'Muizzzz, saya ada kasut baruuuuu!!!!'
Dengar Acik La duk kah-kah-kah ketawa sebab semalamnya dah show off dulu kat Acik La kasut Naurah tu
Lepas tu dengar suara Muiz sayup2 dalam rumah tanya Naurah 'Doh mung posa dok?'

 

Tiap2 hari buka, akan buat air sirap. Lepas tu kalau rajin belilah air satu lagi kat param. Semalam beli katira. Tu lah fungsi mini bar ibu sepanjang hari sepanjang tahun, jadi tempat letak air.

Hari ni rasa nak buat nasi paprik lah.


***Baru balik tukar duit raya. Setel! Sepanjang duk beratur nak tunggu bank bukak, ibu duk ketawa2 whatapp ngan Acik Pah & baba, tak tahan teringat pasal minah peugeot tu. 'See what u did to my car?!!!' 

 Macam nak sama dengan dialog Lisa Surihani dalam Ombak Rindu, masa dia marah kat Julia Zigler tu.

Baba: Eh, kunci stereng dia sama macam sayang

Bulan puasa banyak2 sabar ye semua. Respect la sikit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates