DIY Wide Chiffon Shawl: Kyoto Japanese Chiffon

9:34 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 26, 2014
Tuesday
Page 65/365



 Tak tau la nak nangis ke nak ketawa tengok all these pastel colors
Sukaaaaaaaaa sangat!!!!!
Soothing, calming, soft, whatever you call them, these type of colors memang so me!
Top down: Chestnut, milky cream, off white, peach, light beige and light purple.
Utk yg light beige & light purple tu, dalam gambar ni nampak macam kelabu & biru respectively.

Masa staff Kamdar tu potong kain2 ni, berbunga-bunga hati ibu
Tak sabar2 nak jahit


Tapi kena sabarrrr dulu. Up until now, satu pun tak berjahit lagi. Ibu busy sikit akhir2 ni.
Ibu beli ni pun sebab plan lepas dah abis busy ni, ada banyak kain yang boleh jahit, heheeee



 Masa beli tu, beli lapan helai, dua helai lagi tu warna dark blue & dark chocolate
Kalau tengok kat luar, lagi gelap sebenarnya warna dia

So, 3 helai daripada semua kain2 ni fabrik dia jenis Kyoto Japanese Chiffon (KJC) yang super soft!
Serious, memang super soft. Masa pegang tu rasa macam pegang pipi baby pun ye, lembut!
Terpikir2 jugak masa tu cemana nak jahit ni sebab lembut sangat
 

Then bila dah lembut sangat ni paham2 le bila benang dia tertarik

Untuk material KJC ni, ibu beli 3 warna, yang light purple, light beige and lagi satu dark chocolate
Masa kat Kamdar hari tu, kain KJC ni ada 4 warna je, satu lagi warna hijau, cantik tapi terang sangat rasa. Kalau beli, ibu tak tau bila nak pakai. Warna terang2 ni ibu segan sikit, tapi sesekali pakai, suka jugak.

Yang warna lain2 tu, jenis standard chifon yang biasa ibu beli tu lah. Harga yg KJC tu mahal sket dari chiffon biasa.
Warna putih ibu dah ada 2 helai, tapi sebab yg material kali ni macam lg lembut dari yang sedia ada, ibu beli jugak lagi. Macam tu jugak yg dark choclate, dah ada tapi beli lagi because of the fabric wise.

Utk warna putih, ibu memang tak boleh tengok, tempting aje, laju aje tangan ni. Target ibu, ibu nak warna putih yang macam masa Azreen pakai masa bertunang dengan Datuk Tengku Kamaruzaman dulu. Korang ingat tak?
Masa tu ibu kecik lagi, akhir 80an atau awal 90an agaknya, tapi sampai skang ibu ingat betapa lembutnya shawl putih dia tu. Macam nak kebiru-biruan gitu. Azreen pun cantikkk sangat masa tu. Ibu try google gambar dia tapi tak jumpa. Sebab dah lama sangat kotttt

mesti semak dalam kepala hotak kau kan zue, benda ni pun kau nak ingat jugak


Mana2 warna benang yang takder lagi, kena gi beli la sekejap. Kedai barang jahit kat depan tu je


***Tulis entry ni sikit2


Sweet tooth

8:48 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 25, 2014
Monday
Page 64/365  

Finally dapat jugak makan kek from Kula Cakes ni
Sebelum ni ada la beberapa kali nak singgah beli, tapi kedai dia tutup
Sesekali nak jugak layan selera nak makan manis2 ni


Pavlova

 Beli take away
Bila dah masuk kotak, rupa dah tak berapa cantik
Tapi seriously sedap!
Tak tipu, memang sedap!

Hah, mango cheese cake ni, memang must try kalau ke Kula Cakes
Rasa macam makan aiskrim!
Ibu makan sikit2, sayang

Rasa dia sedap2 aje, tak la manis sangat macam kek SR
Tak sure dia bukak hari apa tutup hari apa, tapi semalam ingat nak beli lagi, tapi bila lalu kedai dia tutup.
 
 

Tukar Angin

9:07 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



August 20, 2014
Wednesday
Page 63/365

Petang semalam baru sampai dari PJ
Baba ada training kat Armada Hotel
So ibu & Nuarah saja2 ikut, tukar angin
Kemas luggage yang size sedang tu aje
Bertolak hari Ahad, Selasa petang balik

 Had our breakfast at Taman Guru
Roti canai kat sini sedang2 aje, tak la sesedap roti canai kat Tanjung Lumpur
Just nice aje

Klinik gigi yang ibu cabut geraham bongsu dulu kat area sini la

 Dulu anak dara ni suka sangat roti canai cicah gula, skrg dah kurang sikit

Muka sibuk dalam Jusco

 Mula2, singgah rumah Acik Pah dulu
Ibu bawak sardin roll dan puding roti untuk Acik Pah
Kesiannnnnnn kat dia sebab ibu ngan Acik La selalu tayang2 makanan kat group whatapp kitorang
Masa sebelum bertolak, baba duk  ingatkan ibu jangan lupa makanan yang nak bagi Acik Pah, sebab baba Naurah pun tau Acik Pah suka makan, hahhhhaaa
Sembang2 sekejap, terus ajak Acik Pah keluar, jalan2 kat Jusco sekejap, lepas tu pegi lunch

 Kebetulan pulak pakai shawl warna sama
Masuk Jusco, masuk fitting room terai berhelai2 baju tapi satu pun tak beli, ada aje yang tak kena, last2 gi makan



 Acik Pah nyaris2 jadi Kassim Selamat sebab Naurah nak tercucuk mata Acik Pah ngan garfu tu, nak amik gambar sangat kannnnnn
Terus Acik Pah duduk jauh, nervous la tu


 Nanti2 kita pegi KL lagi ye Acik Pah
  Lepas tu, terus pegi PJ, cari hotel yang baba nak training tu, dah jumpa, terus check in hotel yang kami nak stay tu, tak jauh sangat dengan hotek yang baba ada training tu

Petangnya, jalan2 cuci mata kat One Utama

Keluar nak breakfast awal, padahal kul 8am baru cafe dia bukak

 Sepanjang hari baba training, ibu ngan Naurah memerap aje dalam hotel room, ibu layan citer Friends yang dah ntah baper puluh kali ibu duk ulang tengok, siap bawak complete set DVD dia
Naurah pulak tengok kartun kat youtube

 Then, bila baba balik dari training waktu petang tu, barulah keluar nak gi makan ke, jalan ke
Duk pusing kat One Utama tu jugak, malas nak merayau ke lain



 Dah lama tak makan nasi beriani
Makan dekat Zam Zam Cafe
Order jugak satay ayam, satay kambing, roti telur


Nak gi breakfast kat bawah je, beria2 lilit shawl, lepas tu whatapp kat Acik Pah
Kalau whatapp kat group gambar lilit2 shawl, sebelah mata pun Acik La tak kuasa nak pandang


 Check out dua beranak je
Baba dah pegi training
Baba pesan suruh check out, nanti baba amik, terus balik Kuantan

Btw, kain yang ibu pakai tu, kain baju kurung yang pakai masa raya hari tu
Tapi sebab kain dia macam kembang payung, takde susun2 tepi tu, ibu pun match dengan kebaya hitam yang dah lama beli kat Jusco
Nama aje kebaya, tapi potongan dia cam kebarung, lurus aje

 Kesian budak ni, dia boring tunggu baba tak sampai2, dah banyak kali ibu cakap, relax dulu, baba lambat lagi nak sampai, dia duk tunggu jugak

Corak kain ibu ngan blouse Naurah macam nak sama pulak.

Syawal: Back to routine life

9:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 11, 2014
Monday
Page 63/365

Last week, semua pun dah back to routine life
Weekend pun macam tu
Tiga beranak ni bangun seawal pagi, samaaaa je macam hari keje, Naurah siap bangun macam nak sahur lagi
Dari malam tadi baba dah 3-4 kali tanya apa program kita pagi esok
Celik bijik mata dia tanyaaaaa lagi 
 
So, agenda pertama mestilah cari roti canai
Dah rindu sangat dah ni
Namun alangkah kecewanya di hati pak cik roti sardin kaw-kaw kat IM tutupppppppp
Terpaksalah makan kat warung sebelah, ibu makan nasi kunyit (pulut kuning) + nasi dagang, baba makan nasi minyak
Orang yang ambil gambar sambil sambil cross legs tu dah makan toast breads siap2 kat rumah

 Ibu punya plan, nak pegi Daiso aje, nak beli barang2 dapur sket, nak beli cake mould, frames (hari tu dah cuci banyak gambar, tinggal nak masuk dalam frame aje), etc

Tapi sebab awal sangat (jam 8.45am dah siap makan), tujulah ke tasik dulu, bawak anak main2

 Tasik ni kalau pagi2 seronok pegi sebab manusia tak ramai
Agaknya masing2 bila cuti malas nak keluar rumah pagi2
Tiga beranak tu je tak reti duduk diam

Tapi kalau datang sini petang, Ya Rabbi, crowded sangat, anak nak main buaian pun kena amik turn

 Sebab tak ramai sangat orang, boleh la main sepuas hati
Tapi biasanya tak la selengang ni, agaknya masing2 duk mood raya lagi kot, malas nak joging, malas nak bawak anak main2 kat playground

 Puas hati makan lagi roti banyak2, terus tersembul pipi awak tu Naurah!
 Hari Jumaat, masak simpleeeee sangat untuk buka
telur masak kicap ngan goreng ikan & ayam
Baba tak suka makan campur2 lauk darat ngan laut, Rasulullah pun tak ajar kita makan macam tu kan
Tapi sebab ikan goreng tu ada lima ekor je, cinonet sangat pulak tu, tu yang ibu tambah jugak ayam 2-3 ketul


Petang Sabtu, terasa nak makan sate & nasi himpit kuah kacang, tak puas makan masa raya hari tu
Sebabnya masa raya kat Johor tahun ni, MIL pun takder buat kuah kacang,dapat makan sikit je yang Acik Dah bawak balik

So, ajak baba pegi makan kat satay Zul

 Dress Elsa yg ibu order sampai dah masa hari Sabtu tu
Ibu memang seboleh mungkin tak nak beli dress ni kat Naurah sebab tak jumpa material yang berkenan
Kain satin ngan net yang memang nampak murah sangat, tapi harga tak murah pun, RM62 sepasang
Kalau baju Anna ibu jumpa jugak yang material dia cantik

Tapi sebab dia nak sangat, belikan la jugak

Asalnya, Naurah tak mintak pun dress ni even dia taksub sangat dengan Frozen tu
Ni kes masa balik raya kat Johor, masa akhir Ramadhan tu, dia ternampak ada budak pakai dress ni masa main2 sama2 kat Jusco
Dia perati budak tu sungguh2
Balik rumah nenek terus lukis dress ni
Siap lukis dua, satu budak tu, satu dia
Tak cukup lukis sendiri, suruh ibu pulak lukis

Memang dari kecik lagi Naurah ni kalau dia NAK SANGAT2 satu2 barang tu, mesti dia lukis, kalau kita tak paham apa yang dia lukis tu, siaplaaaa drama cebik2 suara tersekat2 menahan sebak di dada

 Tido malam pun pakai
Terjaga kul 5am, terus berdezup berdiri depan cermin, betulkan rambut
Lepas tu sambung tido semula, ibu ingatkan awak nak tahajud

Setengah jam lepas tu terjaga balik, toingggg bangun, betulkan balik rambut
Terkejut beruk baba masa tu, dah la baru kuar bilik air
Pepagi buta tengok ada budak kenit ni duk belai2 rambut depan cermin
Ya Allah, azabnya nak jadi queen Elsa ye Naurah

 Muka dia senyum sengih tak berenti
Tiru Elsa jalan paling tak tahan, nampak gedik betul, kahhhkahhh
Dah lagi kemaruk dari masa mula2 tengok citer Frozen
Telinga ibu ngan baba ni dari pagi sampai malam dengar dia nyanyi lagu Let it Go tu, selang seli ngan lagu raya Suasana Hari Raya....Elsa pun sambut raya rupanya

Tengahari Ahad, ajak Ajid & Nori datang makan2 kat rumah, Naurah duk tanya dari pagi bila Abang Ajid nak sampai, macammmmm ibu tak tau apa ada dalam kepala awak tu Naurah, dia nak show off dress dia kat abang Ajid la tu
Nak ajak Ajid & Nori makan2 dari bulan puasa hari tu, tapi tertangguh2, last2 ajak makan musim raya ni
Gambar sekeping pun takder, sibuk makan je

Ibu masak menu yang biasa ibu masak, tak berani nak experiment2 ni, hahhhha
Buat nasi bukhari, ayam merah berserai & puding roti

 Petang ahad, gi pantai sepat
Dah lamaaaa tak datang sini

Buih sabun tu beli kat Daiso, yang kaler pink & bekas dia tu beli kat kedai RM2 kat Marang hari tu


 Kisah di sebalik wide green shawl
Shawl ni MIL beli masa pegi umrah hari tu, 5 riyal selai
MIL beli dua, untuk Mak Ucu, ibu pulak MIL bagi mini jubah ngan gelang pink
Berbalik pada kisah shawl ni,  mak Ucu tak berapa suka sebab payah nak pakai, MIL terai pakai pun tak menjadi jugak, last2 MIL jadikan alas meja dalam bilik tido kitorang kat rumah Johor tu
Ibu pun dah hari2 duk belek shawl ni dalam bilik tu, malam sebelum esoknya nak balik Marang, ibu pun alih semua barang, Naurah pun tolong sekali, terus sarung kat kepala, lilit2, eh cantik pulak
Terus menantu hantu ni keluar bilik dengan shawl masih berlilit kat kepala
Mak, bagi Zue la tudung ni
MIL ibu punyalah ketawa sebab shawl ni dah jadi alas meja kan
Terus MIL masuk bilik, amik yang selai lagi, yang tu belum sempat di turun taraf jadi alas meja
Tima kasih mak


 Sambil layan Naurah main2 kat pantai, baba makan Absolute Choc from SR 
Konon nak makan kek dari Kula cake, tapi tutuppppp jugak lagi, ke dah pindah dah kedai tu...?

 Ibu & Naurah share makan oreo cheese



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates