Short update

7:50 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

September 30, 2014
Tuesday
Page 71/365


Here's a short update


Masa tgh belek2 baju kt FOS clearence sale, tercapai baju kecik ni. Naurah nampak je, terus mintak nak beli, dia nak pakaikan kat doll dia. Bolehlah, RM7 je.


Baby ni macam nak pi work lah ibu

 Anak patung murah, beli masa pegi Rantau Panjang tahun lepas. Ada lg satu, warna pink. Style macam ni jugak doll tu, beli katt guardian kangar masa zaman duk perlis dulu


Ibu dah addict betul dgn mango cheesecake kula cakes ni. Asal lalu je dpn kedai dia, mesti nak singgah beli. Biasanya mmg sengaja suruh baba lalu
Dah beli tu, dlm kete jugak makan. Naurah pun suka.

Ibu xde duit ni naurah
(Laju2 pegi amik wallet kitty dia kat tempat simpan mainan)
Nah, naurah bg ibu duit
Kihkihkih tima kasih
Kasut elsa bape ringgit eh ibu?
Singgit mana cukup, tiga puluh tinggit kot...
(bg singgit ada hati nak mintak ibu belikan kasut elsa, konfiden tak agak2)

Till then!

During school break

9:31 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

September 22, 2014
Monday
Page 70/365

Hari ni sekolah dah pun bukak semula, and apparently we didn't go anywhere masa school break, just checked in at Hotel Seri Malaysia Kuantan kihkih
Bolehlaaaa, daripada memerap aje kat rumah, kita tukar angin sikit

Check in petang Jumaat, lepas baba balik dari ofis
Jalan2 sikit, feeling2 orang luar  
 

Earlier that day, Naurah ada aktiviti kat Pasti, muallimah dia nak bawak bebudak ni pegi jogging
Naurah cuti sampai Selasa aje, Rabu-Jumaat she attended Kem Aulad. Bayar RM45 for 3 days.

Balikd dari pasti, muallimah dia informed that she fell while jogging, luka lah sikit kat lutut tu, seluar pun koyak. Takpelah, luka sikit aje, dia pun okay, tak nangis pun, excited nak pegi swimming kat hotel adalah 

Baju yang dia pakai tu, ibu beli masa akhir tahun lepas, memang beli khas kot-kot dia ada aktiviti sukan kat Pasti, baru ni lah pakai
Baru sekali pakai, terus koyak seluar Naurah, dah selamat masuk tong sampah, koyak dia memang tak boleh nak jahit dah
 

Lepas checked in, lepak2 sekejap, lepas solat asar, bawak Naurah berendam dulu kat swimming pool, then around 6pm, kita nak jalan2 kat pantai apa pun tak tau nama dia, tapi pantai tu not windy at all. Jadi, duduk sekejap aje.
Orang tengok kite bertiga, mesti ingat datang all the way from Terengganu sebab plat kete kihkih



Then, we had dinner at  Satay Wan, first time makan satay kat sini, selama ni kalau nak makan satay je, mesti makan kat Satay Zul

 Pagi esok, lepas breakfast, seawal jam 7.40am, budak ni dah terjun kolam, dia mandi2 sampai la pukul 10am, sampai kecut jari2 dia

Dekat pukul 11am, kita pun check out, ibu singgah Kamdar kejap sementara baba pegi UTC
Balik rumah terus basuh baju

Petangnya, keluar makan kat Kula Cakes
Baba tengok bil, baba terkejut apahal mahal pulak harga dia ni, rupa2nya bini dia ni dah beli dua mango cheese cakes, satu tapau
Pandan cooler dah habis pulak hari tu, jadi kita order air koko super sedap, rasa pekat pahit koko tu sedap betul sampai sayang nak minum
 Then, jalan2 kat sini pulak, first time even dah lebih 2 tahun duduk Kuantan

Ada playground dekat sini, jadi bagi anak main2 dulu, keluarkan peluh, orang jual2 puna ada, boleh lah nak cuci2 mata

 Okay, dah habis cuti2, balik!


 

Untitled entry

10:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



September 17, 2014
Wednesday
Page 69/365

Cuti sekolah ni, kami bertiga tak der kemana2 pun, Naurah pun cuti sampai selasa aje, Rabu sampai Jumaat dia ada kem kat Pasti

Hari Sabtu lepas, nenek, Tok Ayah & Mak Ucu Naurah ada datang dari Johor
Semalam dah balik dah
Saja2 datang nak jumpa Naurah yg comel, heehee
Ada masa makan kat rumah, ada masa baba ajak makan2 kat luar
Masa nenek, tok ayah & mak ucu baru sampai petang Sabtu tu, ibu buat roti jala warna warni tu, excited pulak nenek ngan tok ayah tengok roti jala macam tikar tu. Mula2 nenek ingat kek gulung

Malamnya, baba ajak makan kat WWWF kat Tg Lumpur
Then, sarapan pagi Ahad, ibu buat nasi goreng, lepas tu pegi pasar tani jap, beli lauk2 basah. Tengaharinya ibu masak  ikan siakap asak stim nyonya ngan sotong bakar bersambal. Nenek suka betul siakap stim nyonya tu  :)
Hari Isnin tengahari, masak simple2, buat udang masak padang.

Makan2 at Satay Zul

 Bye-bye nenek

 

 Ini menu masak2 last week kot, lama tak makan ketam. Masa kat pasar tani nampak ada ketam besar2, terliur pulak. Beli 4 ekor, buat masak lemak cili api.

 Siakap 3 rasa versi koboi, pakai je bahan2 yg ada kat dapur, mana2 yg tak cukup, pandai2 le cover kot mana2 pun, janji sedap

 Subuh tadi back out, panas le jugak walaupun pagi

Kenapa gelap ni ibu?
Black out...
Wahhhhh!!!
(Excited pulak budak ni, dah la pagi buta dah bangun...)

Terus duduk main2 dengan bayang, banyak sangat ngikut citer upin ipin budak ni

 Kat kul 8am jugak baru ada api balik.
 



DIY Wide Chiffon Shawl: Curve End Shawl II

9:33 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

September 9, 2014
Tuesday
Page 68/368

So the last couple of weeks I've been pretty busy 
Sibuk modified balik semuaaaa wide chiffon shawls yang ibu jahit sendiri
Ibu betulkan curve dia
Serius penat sebab nak kena gunting balik then ada part kena tetas

 

So, this is the end result, so much better than the first version, at least from my point of view
This is what we call learning curve, bukan shawl je ada curve hehhee

Bila kita lilit2 depan dia jadi beralun, i think it looks nicer

Ini yang dulu
Depan dia boleh tahan la, ibu rasa not that bad
I used pot lid, so what to expect kan hahhhaa
Tapi yang jadi main concern ibu, yang menyebabkan ibu beria2 sangat nak modify balik bukan sebab alun belah depan tu, tapi sebab belah belakang dia
Masa yg first version ni, belah belakang tu tak kemas sangat lepas kita lilit2 tu, azab betul time tu hahhaa 
But still pakai jugak sebab sejak buat shawl sendiri, they are my favourite
Pegi mana2 pun pakai, gi pasar, gi jalan, gi conference, time raya, mesti capai shawl yag jahit sendiri
Selesa :)


So this is how it looks like after modifcation phase 
Alhamdulillah, jauh lebih kemas compared tu the old version 
Gambar belah belakang yang old version takde, tak pernah amik gambar dari belakang, kalau ada pun tak sanggup nak tunjuk hahhhaa

Labuh singkat dia tu boleh adjust ikut suka

***Plus ibu tukar sikit style lilit shawl, ini kiranya one of the factor that contributes to the look of the shawl

A bit about us

8:22 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

September 8, 2014
Monday
Page 67/365

Skrg ni, nak kata busy sangat, not really
Nak kata free pun tak jugak
Moderate situation lah kiranya ni

Nak jahit shawl pun habis dah jahit semua kain yang beli hari tu
Dah siap jahit semua tu, ibu siap alter balik lagi semuaaa shawl yang ibu jahit sendiri tu, ibu betulkan curve yang buat kat hujung shawl tu
Banyak gilerrrrr, berpuluh2 lai, rasa macam nak nangis nak siapkan, hahhhhaaa
Dua minggu pulun, rasa macam kejar date line je

Okaylah, a bit about us

 Friday night's activity, tiga beranak ni main dam ular
Lepas baba ajar Naurah ngaji, main sama2
Merah tu Naurah, baba warna hijau & ibu the yellow one

Memang challenging la main dengan diorang berdua tu
Yang sorang takder dah nak lambung2 dadu, berapa yang dia nak nombor dadu tu naik, dia letak aje dadu tu belah nombor yang dia nak
Yang sorang lagi asyik kira berapa kotak lagi nak menang lepas tu sibuk tahan dadu bergolek supaya stop kat nombor yang dia nak
Main la tipu camana pun, tak menang jugak diorang
See, orang yang jujur macam ibu jugak yang menang

 
Lepas main dam, main dam haji pulak
Ibu dah tak ingat langsung dah cara nak main dam haji
Dulu2 masa zaman sekolah, jangankan dam haji, chess pun ibu boleh main, tapi tak la pandai, tak pernah menang pun, tapi boleh lah nak main suka2 tu
Tapi skrg ni semua pun dah tak ingat
Beria baba ajar Naurah main, semua buah pun budak tu nak makan
Tangan kecik ngan tangan besar tu dah macam nak bergaduh dah
Ibu tengok aje, baru first round main, dah kalah kaw2 ngan baba, malas aaa

Dah lama tak buat roti jala
Ada ayam sikit dalam fridge tu, lepas la nak buat kuah kari ayam
Roti jala pun buat tak banyak, kita nak makan bertiga aje pun kan

Hari tu ada beli bekas nak buat roti jala yang baru kat Mr DIY, terus tak pandang bekas yang lama
Belikan untuk Acik La sekali sebab Acik La kirim
Tu yang ibu semangat nak menjala tu, ada bekas baru

Acik La kirim bekas roti jala yg jual kat daiso sebenarnya. Nnti kalau ibu beli yg kt daiso tu, yg beli kt mr diy ni kasi naurah buat main, kihkih
Yg jual kt daiso tu lg cantik kalau nak buat corak tikar ni.


Hari Jumaat malam Sabtu, baba ajak ke down town, nak makan kat sana
Dah lama jugak bukak down town ni, tapi ni baru nak pegi
Tak jauh pun dengan rumah

Makan2, minum2, cuci mata
Boleh tahan la booth yang jual baju2, tudung etc
Tak la banyak sangat, tapi okay la setakat nak jalan cuci mata sikit2 tu


Pagi Sabtu, layan Naurah mewarna
Dalam setahun, memang berkotak2 water colour tu ibu beli sebab dia suka main kaler2 guna water color ni


Memang worth every penny  beli scooter ni kat Padang Besar dulu 
murah je pun kahkah
Tiap kali ke shopping mall, selalu jugak Naurah bawak
Dia kan jenis malas nak berjalan, nak dukung Ya Rabbi bukan ringan oiiiii 
Nama pun budak dah 5 tahun
Jadi bila ada scooter ni dia seronok la sikit nak pusing2 mall
Panjang sikit kaki ibu ni nak shopping

Asyik makan pizza aje, baba ajak makan kfc pulak
Ibu ni ikut ajelah tekak diorang berdua

Punyalah anak dara ni malas nak berjalan, bila dia nampak aje ada bangku kosong, laju giler dia lari, macam nak terpelanting scooter dia tu, konon dah penat sangat la tu sampai nak main scooter pun dah malas, nak duduk je
Gelihati betul bila ingat2 balik, suka betul dia bila nampak ada bangku kosong tu
 
Petangnya, lepas asar keluar lagi
Kat rumah ada satu pasu yang available
So ibu beli pokok bunga satu, tak tau apa namanya tapi pekerja indon kat nursery tu kata, pokok ni boleh buat ubat diabetis
Rasa macam nak sama ngan pokok bunga yg kat rumah mama MuizMuazSarah

Balik beli pokok tu, pegi pasar malam pulak
Tak terasa nak makan berat, jadi kita bertiga beli makanan ringan2 aje, beli keropok lekor goreng, beli cempedak goreng, Naurah beli telur puyuh
Baru akhir2 ni Naurah reti makan kuning telur, sebelum ni dia makan yang putih aje
Selera makan dia memang banyak mengikut ibu, payah sikit nak makan

Keropok penuh dalam mulut, simpan kat pipi dulu, nak senyum ambik gambar ni

Naurah pulak menjerit sebab dia kata ada lebah

Boleh dikatakan every week baba beli buku, jadi buku kat rumah tu memang banyak betul, ibu aje yang tak berapa rajin nak baca
Buku untuk Naurah pulak, ibu tengok lah, kalau ada yang berkenan, sesuai dengan harga, baru beli, kadang buku budak2 mahal 

So, buku ni RM29.90
Hard cover, cantik, Naurah suka sangat

Tebal boleh tahan jugak sebab setiap helaian tu pun jenis kertas keras, macam cover
Till then :)

















Long weekend

11:12 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

September 2, 2014
Tuesday
Page  66/365

Last week, ibu yg over excited bila nak masuk weekend
Banyak kali bagitau Naurah, minggu ni cuti ada 3, banyak tu Naurah!

Petang Jumaat, bawak Naurah pegi playground kat area rumah tu

 
Hari Sabtu, family ibu ada lunch date dgn family Acik Dah
Acik Dah ajak pegi rumah Ajid & Nori, saja gi makan2, kenal rumah 
Ajid & Nori ni anak menantu Acik Dah yg kawin masa tgh tahun hari tu, lepas kawin hari tu diorang duduk menyewa kat homestay dulu sementara tunggu dapat rumah sewa

Tengah tunggu Ajid amik kat sini, dia sampai je terus pegi rumah dia. Acik Dah kata, homestay yg Ajid duduk menyewa dulu kat atas tebing tu, yg nampak rumah tu
Menteri2 di kabinet sedang bersidang bawah pokok, macam kerajaan negara pasir dua butir

Masa ni, family ibu dah nak balik dah masa ni, Acik Dah balik lambat sikit
Asalnya, pagi tu, nak pegi pasar tani, rupa2 nya, selama ni kitorang pegi tu hari Ahad, lepas tu, ingatkan pasar tani kat Kuantan ni macam kat Kangar, dua hari (Sabtu & Ahad). Bengong betul, dah 2++ tahun dah duk Kuantan ni, baru ni tahu pasar tani kat sini hari Ahad je
Duduk la tepi jalan sekejap, merenung padang depan utc yg kosong tu. Baru berangan nak cuci2 mata kat pasar tani


Pagi Isnin, bawak Naurah mandi manda kt Sempurna Resort
Ibu ada beli swimming set kat Mr DIY, ada pelampung, bola ngan kick board tu
Terus la budak ni tak sabar2 nak pakai

Orang ramai jugak la, tapi sedang2 je, tak le crowded sangat
Kita tiga beranak datang dari rumah je kan, jadi lepas sarapan rilek2 je pegi Sempurna Resort ni, dekat sangat dengan rumah



Masa Naurah tengah nak turun gelongsor, ada pulak budak lelaki tolak dia. Mujur tak jatuh tersembam atas gelongsor tu. Mula lah Naurah muka pucat biru berdebar2. Ibu tgk2 jugak manaaaa mak bapak budak ni.  Lepas tu ibu tengok budak tu tolak budak lain pulak. Tak kira laki pompuan dia tolak. Asal ada budak dekat dia je, laju aje tangan dia nak tolak. Last2 dia tolak ada sorang budak pompuan tu, kat atas gelongsor jugak, budak pompuan baya2 Naurah aje, tapi dia macam obes sikit, langsung tak bergerak, steadyyyy je budak tu, mujur budak pompuan tu tak tolak dia balik





 Yang ibu perasan, budak tu memang sorang2, takder pun nampak parents dia ke, abang/kakak dia ke 


Tak boleh la macam tu kan, budak2 lepas main sorang2 aje. Lepas tu dah la anak dia duk tolak2 anak orang pulak. Mujur tak jadi apa2. Kena la monitor. Budak tu sampai sudah ibu nampak memang dia sorang2, last2 dia dengan basah kuyup tu sarung selipar pegi naik bilik hotel.

Bila lagi cuti lepas ni eh..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates