Us recently

10:06 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 29, 2014
Saturday
Page 86/365

Last Friday I brought her to my office 
Me and the other half took turn on that matter
She accompanied baba on Thursday and on the next day, she was with me

Bukan apa, tgh school break ni, sajalah bawak dia, kesian juga nak kena hantar dia ke Pasti hari2
Plus bila school break ni, not so many kids are there
Looks like ramai parents bebudak ni yang keje cikgu ataupun masing2 tgh duk cuti2

Kiter takleh la nak cuti2 sbb baru balik dari Osaka & konvo ibu lagi
Masa org keje kita sibuk jalan, ni time org jalan, kita kene la keje

 Welcome to ibu's office Naurah :D

 So this's what she was doing while in my office
Pandai2 lah bawak diri ye, ibu ada keje sikit

 Manik2 tu acik pah yg bg kt ibu, berlambak kt rumah tu, x tau nak buat apa, kot ibu jd artis, boleh jugak jahit kat baju nak buat show

 ...andddd this thing happened, as I expected, bukan sekali tau, but twice!
kutippppppp jgn x kutip
Dulu2 she once spilled koko krunch kt office baba, hahhhaa

 Bwk dia pegi beli jajan. Biasa ibu kalau takat nak ke sini, ibu jln kaki je, sbb dkt je ngan office, tp dh bwk budak ni, kena la start jugak kete tu. Takdernya dia nak jalan

 Then on Saturday we brought her to watch a movie at cinema,  first time ni bawak anak pegi cinema

 Semata2 sbb naurah nak sgt tgk movie big hero 6 ni
seriuosly no regrets tgk movie ni, best!

 Ntah bila last time ibu ngan baba tgk wayang, yg pastinya sblm ada naurah, lama betul


Hari sabtu tu mmg berjalan sakan, mula2 pegi kenduri kawin dekat area rumah, then terus ke ecm, Sampai je baba terus beli tiket, ibu ngan naurah shopping sikit, lepas wayang baba pulak shopping, siap sambung jalan ke megamall sbb ibu nak beli bedsheet, ada megasale jual bedsheet kat situ. Balik rumah dah 6.30pm.

So how's your weekend?


Another Convocation

9:14 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 22, 2014
Saturday
Page 85/365

Lepas ibu dia konvo, now it's my daughter's turn pulak
Tak main aaa panggil konvo, they call it Ihtifal, bunyik Arabbbb gitu!
Kata Pasti kannnn

Majlis Ihtifal ni was held at Sempurna Resort, petang tadi.
Boleh aje kita bertiga nak jalan kaki sambil pegang tangan ke Sempurna Resort tu tapi ibu & Naurah ni puteri lilin, jadi kita naik keta jugak kihkih

 Untuk kanak2 4 & 5 tahun, takder pakai jubah, budak 6 tahun je pakai jubah
Seriously sangat cantik robe dia, emerald green! Nampak grand betul.

 Honestly, ibu rasa, ini merupakan majlis konvo yang paling sempoi, meriah dan bising sekali yang kami para parents pernah attend, sebabnya bebudak ni lah. Just look how happy dan kepochi nya muka masing2 hahhaa
No hal, tudung senget ke, tudung nak tutup mata ke, baju berkedut seribu ke, yang penting happy! Bahagianya hidup korang ye budak2

Naurah tu cam gitulah dia, dia kan very gigirl
Dia control cun kot kat situ


Despite the happy loudness made by the kids, majlis berjalan dengan baik, Alhamdulillah
Majlis melibatkan kanak2, memang gitulah rupanya kan. Takpelah, asal kanak2 gembira, kita yang parents ni okay aje, ibu & baba tak tahan asyik ketawa aje tengok gelagat bebudak tu. Yang cikgu2 nya pulak, sabar ajelah layan kerenak bebudak tu kan. Bayangkan, hari2 macam gitulah cikgu2 diorang tahan telinga layan anak2 kita. Insya Allah, moga mendapat ganjaran dari Allah S.W.T :)

 Ada banyak persembahan dari pelajar Pasti
Untuk team Naurah pulak, ibu dah perasan dah sejak seminggu dua ni asal kat rumah je, mesti dia nyanyi lagu tu, rupanya lagu tu yang dia duk practise kat Pasti untuk performance hari ni

Ibu ingatkan awak nak nyanyi lagu gajah yang sangat Masya Allah tu
Rupanya ada lagu baru

***Lagu Gajah tu serious sangat Masya Allah, kelakar! Serius kelakar! Mula2 dengar dulu, sakit perut ibu ketawa. Kreatif betul cikgu2 Pasti ni. Pandai buat anak2 kita happy belajar kat situ. Good job! 



 Masa nak ambik hadiah (bukan sijil sebab dia baru 5 tahun, rasanya budak 6 tahun baru dapat sijil), ada macam2 gayaaaaaaa
Siap Muallimah dia kena pegang kalau tak berketul2 diorang duduk rapat2 macam nak berebut gi amik hadiah tu
Yang naik sambil berjoget, yang tarik tangan kawan, yang naik sambil nangis semua ada. 
Yang nangis tu terharu kot sebab dah grad!
Hahhhhahhha

Sempoiiii je, takder nak formal2
Kalau majlis konvo biasa tu, bebudak mana boleh masuk kan, yang konvo ni, segenap pelusuk kanak2 ada, jenis yang duduk atas lantai main selipar, yang tarik2 tudung mak dia, memang kelakar betul la, seronok!
***Seronok la sebab bukan tudung aku yang kena tarik!

Proud of you sayang!
You've done a good job so far :)
Keep it up okay!

Miscellaneous Stuffs: November

5:38 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Nov 16, 2014
Sunday
Page 84/365

Some random stuffs to blog
Just small tiny things, but who knows maybe one fine day, these moments will turn out to be the moments that are worth to be  memorized


Study di mana sahaja 
Dalam kereta (Sintok - Kuantan)

Awak kan dah banyak sangat cuti, jadi ibu buat personal class untuk Naurah 

Ini bukan personal class with ibu, but she's doing her homework dalam flight from KL - Osaka. Buat sikit2, sampailah masa esoknya nak balik KL, baru siap
 Naura suka sangat dengan jigsaw puzzle, so ibu bought this at Yodobashi Umeda
Giler punya challenging sebab gambar dia map Jepun, and then tak pandai baca those kanji
Hadoiii, semput dada nak siapkan!

Kalau yang biasa beli, setiap cantuman tu kadbod kan, tapi yang ni made of kayu chipboard, jadi harga agak mahal compared tu jigsaw puzzle yang biasa beli (biasa harga bawah RM5 aje)


Dah pandai nak melilit2 shawl dah diaaaaa :)

Dah lama juga Acik Pah ada bagi sebeban cotton shawl. Ibu tak pakai sebab dia kecik sikit. So, ibu simpan untuk anak dara ibu ni. Baru2 ni kita test pakai, she loves them to the max! Suka sangat dapat belit2 shawl macam ibu

 Tangga2 yang terdapat di subway train station di Osaka. Tinggi2 semuanya. Di Tokyo pun macam ni. Bayangkan masa di Tokyo dulu, nak kena usung buggy Naurah lagi. Kadang2 naik lif aje, kadang2 malas tunggu lif, gagahkan kaki naik tangga yang tinggi2 ni.

Masa di Tokyo dulu, teringat sorang pak cik cleaner yang tengah sental lantai di subway. Ye, dia sental, bukan mop sekali lalu. Even tengah penat2 buat keje dia, dia nampak baba bawak banyak barang2 shopping dan buggy untuk naik tangga2 yang tinggi ni, dia tinggalkan mop dia, tolong baba bawak barang, walhal kita tak minta tolong pun. Ibu masa tu dukung Naurah.
Pakcik tu cleaner, yg semua org tau bukannya fancy job, yg duduk atas kerusi empuk dlm bilik berhawa dingin. Dalam keadaan kerja dia yg memerlukan dia mengerah kudrat, dengan usia yg dah lanjut, masih sudi membantu even tak minta.
Moga Allah memberikan hidayah dan merahmati hidup pak cik tu


 Balik dari konvo hari tu, esoknya bawak MIL pegi basuh baju kat DIY laundry, dekat aje dengan rumah ibu.
RM3.50 untuk basuh baju selama 30 mins, and another RM3.50 untuk keringkan, selama 45 mins.
Senang, MIL balik Johor, bawak balik baju bersih aje.
Tempah dua pasang baju untuk An Naurah, untuk dia pakai kat Pasti waktu petang.
Ikut cutting uniform Pasti. Sengaja buat seluar pakai kain belang2, baru nampak ranggi sikit kan Naurah hahhhhaa

Nanti2 ibu tempah lagi ye!

***Dah tamat study, so masa untuk berkhidmat pada anak bangsa. Ibu dah masuk kerja last Thursday. Sama uni with husband but in different faculty and campus. Pagi2 pegi kerja, ibu ke kiri, baba pun ke kiri tp kena u turn. 
An Naurah sayang pun start duduk pasti sampai petang. Alhamdulillah, Naurah mmg excited sbb ramai kawan, banyak aktiviti, so dia x boring. Pagi pegi dgn ibu, balik pulak so far dgn baba.
 Ibu pulak okay aje,  bukan first time keje, dah tua pulak tu, takyahlah tanya hahha






PhD Convocation Ceremony

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 12, 2014
Wednesday
Page 83/365

Alhamdulillah
Dah selesai konvo ibu
The memorable ceremony was held on 8th November 2014, Saturday

After we got back from Osaka, rehat kat rumah dua hari aje, then on Thursday off we went to UUM untuk konvo PhD ibu
Malas nak fikir pasal penat, kami anak beranak memang enjoy aje every moment

We stayed at Bustani Hotel di Jitra, the same hotel which we stayed a couple of weeks ago, masa  nak submit tesis ibu
Masa submit tesis tu, mula2 stay di EDC hotel, then lepas checked out, checked in kat Bustani ni pula
Alhamdulillah, boleh tahan la hotel ni

Sebenarnya, untuk konvo di UUM, kalau dapat duduk EDC, that would be the best, sebab dekat
Takder la rushing sangat nak keluar lepas Subuh tu
Untuk PhD, penerima award, dan sebahagian master's students, memang akan dapat first session, rasanya sama je ngan universiti2 lain kan
Terima scroll dengan canselor, Tunku Puteri Intan Safinaz, anakanda Sultan Kedah
Tahun ni juga tahun pertama untuk Tunku Puteri jadi canselor, sebelum2 ni position tu disandang oleh Sultan Kedah
So pagi tu dimulakan dengan upacara pemasyuran Tunku Puteri as a canselor of UUM

 On Friday morning, after breakfast, around 9am, terus ke UUM, nak ambil jubah
Kami bukan bertiga, tapi berlima, nenek dan tok ayah Naurah pun ada, baru sampai dari Johor hari Rabu dengan bas

Ibu, baba & Naurah tried our best to match our outfits sebab petangnya nak terus ambil gambar kat studio, senang, nanti hari konvo boleh relax sikit
Kiranya theme of that day: pink, maroon
Okay apa kan
Long maroon cardigan tu, ibu beli kat Fashion Valet sebelum ke Osaka, tak plan pun akan pakai untuk ambil gambar kat studio ni
Acik Pah punya berkenannnnnnnn, biarrrrrrrrrkan dia jelesssss kihkih
Tapi serius cantik, cuba tengok kat lengan dia tu, nice kan! Get yours at FV!
I teamed the cardigan with a black Poplook dress and my DIY wide chiffon shawl.

 Ibu & Naurah with nenek & Tok ayah
Kesian nenek ngan Tok Ayah, penat, baru sampai dari Johor, tido semalam je kat Kuantan, dah travel ke Kedah pulak

 And nenek punya outfit pun compliment dengan kami bertiga

 Malamnya pulak, I was invited for a bankuet pre convocation di Dewan Sri Angsana, EDC Hotel
Ibu dapat invitation ke dinner ni sebab ibu dapat award
Alhamdulillah, tak pernah terfikir pun nak dapat award ni
Dapat selesaikan PhD dengan jayanya pun dah syukur sangat2

So, malam tu, dinner dengan canselor UUM, Tunku Puteri Intan Safinaz, naib canselor UUM, penerima ijazah kehormat Doktor Falsafah, M. Nasir dan Dato' Seri Sammy Vellu and ramai lagilah VVIP/VIP, academicians dan penerima2 award yang lain
Dress code pulak, kalau women, kena pakai baju kurung atau kebaya labuh
Ibu pulak dah banyak tahun tak buat baju kurung ke kebaya ke
Asyik buat jubah dress aje
Last2 ibu pakai aje baju kurung yang usianya dah 10 tahun
Acik La dan Acik Pah pun ada baju kurung ni, diorang berdua kaler turqoise & merah
Kain ni Acik Pah beli murah2 kat mydin KL je kan debok kan! Tapi cantikkk, cam kain songket + sari

Shawl ibu pulak, of all the days dia nak buat hal!
Siap bergulung2 lagi hari tu!
Malas nak layan, bergulung lah kau kat situ, aku nak gi dinner!

See?! Bukan setakat bergulung, senget lagi!

Despite being invited to a special dinner, ibu pakai tak grand pun, nothing new, siap pakai sandal Vincci yang talinya dah nyawa2 ikan, kaler hijau lagi sandal tu, kihkih
Sampaikan masa nak sarung sandal tu, I told my husband, 'alamak, boleh pakai lg ke ni bang? Kang tetiba putus saja je'
Punya dah azab sandal tu.
Hand bag pun takde bawak sequin clutch and all, I just wore my Coach hand bag which was given by my husband, sempena ibu nak viva bulan May hari tu (ngada2 sangat, nak viva pun dapat hadiah hahhhaa)
Rasa macam nak pegi shopping pun ada sebab bukan reti sangat nak pegang hand bag kat lengan macam Victoria Bekham
(siap compare ngan Posh Spice, tak agak2 ibu Naurah ni kihkih)
Ibu galas je cam biasa


 Dengan adik2 undergrads yang dapat award jugak
Diorang ni first class students!
You guys tengok tak berita yang tunjuk couple suami isteri yang dapat award tu? Yang wife dia tengah heavily pregnant tu, ibu duk semeja ngan diorang la. Suka tengok diorang berdua, sama2 dapat anugerah. Muda lagi, dah nak dapat baby :)

Lepas dinner, masa tunggu baba jemput balik, tengok2 Dato' Seri Sammy Vellu berdiri sebelah ibu
Tapi tak ambik gambar pun, cuba Tok Ti duk sebelah, mesti tarik2 shawl berebut nak selfie kahkah

So, this is the day!

 Muka macam sleep deprived masa kat dalam dewan convo
Malamnya tu, balik dari dinner takder la lambat sangat, dalam kul 10.40pm
Kesian baba, penat ulang alik hantar & jemput ibu balik dari dinner
Sampai hotel nak kul 11.30pm jugak, hujan, jalan pun slow aje
Lepas tukar baju, terus pengsan!



Alhamdulillah, I've been awarded with best thesis award
Tiga orang yang dapat award ni, mewakili college masing2, tapi sorang tak datang, dia student oversea

Ibu dapat tau tentang award ni, dua hari sebelum ke Osaka, dapat call dari UUM


Kat UUM ada tiga college
Under setiap college tu, ada banyak schools (or certain universiti panggil faculties)
Macam ibu ni dari college CAS, and school pulak, School of Computing

Apabila Allah lorongkan jalan untuk ibu buat PhD, ibu dah syukur sangat-sangat
Bila dapat habiskan PhD kurang dari tiga tahun, ibu rasa tu bonus yang tak ternilai harganya
And then bila dapat pulak award ni, I was speechless
He gives me beyond my expectations...
Bersyukur dan terus bersyukur

A day from convocation ceremony, (hari ambil jubah tu), I was quite emotional sebab teringat kat arwah mak & ayah ibu
Mengalirlah jugak air mata ni
Antara sebabnya pasal award ni lah
Rasa macam, mesti arwah mak ngan ayah suka sangat kalau dapat tau ibu bukan setakat dapat PhD, tapi dapat pulak award
Dapat tengok ibu naik stage dua kali
Double happiness granted by Allah...

Lepas tu bila fikir2 balik, tak baik pulak macam tu
Kena redha dan bersyukur selalu
Appreciate every moment
Adalah hikmahnya untuk semua yang Allah dah aturkan

Even hari tu mak dan ayah ibu tak ada, tapi suami, anak dan mertua ibu ada to share this wonderful moment

Ibu ni pulak, oleh kerana dapat naik stage dua kali, tiap kali lalu depan mak & ayah mertua ibu, mesti lambai2 ala2 miss universe kihkih

Mertua ibu sporting tau, nampak aje menantu nak lalu awal2 diorang dah lambai2 ibu

I got a few pictures masa tengah terima scroll PhD dan terima award, tapi sebab gambar jauh sangat, tak sure which one yang terima scroll  PhD, yang mana satu yg tengah terima award

Atas stage, side kiri, third from left, that is M. Nasir, selang sorang, itu Dato' Seri Sammy Vellu.

Thanks baba amik gambar ni!
Baba ngan Naurah duk bahagian atas, tak duk sekali ngan nenek dan tok ayah sebab diorang berdua masuk lambat sket
Naurah pun baik sangat sepanjang majlis
Baba cakap dia tak merungut pun!

Masa terima award, Tunku Puteri tanya ibu, 'Lepas ni kerja di mana'
Mujur dah ada jawapan nak bagi


Ibu dapat ajak  family masuk 7 orang tau! Ramai kan.
Tak tau la samada semua student yang first session macam tu ke, atau PhD student aje ke, ke macam mana ke, sebab tak tanya pulak yang lain

 Dua kali naik stage, maka dua kali jugaklah ibu berpeluang kawad kaki depan M.Nasir dan Dato' Seri Sammy Vellu sebab diorang berdua duk atas stage tu kihkih


Masa kali kedua naik stage untuk terima award ni, memang perasaan tu indescribable

Dapatlah RM2k...alhamdulillah rezeki :)

Kalau penerima anugerah diraja (diberikan kepada undergrad student), dapat RM5k tau. Penerima dia, suami kepada pregnant lady tu, yang ibu cakap husband and wife tu sama2 dapat award tu. Wife dia pulak dapat RM4k. Rezeki anak diorang berdua yang bakal lahir next month.


 Keluar je dewan convo, anak yang comel ni terus bagikan bunga
Kalau konvo ni kan, perasaan tu memang....mixed feelings la kiranya
Dia rasa happy, sebak, macam2 lah

Masa tu semua ups and downs during the PhD quest macam berpusu2 masuk kat kepala kita

Tahun ni juga, semua penerima PhD UUM merasa pakai jubah baru
Tahun2 sebelum ni, design jubah dia lain
Rasa seronokkk je pakai sebab tau kita yang first batch yang pakai, orang lain tak pakai lagi

Ibu memang tengah berkira2 nak beli jubah tu sebab as an academician, memang akan berpeluang lagi pakai jubah tu bila kena attend konvo di uni tempat ibu bekerja nanti
Tapi nak tengok harga jubah dan fulus dulu
Harga memang confirm tak murah


Ambik gambar cepat2, kesian kat anak, suami dan mertua, penat diorang

 Sungguh2 nenek ambik gambar ibu
Macam2 pesen amik gambar, laki pegang suratkhabar ngan payung, Naurah dengan botol kosongnya

Encik squirrel, nanti awak ikut saya pergi office ye!
Bunga dari suami dan anak
Sayang awak berdua sangat2!
\
Dalam banyak2 gambar, yang ni kot paling comey sekali, yang lain2 tu ada je budak kecik ni, tak readylah, takder mood lah
Setiap kali konvo, dari degree dulu sampailah PhD ni, tiap kali tu lah ibu akan beli bag HP. Senang, kita boleh galas, tak nampak sebab dia kecik, jubah konvo kan besar. So, tak payah lah susah2 nak bawak hand bag.
Lepas habis je konvo hari tu, terus Naurah buat rampasan kuasa
Ibu beli murah2 aje kat Mr DIY

Konvo untuk kali terakhir dah kot...Insya Allah 

***Alfatihah untuk arwah mak dan ayah

***Supervisor ibu hadiahkan ibu Al Quran
Even dia tak dapat hadir tengok ibu konvo, tapi sungguh2 dia tengok kat UUMlive, tunggu turn ibu naik stage
Ibu memang rapat dengan supervisor ibu, ibu boleh bercerita macam2 dengan dia
Sebelum bertolak ke Kuantan, sempat ibu pegi kejap office supervisor ibu, lepas ni dah tak tau bila lagi boleh jumpa

***Nizah, Zue call Nizah, tapi takde jawapan and masuk voice mail. Tukar nombor ke?
Takder rezeki nak jumpa kali ni, Insya Allah lain kali :)

***For whoever out there, always remember, PhD itu rezeki...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates