Another random post

12:52 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 26, 2015
Sunday
Page 13/365

Banyak berjalan sikit bulan ni, lepas tu minggu ni ada extra, minggu depan pun extra cuti, jalan lagilah nampak gayanya. Plan nak balik kampung :D


From 17-19 April hari tu, ibu terlibat dengan curriculum review for master program, dekat Legend Resort, Cherating
Boleh bawak family sekali :D

 

Balik dari Cherating, Naurah gelap betul sebab asyik mandi kolam pagi petang. While we were there, Naurah banyak spend masa dengan baba sebab ibu had to work.


Petang around 5 pm macam tu, terus keluar dari discussion room, jumpa anak dan laki. Malam sambung balik, sampai la pukul 10pm macam tu. 



Then, hari Rabu malam, ikut baba pegi Shah Alam pulak. Baba ada bagi training kat uitm.
Pegi sehari je pun. Khamis malam balik semula. Tak plan pun nak ikut, tapi dah orang ajak, laju aje kita kemas barang :D


First time naik Malindo, first time naik turun flight kat Subang, first time stay kat Concorde

Sebelum2 ni, kalau ke Shah Alam, biasa stay kat Quality hotel atau Bluewave
Berkereta je biasanya kalau ke Shah Alam.


Flight delay dalam sejam jugak. Pegi semalam je, so kita lenggang kangkung bawak bag pack baju sepasang sorang je. Facial foam seme pun ibu tak bawak. Tambah pulak sekarang ni memang jenis tak berbedak bagai, makin ringan lah bag tu

Spacious room




Kalau minggu sebelum tu, Ibu keje, Naurah main dengan baba, kali ni baba keje, Naurah main dengan ibu pulak. Mainnnnn ajelah kejenya, nama pun budak2 kan. Tu lah dunia dia :)


Tukar dress sebelah dalam aje. Long cardigan dengan shawl pakai yg sama ngan malam tadi.


Jom Naurah check out, ibu nak cuci mata kat pkns, kat sacc mall. Lamaaa dah tak jalan2 kat situ. Tu yang baba beria ajak sebab masa duk Kangar dulu, tetiap tahun pegi Shah Alam. Ni sejak duk Kuantan, dah tak ke sana lagi. Yang duk pegi S.Alam tetiap tahun sebelum tu pun sebab conference, then lepas2 tu, conference tu dah buat kat tempat2 lain pulak. Macam tahun lepas, kat Langkawi, tahun ni pulak, Melaka.


Kite lunch dulu kat kfc pkns



Jalan punya jalan, shopping sket2, last2 lepak dekat sacc mall sementara tunggu baba habis training


Dinner kat Subang airport, flight pukul 6.45 pm


Rabbit masak padang. Nasib baba bawak balik daging tu dah potong cantik2 dah, jadi dah tak terbayang dah muka si rabbit tu. Makan pun sedap, jadi memang tak teringat betullah hehhe


Eh dah pernah letak ke belum eh gambar ni


Takpe, kalau dah letak, jadi siaran ulangan. Aktiviti petang2 lepas laki bini balik keje, anak balik sekolah. 




Baju elsa dah naik lusuh dia pakai, so beli baju anna pulak. Baju2 macam ni memang ibu bagi pakai buat tido je. Last2 esoknya dia sayang nak bukak, so masa gi pasar tani, tak mandi lagi, sukalah dia jalan2 pakai baju anna tu


Groceries shpping at aeon big. Kita simple2 ajelah




Pokok2 baru di laman rumah.




Another Random Post

12:29 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


April 17, 2015
Friday
Page 12/365


Banyak pulak modal nak bercerita minggu ni
Kalau time ketandusan idea (malas pun ye), jenuh mikir apa benda nak update ni
Usually memang ada aje benda nak update, tapai kalau update blog, ibu suka letak gambar, tang nak transfer gambar tu yg malas. Nak update pakai HP rasa tak puas pulak menaip

So, as usual, I just combine several pictures randomly and try my best to wrap them beautifully, hikhik

Rasa rugi kalau tak blog kan....nanti bila2 ada masa, baca balik, suka 



Baba got a new hobby, motivated by his friend
Misi menguruskan badan katanya 

Ke having middle age crisis dah baba

Seronok jugak bila tiga2 ada basikal, petang2 kita berbasikal bertiga
Mula2 aje  bertiga, lepas tu Naurah ngan ibu kena tinggal sebab basikal kita lambat kan Naurah kan


Baju merah tu, he's a medical Dr and also the owner of the shop
Baba dapat banyak jugak free gifts masa beli basikal ni
His shop is located somewhere at...apa nama ye, dekat2 ngan pos office kat Kuantan tu



Macam tiga sekeluarga



Skang ni dah makin pandai nak control roda kat kasut dia tu
Dah tak payah pegang sangat tangan ibu & baba
Andddd currently ibu tgh gile collecting instant shawl  for Naurah too!



Groceries shopping


Picnic at Pantai Sepat
Ibu made mee hoon Singapore, roti jala and kuah kari ayam
Asal picnik ituuuuu ajelah menunya

Dah lama betul tak picnic, sebelum2 ni kalau picnic waktu pagi, kat TC
Kalau pagi terkejar2 sikit sebab nanti matahari dah naik, panas




Asal boleh makan aje, nipis tebal ikut suka hati, yang penting ada kale pink kan Naurah kannnnn 






Small happy family 


Warna lain2 sebenarnya, ibu pure purple, Naurah royal blue, tapi dalam gambar nampak sama


Gen X with Gen X game


Gen Z playing Gen X game


We also brought her bike
And we had so much fun
Alhamdulillah

***Getting ready to go to Cherating...I had to attend a workshop there (for this whole weekend)....good thing is boleh bawak family, yey! 



Random on April

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

April 14, 2015
Tuesday
Page 11/365

Just random notes on April
Nothing much...suka2 aje

And plus tonite I kinda have some free time (this is an autopublish entry), so, I think better to write anything that pops up in my mind...

Skrg ni agak busy, time does not permit me to update this blog regularly like what I did in the previous years...tp bila cek2 balik, rasa dari dulu pun memang update blod dalam 2-3 kali je sebulan...tapi ntah kenapa skang ni rasa macam dah lamaaaa dah update.
But whatever...
Kadang masa ada but just too lazy to lift up this fingers to type.



Our weekdays
Ibu & baba off to work, Naurah comel pegi Pasti
Petang time balik usually baba will fetch her, kadang2 ibu



Ibu & Naurah's bento bag



Another pic on weekdays
Time hari tak terkejar2 sesekali ada juga snap gambar
Dulu time tgh buat phd, selaluuuu snap gambar pagi2, sebelum baba pegi keje
Untuk kenangan...suka tengok gambar2 biasa di hari biasa :)

Skang ni dah tak selalu sebab kadang2 rushing jugak

But it's okay :)


Another color of super best instant shawl
Yg Naurah pakai tu yg style neelofa
Tapi Naurah pun ada jugak instant shawl yg style ibu tu, tapi selai je, kaler hitam
Currently memang ibu busy betul collect shawl for Naurah
Kumpul sendiri punya, anak punya, haihhhhh 
 


Last few weeks, masa ibu tgh busy marking paper students, calculator takder bateri, Naurah cepat aje pegi amik cash machine dia ni, dia pinjamkan ibu
Ibu tak terfikir pun, so thoughtful of you sayang!
Sudahnya sampai tengah malam riuh bunyi tot-tet-tot-tet
Many thanks Naurah!


I bought her a toy from pasar malam
Meriah la jugak bilik kitorang malam2 


Sesi cat plat number kete baba...
Ni dah second time dah ni, dulu first time cat sebab kena tahan ngan polis
Ni cat lagi sebab dah pudar balik warna nombor tu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates