Cuti Panjang and Birthday of Loved One

10:20 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

May 16, 2015
Saturday
Page 14/365

First of all, happy birthday dear husband!
Moga diberkati Allah selalu, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Moga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.


Now whose birthday is it...siap pakai crown bagai, pegang belon...yours is on July my dear
  

Senang ingat birthday baba Naurah ni, sama dengan Teacher's day. Dah keje lecturer, jadi macam double celebrations jugak la kot bang kan 

Last week, Pahang cuti panjang betul. Kami berdua masuk keje sehari je, which was on Wednesday.
Jumaat sebelum tu till Monday, balik Johor. Selasa lepak Kuantan, Rabu masuk keje, Khamis till Sunday balik Marang.



Masa balik Johor, ada dua kenduri kahwin, satu tu jiran mertua, lagi satu kenduri kahwin anak kepada ex sv suami masa suami study master dan phd dulu. Alhamdulillah, even dah lama tamat study, ukhuwah dengan ex sv berkekalan.

Sebelum pegi kenduri, sempat ajak MIL jalan2 dulu kat Tesco, dekat je ngan umah MIL.


Kenduri anak ex sv hubby was held at dewan sri perdana, utm. Makan2 sangatttttt sedap!
Lepas ni dah tak boleh dah beli blouse kotak2 kat cik Naurah, dia tak suka. Dia suka bunga2, memang gigirl sangat anak ibu ni!


Dress ibu tu baru beli semalamnya, kat Jusco 
Ibu tak banyak dress yang bahagian atas lain bawah lain ni. Tapi sesekali tukar selera. Currently koleksi dress/jubah dress memang mostly from online shop, biasanya beli kat byfatinsuhana (my favourite sejak masa buat phd), ruccimodischkhaylaaarlenepoplook (dah tak seligat dulu beli kat poplook sebab design dia pun dah tak mengancam macam dulu), muslimah clothing couturehijrah by felinnafashion valet, zawara, leeyanarahmancollection and the latest collection is from rayyanhayya (macam arlene punya but more practical untuk dipakai ke tempat kerja). Even beli banyak tapi Insya Allah tak membazir sebab hari-hari pakai pegi keje, jadi tak la terperuk je dalam wardobe tu, macam masa buat phd dulu (cc: baba Naurah, hehhhee). 
Baju kurung memang boleh dikatakan tak beli dah, sesekali ada la beli kurung cotton kat Jusco.

Selalu cakap ngan Naurah, nanti dah besar Naurah pakai dress ye, tak payah pakai jeans, kita boleh share 

Tapi kan, anak ibu memang dia tak suka pakai jeans. Tak macam masa dia kecik dulu. Skang ni jeans langsung dia tak pakai, dia tak suka. Kalau pakai, kena very soft jeans atau seluar slack.


Dress ibu ni kan, cutting dia empire waist, pastu sekali tengok dah  ala-ala hanbok, baju tradisi korea tu. Kembang cantik,  tak caya terai beli pastu pusing2, kembang betul 


Tapi sebab ibu pakai shawl labuh jadi tak nampak. Kalau pakai shawl singkat, mesti ada orang cakap annyeonghaseyo 

Hari tu masa pegi Shah Alam ada beli set dress mother-daughter. Warna biru bunga kecik2. Naurah excited betul masa try dress tu kat butik hapa ke nama ntah kat SACC mall tu. 

Buat masa ni ibu ngan Naurah ada beberapa pasang je dress mother-daughter ni. Ada yang beli tu memang sama dua beranak, ada jugak yang ibu pandai2 match, kiranya complement, tak la sama seketul. Anak dah makin besar, makin seronok nak pakai sama. Hari tu ibu beli jubah dress kat zawara, yang naurah punya ibu matchkan dengan dress poplook. Mujur poplook dah keluarkan baju budak2 skang ni 


On the way balik kuantan, as usual singgah rumah zedah di rompin. Jamu selera dengan mee kari, nasi goreng, mee goreng, puding karamel (ni siap tapau bawak balik kuantan)

Tengok rambut Naurah dah huru hara sebab bukak tudung lepas tu ibu main ikat je rambut dia, dah la tengah musim panas. Basah rambut tu sebab peluh


Zedah saja je buat2 ceduk mee sebab Ujir amik gambar, padahal tak nak makan pun

Anak ibu biasalah, serba serbi tak nak makan, makin besar makin susah nak makan. Memang betul2 picky eater


By the way, currently we are quite busy dengan rumah yang baba beli, plan nak masuk lepas raya...tengoklah macam mana. So selalu lah sekarang ni pegi jenguk rumah tu, pikir pasal nak buat kitchen cabinet, wardrobe, grill, nak tinted tingkap dan sliding door...

Tak buat major renovation pun, just buat mana yang perlu aje dulu.


Konsep rumah rasa macam nak banyak warna putih, biar rumah nampak besar. Takderlah beria sangat bab konsep2 ni, takder pun nak tetapkan mesti macam tu ke, macam ni ke, asal sedap mata memandang je. Lantaklah nak campur moden ke kuno ke 

Siang tadi, pegi expo Perfect Living  kat SACICC, ada la few things yang dah settle, dah beli alarm, beli sofa utk letak kat family room, tempah blind curtain utk pasang kat dapur...beli sikit2. Tak buat loan pun untuk nak masuk rumah ni, sebab tak melibatkan major renovation,  pakai aje duit saving. Jadi, berbelanja ikut kemampuan, yang penting bila masuk rumah nanti tak pening kepala nak membayar loan bank pulak.  

Tinted tingkap dah siap dah tadi, suka sangat!


Masa balik Marang hari tu, macam ni lah budak berdua ni, siap jalan pegang tangan!



Kebetulan masa balik Marang, ada Big Bad Wolf kat Unisza...jenuh beratur. Dah la panas! Start beratur nak membayar tu dari muka pintu gim (dia buat kat gim Unisza), sampai la nak jumpa muka pintu gim tu balik! Ibu pulak, orang beli buku, ibu belum apa2 dah beli dua helai dress yang jual kat luar gim tu, hehhhee. Masa tu tak boleh masuk lagi, sebab ramai sangat orang. So, ibu pun laju aje cuci mata dan cuci poket kat gerai jual dress.
Dia jual murah, biasa kalau beli kat online shop, dress yang macam gitu harga dalam RM120 - RM180), tapi kat sini budak tu jual RM60 je, cantik pulak tu workmanship dia. Sempatlah sambar  dua pasang. Beli dua pasang sebab ada dua kaler ni je. Kalau ada banyak kaler, harus beli banyak lagi sebab suka sangat, material dia, cutting dia, semua kena!

Instant shawl neelofa pun diorang jual murah2...ibu tgk je sebab tak minat sgt shawl neelofa ni.


Dinner ramai2 at One Thai
Kesian pulak tengok muka sarah dalam gambar ni, nape sarahhhhhh macam sedihhhhh jeeee



Ibu macam kembang setaman dalam gambar ni 



Makan2 kat Mat Cafe


Okaylah, till then!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates