Aidilfitri 2015 - 1 Syawal

6:56 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 31, 2015
Friday
Page 22/365

Busy betul...balik je dari cuti raya, sibuk dengan urusan pindah, lepas tu dengan urusan kerja lagi, then dua hari naik kerja ibu kena gi training kat Terengganu pulak, haihhhhh. Ni masa tgh tulis entry ni, kat Terengganu la ni. Tengahari kang check out. Tak datang sorang, dua orang yang tersayang pun ada sekali :)
Sebab kena training kat Terengganu, sempat la balik rumah Acik La dua kali, hihi

So, okay, raya tahun ni, turn raya di Marang dulu. Balik kampung, hari Isnin, 4 hari sebelum raya. Takder masalah jem ke apa sebab balik awal. Bertolak rasa dalam pukul 2pm++ macam tu. Jadi bolehlah berbuka kat kampung.


Geng skirt kembang 

Akhir Ramadhan, pegi Mydin dengan Acik Pah. Tak beli apa pun, masuk lenggang kangkung, keluar pun macam gitu jugak

Ntah apa motip pegi Mydin pun  tak tau


Petang2, baba basuh kete ibu, ada dua orang assistants


Petang esok nak raya tu, ibu masak rendang daging ...buat dalam dua kilo aje



Sama pulak tema baju raya kami bertiga dengan anak2 Acik La 
Naurah tak nak beli kasut raya sebab suka sangat dengan kasut dia yg beli kat Fukuoka, konon2 kasut tinggi tu. Jadi masa raya dia pakai je kasut tu.
Memang kasut tu klasik betul, design macam kasut zaman ibu kecik2 dulu.


Dah banyak tahun nak pakai warna royal blue masa hari raya, nanti dah plan2, sampai masa beli baju raya, beli kaler lain. Last2 tahun ni dapat jugak pakai warna royal blue. Nampak cantik je dalam gambar sebab warna terang.


Acik Pah pun royal blue jugak



Kita banyak photoshoot luar rumah tahun ni. 


Crown tak tinggal, ibu siap letak selotep dah sebab crown dia patah 



Sarah sombong betul dengan acik skang ni, dengan baba Naurah bukan main kamceng lagi, nyampah tauuuuu



Gambar cepat2 sebab lepas tu nak start beraya rumah sedara mara



Ni la sekeping gambar raya kitorang bertiga


Ada kisah di sebalik baju raya Acik Pah, namun biarlah rahsia



Hand bag Nayli tu kalau ibu pinjam baru matching betul dengan baju


Gambar ni ada banyak versi, tapi dalam semua gambar tu tangan Ima kat tepi telinga
Tengah betulkan tudung ke Imaaa


Kat mana ada baba Naurah, nanti nampak aje muka Sarah kat situ, kalau ibu datang dekat dia buat tak nampakkkkkk jeeeee


Petang dalam pukul 4pm, pegi beraya rumah Mok Ngoh di Dungun
Ibu & Naurah siap tukar baju lagi
Malas nak simpan2, sebab nanti dah habis cuti raya, tengok2 ada lagi yang tak sempat pakai
Nampak sangat banyak baju raya hahhhaa
Tapi bukan ibu beli baju raya banyak, cuma biasanya kalau beli baju, tiba2 rasa sayang nak pakai, ibu pun simpan untuk raya, tu yang tak sedar tengok2 eh dah banyak lai dah
haaaa, gitu kesahnyaaaa
Macam dress ni, ibu beli dah lama jugak, masa ikut baba gi Shah Alam hari tu, beli kat SACC Mall.
Acik Pah pun tukar jugak
Acik Pah memanggggggg, banyak giler baju diaaaaaa

Mok Ngoh boria dengan anak2

Acik La pinjam tudung ibu sebab kebetulan kaler tu masuk betul dengan tema dia laki bini

Nanti bila2 free sambung lagi entry raya



16 Ramadhan

6:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 10, 2015
Friday
Page 21/365

Dah 23 Ramadhan dah...Ramadhan tahun ni tak banyak post entry...takpelah, memang tak banyak cerita sangat pun


Sand crepe wide shawl yang sangattttttt best!
Lembutttt, tak jarang, bila pakai dia stay put, macam letak gam 
Warna dia pun cantik2
Kalau terang, terang betul, kalau lembut, pucatttt sangat kaler dia, sukaaaaaa

Currently dah ada 12 lai, macam pensel kaler luna dah drawer ibu

definitely will order more!



Pagi 16 Ramadhan
Ikut ibu pegi office
Anak ibu kannnn, biaasalah, feeling2 princess hari2
Comel sangat ni, suka tengok Naurah pakai socks dengan sandal, nampak cute macam orang Jepun

Jangankan nak pegi jalan, nak gi main dengan kawan2 kat depann rumah pun siap pakai socks ngan sandal bagai, kawan2 pakai selipar je Naurah

Naurah pulak, kadang siap tukar baju (Ya Allah sajalahhhh nak membanyakkan baju nak basuh, nak jemur nak lipatttt grrrr), yg kawan2 dia sempoi aje pakai tshirt ngan suar trek. Budak ni takder ler nak pakai macam tu. Bersiap macam nak gi jalan.


Naurah, takder orang la, cepat snap gambar ibu!

16 ramadhan tu, hari nak balik Johor sebenarnya, nak balik berbuka kat sana. Masuk office dulu.
Biasa balik berbuka kat kampung awal Ramadhan. Tahun ni dah separuh puasa baru balik.



See, berjalan tu macam Kate Middleton melawat rakyat jelata


Puding roti jagung in the making

Dua kali jugak buat puding roti jagung ni
Sedap tak tipu, lagi sedap dari puding roti biasa tu


Tempe maask kicap yang sangatttt lah ibu suka
Resipi yang dapat lepas kawin, belajar ngan MIL


Sambal telur, ibu masak ni ikut suka, kadang telur tu memang buat hancur betul, kadang tak, ikut selera nak makan masa  tu
macam baru ni, yang putih semua ibu hancurkan, tapi yang telur kunignibu biar je dia half cook, sedappppp!!!

Bulan puaas tahun ni, masak pun simple2 aje. adalah  buat nasi ayam, nasi goreng, lauk simple....bosan jugak hari2 nak membeli kat param tu


Home Sweet Home: Paint it Pink

6:30 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

July 7, 2015
Tuesday
Page 20/365

Autopublish entry

Lepas balik dari Fukuoka (Thursday), break sehari then hari Sabtu tu terus memulakan operasi cat bilik An Naurah
Tak payah bagitaupun tak apa kot sebab by default girl's room memang pink punyalah, kan!


In fact she chose the colour of the paint by herself. Punyalah banyak jenis pink, berpinau mata nak pilih.
Takder nak upah orang pun bab cat ni, buat sendiri aje tiga beranak, moment sekeluarga katanya


Ajak Naurah nak mengecat ni kena sabar lebih sikit sebab dia kejap2 masuk bilik air, nak basuh tangan kaki dia yang kena cat. Ibu buat tak nampak & tak dengar je bila dia bagitau tangan kaki dia kena cat
Yang muka ibu ngan baba dia sampai berbintik2 kena cat pink ni ada dia nampak?!



Penat tu tak payah cakaplah, namapun bulan puasa, dah masing2 gatal tak reti sabo, hah, rasakan penangan cat bilik bulan puasa.


Tak serik pun, sebab esoknya kita sambung basuh rumah pulak kihkih
Nasibbbb baba dah beli waterjet, lepas tu semua berebut nak pegang water jet sebab yg tu je yg kurang penat, yg lain bab nak basuh rumah(ibu suka pakai dettol multi action cleaner, yg purple tu, lavender rasanya, dah botol ke berapa dah beli sebab sukaaaa sangat bau dia!), nak sental bilik air, nak tolak keluar air, fuhhhhh penat yg bukan main2 ye, kalu jenis lembik2 harus dah pucat biru muka



So, nanti slowly nak beli perabot all white, slow2 lah
Most of the furniture yg pakai sekarang ni nak sedekah aje, tak jual pun. Semua masih in a good condition.
Jadi nak beli semua sekali sekaligus, sakitlah jugak. Jadi we'll see...ada lebih, kita beli lah terus, kalau tak, kita slow2 lah ye


Budak ni pun dah excited sangat nak ada bilik sendiri
Huwaaaa...my daughter is not a little girl anymore....but you are always a baby in my heart sobsss

Budak ni kan, ibu nak membebel banyak2 pun tak boleh sebenarnya sebab dia very mini me hahhhaaa

Dia kalau nak pegi Pasti tu skang ni, memang nak kena panggil dia untuk pilih nak bawak baju apa, seluar apa, kadang rasa panassssss je sebab tunggu dia memilih baju

Beli baju raya pun sama, kotak2 tak boleh, is a big no lah tu, wajib bunga2 Ya Rabbi....

Pagi tadi masa keluar nak pegi keje, budak ni macam biasalah mostly pegi dengan ibu, tengah pakai kasut dia yang kononnya tumit tinggi tu, sempat dia tanya, 'ibu, hari ni bawak baju ngan tudung apa eh pegi Pasti?'. Ibu pun jawab, 'Blouse hijau, dengan kain hitam...' 'Tapi Naurah tak nak  pakai tudung chanel tau...' kahkahkahhh kelakar pulak rasa sebab dia selalu komplen sebab tudung chanel dia dah kecik. Dia pandai agak kot ibu letak tudung chanel sebab tudung tu hijau, so dia agak la maybe sebab bawak blouse hijau ibu mesti letak tudung hijau. Ibu memang tak letak tudung chanel tu pun, letak tudung hitam

Anak dara ni macam2


***Kain hitam tu kain favourite dia, kain ala2 mermaid, Acik Pah dia kasi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates