Welcome September

4:33 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 31, 2015
Monday
Page 2/365

Dah nak masuk bulan 9 dah...basically bulan Ogos ni bulan yang padat sungguh, macam2 benda nak buat, rasa penat sebab lepas balik raya ari tu, ibu rasa macam tak sempat lagi nak betul2 rehat hehhheee

Banyak keje, namapun hidup kannn


Gambar masa dinner conference fakulti ibu hari tu
Tema untuk gigirl, dress muslimah
So, ibu memang heaven lah dengan tema tu sebab memang itu aje yang penuh wardrobe skang ni...baju kurung semua ada yang lama2 aje, kalau yang baru pun, adalah selai dua kurung cotton


Nanti bulan 10 conference fakulti baba pulak. Yang tu baba yang lead, all the best ye bang!



Nak jadi rezeki ibu, paper ibu dapat best paper award :)


Sekarang ni makin rancak berkebun...ibu beli dua lagi pokok bunga ros
Satu warna pink lembut ni, lagi satu warna putih


Yang ni pokok bunga ros yang dah lama, bawak dari rumah sewa di IS dulu
Nanti2, plan nak buat pagar, lepas tu duk pikir nak tanam rumput karpet ke, letak batu putih ke apa kat laman ni....



Yang ni pun bawak dari rumah lama


Haa, ni lah cik bunga ros putih, be good ye


Ibu rasa kalau tabur batu putih tu banyak2 macam lagi cantik...tapi kalau tanam rumput carpet pun cantik jugak kot
Ibu teringin juga nak ada pokok orkid, tapi takut manja. So far ibu duk tanam pokok bunga ros ni senang sungguh jaga


Currently ada 4 dah pokok busyida jepun ni, susun tepi pagar kt sebelah kiri laman rumah.
Sepohon yang kecik ni RM25.


Ni tak tau apa nama dia, tapi baru jugak beli, ibu letak luar pagar. Sederet dengan pokok bunga kertas dan pokok ati2.


Sejak duk rumah sendiri ni ada orang tu rajin la berkebun, kalau tak sebelum ni dia tengok ibu ngan pokok2 ibu tu sebelah mata je hahha

Kat sini pun tgh pikir rasa nak tile campur ngan tanam rumput carpet sikit, lepas tu nak beli kerusi so petang2 boleh duduk2...tu impian dari duk menyewa dulu tapi dulu laman rumah takder ruang

Semua2 pun kena tengok bajetlah! hehhhee


Bilik cik Naurah...suka betul tengok furniture semua putih. Dari dulu memang berangan bilik anak ibu nak perabot putih.

Kitorang tempah cabinet untuk master bedroom dan kt dapur je. Semua pun putih. Yg bilik naurah ni ibu mix and match, pandai2 je gi survey dan beli. 


Skang ni kalau dia sepah2, dia sepah kat bilik dia aje hahha
Memang dia selalulah duk main2 dalam bilik dia tu


Langsir tu ibu beli dan tempah kat jakel


Haa, ni favourite spot dia ni, pakai tudung pun suka pakai sendiri aje skang ni, dah tak payah ibu yg pakaikan



Cuti 3 hari sempena merdeka ni, keluarga mertua ada datang. Ada masa makan kat rumah ibu masak, ada masa kita makan kat luar. 


Anak ibu ye, ni anak ibu, balik pasti, pakai shades ngan sandal tumit tinggi, lepas tu tolong ibu angkat baju hahhha terkejut betul tgk dia masa ni, asyik nak melawaaaa aje
Takpelah, janji rajin tlg ibu

Kadang2 tu tgh kita sembang2 ngan dia dalam kete, sekali paling tgk dia kat belakang dah siap pakai spek itam dah budak niiiiii, kalau bangun tido tu lagilah, siap sikat rambut pakai crown, ikut baba gi surau masjid pun macam tu 

Ampaian ni pun sementara ni ajelah duk kat garaj, nanti baba nak buat awning kat belakang rumah, so nanti boleh letak ampaian kat belakang rumah

  

Gambar pagi tadi, dah nak bertolak balik dah masa ni :)
Semalam ngan malam tadi, masa keluar jalan2, yang gigirl naik satu kete, yang boboy naik satu kete hehhhee


Till then...


August

10:09 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 16, 2015
Saturday
Page 25/365

Last 2 weeks rasanya, Naurah masuk pertandingan choral speaking...bukan in English, tapi dalam bahasa Arab

Jadi 2-3 hari sebelum pertandingan tu, ibu pun gi la cari white shirt, long skirt warna hitam dan black socks untuk Naurah. Muallimah dia yang bgtau kena beli semua tu, untuk pertandingan ni.

Menang kalah tak payah kira ye Naurah, yang penting enjoy. Memang enjoy sangatlah team Naurah, siap tengah pertandingan tu ada pulak 2-3 orang yang discuss kat atas stage tu hahhhaaa abih tuuuu, skrip panjang sangatttt, kesian ibu tengok Naurah masa praktis tu kihkih
Dah la bahasa Arab kannn


Ni kawan2 dia yang sama2 masuk choral speaking


Banyak jugak Pasti yang masuk, yg area Kuantan, bukan choral speaking je, pertandingan nasyid, membaca pun ada


Lepas habis choral speaking, pertandingan nasyid pulak. Ibu siap tido tersengguk2 sebab lama sangat masa yang diperuntukkan untuk satu2 team tu, dua puluh minit! Ibu cakap ngan baba, Juara Lagu pun 5 minit je kot hahhhhaaa
Bayangkan nak habiskan semua team yang masuk tu, fuhhhh jenuh!
Bertabahlah semua parents yang datang tu kan.


Tak tunggu habis pun, dalam kul 12.45pm macam tu, terus ajak Naurah balik sebab lepas Zuhur nak pegi open house kawan baba pulak, kat Pekan
Takyah tunggu hadiah la Naurah sbb ibu rasa team awak tak menang, kihkih


Sejak duduk rumah sendiri ni, ada sekali je kot kami sekeluarga makan kat meja makan. Memang hari2 tak kira pagi petang, kat mini bar ni lah kami makan. Kami pun bertiga aje kan, jadi just nice aje nak makan kat sini, even kalau nak lunch ke dinner ke muat aje nak letak lauk2 ngan pinggan nasik.

Kerusi tinggi tu ibu beli 4 bijik. Sebelah mini bar, ada sofa tempat kami lepak2 sambil tengok TV. Memang hidup la family room ni sebab dia sebelah dapur, hahahhaa
Sambil masak boleh tengok TV jugak. On the other hand, living room pulak nampak sepiiiii je. Meja makan pun kami letak kat living room. Ari tu je ada kawan baba datang, barulah ada orang duduk kat situ.


Aktiviti waktu Maghrib. 

 Weekdays


Busy ke tak busy ke, kita mulakah hari dengan ceria ye
  


Hari tu ada training sekali ngan baba, sukaaaa!!!


Training kat campus aje pun kiki


Panjang kisah muffin ibu ni, tengah panaskan oven tetiba orang TNB datang nak pasang 3 phase, dah black out la pulak sekejap. Ibu terus takder mood masa tu duk pikir abih la muffin ni tak naik nanti
Tapi lepas orang TNB dah setel pasang2 semua tu, ibu pun panaskan balik oven tu, pastu barulah start bakar, Eh, elok pulak dia naik, hheeee

Takder rezeki kawan baba nak makan muffin ibu. Ibu masak ni untuk diorang sekeluarga. Dah ada gangguan teknikal tadi, last2 jadi rezeki kawan2 Naurah. Lepas masak je, terus ibu panggil bebudak tu semua.


Aildifitri 2015 - 2,3 Syawal dan seterusnya

8:28 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 10, 2015
Monday
Page 24/365


Payah betul nak perabis entry raya kali ni hahhhaa


Pagi raya kedua, Mok Ngoh sampai ngan anak menantu dia semua. Pikah (kiri) tengah sarat dah tu.  Nak keluar jalan raya sama2.


Tahun ni memang banyak sikit baju ibu ngan Naurah combo mother-daughter :)
Yg ni beli kat leeyanarahman. Nak kaler lain, tapi masa beli tu kaler ni je yg available. Tgk2 lepas beli ni, kaler yg nak tu elokkkk je restock



Pagi raya ketiga, dah siap2 nak balik ke Johor pulak. Malamnya tu Zedah sekeluarga sampai dari Melaka. Dia raya sana tahun ni. Tapi Ajid dan Nori (anak & menantu Zedah), singgah kejap aje, lepas tu diorang terus bertolak balik ke Kelantan, rumah keluarga Nori.


Dress ibu yang ni Naurah dah cop awal2, hahhhaa


Kira nak bagi duit raya kat anak buah :D


Dah la tak mandi, ada hati tu buat muka sombong tu, benci tau. Dia kalau ngan baba Naurah, bukan main lagi duk berkepit


Naurah membebel dalam kete, dia cakap baba tak pakai baju raya, Memang pun, baba pakai baju yang buat lasak. Asal weekend je, mesti ibu ada kena basuh jersi ijau tu


4 Syawal, mula beraya di di Johor pulak


Naurah ngan nenek naik kete ngan Mak Cu, ibu ngan baba dating naik kete berdua :D


Raya ke-5 pun sambung jalan raya lagi

Jubah yang Naurah pakai tu pun compliment dengan ibu punya, tapi tak ambik pun gambar hari tu
Ibu pun pakai shawl sama kaler dengan Naurah. Beza jubah ibu ngan Naurah kat design aje lain sket, tapi kaler sama. Beli kat rayyanhayya masa MoodRepublik hari tu.


Hari Khamis, balik Kuantan
Masa ni dalam kepala tengah pikir pasal nak pindahhhh aje
Sebelum balik dah sibuk packing, balik Kuantan sambung sikit lagi sebab Sabtu tu masa utk move out move in yuhuuu!!


Macam biasa singgah makan2 di Rompin :)




Singgah solat di Masjid kat Pekan.


Dah habis dah kot kesah raya, sekiannnnn




Zahra An Naurah turns 6

3:26 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

August 3, 2015
Monday
Page 23/365

Gara2 cuti raya kan, jadi entry pasal birthday Naurah pun lambat up. Ibu kalau cuti raya memang over sikit, hehhhee

7 Syawal hari tu, birthday An Naurah yg ke -6. Tak ada apa2 yg istimewa pun, tapi doa ibu dan baba sentiasa mengiringi Naurah. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan dan redha Allah selalu ye sayang :)



Anak ibu ni mana makan kek yang fancy2, dia tak suka nanti tangan mulut dia kena krim2 tu semua. 
Cheese cake La Boheme kat Jusco tu memang favourite dia. So, ibu pun mintaklah staff kat situ tulis sikit, tapi bila nak makan beria Naurah suruh ibu buang semua krim2 tu...tau gitu baik tak payah tulis eh Naurah

Masa pregnant kan Naurah dulu, ibu tak boleh langsung makan/minum apa2 yang berasaskan coklat. Naurah pulak memang aiskrim ke, kek ke,dia tak makan yg perisa coklat. Even coklat pun dia kurang sangat. Tapi kalau chocolate spread kat roti tu dia suka pulak


Banyak ibu ngan Naurah yg makan cheese kek tu. Kalau ibu, sebijik tu memang senang2 boleh habis sorang, suka betul sbb cheese cake kat La Boheme ni dia ringan + lembab, just nice aje



Ini la birthday cake yg betul2, tapi tuan dia tak pandang langsung hahhhaaa


Besar dah awak ye :)


Ibu jamah sikit aje chocolate cake tu, buat syarat aje, karang terkenang2 pulak kannn


Gambar ala kadar aje, takpelah, yang penting ada untuk kenangan :)


Dah makin besar ni, kalau bab melawa bagilah kat dia.
Bangun pagi, tengah mamai2 tu terus tercegat depan cermin, sikat rambut, pakai crown ke hair band ke, penting betul! Muka tak basuh takpe ye Naurah



Sampai dari Johor hari Khamis tu, ajak Naurah makan pizza kat MYNY kat taman tas


Ni baru weekend bebaru ni kitorang bertiga ala2 rewang siapkan goodies untuk Naurah bagi kat kawan2 kat Pasti. Sungguh2 betul budak ni pilihkan paper bag tu

Ibu kalau bab2 buat goodies ni, memang suka sangat

Malam tu, lepas buka puasa (dah start ganti puasa dah), pegi rumah jiran dulu, ada open house. Balik open house terus sambung siapkan goodies.


Tak boleh tengoklah gambar last ni, rasa sedih sebab sungguh2 sangat tengok Naurah siapkan goodies tu....ibu tak boleh la, huwaaaaaa, awak dah besar dahhhh!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates