Kajang Pak Malau

1:04 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 29, 2015
Sunday
Page 31/365

Stay di Oriental Crystal Hotel di Kajang dua malam aje
Sebabnya, tak seronok kat sini

Masa baba pegi training, ibu ngan Naurah tak tau nak pegi mana sebab tak der tempat2 menarik yang boleh kami dua beranak pegi jalan kaki cuci mata 

Mati kutu betul

Tu tak termasuk toilet rosak
Memang merosakkan mood


Ni jelah kot aktiviti utk menghibur hati 
tak kira hujan ribut, terjun tetap terjun



Malamnya, pegi makan kat Satay Kajang Haji Samuri
Ramai kawan-kawan kata dah tak sedap macam dulu2
Ayah Long Naurah pun cakap macam tu
Tapi sebab dah malas nak cari tempat makan lain, singgah la jugak

Bila makan, hmmmm patutlah ramai yang cakap macam tu
Ingat lagi beberapa tahun lepas, masa Naurah takder lagi, makan satay kajang Hj Samuri ni, sedap betul...jauh la dengan yang makan bebaru ni
Jauh lagi sedap satay Zul Kuantan


Bukan senang tau nak tengok Naurah makan berselera macam ni
Dia duk makan croissant je setiap kali breakfast
Patutnya pagi Khamis baru check out
Tapi sebab boring yang amat kat hotel ni, tengahari Selasa tu terus check out
Stay kat hotel lain pulak 


To be continued...

KL 2015 - Zoo Negara

10:14 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 28, 2015
Saturday
Page 30/365

Walaupun kerap ke sana ke mari, tapi kami tak selalu sangat pun ke KL, walhal dekat je dengan Kuantan
Kalau ke KL pun, biasa singgah macam tu je
Jarang bermalam

Last bila ek bermalam kat KL...ada 2 tahun lepas kot...

So, last week baba ada training kat KL. Jadi, alang2 school holiday kan, so ibu pun ambik cuti, join sekalilah. Boleh bawa naurah jalan-jalan.
Bertolak hari Ahad, balik Kuantan hari Khamis. Bertolak pagi2 lagi.


See, ni baru anak sorang ni, penuh sarat kereta dengan barang2
Bantal la, pelampung la, beg makanan la. 
Pandai-pandai la cari ruang nak tido ye. Barang awak jugak yang banyak2 tu.


Through the tunnel


So this is our first destination!
Tak cukup zoo kat Kuantan tu kan, ke KL pun kita singgah zoo dulu
Sebab budak ni nak sangat tengok ZARIFAH!
Hahhhahhha dekat dengan nama Acik Pah


Upah ibu sejuta baru ibu sanggup buat muka macam tu untuk ambik gambar


Mula2 nak tengok pertunjukan parrot dulu, tapi malas pulak nak menunggu lama, last2 tak tengok pun, kitorang dah jalan2 kat lain dah baru show tu start


Rasa macam bukan bercuti dalam negara pulak sebab banyak sangat berjalan, sakitttt kakiiiiii


Baba beli dua botol madu kat sini
Kat rumah tu memang tak pernah putus dengan madu
Naurah kalau batuk pun minum air campur madu sebab dia alergik dengan ubat batuk
Ibu suka macam tu, natural cure


Serius besarrrr rimau niiiiiii
Rimau Bengal ke apa nama dia



Haaaa, puas hati ye dah jumpa zirafah :)



Masuk taman rama2, ingatkan dia suka, tapi penakut lah pulak budak ni


Rama-rama datang dekat pun terjerit2 takut



Girrafe again. Kami main jalannnnn  je, banyak ikut kaki daripada ikut map


Ibu, Naurah dan bangau boleh jadi geng kan? Geng kaki kurus, hahahhha
Baba tak boleh hahahhaha


Halusnye kakiiiiii



Sepatutnya ambik gambar duk kat belakang tu, tapi sebab dia tak nak pijak pasirrrr, duk depan pun jadiklahhhhh


Jangan kan Naurah, ibu ngan baba pun penat tak tau nak cakap, nak tengok muka binatang pun dah malas 


Lantak kau lah rimau ke singa ke, penat dah niiiiii


Balik dari zoo, singgah rumah Acik Pah sekejap. Nak ajak dia keluar lunch, dia jual mahal la pulakkkkkkk 

Dah dia tak nak keluar, last2 duduk berborak sambil makan jajan je kat rumah dia kihkih





To be continued...


Us in November

8:40 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday
Nov 15, 2015
Page 29/365

Lately we travelled quite a lot
First I had to go for a team building program at Cherengin Hill di Janda Baik 
Pegi bertiga
It was kind of  cuti2 untuk baba dan Naurah while si ibu pulak rafting la, cook outdoor la...


We departed right after solat Subuh dari Kuantan


Sampai2 aje budak ni terus terjun
We even not checked in yet


Ikutkan hati ibu pun nak terjun sama


Then a week after that kami balik Marang pulak
Rasa lama sungguh tak balik kampung
Last balik masa ibu ada workshop kat Felda Residence di Kuala Terengganu, 2 minggu lepas Aidilfitri kalau tak silap

Balik Marang dah petang, dalam pukul 5.30pm bertolak dari rumah
bertolak hari Jumaat...so settlekan keje2 kat ofis dulu
We arrived at  7.30pm, singgah KFC dulu for dinner
Sebab lalu highway, jadi lintas dulu rumah kat kampung tu sebelum ke KFC hihi


Hari Jumaat baru2 ni pulak ibu had a workshop kat Vistana Hotel Kuantan
Dekat aje but still nak kena pack kain baju
Pendek kata, luggage kami tu dah lama dia duduk kat tepi bilik, tak sempat nak simpan sebab asyik berjalannnnn aje


Esoknya, Naurah ada ihtifal (konvo) PASTI
So, masa pegi hotel tu dah bawak siap2 baju untuk konvo Naurah


Untuk persembahan pakai jubah hijau yang biasa pakai hari Jumaat tu, dengan tudung hitam
Senang, tak payah nak gi beli baju lain


Sempena konvo Naurah tau ibu beli jubah dress ni kihkih
Dress by The Poplook and my favourite Inayah shawl
Currently I have all the colours...dah tanya tuan kedai, ada warna baru tak hihi



Masa persembahan, nyanyi lagu Jom Zikir (Heliza Helmi)
Seminggu jugak la ibu duk dengar Naurah practice nyanyi lagu ni, siap dengan gaya sekali


Lepas ni masing2 dah sekolah lain2
Ibu pulak yang rasa sedih


Alhamdulillah, tamat dah study kat PASTI
Kalaulah PASTI ni ada sampai darjah 6, ibu memang tak cari sekolah lain dah




Konon nak ambik gambar bertiga, tapi sebab panas yang amat, lepas je majlis tak sabar2 nak balik
Melekit badan


Pagi Ahad, dah lama tak ke tasik, bagi makan ikan
Agaknya malam tu hujan sebab semua basah, tapi ibu langsung tak sedar


Naurah bawak duit RM2 sebab nak beli makanan ikan
walhal dah bawak dah roti dari rumah
nak jugak beliiiiiii


Ikan besar2, ikan keli pun ada, ngeri betul tengok muka ikan keli hahhhhaaa





Petangnya let's beramah mesra with animals pulak


Eh seriously kami bertiga dah lama tak ambil gambar bertiga macam ni tau

Cuaca redup aje tadi, jadi leka jugak berjalan2


Oh monkey, dia la binatang yang paling mengada2 sekali


Sampai bila2 pun ibu akan ingat saat kena kejar dengan burung kasawari masa pegi kursus Petronas scholars masa undergrad dulu, lari sekuat hati, pakai telekung pulak tu!


Kadang2 buntu every weekend nak buat apa, nak ke mana
Ni nak cuti sekolah ni...tak plan lagi ni...korang dah plan nak pegi mana2?

Till then...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates