Ramadhan 2016

9:25 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

June 27, 2016
Monday
Page 5/266

Dah nak masuk minggu-minggu terakhir Ramadhan dah, baru berpeluang nak upload gambar nak mengarang lalalalala haihhhh busy macam2 benda nak buat
Nag dah start kemas, kemas sikit2, kalau tak pengsan esok nak balik baru nak kemas



Alhamdulillah, so far baru 2 hari je tak puasa, masa awal tu, lepas tu semakin hari semakin bersemangat nak puasa, sahur pun makan roti kadang sampai 6 kepinggggg, breakfast pun tak gitu

Gambar tu masa hari kedua puasa, merangkap hari pertama puasa di rumah sendiri. Ambik bau dulu katanyaaaa


Tahun ni dapat menyambut awal puasa di kedua-dua belah keluarga, balik Johor masa first week of Ramadhan and on tha next week, kita balik Marang pulak :)

Gambar kat atas tu hari nak balik Marang. Baliknya petang, sebab pagi tu masuk keje dulu.


Ramai2 pegi bazar Ramadhan
Nak pengsan tengok Muiz dan Naurah bermain, confuse korang posa ke tak ni hah?!


Awal2 aje Naurah rajin pegi tarawih kat surau, lepas tu kat rumah aje sebab budak ni malas dah nak ke surau. Macam2 alasan dia bagi, nak makan la nak minum la nak baring la...


Kalau bulan posa memang gini, mesti nak jahit manik la bunga la kihkih
Bunga2 organza tu Acik Pah bagi :)



Tahun ni tak rancak sangat pun shopping barang2 raya...macam boring aje kat bandar Kuantan tu


Jemput Ajid sekeluarga berbuka kat rumah. Iba buat nasi bukhari, lauk ayam merah dan karipap daging

Karipap daging tu memang cap seisi keluarga sebab semua memainkan peranan nak menghasilkan setiap biji karipap tu kihkih



Cucu la ni, Adim :)


Dia punya energy nak bermain bulan puasa ni memang lain macam, celik bijik mata je mainnnn aje kejenya


Tudung ni cantik sangat, lerang 60, lagi satu ibu beli warna navy blue. Lagi satu warna macam beige, yg tu material dia macam pashmina sikit, tapi square scarf jugak.


Siakap stim nyonya, gara-gara nak test steamer yang baru beli


cjwowshop punya pasal! Tapi memang senang sangat nak pakai


Terasa sangat nak raya ni
baba beli 4 batang, kat aeon big



Cik kak ni tengah tido, ibu kejut bagitau nak buat kuih raya, nanti Naurah boleh letak biji2 kale2 tu, terus dia bangun hahaha


Teringat masa kecik :) keliling rumah arwah ayah letak pelita. Tiap2 petang jadi tugas rasmi kena nyalakan pelita :) malam main bunga api


Till then!


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates