CEAT 2016 - Pullman Hotel, Bangsar

7:27 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Nov 20, 2016
Sunday
Page 11/366

Dulu-dulu rajin betul upadte kat sini tiap kali pergi conference. Tapi sejak dua menjak ni memang payah betul. Payah nak cari masa, rasa payah nak transfer gambar, payah nak cari idea, serba-serbi payah. Point dia malas je sebenarnya.

Baru2 ni pegi conference CEAT2016 kat Pullman Hotel Bangsar. Bertolak Ahad tu dah nak tengahari dah. Pagi tu sempat lagi dengan tak mandi tiga beranak ni pegi sarapan kat Tanjung Lumpur, pegi UTC, jalan kat pasar tani kejap. Balik tu sambung packing yang tak sudah2, dalam kul 11.30 baru bertolak.

Sampai KL around 2.30 macam tu, check in, solat, lepas tu pegi cari makan kat Mid Valley dah itu je yg dekat. Jalan2 sikit, shopping sikit. Sekarang memang dah tak banyak offline shopping, semua online je. Pagi masa merayau kat pasar tani pun sempat lagi order Lady Warda #gengtakbolehmoveon hahaha
 Kat mana nak sumbat shawl banyak2 tu pun tak tau la, sekejap je back to bawal pahtu dah gatal kumpul shawl balik. Dlm drawer tu sekelip mata je shawl Khaylaa dah penuh. Yang order tak sampai lagi tangan tu gatal order lagi. 

Sebelum pegi conference, teman Naurah mandi dulu. Ibu malas nak terjun ari ni. Ada bawak baju mandi tu, esok lah. Ni dah siap2 dah ni, malas dah nak mandi balik

Conference ni setiap presenter dapat tab. Cik kak tu memang dari awal lagi dah tau, dah cop siap2 dah. Tapi takpe, dia memang behave bila bawak pegi conference, jadi mmg hadiah untuk dia la tu.


Bertuah Sweet Naurah bawak datang KL, yang lain habih kena tinggal



Sementara tunggu cab. Nak pakai uber takder yang available masa tu


Lunch lambat, dah nak pukul 5pm dah. Perut rasa macam dah masuk angin


Kat sana asyik ambik gambarrrr je kihkih


Dah siap2 macam ni memang takde la ibu nak salin baju sebab nak teman Naurah mandi, dah la sejukkkk


Budak ni dah puas berendam, terus pegi register


Dari kecik dia ni dah biasa masuk masa keynote speakers' session. Dia diam je :D 


Day 2, budak ni macam rambut tak bersikat nak pegi breakfast
Ibu & baba dah present semalam dah


Lepas breakfast, teman budak ni mandi sekejap. Menggigil rasa 



Tengahari sikit baru balik


Sebelum balik tu round dikit kat Mid valley, jalan semata2 tak shopping hapa pun, semalam je ada beli sikit


Balik Kuantan, esoknya, semua lady warda yg order sebelum pi KL sampai 
Yg ni wistful mauve


Boleh pakai macam biasa sebab lady warda ni cukup lebar dan panjang
Tiba2 kat sini ada unpaid review pulak hahaha


Till then!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates