36th Birthday

1:04 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

February 25, 2017
Saturday
Page 4/365

Dah 36 tahun dah, alhamdulillah :)


So the celebration with candle-light-dinner-table-for-two-plus one was actually a week after my birthday. Masa 22 January tu kita sekeluarga gi makan nasi arab je :D



Maka bersungguh2 la dia menyanyi lagu Happy Birthday to ibu. Masa hari birthday ibu, dia celik bijik mata pun tak habis lagi, terus nyanyi, ohhh morning breath hahhha


Dua2 tu bukan jenis cake lover sangat, jadi baba order cheese cake kecik comel je sebab ibu sorang je yang makan. Naurah tu kadang2 dia makan juga cheese cake. Tgk mood dia 


Walaupun kecik ibu rasa macam jenuh juga nak perabis


Oh is this your birthday celebration ibu, but I have to bring my own air sirap will you excuse me 



Ntah kenapa Naurah malam tu macam budak kecik sangat payah betul nak ambik gambar dia duduk diam


Thank you sangat2 ye abang :)


Camera tak power sangat kan but it's okay, cukup untuk memori kami sekeluarga :)

***Until this entry is written masih tak tuntut lagi birthday present dari suami sebab tak tau nak apa tahun ni hehhe



Little Getaway @ De Rhu

7:00 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

February 24, 2017
Friday
Page 3/365

Masa cuti Chine New Year hari tu memang takder ke mana2 pun. Balik kampung pun tak sebab rasa penatnya asyik ke sana ke mari jadi cuti kali ni nak lepak aje kat Kuantan.
Kebetulan ada kenduri kawan2, so bolehlah memenuhi jemputan sekali.


Tapi nak duk rumah je kang boring lah pulak. Jadi check in je dekat2, pegi De Rhu. Ntah bila masa baba book pun ibu tak perasan.

Orang punya ramai terus mood macam dah terjun dalam laut


Ni je la aktiviti kalau check in hotel. Aktiviti untuk dia je la. Kita jadi tukang tengok je okay 



Tapi kolam dia memang best. Besar, memang seronok la. Tambahan pulak masa tu ada reunion dari mana ntah, jadi budak2 memang ramai, jadi seronok la dia.




After breakfast, boleh ambik angin pantai sebab resort ni memang tepi pantai



Orang tak ramai, nyaman je



Setiap kali Naurah main teng teng ibu dgn baba mesti ada isu teng teng Johor vs teng teng Terengganu. Bentuk tu tak sama. Ibu pun macam dah ingat2 lupa, tapi terer tau kalau nak ajak lawan


Naurah punya suka ngan gambar ni sebab nampak dia macam terbang


Tido semalam je. Sebelum Zohor tu check out, jalan2 kat ECM kejap. Cuti dekat2 sempoi je, pegi pun dengan kete baba sebab takut kete ibu kena bauksit sebab laluan nak ke resort ni nampak jalan macam merah2 je hahah






Walk for Humanity 2017

1:16 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

February 23, 2017
Thursday
Page 2/365

Last year pun join juga event ni. It was like ibu punya annual exercise hahha


Since Naurah sekarang ni dah pandai appreciate longer sleep hours during weekend, jadi dia macam malas2 sikit mula2 tu. Last year dia darjah 2 tak tahu kebenda lagi, weekend pun pagi2 buta dah bangun. Sekarang ni dah pandai dah liattttt nak kejut Subuh tu.


Sport pants tu ibu beli kat ig shop. Beli sekali dengan ibu punya. Orang exercise setahun sekali memang gini kihkih


Masa sampai tu participants semua dah start warm up dahhhhh orang lain lagi awal rupanya. Kita keluar rumah pukul 7.30am ingatkan dah habis awal dah.


Naurah cakap macam nak raya sebab bertiga pakai sama :D


Kat depan dah penuh orang, kita duk belakang2 sikit


Baru warm up sikit2 badan ibu dah sakit2 rasa macam keras kejung. Seriously memang dah lama tak exercise. Mengharapkan keluar peluh time buat kerja2 kat rumah je


Sebab masa tu selalu hujan jadi organizer dah pesan siap2 bawa baju hujan, payung sebab takut hujan. Sekali memang betul. Rasa 3/4 perjalanan tu memang hujan. Inilah masanya Naurah nak manfaatkan raincoat dia tu


Hujan renyai2, ramai je yang redah. Naurah pun masa ni dah tak nak pakai baju hujan tapi baba bawa juga payung, konon nak payungkan Naurah tapi tgk pada gaya dia payung dia je tu ha


Sket lagi nak sampaiiii 


Akhirnyaaaa....rasa dah slow dah, tp rupanya ramai lagi kat belakang


Naurah je dapat medal. Medal penyertaan. 


First Page of 2017

12:26 PM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

January 27, 2017
Friday
Page 1/365

Dah nak Feb dah. Naurah dah start cuti sekolah dah ni, cuti sempena cny. She is now in standard 2 alhamdulillah. Hari tu ada merentas desa, dia dapat no 3. Dapat la hadiah tipuware dua bijik. Skema sama aje kan sejak dulu, hadiah sukan je mesti tipuware hehhee  Ibu dulu memang nombor corot memanjang kalau bab bersukan


Last month ibu Naurah ada 3 days training kat Cyberjaya. Kita pergi bertiga le, cuti sekolah lagipun. Dan masa school holiday tu memang takde bercuti ke mana2 pun kali ni. 



Stay kat de pulze suite, sebab kat sini ada swimming pool. Washing machine pun ada, so ibu boleh membasuh hari2, kalau tak jenuh tu 3 hari punya baju.


Habis training 3 hari, terus balik kampung. Acik Pah pun join sekali. Rasa macam dah lama tak balik kampung. So we had girls day out with kids, window shopping and makan2.


Malamnya kita makan2 kat Bandar Marang pulak. Bila dah berkumpul tu kejenya makan aje le


Budak2 ni tak tau makan dah, sibuk main, bising toksah cakap la.


This is a picture of us on 1st Jan 2017. 



Hari tu Acik Pah ada pos lipstick kat ibu, acik pah pos sekali paper clip tu kat dia, suka bukan main. Lepas tu berlaku la tragedi dia misplaced, ibu dengan baba sampai tahap selongkar tong sampah, yang dia pulak mujur tak makan minum berendam air mata hari tu, rupa2nya dia letak atas katil, ibu pulak tukar cadar petang tu, tak perasan, jadi tersembunyi la kertas tu kat bawah cadar.
Drama sangat bunyinya


Musim2 hujan ni, tetiba hari tu cerah elok, minta la baba naurah mesin rumput kat laman tu. Rumput ok aje, yg pokok2 yang tak diundang tu yang sakit mata memandang


Ever since shmp, Ibu Naurah is so into Ladywarda and up until now masih laaa cannot move on kihkih. Asyik beli dan beli sedar tak sedar dah nak berlambak macam2 warna. Warna2 dia tempting sangat. My favourites are definitely stonepink, stonewash and pale lilac.

Nanti2 sambung lagi :)

Happy holiday everyone!

At the zoo

6:38 AM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dec 14, 2016
Wednesday
Page 12/366

Last datang sini kaau tak silap masa Naurah umur 3-4 tahun. Zoo ni antara zoo yang menarik untuk family acticty. Bayar murah, haiwan banyak, bersih, keluasan just nice so kita takdelah berpeluh ketiak nak round tengok semua haiwan2 tu. Kalau zoo besar2 tu, memang gi sekali je le, tak kuasa dah nak repeat.


Pegi hari tu sekali dengan nenek Naurah. Cuaca pun elok, renyai2 sikit je.


Pegi masa weekend, orang ramai jugak walhal pagi lagi.


Dah lama dah nak naik water go kart ni tapi sebelum ni penakut. Untuk 4 orang, RM10 sahaja, kayuh la selama mana nak kayuh.




Kalau camera yang jatuh dalam air tu tahan lagi, tapi kalau kunci kete...ada la orang tu meraung


Mula2 ingat those pelicans tu patung sebab kebetulan masa tengok tu tak bergerak. Rupa2nya betul hahaha 


Kita pegi dekat pun dia tak lari. Jinak.


Jinak2 pun Naurah takut jugak, rakut dia makan topi tu eh Naurah


Boboiboy, tu tapir nama dia.



Unta pun ada.


Suka tengok haiwan2 kat sini, semua terjaga elok, takder pun yang kurus kering. Nak2 rimau ngan singa, gemuk, geram tengok. Dia berguling2 macam kucing.


Boleh tahan ramai jugak masing2 menunggu burung merak ni kembangkan ekor dia. Bila dia kembangkan, masing bersorak macam tgh tgk bola pulak rasa. Patutla orang kata sombong macam merak, dia punya jalan tu terus je lain macam bila ekor dia kembang :D

Till then!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates